"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Saturday, June 27, 2009

Anjing !!!






Macam-macam jenis
macam-macam gaya
macam-macam gaya
macam-macam warna

bila manusia di panggil Anjing
memang itu satu gelaran hina

jadi?
apa tindakan kita???

Friday, June 26, 2009

Saya rasa saya Demam


Saya rasa saya demam
Saya rasa saya tidak sihat

setelah 8 hari berada di lapangan
menyedut udara berjerebu
menghisap berbatang-batang sempoerna
menghidu gas karbon monoksida yang dilepaskan ekzos kenderaan
mendedahkan kepala yang kurang rambut pada panahan matahari
selama 8 jam sehari selama 8 hari...

Saya rasa saya sudah mula hendak demam
Batuk makin kerap
Batuk makin kasar
Terasa sakitnya hingga ke dalam dada
Kepala makin kerap sakit
berdenyut dan mencengkam tak kira masa

Sudah...
bersudu-sudu madu saya telan tak juga ada tanda akan pulih
berbotol UNICOUCH SYRUP saya togok tapi batuk masih berdengkung-dengkung
ketara pada lewat malam
kadangkala hingga terjaga di awal pagi
berbiji-biji paracetamol (500 mg) sudah saya telah namun kepala masih terasa berat

adakah ini kerana bebanan kerja?
atau kerana jiwa yang semakin kering dengan hidayah?

saya renung diri saya sendiri....
Sudah lama saya tidak berjumpa Mahaguru
sudah lama saya tidak menyelesaikan amanah yang saya pikul
sudah lama saya tepu dan beku..

Saya renung diri saya lagi..
terkenangkan mat Hakim dan adik ain...
apa khabar agaknya mereka?
makan dan minumnya bagaimana?
belajarnya bagaimana?

Saya renung lagi diri saya
dah lama saya di sini
dah banya yang saya usahakan selama ini
namun hingga hari ini semuanya masih kosong
saya tiada apa yang org lain ada
saya tiada apa yang kawan-kawan saya ada

Saya terkenang lagi mak dan apak di kampung
hati saya makin sayu...

ya....saya sudah mula sakit dari segi fizikal
mungkin kerana stress selama ini
tubuh saya sudah mula lemah
entahlah

Saya juga sudah lemah dari segi mental..
selalu saya cermin diri
lihat dalam-dalam
apa yang sebenarnya saya mahu?
apa sebenarnya yang telah saya dapat??

Saya rasa saya sudah mula sakit
dari segi fizikal kerana tekanan kerja yang membeban

saya rasa saya juga telah lama sakit
dari segi mental kerana kekeringan dan kemelesetan hidayah...

andai saya pergi???

Wallahualam

Tuesday, June 23, 2009

Berjerebu



Dah hampir sebulan
fikiran masih berjerebu
ini bukan angkara El Nino
ini bukan kerana Climate Change
semuanya kerana perubahan yang tak dijangka
bidang tumpuan, fokus penyelidikan
jadi makin berjerebu

buku-buku makin jadi bisu
perlu dibaca semua atau di tebuk-tebuk sahaja
mula dengan 'Social Planner' kemudian 'Urban Conservation', selepas itu 'Urban Geography' kini
'Regional dan Development Geography'
buat kepala makin kabur
buat otak makin berjerebu

Friday, June 12, 2009

Tanpa Tajuk





Ini kisah benar...Sebenarnya kita mudah terpedaya. Contoh jika kita hendak makan terutamanya apabila kita berada di sebuah kawasan yang agak asing pada kita. Kita selalunya akan memerhatikan sebuah kedai yang barangkali lebih ramai pengunjungnya berbanding dengan kedai yang lain.


Lalu, kita tanpa ada apa-apa buruk sangka akan duduk dan memesan makanan di gerai tersebut. Namun, nasib kita adakalanya bukan baik. Mungkin gerai tersebut dikunjungi ramai bukan kerana layanan yang baik dan makanan yang sedap tetapi barangkali hanya kerana persekitarannya yang amat sesuai dan lokasinya amat strategik ...tapi biasalah kedai Orang Melayu....


Selamat Pengantin Baru Sahabat





Selamat pengantin baru sahabat. Sudah lama kau mencari, baru kini kau temui pujaan hati. Doa kami agar kau bahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah

Tuesday, June 09, 2009

Stress

Health Effects Because Of Stress


aduh
seronok juga kalau menjadi komputer
segala penyakit boleh diselesaikan dengan anti virus
segala keserabutan boleh di 'defrag'
paling-paling tidak mampu untuk buat 'scandisc'

atau
jika keadaan lebih kritikal
'format' sahaja
pasti yang lama dan bermasalah akan selesai

namun kita manusia
segala masalah takkan selesai dengan anti virus
segala kekukustan takkan diselesaikan dengan 'defrag'
segala memori dan kenangan silam tak boleh dihapuskan dengan 'formating'...

bagaimana hendak dihadapi semua?
bagaimana hendak ditempuhi semua?
bagaimana hendak diselesaikan semua?

sedang masa semakin pantas berlalu
sedang emosi juga semakin terganggu....