"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, September 20, 2007

Aku Hairan !!!

Sahabat…
Aku hairan..sememangnya aku amat hairan….
Aku amat kehairanan dengan isu babi yang tak pernah selesai walaupun ia sudah menjangkau masa 50 tahun

Aku hairan kerana nasib penternak babi yang lebih baik dari nasib setengah manusia yang hendak mendengar ceramah
Hairan juga aku apabila isu kenaikan harga yang tak pernah putus-putus diperkatakan kerana tiada penyelesaian walaupun menteri yang berkenaan dengan muka manis pergi ke pasar-pasar menjalankan operasi yang (sepatutnya ???)

Aku turut kehairanan
Apabila rakyat di ajar satu nyanyian baru yang berjudul “Pemborong-Oh-Pemborong” bagi menggantikan versi lama “Bangau-Oh-Bangau”
Aku hairan apabila Bush menyokong Islam Hadhari bila dia berucap di Persidangan APEC di Australia tempoh hari (Sejak bila Bush faham Islam Hadhari??)

Aku hairan apabila Pengerusi OIC berkata Perundingan Damai Israel tidak Serius..(Apa tperanan OIC agaknya)
Aku juga kenapa perlu Bahasa Melayu dipanggil Bahasa Melaysia
Kenapa Koridor Pembangunan Wilayah Utara diakronimkan sebagai NCER…

Di tepi Sungai Perak yang tenang ini…

Aku teringat satu puisi yang dilagukan oleh Prof Rahman Shaari dalam satu persembahan yang pernah aku ikuti…
Dengan membuat sedikit pengubahan pada senikatanya marilah kita sama-sama lagukan…..

Jangan Kau Hairan Wahai Budak Tua (Sedutan sahaja bukan keseluruhan puisi)
(Puisi Asal : Jangan Kau Menangis Wahai Budak Tua)

Jangan kau hairan
Wahai budak tua
Kalau engkau hairan
Api membakar jua

Kalau engkau hairan air sejuk juga
Kalau engkau hairan katak melompat juga
Kalau engkau hairan hujan turun juga
Kalau engkau hairan perempuan bersalin juga

(yang ini aku tambah)

Kalau engkau hairan
Politikus rasuah juga
Kalau engkau hairan
Harga barang naik juga
Kalau engkau hairan
Pemimpin tersenyum juga

Kalau engkau hairan babi selamat juga
Janganlah engkau hairan
Wahai budak tua
Janganlah engkau hairan
Wahai si budak tua….

ApaApaAjeLah !!!!


Aku tak percaya motivasi
Biar apa sekali orang kata…ceritalah tentang asal usul motivasi
Ceritalah tentang teori-teori Psikologi Freud, Skinner dan sebagainya

Semua itu mengarut

Akupercaya manusia itu tidak static jadi ia tidak akan tetap pada satu-satu keadaan
Yang menambah keraguan pada diri aku ialah golongan yang digelar sebagai Pakar Motivasi itu sendiri…

Adakah dia benar-benar seorang pakar ???

Ada ijazah Phd sahaja tak memadai. Macam seorang artis yang tiba-tiba guna tittle Dr dan tiba-tiba jadi Pakar Motivasi dan menjelajah ke sokolah-sekolah memberikan ceramah motivasinya kepada murid-murid sekolah yang sudah semestinya bukan percuma (kesian budak-budak sekolah di Malaysia)

Untuk pengetahuan gelaran pakar itu terlaliu hebat..Mungkin seseorang itu ada Phd (samada original atau palsu aku tak nak ulas) Namun Phd bukan lessen untuk jadi pakar Motivasi. Mungkin Phd seseorang itu dalam bidang yang tiada kaitan langsung dengan bidang motivasi..jadi tak perlulah diwa-warkan dia sebagai pakar motivasi. Jkia Phdnya dalam bidang Babi, maka war-warkanlah ia sebagai Pakar Babi yang Pandai Memberi Kaunseling Contohnya…

Aku bukan apa…tiada niat untuk mengata atau berdengki hati Cuma sekadar membetulakan persepsi bahawa Phd itu bukan lesen untuk segalanya…..

Banyaknya Professor Di Malaysia

Malaysia Negara yang aman tenteram, mungkin kerana itu ramai rakyatnya bijak-bijak belaka.

Tak percaya???

Cuba kira bilangan professor di Malaysia..banyak atau tidak

Aku tak hairan jika professor itu berkhidmat di Universiti (Walupun mungkin dia seorang ‘kangkung’) tetapi yuang menariknya Professor yang berada bukan di arena akdemik

Contohnya Professor dalam perubatan tradisonal…

Atau Professor dalam pelbagai jenis terapi

Yang tiba-tiba ada gelaran professor

Seingat aku professor di Universiti sampai putih rambut buat penyelidikan, malah kadangkala sampai rambut tak sempat nak puti kerana semuanya gugur semata-mata buat penyelidikan dan menerima anugerah Professor kerana kehebatan penyelidkannya

Tetapi puak-puak ini entah dari mana agaknya dia dapat Gelaran Professor

Mungkin di beli di Internet kot seperti mana Gelaran Phd yang sering diguna oleh ramai orang

Atau mungkin di ebay agaknya..

Wallahualam

Namun tak Mustahil kerana dunia kini tanpa sempadan……

Melaka Darul Bab!! (Bahagian 2)

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Ia sudah berlaku 50 tahun. Sama usianya dengan tempoh kemerdekaan Negara. Namun melucukan juga apabila pengerusi Jawatankuasa Tindakan Babi Negeri melaka meminta penduduk di kawasan yang berkaitan supaya bersabar sedikit masa lagi..

Permintaan ini timbul apabila hingga ke hari ini penternak-penternak babi yang amat istimewa bagi negeri Melaka masih belum lagi berjaya memenuhi kehendak kerajaan Negeri….

Dalam masa yang sama dua orang penternak babi di kawasa yang terbabit pula mengumakakan saman bagi membatalkan arahan merobohkan kandang babi mereka. Untuk makluman arahan tesebut dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (PBT bagi babi-babi di Alor Gajah)..

Oh Negaraku aman dan muhibbah

Beruntungnya jadi penternak Babi di bumi muhibbah ini….

Monday, September 17, 2007

RAMADHAN BULAN MULIA-USAHLAH MENCERCA LAGI !!!

Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Dibukakan pintu keberkatan untuk semua hamba Allah di muka bumi ini. Tak ketinggalan juga siaran TV yang turut meraikan kedatangan bulan yang mulia ini. Aku akui banyak siaran yang bermutu yang bercorak keislaman sepanjang ramadhan ini dan antara yang terbaik yang terlah aku tonton ialah Syahadah dan Jejak Rasul

Apa yang hendak aku bahaskan di sini bukannya tentang Siri Syahadah mahupun Jejak Rasul tapi tentang kemunculan satu episode (semacam selingan dalam 15 minit) yang lebih bercorak propaganda pihak pemerintah.

Seperti yang aku tuliskan awal-awal tadi dan seperti yang semua orang Islam tahu ialah Ramadhan ialah bulan mulia dan penuh keberkatan. Oleh yang demikian adalah wajar jika kita tidak mengisahkan sesuatu yang buruk dan bobrok melalui satu-satu medium sepanjang bulan yang mulia ini misalnya.

Sebenarnya aku agak aneh. Anehnya kerana aku pada ketika tu sedang menonton satu kisah tentang P Ramlee dan secara tiba-tiba aku diganggu dengan satu klip yang muncul di TV 2 yang berjudul POLITIK DESPERADO .

Dalam keterkejutan itu, aku cuba tonton rancangan yang meualkan (kerana rasa ingin tahu) itu. Nyata, apa yang dihidangkan ialah scenario politk yang berlaku di Malaysia dan yang amat aku keali ialah rancangan ini memburuk2kan seorang pemimpin pembangkang dan dalam masa yang sama menonjol2kan kehebatan dan ketrampilan seorang pemimpin kerajaan.

Aku mual dengan semua ini. Sejak dari dahulu kita sering dimomokkan bahawa pembangkang itu jahat, pembangkang punca kekecohan, pembangkang pencetus kekacauan.

Selesai menonton rancangan tersebut aku terfikir sekali lagi bahawa kenapa ZAM hendak buat rating sendiri untuk RTM…aku kini terlalu mengerti kenapa menteri tersebut dengan cerdiknya mengemukakan cadangan sedemikian

Sambil melayan secawan The Tongkat Ali, aku berterima kasih pada ASTRO (walaupun bil dan naik) kerana aku tak dapat bayangkan bagaimana jumudnya akal penonton jika hanya terdedah kepada siaaran-siaran RTM …

Thursday, September 13, 2007

Satu SMS

Saya terima satu SMS yang memberikan sedikit ide tentang penulisan saya yang berjudul "Bahasa Melaka"

SMS tu lebih kurang begini:


' Salam Pak Kebun, apa kata jika Pak Kebun tambah lagi penguat kata lak dalam Bahasa Melaka seperti: Pedas Mencahau, Tawar Melesit, Busuk Merahang..hahaha..tentu lebih komersial...."




Foto: Sesudu Sambal yang pedas mencahau...


Salam Ramadhan


Ramadhan (Ramli Sarip)
Naluri kita manusia
Selalu leka
Hanya sujud dan sembah
Padanya jua

Kini engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman masa
Nan silam

Ampunan Mu kuharapkan
Tiada daya... aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadhan ini kabulkan doaku


Suluhkanlah cahaya Mu
Di malam yang penuh syahdu

Moga Ramadhan ini dapat sama-sama kita manfaatkan. IsyaAllah

Friday, September 07, 2007

Melaka Darul Bab !!!

Aku tahu apa yang hendak aku tuliskan ini bakal mengundang kemarahan warga Negeri Bersejarah Namun aku kena tulis juga Bagi warga Negeri bersejarah, Anda tidak sepatutnya marah ...tepai marahilah diri anda sendiri kerana anda memilih wakil yang tidak mampu bertindak demi kebahagiaan anda semua....

Aku sememangnya bangga jadi anak Melaka.

Bangga dengan sejarah, bangga dengan warisan, bangga dengan budaya, bangga dengan lenggok bahasa.


Namun isu yang satu ini menjadikan aku amat malu dan rasa nak tutup muka macam sirul yang terlibat dalam perbicaraaan Altantuya

Isu ini sebenarnya bukan isu baru.

Sekurang-kurangnya ia telah berlanjutan selama 20 tahun

Isu yang sama juga telah menjadikan Negeri Sembilan di serang virus JE

Isu ini juga telah menjadikan sungai Linggi antara sungai yang paling tercemar di Malaysia.

Isunya ialah Babi

Aku terlalu hairan kerana Ketua Menteri Melaka pernah menyatakan yang kerajaan negeri ‘hari-hari’ berunding dengan penternak babi bagi mencari jalan penyelesaian.

Malah Melaka mecatat rekod (masukkan dalam Malaysian Books Of Record ye) iaiatu kawasan penternakan babi terbesar di ASIA TENGGARA..tahniah Tok Ali

Pada 4 sept 2007, operasi memusnahkan babi dihentikan tiba-tiba. (amat hairan…kalau Kampung Berembang kerajaan amat tegas tapi kes babi amat baik hati pula. ) dalam buletin utama aku lihat ada seolah2 kekecohan, dan yang paling menarik semuanya ditangani dengan baik (mungkin itu kubu kuat kerajaan agaknya)

Hari ini, dikhabarkan lebihan 92 000 ekor babi akan dipindahkan ke selangor dan NS. Tahniah…

Aku tak tahu apa lagi yang bakal berlaku dalam polemic yang mudah ini. Mungkin kita tunggu satu
lagi virus agaknya untuk bertindak lebih tegas…
l.
(Mungkin Lepas ni Blog ni kena Samak agaknya)

Minggu Yang Menyesakkan


Minggu ini amat menyesakkan
sepanjang Isnin hingga Khamis 'outstation'
Jumaat pagi masuk ke pejabat sudah ada surat seminar untuk Jumaat hingga ahad
Isnin dan selasa ada seminar juga
paper work masih tak siap
jalan hadapan masih kabur....

Aku masih lagi terfikir....
kehebatan seseorang atas nama kualaiti atau kuantiti

kuantiti banyak karatnya
kualiti kurang jumlahnya

Sunday, September 02, 2007

Bahasa Melaka: Membongkang

Hai berjumpa lagi..
hari ini aku perkenalkan satu lagi perkataan dalam bahasa Melaka yang selalu aku dengar masa aku kecil kecil dahulu

Perkataannya ialah : bongkang, terbongkang, Membongkang

Maksud dalam Kamus Dewan (Edisi Ketiga): "Bongkang-terbongkang: terlentang, membujur, terlantar (terbaring)

Maksud Bahasa Melaka= Sama seperti dalam Kamus Dewan

Contoh Ayat: Dolah asyik terbongkang/membongkang sahaja di rumah pada hujung minggu ini.

Sekian,
jumpa lagi di lain masa...