"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, November 03, 2010

Kaki Lima

Akan Datang Dari Pak Kebun (Terbitan 2011) InsyaAllah....






Signifikan Kaki Lima Dalam Pemuliharaan Bandar
Umum mengetahui bahawa kaki lima adalah ruang untuk laluan pejalan kaki. Namun dalam masa yang sama kaki lima turut menyumbang kepada pembentukan elemen ‘imej bandar’ di sebuah kawasan. Menurut Lynch (1960), salah satu elemen yang menyumbang kepada pembentukan imej bandar di sesebuah kawasan ialah ‘path’ (laluan).

Timbul pula persoalan apa peranan antara kaki lima dalam pembentukan imej bandar sesebuah kawasan?

Seperti yang dinyatakan oleh Lynch (1960), laluan adalah satu elemen dalam pembentukan imej bandar. Kaki lima sememangnya tidak dinafikan sebagai satu ‘laluan’ dalam ruang sesebuah bandar. Namun, apa yang lebih menarik ialah kaki lima-kaki lima yang sedia ada terutamanya di rumah-rumah kedai tradisional memiliki corak dan rekabentuk yang menarik.

Maka, kaki lima yang mempunyai corak dan rekabentuk yang menarik tadi secara tidak langsung turut menyumbang kepada pembentukan imej bandar bagi sesebuah kawasan.

No comments: