"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)
(Al Baqarah:216)
Sunday, June 10, 2012
SelamaT TinggaL 3 1/2 Tahun
Lama benar gua berhenti tulis blog
sebab paling utama ialah sepanjang 3 1/2 tahun ini, gua hanya hidup dengan diri gua sahaja
most of my life adalah tentang gua dan perjuangan gua
gua abaikan dunia luar, kisah politik, budaya, idea dan lain-lain hanya gua cerap dan tidak gua luahkan dalam blog gua seperti sebelumnya.
Kini temph 3 1/2 tahun hanya tinggal 11 hari sahaja
bermakna
gua kena normal semula
menghadap dunia sebenar setelah bergelumang dengan dunia 'impian'
11 hari lagi gua kena jadi warga kerja
yang memburuh setiap hari bagi menyelesaikan hutang2 dalam meneruskan hidup
11 hari lagi gua akan memburuh semula untuk tempoh 25 tahun lagi
jika panjang umur gua pencen pada umur 60 (ikut perkiraan masa kini)
pendek umur gua akan mati dalam perkhdmatan
25 tahun lagi tempoh yang panjang
ajal dan maut itu kuasa Allah
gua tak mahu fikir apa yang bakal gua tempuh untuk tempuh 25 tahun nanti,,
namun..gua nak nyatakan apa yang gua akan tinggalkan dalam 11 hari lagi
11 hari lagi selamat tinggal lah pakaian 'formal' gua
iaitu baju 'cap ayam' yang sering gua pakai dalam mana-mana majlis hatta konferens sekalipun (dengan dicover oleh jacket hijau tua..)
lepas ni gua dah kena pakai kemeja
selamat tinggal juga pada dua helai seluar jeans gua....yang masih berbaki dan lusuh warnanya
masih gua mampu pakai walaupun terpaksa menarik nafas panjang sebelum mngenakan kancingnya
(nyata 3 1/2 tahun) menyuburklan lemak2 di perut gua...nota: gua mesti diet)
lepas ni gua dah kena pakai slacks
selamat tinggal juga pada sliper croc (ciplak) yang gua sentiada pakai kalau ke mana2
(biasa gua beli pukal 3-4 pasang sekali)
lepas ni gua kena pakai kasut ..entah kulit entah bukan kulit
namun nyata ia bukan spesis mcm 'crocs '
menghadapi hari-hari terakhir ini
menyebabkan gua bersyukur panjang
atas segala keseoronokan dan ujian yang gua lalui sepanjang 3 1/2 tahun ini
tiada lagi tempoh yang seseronok ini
dan syukur...gua capai apa yang gua cari dalam tempoh ini
namun gua mula bertanya diri
adakah 3 1/2 tahun yang gua harungi ini cukup untuk memenuhkan dada dan minda bagi gua harungi 25 tahun yang mendatang sebagai kaum pekerja?
Wallahualam....
gua akan cuba....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment