Ini kisah benar...Sebenarnya kita mudah terpedaya. Contoh jika kita hendak makan terutamanya apabila kita berada di sebuah kawasan yang agak asing pada kita. Kita selalunya akan memerhatikan sebuah kedai yang barangkali lebih ramai pengunjungnya berbanding dengan kedai yang lain.
Lalu, kita tanpa ada apa-apa buruk sangka akan duduk dan memesan makanan di gerai tersebut. Namun, nasib kita adakalanya bukan baik. Mungkin gerai tersebut dikunjungi ramai bukan kerana layanan yang baik dan makanan yang sedap tetapi barangkali hanya kerana persekitarannya yang amat sesuai dan lokasinya amat strategik ...tapi biasalah kedai Orang Melayu....
No comments:
Post a Comment