"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)
(Al Baqarah:216)
Friday, June 26, 2009
Saya rasa saya Demam
Saya rasa saya demam
Saya rasa saya tidak sihat
setelah 8 hari berada di lapangan
menyedut udara berjerebu
menghisap berbatang-batang sempoerna
menghidu gas karbon monoksida yang dilepaskan ekzos kenderaan
mendedahkan kepala yang kurang rambut pada panahan matahari
selama 8 jam sehari selama 8 hari...
Saya rasa saya sudah mula hendak demam
Batuk makin kerap
Batuk makin kasar
Terasa sakitnya hingga ke dalam dada
Kepala makin kerap sakit
berdenyut dan mencengkam tak kira masa
Sudah...
bersudu-sudu madu saya telan tak juga ada tanda akan pulih
berbotol UNICOUCH SYRUP saya togok tapi batuk masih berdengkung-dengkung
ketara pada lewat malam
kadangkala hingga terjaga di awal pagi
berbiji-biji paracetamol (500 mg) sudah saya telah namun kepala masih terasa berat
adakah ini kerana bebanan kerja?
atau kerana jiwa yang semakin kering dengan hidayah?
saya renung diri saya sendiri....
Sudah lama saya tidak berjumpa Mahaguru
sudah lama saya tidak menyelesaikan amanah yang saya pikul
sudah lama saya tepu dan beku..
Saya renung diri saya lagi..
terkenangkan mat Hakim dan adik ain...
apa khabar agaknya mereka?
makan dan minumnya bagaimana?
belajarnya bagaimana?
Saya renung lagi diri saya
dah lama saya di sini
dah banya yang saya usahakan selama ini
namun hingga hari ini semuanya masih kosong
saya tiada apa yang org lain ada
saya tiada apa yang kawan-kawan saya ada
Saya terkenang lagi mak dan apak di kampung
hati saya makin sayu...
ya....saya sudah mula sakit dari segi fizikal
mungkin kerana stress selama ini
tubuh saya sudah mula lemah
entahlah
Saya juga sudah lemah dari segi mental..
selalu saya cermin diri
lihat dalam-dalam
apa yang sebenarnya saya mahu?
apa sebenarnya yang telah saya dapat??
Saya rasa saya sudah mula sakit
dari segi fizikal kerana tekanan kerja yang membeban
saya rasa saya juga telah lama sakit
dari segi mental kerana kekeringan dan kemelesetan hidayah...
andai saya pergi???
Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment