PETIKAN Harian Metro 24 mac 09
Mahu murtad kerana dihina
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
KUANTAN: Akibat tak tahan dihina masyarakat setempat kerana miskin, 11 beranak di Kampung Jaya Gading di sini, dikatakan nekad mahu keluar Islam sebagai jalan terakhir membebaskan diri daripada belenggu derita.
Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Azmah, dia dan suami, Rahim, 40, nekad mengambil keputusan menukar agama kerana tidak sanggup sering menjadi bahan cacian dan penghinaan masyarakat, malah sembilan anak mereka turut menjadi mangsa buli rakan sekampung.
“Saya kecewa dan tak tahu apa salah keluarga kami hingga ada kaki buli anak saya tergamak memotong saluran paip yang menyalurkan air dari surau berhampiran ke rumah kami selain melemparkan batu ke cermin,” kata ibu kepada sembilan anak berusia antara
Asmah yang berasal dari Ajil, Terengganu, ditemui di sebuah premis menyediakan perkhidmatan menaip
Menceritakan semula tindakan itu, Azmah berkata, pendapatan suami sebagai pencari besi buruk tidak seberapa.
Menurutnya, keperitan hidup mereka pernah mendapat perhatian kerajaan apabila memberikan sebuah rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Jaya Gading.
Bagaimanapun, rumah PPRT yang didiami sejak dua tahun lalu itu tiada bekalan air menyebabkan mereka terpaksa menyambung saluran paip dari surau berhampiran.
“Namun, tindakan itu tidak disenangi penduduk setempat sebelum remaja nakal memotong paip dan membuang kepala paip ke dalam tangki najis surau.
“Bukan itu saja, saya sebelum ini sudah membuat tujuh laporan polis sejak 2007 kerana anak saya sering dibuli serta diugut penduduk yang mahu mengancam keselamatan mereka, “ katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui, semalam.
Difahamkan, keluarga berkenaan sudah pergi ke sebuah gereja, namun dihalang pengawal keselamatan yang meminta datang semalam.
Berikutan itu, keluarga berkenaan bimbang pulang ke rumah dan bermalam dalam kereta di tepi sebuah gereja di Jalan Gambut, di sini.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu diselamatkan seorang pemandu bas ekspres, Sheikh Anuar Sheikh Abdullah, 38, yang kemudian menghubungi Harian Metro.
Ketika ditemui, keluarga terbabit pada mulanya
Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Maip, Nik Ibrahim Nik Abdullah, berkata beliau akan memberi bimbingan dan kaunseling kepada keluarga terbabit dalam usaha memujuk mereka supaya membatalkan niat mahu menukar agama.
Menurutnya, pihaknya begitu terkejut apabila dimaklumkan kes berkenaan dan akan
PERSOALAN:
BERAPA RAMAI YANG TERKESAN KETIKA MEMBACA BERITA INI?
BERAPA RAMAI PULA YANG MENGANGGAP INI SEKADAR BERITA YANG BIASA.?
MANA DIA ORANG YANG SERING MELAUNG DAN MENYALAK TENTANG MEMBELA NASIB RAKYAT?
SUDAH BERAPA LAMA KELUARGA INI MISKIN DAN DAIF?
APA PEMIMPIN YANG BERKAITAN BUAT? MANA DIA JKKK? KETUA KAMPUNG? BADAN-BADAN AMAL, ADUN, AHLI PARLIMEN ?
SANGGUPKAN DIBIARKAN KELUARGA INI MURTAD KERANA MISKIN DI SEBUAH NEGARA YANG PEMIMPINNYA SERING BERKATA SEBUAH NEGARA ISLAM DAN SEBUAH NEGARA YANG MAKMUR EKONOMINYA….
No comments:
Post a Comment