"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, February 27, 2006

Dah Hampir Sebulan Di Sini

Hari ni 27 Feb 2006

Bermakna dah hampir sebulan aku di sini...
Banyak yang baru disini....budaya kerja juga berbeza...Jika di tempat lama , aku bekerja untuk firma tetapi di sini aku bekerja untuk peningkatan kerjaya diri sendiri

Terlalu banyak rasanya yang perlu aku buat dan perkemaskan...

Banyak lagi kekosongan dan vakum dalam diri ini yang perlu aku kukuhkan sebelum aku melangkah melaksanakan sesuatu yang baru...

Otak dan akal sentiasa berputar ligat memerah minda..melihat lompang-lompang ilmu yang perlu di isi....

Aku mula rindu pada Negeri Bersejarah
Aku mula rindu pada mak dan keluarga
Mula terkenang rakan2- badak, chelek dan geng Rumpai Laut

kekadang rasa sentimental jugak....

adus.....

apa agaknya tajuk penyelidikan yang sesuai untuk aku sekarang????
persoalan ini masih berlegar di minda......

Monday, February 13, 2006

Sembang Gusti: Pengenalan



Aku memang peminat gusti…cakap terus-teranglah yang aku nie dah sampai tahap “addict” dengan gusti. Aku mula menonton gusti rasanya lebih kurang 20 tahun yang lepas melalui kata televisyen (masa tu zaman TV hitam-putih lagi). Masa tu, era Hulk Hogan (Hulkamania)..yang baru jadi Juara WWF (nama lama bagi WWE) setelah mengalahkan Iron Sheikh (penggusti yang berasal dari Iran)

Semakin usia aku meningkat, semakin banyak gusti yang aku tonton..malah aku pernah tonton gusti secara live dalam tahun-tahun 1990 an. Cuma aku tak ke Stadium Bukit Jalil menonton WWE Smackdown (Tour In Malaysia) (tahun 2002 kalau tak silap) dan tak pula menontohn gusti yang diadakan di beberapa Bandar utama di Malaysia pada tahun 2004 (khabarnya batal kerana masalah teknikal)

Semasa usia remaja, aku dapatkan bacaan tentang gusti dari majalah Dunia Gusti dan Media Gusti (rasanya dah berkubur majalah nie). Masa tu baru aku tahu rupanya ada banyak liga dalam gusti. Selain WWF, ada juga NWA (National Wrestling Alliance), USWA (United State Wrestling Assoc), AWA (American Wreestling Assoc), SMW (Smokey Mountain Wrestling), WCCW (World Class Championship Wrestling) dan banyak lagi…..

Di tahun-tahun 1990an, perkembangan dalam teknologi internet amat kurang. Masa tersebut, perkembangan dalam gusti hanya diperolehi melalui pita video yang menayangkan siri-siri PPV (Pay-Per-View) dan pada masa tersebut, aku memang jadi penyewa setia pita video gusti. Selain dari menyewa pita yang terkini, aku juga turut sewa pita-pita lama (old school wrestling) (nota: masa tu aku dah kerja-part time). Semakin ramailah bintang-bintang gusti yang aku kenal.
Seperti Wahoo Mc Daniel, Manny Fernandez, Magnum T.A, Junk Yard Dog, ‘Bullet’ Bob Armstrong, Harley Race, Jerry LawlerTerry Funk dan lain-lain yang merupakan superstar gusti tahun 1980an selain penggusti generasi baru (1990an) seperti Shawn Micheal, Diesel, Razor Ramon, The Rock, Sid, Chris Benoit, Bret Hart dan lain-lain

Awal tahun 2000, masa ni aku dah mula bekerja sepenuh masa.dah ada pendapatan sendiri. Semakin keraplah aku membeli VCD-VCD gusti terutamanya siri PPV dan koleksi-koleksi tertentu (Special Collection). Antara koleksi VCD gusti yang aku rasa amat bernilai ialah 13 set VCD PPV ECW termasuklah siri “The Rise and Fall of ECW” dan juga ECW: One Night Stand”. Koleksi ini aku anggap bernilai kerana dua perkara. Pertama- Pertubuhan ini (ECW) dah bankrupt..jadi memang takkan ada lagi VCDnya dan yang kedua koleksi ini sukar didapati..aku hanya jumpa di satu tempat di KL itupun berdasarkan info dari internet…lepas tu..takde lagi sampai sekarang (aku still buru VCD ECW, kepada sesiapa yang ada harap dapat contact aku)

Pada tahun tahun ini juga (2000 hingga kini) bidang teknologi maklumat semakin canggih. Aku banyak dapatkan maklumat-maklumat terbaru dan artikel-artikel tentang gusti melalui internet. Malah yang paling menarik, melalui internet juga aku dapat tonton liga-liga gusti yang pelbagai selain dari yang di siarkan di TV antaranya TNA (aku dah tengok siri mingguannya sebelum ia disiarkan di ASTRO lagi), JAPW (Jersey All Pro Wrestling), 3PW (Pain Pro Wrestling), UPW (Ultimate Profesional Wrestling), XWF (Xtreme professional Wrestling)MLW (Major League Wrestling), ROH (Ring Of Honor) dan lain-lain. Melalui internet juga aku dapat tonton aksi penggusti-penggusti bebas (indie) seperti Steve Corino, AJ Styles (sekarang di TNA), Christoper Daniels (sekarang di TNA), Jay Lethal, Low Ki, CM Punk, Homicide dan “Classic” Colt Cabbana dan banyak lagi.

Sekarang ada dua pertubuhan yang besar dalam dunia gusti iaitu WWE dan TNA..Aku lebih meminati TNA kerana selain mempamerkan gaya gusti yang lebih banyak aksi, di TNA juga banyak muka-muka baru yang membawa pembaharuan dalam dunia gusti. Memang WWE banyak penggusti berkelas dunia, tetapi bagi aku seorang peminat yang ekstrem, aku perlukan sesuatu yang alternative dan lebih menyegarkan…

Ini sahaja buat permulaan buat kali ini. Kepada kaki gusti yang sudi bertukar-tukar ide harap sudi komen.

Pak “The Butcher” Kebun

Ketupat


Hari ini 8 Januari 2006, dua hari lagi hari Raya AidilAdha 1426 H akan menjelang. Malam ini aktiviti biasa..menganyam ketupat…..

Apak… pandai 3 jenis ketupat. Ketupat Sate, Ketupat Pasar dan Ketupat Bawang.

Mak…pandai Ketupat Bawang dan Ketupat Sate.

Busu….Pandai Ketupat Bawang, Ketupat Pasar dan Ketupat Sate.

Mohd hakim…buat ular dari daun ketupat (hampeh betul),

Labu…langsung tak buat apa-apa.

Badak (dia ada malam nie ..sepatutnya aku dengan badak pergi tonton teater..tapi atas sebab teknikal –batal)..pandai tiga jenis juga. Dulu katanya di pandai buat ketupat burung…guna tiga daun…

Aku….setakat Ketupat Sate aje la..itu aje yang aku mampu…

Sambil menganyam..sembang-sembang tentang tradisi anyaman ini. Apa mungkin ia akan pupus ditelan masa?? (Tahun 2006 nie ketupat Burung dah pupus dari kampung aku) Maklumlah nak menganyam makan masa yang lama dan kemahiran yang tinggi.. nak merebus pula ambil lagi 4-5 jam….itu tak campur pedih masa sebab masuk dek asap.

Ketupat segera berlambak di pasaran. Malah ada yang berbungkuskan plastic hijau (untuk lebih “feel”). Kerja lebih mudah, tidak perlu anyam dan berpedih mata menjaga api….Cuma rebus atas dapur gas..sampai masa ia masak..setelah dipotong…ianya hampir sama dengan ketupat anyaman daun kelapa….

Entahlah….aku cuma khuatir..takut-takut tradisi ni pupus ditelan arus kemodenan yang mahukan semuanya segera dan pantas ..

Pelik betul la aku ni..pasal ketupat pun nak fikir banyak-banyak….mmmm……..

Untungnya Menjadi Guru

Untungnya menjadi guru…
Cuti masuk pagi, pulang selepas tengahari
Murid cuti, guru cuti
Hujung minggu dapat lagi cuti….
(atas alasan mereka juga kakitangan kerajaan)

Untungnya jadi guru
Cuti berpuluh-puluh hari dalam setahun
(walaupun katanya mereka tak minta..tetapi bila diminta bekerja semasa hari cuti sekolah..tiada siapa yang sanggup terima)
Sedang pegawai lain hanya ada 30 hari dalam setahun
(itupun kadang-kadang tak sempat nak ambil)

Untungnya jadi guru
Dari Gred DG 41…
Boleh naik DG 44…hanya dengan ambil exam

Untungnya jadi guru
Kenaikan Gred bermakna kenaikan Gaji
Bukan sedikit tapi hampir RM 1000.00
(sama dengan gaji aku sebulan…)

Untungnya jadi guru
Petang-petang boleh buat “Part Time”
Ajar tiusyen dan kelas tambahan
Dapat lagi tambah Income

Untungnya jadi guru
Persatuan kuat menyokong dan mengungkit…
Bila ditegur ramai yang melenting
alasannya…
“kalau tiada guru..generasi takkan jadi bijak laksana..
takkan jadi pemimpin berwibawa”

Untungnya jadi guru…
Untungnya jadi guru…
Untungnya jadi guru….

Untuk Yang Guru tertentu Sahaja…Pesan aku “Ikhlaskan hati mendidik anak bangsa…Gaji dah tinggi..cuti dah banyak…tak perlulah lagi meminta-minta dan mengada-adakan apa yang tiada”

Aku Bukan Seorang Guru.. alangkah beruntungnya hidup…..

Sepetang Di Padang Ragbi


Semalam, aku ke Padang Bandaraya…sekadar jogging dan ambil angin. Tak sangka pulak ada perlawanan ragbi di sana….

“RAGBI” ada yang menggelarkannya sebagai “Gentleman Game”..Sukan “Bola Buah Kana” (kerana bentuk fizikalnya yang lonjong) Permainan yang memerlukan ketabahan mental dan fizikal. Berbeza dengan sukan lain, ragbi dimainkan secara 15, 10 dan juga 7 sekumpulan. Dari segi kiraan mata mula, satu try (5 mata) manakala conversion (2 mata) kalau sukan-sukan lain, bola dihantar ke hadapan, dalam ragbi pulak bola akan dihantar kepada rakan secara ke belakang. Hantaran ke hadapan ( forward pass) tidak dibenarkan sama sekali.

“RAGBI”..satu sukan yang dulunya amat sebati dalam hidup aku dari zaman sekolah hinggalah ke zaman Menara Gading….

Kerana ragbi aku dapat kumpul pelbagai pingat dan medal, kerana ragbi juga aku dianugerahkan “Khidmat Cemerlang Sukan”,, kerana ragbi aku dapat anugerah “Warna” (pencapaian tertinggi dalam sukan di peringkat sekolah), kerana ragbi juga aku ke beberapa buah negeri atas tanggungjawab mewakili negeri…. Kerana ragbi juga aku di kejarkan ke hospital akibat kecederaan yang aku kata ok tapi paramedic kata serius (kena 5 jarum beb!!!)

Ada pelbagai posisi dalam sukan ragbi….secara umumnya aku bermain di bahagian “forward”…dan posisi yang aku gemari ialah “hooker”

Sepetang di padang ragbi…aku terkenang kelincahan rakan-rakan lama yang kini ada antaranya tidak diketahui khabar berita….terkenangkan Ijat Perut, Gono, Padil, Dayat, Lembu, Vijay, Jep Markom, Zali Bean..juga Mr Yeoh dan Cikgu Lias yang prihatin

Namun petang ini, aku hanya mampu menjadi pemerhati…Ada antara pemain di padang petang ini merupakan rakan sepermainan dan juga anak didik asuhanku…namun aku kini tidak seperti dulu…

Penglihatan yang kabur tanpa kacamata tidak memungkinkan aku aktif kembali dalam sukan ini. Tambahan pula, kecederaan di bahu…menyebabkan aku terus bersara dari sukan ini.

Aduh syahdunya petang ini…namun ini hakikat dunia..semuanya pinjaman Alllah semata-mata. Dia berhak mengambil semua apa yang dipinjamkan kepada kita dan sebagai hamba kita perlu redha….

Sepetang di padang ragbi..menggamit nostalgia dan memori…
Sepetang di padang ragbi…wujud keinsafan terhadap kebesaran Ilahi