"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, June 12, 2012

Professor


Nota: Gua tidak marahkan sesiapa sewaktu gua tulis entry ini..

Bila ditanya pada gua tentang 'Professor'...
Jawapan gua senang
(kita lupakan dulu soal 'besarnya' gelaran ini)
pada gua ada dua jenis 'Professor'

1) 'Real' Professor
2) 'Reason' Professor

'Real' Professor- pada gua adalah prof yang sebenar. Yang sentiasa menulis, menyelidik dan istiqamah pada bidang-bidang pengkhususannya. Kita nak baca penulisannya pun banyak. Paling mudah Taip je di 'google' namanya...jika beliau banyak menulis, pasti akan ada timbul nama dan bahan penulisannya. Kemudian, dalam jurnal-jurnal juga sering kita ketemui penulisannya. Penulisannya sering jadi rujukan masyarakat tak kiralah pelajar mahupun orang awam. Ada antara penulisannya pula jadik 'kitab/artikel' wajib yang perlu dibaca oleh seseorang pelajar untuk memahami dan mendalai sesuatu bidang ilmu. 

'Reason' Professor- ini adalah satu lagi jenis professor. 'Reason' ni pon ada dua jenis. Satu yang 'haram' dan satu yang 'halal'. Yang 'haram' ini sering kita jumpa di akhbar-akhbar. Menawarkan kursus-kursus 'psikik', motivasi, keusahawanan dan segala macam lagi...Dalam masa yang sama dia akan declare dapat tittle Proffessor dari pelbagai institut yang jika kita selidik dengan mendalam semuanya adalah pembohong semata-mata...gua malas nak labon tentang prof hancing jenis ni...lu baca paper dan lu akan jumpa berlambak-lambak prof jenis ini (Harus di ingat gelaran Prof hanya boleh diguna oleh mereka yang berkhidmat di Universiti sahaja-kecuali Prof Emiritius dan Prof Di Raja)

Jenis 'reason' yang kedua pula pada gua lebih bersifat 'halal'. Prof 'reason' ini dilantik secara sah oleh pihak universiti..namun perlantikan sebagai 'Professor' biasanya atas 'reason' tertentu. ada banyak kisah benar tentang 'Reason' Professor ini...gua hanya tulis setakat yang gua teringat sahaja. Ada yang jadik Prof sebab dia pandai main golf, ada juga sebab dia baik dengan VC atau TNC (A) sesebuah Universiti (paling best ada yang hanya pencen Prof Madya-tapi bila sambung kontrak di Universiti lain dapat pulak tittle 'Prof'), ada yang jd Prof sebab selalu keluar media dan paling ketara kecederungannya untuk menghentam pihak 'di sebelah sana' (sedang kan dia bukan pula pakar sosiologi, sains politik mahupun hubungan antarabangsa), Ada jadik Prof sebab dalam masa yang sama di dilantik ke jawatan tertinggi Universiti (contoh..asalnya hanya Prof Madya..tapi tiba2 dia dilantik jadik TNC..maka Universiti lantik juga dia jadik Prof)..itu belum kira yang jadi prof sebab bergiat cergas dalam politik kejaraan dan sebagainya...

'Reason Professor' ini biasanya tidak dikenali walaupun oleh mereka dalam bidang yang sama. dia hanya bersifat jaguh kampung sahaja. Biasanya hanya budak-budak degree sahaja yang anggap mereka hebat. Namun di peringkat lebih tinggi bila dicari hasil penulisannya untuk jadi rujukan...hampeh...biasanya tiada...jika ada pun jarang-jarang, atau mungkin bersifat sebagai 'editor' sahaja, jika artikel pula mungkin bersifat 'tumpangan' sahaja ....

Pada gua..respek bukan atas ebab paksaan
bukan atas gelaran
kalau lu layak ..u 'deserve' jadi Professor

Kalau lu tak layak..lu tetap tak layak

ini zaman siber, orang boleh 'trace' apa yang lu tulis dan lu buat sehingga lu dapat tittle Professor

So...pada yang baca blog gua ini....lu orang pandai-pandai la analisis sama ada professor yang lu respek tu adalah 'real' Professor ataupun hanyalah ''Reason' Professor yang bezanya antara langit dengan bumi...

Gua tau akan ada yang berbulu kat gua...
tapi gua pedulik apa...
gua tulis apa yang ada dalam hati dan kepala gua
kalau lu orang tak setuju itu hak lu orang...

Chow....

No comments: