Dewan gamat Noh bertikam lidah isu keris
(Petikan dari Utusan Malaysia 29 Nov 2006)
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Persidangan Dewan Rakyat sesi petang ‘gamat’ apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar ‘bertikam lidah’ dengan pembangkang.
Semasa itu Noh sedang menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2007 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Keadaan mula ‘tegang’ apabila pembangkang tidak putus-putus membangkitkan isu keris pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO kemudian menyifatkan pembangkang sebagai ‘buta budaya’ dan tidak memahami sejarah orang Melayu kerana sering mempersendakan tindakan mencium keris.
‘‘Pembangkang jangan bangkitkan isu ini. Keris adalah lambang UMNO. Salahkah Pemuda UMNO membawa lambang (keris) pada perhimpunan.
‘‘Pembangkang perlu tahu keris adalah pusaka orang Melayu dan jangan politikkan isu keris lagi.... tutup buku,” katanya.
Noh berkata, kerajaan sentiasa bersikap adil dalam soal pendidikan.
‘‘Disebabkan pembangkang ‘buta sejarah’, mereka sering mempersoalkan kedudukan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina sedangkan mereka tidak faham bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum dalam soal (pendidikan) itu,” katanya
PERBINCANGAN:
Menurut Wikipedia, keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao), dan Brunei.
Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.
Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.
Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.
Bila sebut pasal keris aku yakin semua orang tahu. Kecil besar tua, muda, lelaki wanita semua tahu bila disebut keris. Keris itu Senjata-perlambangan semangat orang melayu orang Melayu.
Cuma, bila isu keris dibawa ke Dewan Rakyat..itu sesuatu yang aneh. Kisahnya bermula dalam perhimpunan Agung UMNO baru baru ini. Perbuatan menjulang dan mengucup keris oleh pemimpin UMNO.
Ia menimbulkan persoalan kepada pembangkang. Apa rasionalnya keris tersebut dijulang dan dikucup???
Maka 'berperang-mulut' lah ahli dewan rakyat sama-ada di pihak pemerintah mahupun pembangkang mendebatkan isu keris (dalam konteks menjulang dan mengucupnya)
Ironinya, bukan pembangkang sahaja yang keliru..aku turut keliru...apa kelebihan keris??
Ia sekadar Lambang...Ia tiada apa-apa kuasa...Sekiranya ia dijulang dan dikucup untuk menunjukkan semangat untuk membantu orang melayu pada hemat aku lupakanlah. Keris tersebut takkan membantu
Sudah 49 tahun berlalu (Merdeka)
Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) juga telah tamat tempohnya. kini Dasar Wawasan Negara pula.
Namun, Orang Melayu Masih macam tu juga,
Pemilikan ekuiti masih rendah
Masih majoroti penghuni pusat serenti,
masih majoriti yang Miskin,
Masih majoriti yang menganggur (graduan)
Masih majoriti yang jadi Mat Rempit (kini ura-ura nak jadi ahli parti pula..bagus lah Labu..)
Masih majoriti yang rosak akhlak dan sosialnya
Masih majoriti pemimpin yang korup....
Keris masih dijulang...namun apa impaknya pada realiti???
Takkan lah nak jadi macam ayam.."kokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi"
Kadangkala aku terfikir..jika dalam perhimpunan agung MCA- mereka julang dan kucup pedang,
Perhimpunan agung PBDS- mereka julang parang (simbolik untuk upacara ngayau)
Apa agaknya Reaksi orang yang menjulang dan mengucup keris tadi agaknye ye???
Pak_Kebun: Hanya ada parang kontot
No comments:
Post a Comment