"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, November 29, 2006

Kakak Yang Kecewa ...


Foto: Kak Long Sisters ? (Sekadar Gambar Hiasan)
Anda pernah dengar nama 'sister'???
Ini bukan kisah 'sister' (jururawat kat hospital) ini kisah lain
'Sister' dalam bahasa yang mudah diterjemahkan sebagai 'kakak' dalam bahasa melayu.
Jadi sebagaimana fitrah manusia, kakak (golongan yang lebih tua-walaupun belum tentu cukup ilmunya) pasti akan cuba membimbing golongan yang lebih muda.
Apa yang aku nak kisahkan di sini ialah tentang kisah satu puak yang menggelar diri mereka 'Sisters in Islam' (Kakak Dalam Islam). Yang selama ini dengan semberono dan membabi buta cuba membimbing masyarakat dia Malaysia ke arah satu era baru dalam kehidupan beragama.
Aku tak mahu ulas atau komen apa-apa tentang kontroversi dan tindakan yang dibuat oleh puak ini....
Malah dalam Perhimpunan Agung UMNO tempohhari, puak ini juga ada di belasah oleh perwakilan. Tetapi yang amat menghairankan aku ialah sehingga ke hari ini masih tiada apa-apa tindakan terhadap mereka.
Kebalkah Mereka?
Besarkah Payung Mereka?
Kukuhkah Tembok Mereka?
Tidak Merbahayakah Mereka?

Aku malas nak buat macam-macam andaian....tapi empat persoalan di atas menyebabkan aku berfikir dengan mendalam...dan membuat rumusan bahawa jika tiada apa-apa tindakan diambil ia memnukinkan kepada dua perkara sahaja

Pertama- Mereka tidak merbahaya

Kedua- Mereka dianggap tidak merbahaya...

Hari ini, dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia (29 Nov 2006) mereka menepis dan menyangkal segala dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka....dengan pelbagai hujah yang menjengkelkan.....

Aku tak nak komen apa-apa ..cuma aku nak tanya...kalau korang berak tepi jalan korang nak mengaku tak????

Guna akal untuk berfikir, guna iman untuk membuat keputusan...

Sisters In Islam kesal dilempar pelbagai tuduhan
KAMI ingin merujuk kepada beberapa kenyataan yang telah dibuat berkenaan Sisters In Islam sepanjang Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Kami kesal kerana beberapa ahli UMNO sanggup menyebarkan fitnah dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas dan hanya bersandarkan pada maklumat yang diputarbelitkan.


Tuduhan-tuduhan palsu seperti ini sebenarnya bukan perkara baru. Agak menghairankan apabila usaha untuk membincangkan isu keadilan dalam Islam dituduh sebagai ‘mencabar Islam’.

Walhal Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan komitmen dalam gagasan ke-10 ucapan dasarnya pada persidangan tersebut.

Betapa kerajaan prihatin terhadap keadaan wanita di negara ini dan bertekad untuk menyemak semula dan menyelaraskan undang-undang syariah keluarga bagi memastikan berlakunya keadilan.

Justeru, amat malang apabila ‘pemimpin-pemimpin’ ini tanpa segan silu sanggup cuba membisukan kaum wanita dan pihak-pihak agama dan kaum lain semata-mata untuk meraih sokongan umum.

Pada masa Perdana Menteri giat menggalakkan setiap warga Malaysia supaya menilai sikap sendiri dan juga menyeru agar kita aktif dalam menegakkan nilai murni seperti sikap toleransi dan mengelakkan sikap ekstremis agama dan kaum, kenyataan daripada akar umbi partinya sendiri pula sama sekali tidak mencerminkan sikap toleransi mahupun kesederhanaan. Sebaliknya kenyataan yang dikeluarkan agak banyak yang bernada keras.

Setiap hari SIS tidak putus-putus menerima panggilan daripada kaum wanita dari segenap lapisan masyarakat, yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan hidup. Atas dasar hakikat inilah SIS telah berusaha dengan gigih dan tabah untuk membantu wanita yang meminta bantuan, dan berusaha keras agar pindaan perundangan dibuat demi menegakkan hak wanita.
Antara lain, SIS dengan jayanya telah berjuang supaya wanita Islam juga diberi hak untuk menandatangani borang persekolahan, permohonan pasport dan borang rawatan perubatan anak mereka. Sebelum itu, wanita Islam tidak mengecapi hak tersebut kerana hak itu hanya diberi kepada bapa untuk memberi kebenaran.

SIS juga telah berganding bahu dengan persatuan wanita yang lain untuk memastikan undang-undang melindungi wanita digubal dan dilaksanakan. Contohnya dengan memastikan setiap orang di Malaysia dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumahtangga, termasuk wanita Islam. Sebelum itu, hampir-hampir wanita Islam tidak tergolong dalam senarai warga yang dilindungi daripada keganasan rumahtangga.

Berkat usaha SIS dan persatuan wanita yang lain jugalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Artikel 8(2) kini menegah diskriminasi terhadap wanita. Dalam pelbagai memorandum kepada kerajaan Malaysia, SIS telah mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan Mahkamah Syariah memberikan keadilan yang sewajarnya kepada kaum wanita.
Apabila kami membantah terhadap pindaan-pindaan yang mendiskriminasi wanita dalam Pindaan Undang-undang Keluarga Islam 2005, kesemua senator wanita termasuk senator wanita dari Pas telah menyokong kempen kami kerana sedar masalah yang dihadapi oleh wanita Islam akan bertambah runcing.

Jadi, bagaimanakah SIS dikatakan mencabar dan menghina undang-undang Syariah? Hanya kerana sekadar menuntut keadilan?

Kami amat terkilan bahawa ada kalangan ‘pemimpin’ di Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang sengaja mengapi-apikan sentimen dengan niat buruk, yakni untuk memperlekehkan usaha murni pelbagai persatuan di negara ini yang berusaha menegakkan nilai keamanan, toleransi dan keadilan.

Kami menjemput sesiapa sahaja yang prihatin terhadap hakikat sosial sebenar di Malaysia agar turun bersama menyalurkan semangat mereka untuk membantu kumpulan dan persatuan masyarakat madani dalam menghadapi cabaran masa kini di Malaysia.

– NORHAYATI KAPRAWI,
Pengurus Program,
Sisters in Islam.
Pak_Kebun: Bukan Brother Kepada Sisters In Islam

No comments: