"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, November 28, 2006

Alahai Rakyat Malaysia !!!

Petikan dari Akhbar Harian Metro, Isnin 28 November 2006
(Aku malas nak komen apa-apa tapi inilah hakikat Rakyat Malaysia....)


Makhluk aneh jadi buruan

Oleh ZAINUDDIN ZAIN, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN

KUALA LUMPUR: Dulu toyol, pocong dan pontianak adalah makhluk yang cuba dijauhi manusia. Namun, ketaksuban dan publisiti meluas menyebabkan makhluk itu sekarang menjadi ‘buruan’ untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Sambutan luar biasa orang ramai terhadap dua pameran di Muzium Shah Alam dan Bastion House, Bandar Hilir, Melaka sebelum ini menyebabkan ‘perang’ pameran makhluk dan objek berunsur mistik, termasuk didakwa hantu, semakin panas.Ini terbukti apabila sepanjang Disember ini, sekurang-kurangnya empat pameran mistik dan aneh akan dianjurkan di Pulau Pinang; Nilai 3, Negeri Sembilan serta dua di Melaka.Tiga penyimpan makhluk dan objek mistik dari Selangor iaitu Baharuddin Osman atau Pak Raden dari Klang; Safuan Abu Bakar (Kuang) dan Mohd Salim Santhiman atau Wak Salim (Jenjarum) adalah ‘watak utama’ menyediakan bahan untuk semua pameran berkenaan.
Pak Raden yang bertanggungjawab membekalkan bahan untuk pameran di Nilai 3 berkata, di sebalik kecenderungan banyak pihak menganjurkan pameran mistik, dia tetap positif setiap pameran akan mendapat sambutan kerana mempunyai kekuatan masing-masing.“Pameran anjuran saya bertajuk ‘Tabir Misteri — Kebenaran, Kepalsuan Atau Khayalan’ selama tiga bulan bermula 1 Disember ini menyediakan lebih 110 makhluk dan objek untuk dipamerkan kepada orang ramai.“Semua barangan yang bakal dipamerkan di Nilai 3 tidak akan sama dengan di Pulau Pinang dan Melaka kerana ia koleksi masing-masing. Selain koleksi sendiri, saya meminjam daripada kenalan tempatan dan di negara jiran,” katanya.
Ditanya tarikan utama untuk ke pamerannya, Pak Raden berkata, dia berusaha membawa makhluk yang didakwa anak toyol hidup untuk tatapan pengunjung, selain botol berisi jin yang didakwa ditangkap seorang bomoh di Selangor.“Kita juga ada potret Puteri Gunung Ledang yang dilukis keturunannya sendiri, selain potret Puteri Cenderawasih yang terkenal dengan kebolehannya menguasai burung.“Tidak ketinggalan, kita juga ada ibu toyol yang mengikut cerita akibat sumpahan menjadi batu tetapi jika menggunakan kaedah tertentu dapat menjadi seolah-olah ‘magnet’ untuk menghimpunkan toyol dan lima jenglot,” katanya.
Mengenai larangan di pameran itu, Pak Raden berkata, selain jangan bercakap takbur, kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun, wanita datang haid dan mereka yang lemah jantung dinasihatkan tidak mengunjungi pameran itu.
Di Melaka, pameran akan diadakan di Taman Mini Malaysia dan Asean (TMMA) Ayer Keroh, selain Bastion House di Bandar Hilir yang mengetengahkan konsep berbeza dengan tumpuan lebih kepada makhluk aneh dan seram.Di TMMA, pameran dinamakan Pameran Makhluk Aneh dan Seram anjuran bersama pengurusan taman berkenaan, Gerak Budaya (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Ripley’s Believe Or Not! Malaysia (Ripley’s Malaysia).
Bahan pameran untuk dua lokasi di Melaka itu diperoleh daripada Mohd Salim Sathiman atau Wak Salim, 72. Beliau mendakwa antara bahan pameran paling sukar diperolehnya ialah ‘Gondoruwo’.Mohd Salim berkata, antara ‘benda hidup’ yang akan dipamerkan ialah manusia bermata tiga dan dipenuhi tompokan bulu digelar ‘Gondoruwo’ atau anak jin, ‘Puteri Kerdil’ berukuran 30 sentimeter dan manusia yang mempunyai kemahiran luar biasa merubah wajahnya digelar ‘Manusia 10 Wajah’.
“Di Bastion House pula, pengunjung berpeluang melihat lebih 100 objek aneh dan pelik seperti ular berkepala manusia yang mempunyai dua kepala dan ekornya pula bercabang serta buaya berkepala manusia.“Turut dipamerkan ialah ‘Kakek Pertapa’ (makhluk kerdil berambut panjang dan berbulu), mengkarung serta cicak yang ekornya bercabang dan kain pontianak. Pameran di Bastion House dianjurkan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim),” katanya.Mohd Salim berkata, ‘Gondoruwo’ biasa menjadi bahan pameran di Indonesia, tetapi kehadirannya ke negara ini adalah yang pertama kali.Beliau mendakwa, ‘Gonduruwo’ tinggal bersama ibu bapanya di daerah Jember, Jawa Timur.
Makhluk itu ada tiga mata — dua seperti manusia normal manakala satu lagi di belakang leher — dan mempunyai tompokan bulu pada bahagian tertentu anggota badan, berpunca daripada angkara hantu raya yang menyetubuhi ibunya.Mohd Salim berkata, ‘Puteri Kerdil’ yang ditemuinya juga dari Indonesia dan buat pertama kalinya berpeluang berkunjung ke negara ini dengan nama sebenarnya Suprapi Suparman berusia 15 tahun dan tinggal di daerah Pati Semarang, Jawa Tengah.Di Pulau Pinang pula bersempena Pesta Pulau Pinang 2006, PDC Events And Advertising Sdn Bhd bersama Muzium Koleksi Nurul A’la yang dimiliki Safuan menganjurkan Pameran Menyingkap Misteri Keajaiban Alam di Dewan C, tapak pesta berkenaan.Pengurus Projek dan Promosi Muzium Koleksi Nurul A’la, Shaffiq Faizal Ahmad, berkata pihaknya menyediakan lebih 150 barangan berunsurkan misteri di pameran itu.Katanya, berbanding ketika ‘Pameran Misteri Jin, Hantu, Keranda Dan...’ di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Julai lalu, pameran di Pulau Pinang tampil dengan pelbagai kelainan.“Kali ini kita pamerkan lebih banyak barangan.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat barangan aneh seperti batu terapung di atas air, kukur kelapa kepala ayam dikatakan boleh berkokok, bulu kijang putih dan fosil berusia jutaan tahun seperti ubi, ikan jerung, tulang buaya bersaiz besar yang menjadi batu.“Kita turut mempamerkan beberapa barangan yang baru ditemui di Benua Nusantara, antaranya ‘ikan perut bumi’ yang diperoleh ketika kejadian gempa bumi di Yogyakarta.“Beberapa barangan antik untuk menyeksa manusia turut dipamerkan, antaranya kerusi penyeksaan, bilik serta alat memancung kepala dan alat menoreh kepala manusia,” katanya.Shaffiq berkata, barangan misteri seperti ikan duyung, toyol, langsuir dan jin yang pernah dipamerkan di Shah Alam turut dipamerkan bagi memberi peluang orang ramai yang belum pernah melihat barang berkenaan melihatnya dengan lebih dekat
Allah Jadikan Langit tanpa Tiang, Bumi Berputar tetap di landasannya, Matahari dan bulan timbul tepat pada masanya dan macam-macam lagi bukti kekuasaan Allah , apalah sangat dengan makhluk2 makhluk sebegitu...
'Dan lagi dalil yang terang untuk mereka berfikir ialah malam Kami hilangkan siang daripadanya maka dengan serta merta mereka berada dalam Gelap Gelita" (Yaasin:37)
Tidakkah Kamu Berfikir??
Pak_kebun:otakkubekukakudanlesuhuarghhuarghhuargh.....

No comments: