"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, November 30, 2006

Sukan-Kisah Kawan Aku


Foto: Bukan sukan kat tempat kawan aku

Semua orang tahu sukan baik untuk kesihatan..
Sebab tu kat sekolah ada matapelajaran Pendidikan Jasmani, khusus untuk menjadikan pelajar cergas dengan sukan

Kalau bersukan, badan sihat-otak jadi cerdas

Tapi kalau sukan dipolitikkan macammana???

Tak perlu pada skala yang besar...takperlu lihat BAM atau FAM

Lihat aje kisah kawan aku...

Dia dapat surat untuk turun bersukan..
Yang paling 'bengong' surat mempunyai satu pesanan yang penuh dengan nilai 'politik'

'KEHADIRAN ANDA AKAN DICATATKAN'

Badan belum tentu sihat, tapi hati yang sakit

Kesian Kawan Aku

Pak_Kebun: Bukan Ahli Sukan

Wednesday, November 29, 2006

Kerana Keris...

Foto: Keris Jawa (Jawa juga Melayu..hehehe)
Dewan gamat Noh bertikam lidah isu keris
(Petikan dari Utusan Malaysia 29 Nov 2006)

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Persidangan Dewan Rakyat sesi petang ‘gamat’ apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar ‘bertikam lidah’ dengan pembangkang.

Semasa itu Noh sedang menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2007 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Keadaan mula ‘tegang’ apabila pembangkang tidak putus-putus membangkitkan isu keris pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO kemudian menyifatkan pembangkang sebagai ‘buta budaya’ dan tidak memahami sejarah orang Melayu kerana sering mempersendakan tindakan mencium keris.

‘‘Pembangkang jangan bangkitkan isu ini. Keris adalah lambang UMNO. Salahkah Pemuda UMNO membawa lambang (keris) pada perhimpunan.

‘‘Pembangkang perlu tahu keris adalah pusaka orang Melayu dan jangan politikkan isu keris lagi.... tutup buku,” katanya.

Noh berkata, kerajaan sentiasa bersikap adil dalam soal pendidikan.

‘‘Disebabkan pembangkang ‘buta sejarah’, mereka sering mempersoalkan kedudukan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina sedangkan mereka tidak faham bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum dalam soal (pendidikan) itu,” katanya
PERBINCANGAN:
Menurut Wikipedia, keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao), dan Brunei.

Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.

Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.
Bila sebut pasal keris aku yakin semua orang tahu. Kecil besar tua, muda, lelaki wanita semua tahu bila disebut keris. Keris itu Senjata-perlambangan semangat orang melayu orang Melayu.
Cuma, bila isu keris dibawa ke Dewan Rakyat..itu sesuatu yang aneh. Kisahnya bermula dalam perhimpunan Agung UMNO baru baru ini. Perbuatan menjulang dan mengucup keris oleh pemimpin UMNO.
Ia menimbulkan persoalan kepada pembangkang. Apa rasionalnya keris tersebut dijulang dan dikucup???
Maka 'berperang-mulut' lah ahli dewan rakyat sama-ada di pihak pemerintah mahupun pembangkang mendebatkan isu keris (dalam konteks menjulang dan mengucupnya)
Ironinya, bukan pembangkang sahaja yang keliru..aku turut keliru...apa kelebihan keris??
Ia sekadar Lambang...Ia tiada apa-apa kuasa...Sekiranya ia dijulang dan dikucup untuk menunjukkan semangat untuk membantu orang melayu pada hemat aku lupakanlah. Keris tersebut takkan membantu
Sudah 49 tahun berlalu (Merdeka)
Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) juga telah tamat tempohnya. kini Dasar Wawasan Negara pula.
Namun, Orang Melayu Masih macam tu juga,
Pemilikan ekuiti masih rendah
Masih majoroti penghuni pusat serenti,
masih majoriti yang Miskin,
Masih majoriti yang menganggur (graduan)
Masih majoriti yang jadi Mat Rempit (kini ura-ura nak jadi ahli parti pula..bagus lah Labu..)
Masih majoriti yang rosak akhlak dan sosialnya
Masih majoriti pemimpin yang korup....
Keris masih dijulang...namun apa impaknya pada realiti???
Takkan lah nak jadi macam ayam.."kokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi"
Kadangkala aku terfikir..jika dalam perhimpunan agung MCA- mereka julang dan kucup pedang,
Perhimpunan agung PBDS- mereka julang parang (simbolik untuk upacara ngayau)
Apa agaknya Reaksi orang yang menjulang dan mengucup keris tadi agaknye ye???
Pak_Kebun: Hanya ada parang kontot

Kakak Yang Kecewa ...


Foto: Kak Long Sisters ? (Sekadar Gambar Hiasan)
Anda pernah dengar nama 'sister'???
Ini bukan kisah 'sister' (jururawat kat hospital) ini kisah lain
'Sister' dalam bahasa yang mudah diterjemahkan sebagai 'kakak' dalam bahasa melayu.
Jadi sebagaimana fitrah manusia, kakak (golongan yang lebih tua-walaupun belum tentu cukup ilmunya) pasti akan cuba membimbing golongan yang lebih muda.
Apa yang aku nak kisahkan di sini ialah tentang kisah satu puak yang menggelar diri mereka 'Sisters in Islam' (Kakak Dalam Islam). Yang selama ini dengan semberono dan membabi buta cuba membimbing masyarakat dia Malaysia ke arah satu era baru dalam kehidupan beragama.
Aku tak mahu ulas atau komen apa-apa tentang kontroversi dan tindakan yang dibuat oleh puak ini....
Malah dalam Perhimpunan Agung UMNO tempohhari, puak ini juga ada di belasah oleh perwakilan. Tetapi yang amat menghairankan aku ialah sehingga ke hari ini masih tiada apa-apa tindakan terhadap mereka.
Kebalkah Mereka?
Besarkah Payung Mereka?
Kukuhkah Tembok Mereka?
Tidak Merbahayakah Mereka?

Aku malas nak buat macam-macam andaian....tapi empat persoalan di atas menyebabkan aku berfikir dengan mendalam...dan membuat rumusan bahawa jika tiada apa-apa tindakan diambil ia memnukinkan kepada dua perkara sahaja

Pertama- Mereka tidak merbahaya

Kedua- Mereka dianggap tidak merbahaya...

Hari ini, dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia (29 Nov 2006) mereka menepis dan menyangkal segala dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka....dengan pelbagai hujah yang menjengkelkan.....

Aku tak nak komen apa-apa ..cuma aku nak tanya...kalau korang berak tepi jalan korang nak mengaku tak????

Guna akal untuk berfikir, guna iman untuk membuat keputusan...

Sisters In Islam kesal dilempar pelbagai tuduhan
KAMI ingin merujuk kepada beberapa kenyataan yang telah dibuat berkenaan Sisters In Islam sepanjang Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Kami kesal kerana beberapa ahli UMNO sanggup menyebarkan fitnah dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas dan hanya bersandarkan pada maklumat yang diputarbelitkan.


Tuduhan-tuduhan palsu seperti ini sebenarnya bukan perkara baru. Agak menghairankan apabila usaha untuk membincangkan isu keadilan dalam Islam dituduh sebagai ‘mencabar Islam’.

Walhal Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan komitmen dalam gagasan ke-10 ucapan dasarnya pada persidangan tersebut.

Betapa kerajaan prihatin terhadap keadaan wanita di negara ini dan bertekad untuk menyemak semula dan menyelaraskan undang-undang syariah keluarga bagi memastikan berlakunya keadilan.

Justeru, amat malang apabila ‘pemimpin-pemimpin’ ini tanpa segan silu sanggup cuba membisukan kaum wanita dan pihak-pihak agama dan kaum lain semata-mata untuk meraih sokongan umum.

Pada masa Perdana Menteri giat menggalakkan setiap warga Malaysia supaya menilai sikap sendiri dan juga menyeru agar kita aktif dalam menegakkan nilai murni seperti sikap toleransi dan mengelakkan sikap ekstremis agama dan kaum, kenyataan daripada akar umbi partinya sendiri pula sama sekali tidak mencerminkan sikap toleransi mahupun kesederhanaan. Sebaliknya kenyataan yang dikeluarkan agak banyak yang bernada keras.

Setiap hari SIS tidak putus-putus menerima panggilan daripada kaum wanita dari segenap lapisan masyarakat, yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan hidup. Atas dasar hakikat inilah SIS telah berusaha dengan gigih dan tabah untuk membantu wanita yang meminta bantuan, dan berusaha keras agar pindaan perundangan dibuat demi menegakkan hak wanita.
Antara lain, SIS dengan jayanya telah berjuang supaya wanita Islam juga diberi hak untuk menandatangani borang persekolahan, permohonan pasport dan borang rawatan perubatan anak mereka. Sebelum itu, wanita Islam tidak mengecapi hak tersebut kerana hak itu hanya diberi kepada bapa untuk memberi kebenaran.

SIS juga telah berganding bahu dengan persatuan wanita yang lain untuk memastikan undang-undang melindungi wanita digubal dan dilaksanakan. Contohnya dengan memastikan setiap orang di Malaysia dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumahtangga, termasuk wanita Islam. Sebelum itu, hampir-hampir wanita Islam tidak tergolong dalam senarai warga yang dilindungi daripada keganasan rumahtangga.

Berkat usaha SIS dan persatuan wanita yang lain jugalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Artikel 8(2) kini menegah diskriminasi terhadap wanita. Dalam pelbagai memorandum kepada kerajaan Malaysia, SIS telah mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan Mahkamah Syariah memberikan keadilan yang sewajarnya kepada kaum wanita.
Apabila kami membantah terhadap pindaan-pindaan yang mendiskriminasi wanita dalam Pindaan Undang-undang Keluarga Islam 2005, kesemua senator wanita termasuk senator wanita dari Pas telah menyokong kempen kami kerana sedar masalah yang dihadapi oleh wanita Islam akan bertambah runcing.

Jadi, bagaimanakah SIS dikatakan mencabar dan menghina undang-undang Syariah? Hanya kerana sekadar menuntut keadilan?

Kami amat terkilan bahawa ada kalangan ‘pemimpin’ di Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang sengaja mengapi-apikan sentimen dengan niat buruk, yakni untuk memperlekehkan usaha murni pelbagai persatuan di negara ini yang berusaha menegakkan nilai keamanan, toleransi dan keadilan.

Kami menjemput sesiapa sahaja yang prihatin terhadap hakikat sosial sebenar di Malaysia agar turun bersama menyalurkan semangat mereka untuk membantu kumpulan dan persatuan masyarakat madani dalam menghadapi cabaran masa kini di Malaysia.

– NORHAYATI KAPRAWI,
Pengurus Program,
Sisters in Islam.
Pak_Kebun: Bukan Brother Kepada Sisters In Islam

Tuesday, November 28, 2006

Alahai Rakyat Malaysia !!!

Petikan dari Akhbar Harian Metro, Isnin 28 November 2006
(Aku malas nak komen apa-apa tapi inilah hakikat Rakyat Malaysia....)


Makhluk aneh jadi buruan

Oleh ZAINUDDIN ZAIN, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN

KUALA LUMPUR: Dulu toyol, pocong dan pontianak adalah makhluk yang cuba dijauhi manusia. Namun, ketaksuban dan publisiti meluas menyebabkan makhluk itu sekarang menjadi ‘buruan’ untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Sambutan luar biasa orang ramai terhadap dua pameran di Muzium Shah Alam dan Bastion House, Bandar Hilir, Melaka sebelum ini menyebabkan ‘perang’ pameran makhluk dan objek berunsur mistik, termasuk didakwa hantu, semakin panas.Ini terbukti apabila sepanjang Disember ini, sekurang-kurangnya empat pameran mistik dan aneh akan dianjurkan di Pulau Pinang; Nilai 3, Negeri Sembilan serta dua di Melaka.Tiga penyimpan makhluk dan objek mistik dari Selangor iaitu Baharuddin Osman atau Pak Raden dari Klang; Safuan Abu Bakar (Kuang) dan Mohd Salim Santhiman atau Wak Salim (Jenjarum) adalah ‘watak utama’ menyediakan bahan untuk semua pameran berkenaan.
Pak Raden yang bertanggungjawab membekalkan bahan untuk pameran di Nilai 3 berkata, di sebalik kecenderungan banyak pihak menganjurkan pameran mistik, dia tetap positif setiap pameran akan mendapat sambutan kerana mempunyai kekuatan masing-masing.“Pameran anjuran saya bertajuk ‘Tabir Misteri — Kebenaran, Kepalsuan Atau Khayalan’ selama tiga bulan bermula 1 Disember ini menyediakan lebih 110 makhluk dan objek untuk dipamerkan kepada orang ramai.“Semua barangan yang bakal dipamerkan di Nilai 3 tidak akan sama dengan di Pulau Pinang dan Melaka kerana ia koleksi masing-masing. Selain koleksi sendiri, saya meminjam daripada kenalan tempatan dan di negara jiran,” katanya.
Ditanya tarikan utama untuk ke pamerannya, Pak Raden berkata, dia berusaha membawa makhluk yang didakwa anak toyol hidup untuk tatapan pengunjung, selain botol berisi jin yang didakwa ditangkap seorang bomoh di Selangor.“Kita juga ada potret Puteri Gunung Ledang yang dilukis keturunannya sendiri, selain potret Puteri Cenderawasih yang terkenal dengan kebolehannya menguasai burung.“Tidak ketinggalan, kita juga ada ibu toyol yang mengikut cerita akibat sumpahan menjadi batu tetapi jika menggunakan kaedah tertentu dapat menjadi seolah-olah ‘magnet’ untuk menghimpunkan toyol dan lima jenglot,” katanya.
Mengenai larangan di pameran itu, Pak Raden berkata, selain jangan bercakap takbur, kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun, wanita datang haid dan mereka yang lemah jantung dinasihatkan tidak mengunjungi pameran itu.
Di Melaka, pameran akan diadakan di Taman Mini Malaysia dan Asean (TMMA) Ayer Keroh, selain Bastion House di Bandar Hilir yang mengetengahkan konsep berbeza dengan tumpuan lebih kepada makhluk aneh dan seram.Di TMMA, pameran dinamakan Pameran Makhluk Aneh dan Seram anjuran bersama pengurusan taman berkenaan, Gerak Budaya (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Ripley’s Believe Or Not! Malaysia (Ripley’s Malaysia).
Bahan pameran untuk dua lokasi di Melaka itu diperoleh daripada Mohd Salim Sathiman atau Wak Salim, 72. Beliau mendakwa antara bahan pameran paling sukar diperolehnya ialah ‘Gondoruwo’.Mohd Salim berkata, antara ‘benda hidup’ yang akan dipamerkan ialah manusia bermata tiga dan dipenuhi tompokan bulu digelar ‘Gondoruwo’ atau anak jin, ‘Puteri Kerdil’ berukuran 30 sentimeter dan manusia yang mempunyai kemahiran luar biasa merubah wajahnya digelar ‘Manusia 10 Wajah’.
“Di Bastion House pula, pengunjung berpeluang melihat lebih 100 objek aneh dan pelik seperti ular berkepala manusia yang mempunyai dua kepala dan ekornya pula bercabang serta buaya berkepala manusia.“Turut dipamerkan ialah ‘Kakek Pertapa’ (makhluk kerdil berambut panjang dan berbulu), mengkarung serta cicak yang ekornya bercabang dan kain pontianak. Pameran di Bastion House dianjurkan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim),” katanya.Mohd Salim berkata, ‘Gondoruwo’ biasa menjadi bahan pameran di Indonesia, tetapi kehadirannya ke negara ini adalah yang pertama kali.Beliau mendakwa, ‘Gonduruwo’ tinggal bersama ibu bapanya di daerah Jember, Jawa Timur.
Makhluk itu ada tiga mata — dua seperti manusia normal manakala satu lagi di belakang leher — dan mempunyai tompokan bulu pada bahagian tertentu anggota badan, berpunca daripada angkara hantu raya yang menyetubuhi ibunya.Mohd Salim berkata, ‘Puteri Kerdil’ yang ditemuinya juga dari Indonesia dan buat pertama kalinya berpeluang berkunjung ke negara ini dengan nama sebenarnya Suprapi Suparman berusia 15 tahun dan tinggal di daerah Pati Semarang, Jawa Tengah.Di Pulau Pinang pula bersempena Pesta Pulau Pinang 2006, PDC Events And Advertising Sdn Bhd bersama Muzium Koleksi Nurul A’la yang dimiliki Safuan menganjurkan Pameran Menyingkap Misteri Keajaiban Alam di Dewan C, tapak pesta berkenaan.Pengurus Projek dan Promosi Muzium Koleksi Nurul A’la, Shaffiq Faizal Ahmad, berkata pihaknya menyediakan lebih 150 barangan berunsurkan misteri di pameran itu.Katanya, berbanding ketika ‘Pameran Misteri Jin, Hantu, Keranda Dan...’ di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Julai lalu, pameran di Pulau Pinang tampil dengan pelbagai kelainan.“Kali ini kita pamerkan lebih banyak barangan.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat barangan aneh seperti batu terapung di atas air, kukur kelapa kepala ayam dikatakan boleh berkokok, bulu kijang putih dan fosil berusia jutaan tahun seperti ubi, ikan jerung, tulang buaya bersaiz besar yang menjadi batu.“Kita turut mempamerkan beberapa barangan yang baru ditemui di Benua Nusantara, antaranya ‘ikan perut bumi’ yang diperoleh ketika kejadian gempa bumi di Yogyakarta.“Beberapa barangan antik untuk menyeksa manusia turut dipamerkan, antaranya kerusi penyeksaan, bilik serta alat memancung kepala dan alat menoreh kepala manusia,” katanya.Shaffiq berkata, barangan misteri seperti ikan duyung, toyol, langsuir dan jin yang pernah dipamerkan di Shah Alam turut dipamerkan bagi memberi peluang orang ramai yang belum pernah melihat barang berkenaan melihatnya dengan lebih dekat
Allah Jadikan Langit tanpa Tiang, Bumi Berputar tetap di landasannya, Matahari dan bulan timbul tepat pada masanya dan macam-macam lagi bukti kekuasaan Allah , apalah sangat dengan makhluk2 makhluk sebegitu...
'Dan lagi dalil yang terang untuk mereka berfikir ialah malam Kami hilangkan siang daripadanya maka dengan serta merta mereka berada dalam Gelap Gelita" (Yaasin:37)
Tidakkah Kamu Berfikir??
Pak_kebun:otakkubekukakudanlesuhuarghhuarghhuargh.....

Terkenang Warung Mamak Longkang


Entah kenapa, secara tiba-tiba (mungkin kerana kelaparan yang maksima) aku terkenang Warung Mamak Longkang...

Pari Asam Pedas, Telur Dadar, Tauge Goreng....

Foto: Warung Mamak Longkang (Lokasi Sebenar)

Tuesday, November 21, 2006

Graduan Lagi???


Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Nota: Aku tulis ini tanpa penyelidikan yang teliti. Hanya apa yang terlintas di fikiran terus aku tulis. Kepada siapa-siapa yang nak bagi komen di persilakan.
SEKADAR TATAPAN
Dalam persidangan UMNO dipersoalkan tentang Graduan tidak berkualiti
Menteri Pengajian Tinggi Mustapha Mohamad cuba menyangkal dakwaan itu
Ahkbar Mingguan Malaysia (Ahad-19 Nov 2006) , ada berita mengatakan bahawa UNITAR bakal menjadi Universiti UMNO. Penulis menyamakan keadaannya seperti UTAR juga universiti yang dimiliki oleh parti-parti politik kerajaan lain. Rasionalnya amat mudah, UMNO Parti Melayu terbesar, jadi perlu ada Universiti
Janji Pilihanraya Penggal Lepas: Jika Kelantan dimiliki Barisan Nasional sebuah universiti akan didirikan
Setiap Negeri dalam Malaysia ada sebuah Universiti
Beribu-ribu graduan kita menggangur-katanya mereka salah pilih kursus(emmm kursus di Universiti siapa yang gubal dan tetapkan ye? student ke???)
Siapa yang tak nak masuk Universiti???
Apa yang aku catatkan diatas ialah serba sedikit info yang aku ingat dan aku pasti ia benar walaupun ia tidak disokong oleh sumber sumber yang sahih
Inilah senario semasa di Malaysia. Graduan sring jadi 'kambing' yang menjadi sasaran dan kritikan. Aku ingat lagi masa ku budak-budak, kat kampung aku hanya seorang dua sahaja yang berjaya masuk Universiti (masa tu Naji belum jadi menteri pendidikan: jadik tak banyak kolej swasta dan IPTS).
Sekrang ni, cuba kita renung sekeliling kampung kita, anak dari keluarga siapa yang tak masuk Universiti????
Dulu kemasukan ke universiti amat ekslusif, hanya yang benar-benar terpilih sahaja layak. Tapi sekarang?????
Aku tahu dan aku paham. Dalam konteks mencapai negara maju, salah satu indikatornya ialah bilangan penduduk yang mendapat pengajian tinggi...Lalu kita umpama kaldai menyediakan sebesar-besar peluang untuk semua rakyat mendapat pendidikan tinggi (walaupun bukan semua layak)
Akhirnya, perancangan tanpa penelitian akan membuahkan hasil yang amat mendukacitakan. Kenapa semasa dirancang kursus di Universiti atau dirancang pertambahan bilangan pelajar ke Universiti tidak difikirkan sekali apa kan jadi pada mereka 3-4 kemudian???
Maka ramailah yang mengatakan 'kami hanya meberi peluang pendidikan'
'kami bukan menyediakan pekerjaan'
Pada aku, isu ini takkan selesai selagi kita masih ego dan melihat pendidikan tinggi sebagai satu alat untuk percaturan politik
Kerana percaturan politik-Universiti dijanjikan untuk sesebuah negeri
Kerana percaturan politik- Universiti boleh dibina oleh sesebuah parti politik
Kerana percaturan politik- sesebuah institusi yang bukan universiti boleh dinaiktaraf sebagai sebuah universiti dengan sekelip mata
Kerana juga percatuaran politik: akhirnya graduan yang diuhasilkan oleh universiti menjadi lembik macam kuih ketayap
Tidak pandai berkomunikasi, memilih kerja, kurang kemahiran lain, Bahasa Inggeris Lemah - adalah alasan yang sering dibebankan kepada graduan....
Siapa Mahu Tolong????
Hutang mereka RM 20 000 dan ke atas
Isu ini pasti lebih serabut bila masuk bulan April-Mei, kerana pada masa tersebut berpuluh2 ribu mahasiswa akan tamat pengajian dan bertebawan di pasaran pekerjaan...
dan pada masa itu juga kita akan dengar, lihat dan tatap bahawa setiap orang besar di semua universiti di malaysia akan berkata begini:
"Graduan kami laris di pasaran dan tidak ada masalah dalam mencari pekerjaan"
Ini membuatkan aku sering tertanya-tanya apa mungkin yang menganggur itu bukan Graduan Universiti di Malaysia...
Pak_Kebun: Negara Lang-Lang (Faisal jgn Marah yer hehehe)

Dua Panggilan Telefon


Panggilan 1

Kring-kring
Elo..En Kebun Ke??
Ya Saya..
Kami Dari MAY**** TAKA***
nak maklumkan sesuatu pada en
Apa bendanya?
Surat claim dan lampiran yang en hantar tempoh hari telah hilang
Minta en buat yang baru ye (untuk cepatkan proses claim)
(Kepala Hotak Kau)



Panggilan 2
Kring-Kring
En Kebun Ke?
Ye saya
En Masih Belum dapat Komputer lagi?
(Aku dah kerja sini hampir setahun, baru di soal macam ni)
En Diminta hadir ke Pusat *** untuk ambil komputer
Baru ke Lama? Notebook ke Desktop
Lama, Desktop terpakai
Takpelah..awak guna je la desktop tu (tak payah kelentong la, desktop yang patut hantar ke pajak gantung baru nak bagi kat aku..kalau orang lain dapat Flat screen pulak....)

(Bayangkan kalau aku tak cari alternatif lain, bermakna hampir setahun aku kerja sini tanpa kemudahan komputer....)

Pak_Kebun: macammacamadakepalahotakdiaberjambulhuhuhu

Friday, November 17, 2006

Ini Masanya

Foto: Sekadar Gambar Hiasan
Ini masa mengampu…
Ini masa menonjolkan diri
Ini masa keemasan

Tunjukkan sokongan
Tonjolkan pandangan
Asalkan ia tidak bertentangan (dengan yang di atas)
Pasti anda akan dapat kegembiraan

Masa ini bukan datang selalu
Sebaba ia tidak selalu
Gunakanlah sebaik-baiknya

Tunjukkan pada semua keprihatinanmu
Tunjukkan pada semua keresahanmu...

Yang pasti
Ramai akan angguk-angguk
Ramai juga yang akan geleng-geleng

PakKebun:NTAHAPAAPANTAHAKUJADIPENING



Bodoh-Aku Yang Marah

Sekadar Gambar Hiasan

Bila minta bayaran muka manis macam gula
Bila dituntut bayaran maca-macam alasan diberinya

Segala keperluan telah dihantar
Foto, salinan laporan, bil dan juga surat tuntutan
Tapi alasan lapuk dan bodoh
”kami belum terima semua dokumen”

Bodoh...
Aku bukan hantar guna kura-kura
Aku hantar guna pos berbayar

Entah bila agaknya
Tuntutan akan akan selesai...

Thursday, November 16, 2006

Janji???


Membaca Akhbar Utusan Malaysia (online) hari ini, saya tertarik dengan berita ini:
Islam dilindungi

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan Islam mahupun bukan Islam yang melampaui batas dengan mempersoalkan status agama suci itu.

Perdana Menteri berkata, beliau akan memastikan kesucian Islam dan fungsi Mahkamah Syariah terus terpelihara daripada sebarang cubaan untuk merendah-rendahkannya.

Pada masa yang sama, beliau juga akan memastikan tiada ikhtiar dilakukan oleh manamana pihak untuk merampas Islam bagi menyuburkan sikap kebencian dan tidak toleran.

Abdullah yang melihat sikap konservatif atau radikal berkaitan Islam itu timbul sejak kebelakangan ini ekoran salah penerimaan masyarakat terhadap makna sebenar Islam Hadhari, menjelaskan:

* Islam Hadhari bukanlah cek kosong untuk menghidupkan semula pendekatan konservatif.
* Islam Hadhari bukan juga cek kosong untuk membenarkan cara hidup yang terlalu bebas dan permisif.

Beliau membuat penjelasan itu dalam ucapan dasar Presiden bertajuk Kata Dikota pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menarik perhatian perwakilan UMNO terhadap insiden larangan mengucap selamat kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka, Presiden UMNO itu berkata, salah tafsiran mengenai konsep Islam Hadhari mengancam toleransi unik di kalangan umat Islam di negara ini.

“Budaya yang kita amalkan selama bertahun-tahun kini ditakrifkan sebagai haram, seperti mengucap selamat kepada warga Malaysia yang berlainan agama sempena perayaan mereka.

“Apakah kita sudah sampai ke tahap tidak toleran seperti ini? Rumah terbuka yang dikongsi antara kaum turut dikutuk. Bilakah kita menjadi ultrakonservatif?” soal Abdullah.

Tegas beliau: “Ini bukan Islam Hadhari.”

Menurut Perdana Menteri, Islam Hadhari adalah satu falsafah penting yang harus dijadikan sebagai pendekatan untuk umat Islam mencapai kejayaan.

“Malangnya sesetengah golongan menyalahertikan Islam Hadhari sebagai alasan untuk menjadi lebih konservatif dan lebih radikal,” katanya.

Golongan itu, kata Abdullah, turut melontarkan ancaman palsu untuk mengapi-apikan umat Islam supaya menjadi tidak toleran terhadap orang lain.

“Agenda mereka adalah untuk melihat Malaysia berpecah belah serta gagal sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama. Islam bukan begitu,” katanya.

Abdullah memberikan contoh penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai pembaptisan umat Islam secara beramai-ramai, penubuhan Persatuan Kristian Melayu serta dakwaan kononnya beribu-ribu orang Melayu telah murtad tanpa disokong oleh bukti-bukti yang sahih sebagai sebahagian daripada agenda itu.

“Hasutan seperti ini membuat ramai orang Melayu menjadi ghairah.

“Disebabkan kita tidak mempunyai budaya untuk menyelidiki kesahihan khabar seperti itu sebelum mempercayainya, ramai yang berasa marah, malah menjadi militan,” katanya.

Sebaliknya apabila dibuktikan khabar yang tersebar itu tidak benar, beliau berkata, mereka yang mencipta dakwaan dan ancaman palsu ini langsung tidak kelihatan apatah lagi untuk membantu meredakan keadaan.

Abdullah berharap prinsip-prinsip Islam Hadhari yang holistik dapat difahami untuk pembangunan menyeluruh masyarakat Islam.

Katanya, memandangkan Islam adalah cara hidup yang relevan sepanjang masa, agama suci itu tidak harus dipersalahkan jika berlaku anomali atau kejanggalan antara ajaran Islam dengan realiti yang berlaku di kalangan ummah.
Saya berharap ini adalah 'janji penuh' bukannya 'janji kosong' sepertimana yang sering kita dengari selama ini. Walaupun kenyataan ini bersifat monotonous dan stereotaip..saya masih percaya bahawa jika benar-benar ikhlas pasti boleh...
Namun saya terfikir, Boleh kah ???
Sedang RASUAH , semakin kritikal (Rujuk Transprency Agency-Kita di tangga 44 (2006) sedangkan bukan negara Islam (Hadari) seperti Singapura, berada di kedudukan yang lebih baik....itu belum buka kisah ADUN dan Ahli Parlimen yang penuh dengan pelbagai Skandal....
"Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang mengumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu." (Ali Imran:8-9)
Pak Kebun: Malaysia Boleh....

Tuesday, November 14, 2006

Secebis Kisah


(Foto: Sekadar Gambar Hiasan)
Apa Anda Buat Untuk ‘Mengampu’ Boss Anda??

Pasti ada pelbagai jawapan kepada yang kaki mengampu

Di tempat kerja kawan aku
Ada satu cara baru mengampu...

Caranya....
Buat meeting pada hari cuti umum
Kemudian panggil panggil dari boss yang paling besar hingga ke boss yang paling kecil untuk hadir

Tulis dalam surat kehadiran mesyuarat
“Kehadiran Diwajibkan dan Akan Dicatatkan”

Lebih melucukan,

Agenda Meeting ialah membincangkan perkara yang sebenarnya belum layak untuk dibincangkan kerana sebab masa dan tempoh yang belum matang...

Lawak Bukan????
Pak Kebun: Macam-Macam Ada...

Monday, November 13, 2006

Antara Dua Darjat

Foto: Sekadar Gambar Hiasan...

Perempuan Mongolia tinggi kosnya
Bukan murah..USD 30 000 kalau takde jangan cakap la
(Mana ‘dia’ dapat duit sebanyak tu ye?)

Nyonya Magnolia murah senyumnya,
Tak perlu ribu-ribu USD
Bawa sahaja RM 5
Nescaya anda akan dapat semangkuk aiskrim 2.0 liter

Perempuan Monggolia sadis kisahnya
Dibunuh kemudian diletupkan....

Nyonya Magnolia, biasa sahaja ceritanya
Hari-hari pusing taman dengan motorsikal roda tiganya

Aku..pelik dan tertanya-tanya..
Apa silapnya perempuan Monggolia hingga di buat sebegitu rupa...

Lebih baik jadi Nyonya Magnolia...
Hidup tenang tiada siapa yang ganggu

Pak Kebun: ntahapapantahakupunpening....

Fikir-Fikirkan


Mula-Mula “Bekerja Bersama Saya, Bukan Bekerja Untuk Saya”
Kemudian, ”Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”
Kini "Pendekatan Berhemah Bukan Bererti Kepimpinan Yang Lemah”
Pak Kebun: er.....dia marah ke????

Thursday, November 09, 2006

Aduhai Mat Said


Aduhai Mat Said
Tempoh hari kastam
Hari ini Penceramah (Agama) pulak

Rakyat masih keliru dengan isu kepimpinan dan rasuah (ingat Malasia 'naik' ke tangga 44 wpun Pak Lah perkenalkan Islam Hadhari hingga ke George Bush)
Rakyat masih keliru dengan isu Murtad yang menjadi-jadi
Rakyat amat terkejut dengan isu ”Tembak dan Bom’
Rakyat amat terkejut dengan isu ”Runtuhan Kuari”

Tiba-tiba....Mat Said muncul dengan isu penceramah agama yang ’demand’

Tapi Mat Said lupa (atau dia memang ’bodoh’?), bahawa
Penceramah juga manusia biasa, rakyat marhaen, yang tiada apa-apa

Turut terhimpit dengan ekonomi yang tenat hasil kenaikan pelbagai perkara (barangan, tarif air dan lain-lain)

Mat Said lupa bahawa orang-orang yang seumpama beliau sebenarnya lebih ’demand’

Kalau tidak takkan orang-orang macam beliau boleh ada macam-macam income, jadi pengerusi dan penasihat macam-macam aktiviti perniagaan, bole bina banglo macam istana, boleh beli Mercedes yang panjang berjela.....

Apa agaknya mahunya Mat Said ini????

Apa komen pengundi Jasin????


Pak Kebun: Bukan Orang Jasin

Wednesday, November 08, 2006

Kangkung@kangkong


Anda pernah makan kangkung???
Saya suka makan kangkung terutamanya bila buat mee segera

Kangkung ini sayur penipu,
Hebat di luar lompong batangnya,
Kena celur dengan air panas nescaya kecut ia keseluruhannya

Dalam dunia kehidupan seharian saya,
kangkung adalah kgelaran yang paling 'lekeh' bagi seseorang

Hebat diluar, tetapi bila diuji nyata kehebatannya palsu....

Kesian sahabat saya,
Berusaha bersungguh-sungguh memerah otak
Akhirnya hasilnya diambil oleh si 'kangkung'

Inilah realiti dunia
Kita sering tertipu dengan luaran
Sedangkan yang paling penting adalah apa yang ada di dalam

Pak Kebun: Hanya Mampu Bersimpati...

Kek RM 80


Anda pernah makan kek?
Berapakah harga kek yang paling mahal pernah anda makan?
Sahabat..kirim kek lapis dari Sarawak..(Seorang sahabat pulang beraya di sana)
Empat biji kek lapis Sarawak berharga RM 80



Nasib baik aku tak kirim
Kalau tak hingga hujung bulan nie melantak kek sahaja la gamaknya....

Sekeping Cakera Padat


Semalam ke **** **** ********
Ikut sahabat…
Beli sekeping Cakera Padat (CD)
Harganya RM 1750.00
Mahalnya......
Namun itulah kos yang kami terpaksa bayar atas nama 'DATA MENTAH'
untuk tujuan penyelidikan....

Thursday, November 02, 2006

Salam Buat Pak Lah




Selamat Ulangtahun Pemerintahan Yang Ke 3 Buat Pak Lah...

Harapan Pak Kebun:

Semoga rasuah terhapus (dihapuskan bersungguh-sungguh), Minyak tak naik lagi, Tol tak akan naik, harga barang tak naik, kos hidup takkan melambung, bilangan graduan menanggur dapat dikurangkan, Universiti sebagai kubu politik dapat dielakkan, cakap-cakap (janji-janji) kosong dalam politik dielakkan, Islam ditegakkan, Murtad dihapuskan, Liberal dalam agama dihapuskan, rakyat Malaysi hidup aman (jenayah dikurangkan, pendatang asing dihapuskan)ISA dan AUKU diteliti semula dan Malaysia kekal aman di bawah Rahmat Allah SWT

(Namun Aku Hanya Mampu Mengharap...)

Ketupat Segera???


Foto: Ini Bukan Ketupat Segera
Ketupat segera dalam plastik boleh akibat kanser

PULAU PINANG 1 Nov. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan bahawa ketupat segera yang dimasak di dalam plastik yang popular sebagai hidangan Hari Raya Aidilfitri boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser.

CAP mendakwa, beg plastik yang memiliki bahan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) digunakan untuk ketupat segera itu direbus selama sejam merembeskan bahan kimia beracun lain iaitu organik mudah terpeluap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan dan alam sekitar.

Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kajian oleh Institut Sains dan Teknologi Bahan Princeton di Amerika Syarikat pada Ogos lalu mendapati VOC daripada paip HDPE merembes ke dalam alam sekitar dan mencemarkan sumber air.

“Bagi ketupat dalam plastik, jumlah yang dirembeskan lebih banyak kerana ia dibiarkan terendam dalam air mendidih selama sejam dan secara langsung VOC telah terserap masuk ke dalam nasi.

“Sehubungan itu, CAP mendesak Kementerian Kesihatan mengharamkan penggunaan HDPE sebagai pembungkus makanan kerana Peraturan Makanan 1985 membenarkan penggunaan bahan itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di ibu pejabat CAP di sini hari ini. Hadir sama ialah pegawai penyelidik pertubuhan itu, Hatijah Hashim.

Ketupat segera kini menjadi pilihan sebahagian besar rakyat negara ini kerana ia mudah disediakan dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk memasak berbanding ketupat tradisional.

Terdapat beberapa jenama bahan makanan itu di pasaran dan permintaannya bertambah setiap kali menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Mohamed Idris menjelaskan, VOC sebenarnya adalah bahan beracun yang dikenal pasti sebagai sebatian yang mengganggu hormon, penyebab kanser dan bahan kimia endoktrin yang berupaya merendahkan jumlah sperma hingga ke tahap kemandulan.

Katanya, kehadiran VOC juga dikaitkan dengan peningkatan risiko asma di kalangan kanak- kanak dan pesakit kanser payu dara.

Jelasnya, pendedahan kepada kepekatan yang rendah sekali pun bahagian persejuta (bps), VOC diketahui meninggalkan kesan buruk kepada kesihatan awam dan alam sekitar.

“Penggunaan bahan-bahan HDPE ketika ini tidak terbatas kepada ketupat segera sahaja tetapi digunakan oleh penjaja untuk mengisi makanan dan minuman panas secara meluas,” ujarnya
.
(Sumber: Utusan Malaysia 2 November 2006)

Membaca keratan akhbar hari ini menyebabkan saya terkedu. Tambah-tambah pula di waktu sekarang, ketika ramai sahabat yang mengadakan rumah terbuka.
Membaca berita ini lantas membuatkan saya terfikir dan tertanya-tanya. Selamatkah semua makanan untuk dimakan?
Dulu kita kecoh dengan kes pewarna dan perasa makanan yang bakal mendatangkan kesan kepada pengguna. Baru-baru ini, isu botol air mineral. Kini kita didedahkan pula dengan isu pembukus makanan yang bakal bawa kesan terutamanya penyakit kanser kepada manusia.

Dalam masa yang sama kita terdedah dengan jerebu. Kita terdedah dan fenomena pemanasan global, pencemaran, kualiti udara yang merosot dan pelbagai isu yang membawa kesan pada kesihatan....

Apa agaknya yang selamat untuk kita ye??

Wednesday, November 01, 2006

Dugaan Ini Kecil Sahaja


Dua hari sebelum Hari Raya : Cermin kereta pecah
Hari Raya kedua: Bingkai cermin mata patah
Hari Raya ketujuh: Kemera digital rosak

Banyak sungguh dugaan kali ini....

Namun..apa sangatlah dugaan ini jika dibandingkan dengan yang dilalui oleh para Anbiya, sahabat dan pejuang-pejuang Islam....

“Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ketika musibah mereka berkata:”Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita kembali”
(Al-Baqarah:155)