Dari MstarOnline
Sabtu Jun 16, 2012
Panda Gergasi Akan Jadi Tarikan Pelancongan Malaysia
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng
Yen Yen percaya dua ekor beruang panda gergasi yang dipinjamkan kepada
Malaysia oleh China akan menjadi produk tarikan pelancongan utama negara
ini. Beliau berkata binatang berkenaan akan memberi tarikan besar kepada
industri pelancongan terutama sekali bagi kempen 'Cuti-cuti Satu
Malaysia' yang dijangka ramai yang akan datang untuk melihat kehidupan
sebenar panda yang comel itu.
"Kedua, saya menjangka kemasukan ramai pelancong dari negara-negara
lain terutama Singapura dan Indonesia yang ingin melihat panda di
Malaysia. Barisan menunggu adalah panjang, banyak negara seperti dari kalangan
Asean mahukan panda, China sangat memilih pihak yang mereka mahu
pinjamkan panda, dan saya percaya ini menunjukkan betapa bermaknanya
hubungan baik yang terjalin di antara Malaysia dengan China dengan
meminjamkan sepasang panda itu kepada kita," katanya.
Ng bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran 'Festival
Minda Malaysia Kelapan' oleh Pergerakan Literasi Mental Malaysia (MMLM)
di Kampus Utama Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) di sini, Sabtu.
Mengenai urusan penjagaan panda berkenaan, menteri itu berkata ia akan
dikendalikan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli dengan
kerjasama pakar-pakar terpilih dari China. Ia bukan oleh badan bukan kerajaan (NG) dan tidak juga oleh
Kementerian Pelancongan. Ia akan mendapat sokongan saintifik yang baik
jika diberikan kepada kementerian berkenaan (Alam Sekitar dan Sumber
Asli).
"Segala aspek mengenai penjagaan panda ini akan lebih selesa, tetapi
juga berharap pasangan panda itu akan dapat melahirkan anak," katanya.
"Adalah menjadi tanggungjawab sekiranya anak panda dilahirkan ia akan
dijaga dengan baik. Bukan sahaja di sini tetapi di mana sahaja di dunia
jika panda dipinjamkan, anak binatang tersebut mesti dihantar balik ke
pusat pemeliharaannya di China," kata Ng.
Pada Khamis lepas, China telah mengambil keputusan meminjamkan dua
ekor beruang panda kepada Malaysia sebagai usaha mengukuhkan lagi
hubungan diplomatik selama 38 tahun antara kedua-dua buah negara. Permohonan memindah pinjam binatang berkenaan dibuat oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakan sejawatannya dari China,
Wen Jiabao semasa kunjungan Najib ke Nanning pada bulan April. Mengenai festival tersebut, Ng berkata ia menolong mengwujudkan bakat
terutama di kalangan golongan muda ke arah kreativiti dan sikap
inovasi.
Sementara itu, di LENGGONG, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Taman Wetland, Putrajaya, dipilih
sebagai lokasi untuk menempatkan pasangan panda berkenaan. Bercakap kepada pemberita selepas program gotong royong komuniti
1Malaysia bersama peserta Program Latihan Khidmat Negara, di Kampung
Sauk, beliau berkata Taman Wetland adalah tempat paling sesuai selain ia
mudah dilawati orang ramai. Semalam, kerajaan Malaysia memeterai perjanjian dengan Persatuan
Pemeliharaan Hidupan Liar China (CWCA) untuk meminjamkan panda gergasi
itu kepada Malaysia selama 10 tahun. -BERNAMA
Kata Orang...
Bila Tak Bercakap..nampak macam bodoh....
Akhirnya...
bila bercakap...memang sah bodoh...
Kahkahkahkah.......
No comments:
Post a Comment