"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, November 03, 2010

Suatu Masa Dahulu...




Betul kata orang masa memang pantas berlalu. Bila gua kenang-kenangkan, gua hari makin tua, kadang kala gua naik panas hati bila gua pegi shopping dan dipelawa dengan ikhlas oleh promoter bahagian rawatan rambut yang mengatakan bahawa rambut gua perlu rawatan sebab dan makin jarang. Gua paham, gua tau setiap orang pasti akan tua. 

Dalam masa yang sama setiap orang pasti pernah muda dan gua yakin masa muda tak semua benda yang kita nak akan kita capai...masa dan zaman berbeza. Bagi budak-budak zaman sekarang mgkin diorang idamkan note book, PS 3 atau entah-apa-apa gadjet yang berlambak di pasaran..bagi budak-budak yang minat foto mungkin sebuah kamera DSLR adalah idaman...

Dan gua...
tipikal budak melayu yang membesar di era 1990an di mana ketika itu Yamaha 135 atau lain-lain motor 4 Stroke tidak mengusai jalan. Pada ketika itu raja jalan raya ialah (pada pandangan gua) ialah Yamaha TZM 150 cc. Memang pada masa tu ada RXZ, Panther dan Kawasaki KIPS tapi pada gua semua itu tak boleh 'pukul' TZM

Gua rasa masa tu, tahun 1990 an...harganya dekat 12-13 k . dan bukan semua budak muda mampu pakainya. Kalau mat kilang, hanya level Technician atau supervisor aje yang mampu pakai, stakat QC atau QA gua rasa tak mampu (masa tu gaji keje kilang berapa sangat beb)...

Apa yang gua minat kat TZM ni ialah bentuk dan designnya..sangat sporty..ditambah dengan enjin 150 cc menjadikan penunggangnya berada dalam kelas yang tersendiri. Tambah pulak pakai jaket kulit DELL dan helmet ARAI full face ...aduh...gua terbayang yang gua bawak TZM menyusuri bandar hilir dan lepak-lepak amik angin sambil usya awek indon kat Padang pahlawan...pasti cool....

Berbalik pada kisah Gua dan TZM...

Masa tu gua kerja buruh kedai runcit. Gaji gua RM 750 (banyak beb masa tu.. makan kat rumah, rokok pau tokey, air pau tokey) kira gua dalam kategori mampu nak pakai TZM..Masa tu gua tunggu STPM (dan gua tak letakkan apa-apa harapan dalam STPM)...Gua ingat lagi gua usya kedai tanya pasal TZM. Tokey kedai kata 'lu amik la, bagi ban RM 2500, bulan-bulan RM 300'

Gua memang betul2 betul tertawan
memang nak beli
tambah-tambah duit dah cukup RM 2500...

Tapi apakan daya...
STPM keluar....dan tak sangka gua layak masuk U...

Maka duit utk ban TZM pun lebur buat benda-benda lain
mulai hari itu...harapan gua untuk memiliki sebuah Yamaha TZM 150 cc hancur berderai....

Hari ini,

Setelah hampir 15 tahun gua putus kasih dengan TZM , gua gatal2 masuk dalam mudah.com...
harga TZM memang dah jatuh menjunam. 

TZM pun dah tak dikeluarkan lagi. Mungkin dasar kerajaan yang galakkan masyarakat guna motor 4 stroke untuk elakkan kemalangan.Tapi pada gua, kalau pakai 4 stroke pun boleh pecut sampai 160..sama la kalau guna TZM...matlamat kerajaan nak kurangkan kemalangan tak tercapai jugak.

Sekarang, dengan RM 3500 sebuah TZM 2nd hand sudah boleh dimiliki..dan memang celaka..entah kenapa selepas gua tahu harga market TZM pada masa kini, tiba-tiba berahi gua pada TZM tiba-tiba menguasai diri ........


No comments: