"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, March 31, 2009

Masa




"DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA DI DALAM KERUGIAN MELAINKAN YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH"


Fikirkan ....di kedinginan malam ini, ditemani secawan kopi buat ubat melawan mengantuk, renungkan hari ini dan hari-hari yang lalu....

Berapa banyak masa yang kau ada???
Berapa banyak masa kau gunakan untuk menunaikan 'amanah dan tanggungjawab' ?

fikirkan lagi...

Berapa banyak masa yang telah kau gunakan untuk perkara lain yang melalaikan kau dari menunaikan 'amanah dan tanggungjawab'...

nah sudah dapat jawapannya?

kau sendiri tentu tahu, di mana banyak kau habiskan masa, dan untuk apa masa yang ada kau habiskan....

untuk ' amanah dan tanggungjawab' ?
atau
untuk 'keseronokan yang membinasakan' ?

kau sendiri tahu jawapannya bukan??

kemudian, fikirkan lagi...tanya diri mu sendiri. Berapa banyak masa yang masih berbaki???
ingat, masa yang berbaki semakin berkurang setiap detik dan saat..

Adakah masa yang berbaki akan kau habiskan untuk men unaikan 'amanah dan tanggungjawab' ? atau sebaliknya?

Jawapannya kau yang tentukan..

jangan nanti, bila masa tiba ke penghujung, tika kau dihitung
'keseronokan yang membinasakn' itu melebihan 'amanah dan tanggungjawab' yang telah kau lakukan

Jangan nanti kau salahkan sesiapa, semuanya keputusanmu, pilihan hatimu, pilihan akalmu...tiada siapa yang akan membantu

moga akhir nanti kau tak menyesal teman...

ingat teman "DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA DI DALAM KERUGIAN MELAINKAN YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH"




Thursday, March 26, 2009

Dah Tiga Bulan !!! (Kecemasan)


Siang berganti malam
Malam berganti siang

Kalau kerja kerajaan dah nak dapat gaji pertama

Kalau telefon bimbit, mungkin dah nak abis tempoh waranti


Tapi aku??

masih macam batu…

tak bergerak-gerak
rasanya lagi teruk dari dua bulan yang lalu…

Ilham


Tulis Faisal Tehrani dalam bukunya “Karya Nan Indah Untuk Semua” (2008) “ilham yang baik datang dari bacaan yang baik. Untuk menghasilkan karya yang baik, bacalah karya yang baik ini kerana idea atau ilham memang ada disekeliling kita. Ilham yang baik tadi akan diperkukuhkan dengan khayalan, rasa, gagasan dan bentuk yang baik juga”(ms38-39)


Aku bukan penulis karya kreatif. Namun sebahagian dari keperluan pekerjaan ku memerlukan kemahiran ini. Tambahan pula dalam senario terkini. Seringkali aku keputusan ilham. Semangat yang membara ada ketikanya padam tiba-tiba. Alasan yang sering aku gunakan untuk ‘menipu’ diri sendiri ialah aku tiada idea atau ilham. Sedang dalam masa yang sama . aku sebenarnya tidak membaca karya yang baik. Mana mungkin ilham yang baik akan muncul…


Persoalan yang aku timbulkan sebenarnya aku sendiri yang dapat menjawabnya…jadi hakikatnya yang bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak akan melayang…tapi bala dan bencana akan datang jika aku tak berubah…


Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya… untuk mendapatkan ‘sagu’ tersebut, bukan sahaja ruyung ‘otak’ pasti akan diperah…..InsyaAllah..


Sahabat...

Foto: Sekadar Gambar Hiasan Sahaja

Sahabat, anak itu anugerah Allah. Ia keinginan bagi semua suami isteri yang normal. Jangan kau beban jira dan fikiranmu dengan perkara ini. Sebagai hamba Allah kita dikurniakan Allah dengan kudrat.dan akal Kudrat untuk berusaha dan akal untuk memikirkan apakah hikmah disebalik ujian dan dugaan ini.

Percayalah sahabat "...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui" (Al Baqarah:216)

Apa Perasaan Anda?

PETIKAN Harian Metro 24 mac 09


Mahu murtad kerana dihina


Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my


KUANTAN: Akibat tak tahan dihina masyarakat setempat kerana miskin, 11 beranak di Kampung Jaya Gading di sini, dikatakan nekad mahu keluar Islam sebagai jalan terakhir membebaskan diri daripada belenggu derita.


Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Azmah, dia dan suami, Rahim, 40, nekad mengambil keputusan menukar agama kerana tidak sanggup sering menjadi bahan cacian dan penghinaan masyarakat, malah sembilan anak mereka turut menjadi mangsa buli rakan sekampung.


“Saya kecewa dan tak tahu apa salah keluarga kami hingga ada kaki buli anak saya tergamak memotong saluran paip yang menyalurkan air dari surau berhampiran ke rumah kami selain melemparkan batu ke cermin,” kata ibu kepada sembilan anak berusia antara lima bulan hingga 14 tahun.


Asmah yang berasal dari Ajil, Terengganu, ditemui di sebuah premis menyediakan perkhidmatan menaip surat di Jalan Mahkota, di sini, memberitahu dia dan suami nekad menukar agama.

Menceritakan semula tindakan itu, Azmah berkata, pendapatan suami sebagai pencari besi buruk tidak seberapa.

Menurutnya, keperitan hidup mereka pernah mendapat perhatian kerajaan apabila memberikan sebuah rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Jaya Gading.


Bagaimanapun, rumah PPRT yang didiami sejak dua tahun lalu itu tiada bekalan air menyebabkan mereka terpaksa menyambung saluran paip dari surau berhampiran.


“Namun, tindakan itu tidak disenangi penduduk setempat sebelum remaja nakal memotong paip dan membuang kepala paip ke dalam tangki najis surau.


“Bukan itu saja, saya sebelum ini sudah membuat tujuh laporan polis sejak 2007 kerana anak saya sering dibuli serta diugut penduduk yang mahu mengancam keselamatan mereka, “ katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui, semalam.


Difahamkan, keluarga berkenaan sudah pergi ke sebuah gereja, namun dihalang pengawal keselamatan yang meminta datang semalam.


Berikutan itu, keluarga berkenaan bimbang pulang ke rumah dan bermalam dalam kereta di tepi sebuah gereja di Jalan Gambut, di sini.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu diselamatkan seorang pemandu bas ekspres, Sheikh Anuar Sheikh Abdullah, 38, yang kemudian menghubungi Harian Metro.


Ketika ditemui, keluarga terbabit pada mulanya cuba mengelak ditemu bual dan mahu beredar dari sebuah restoran tetapi berjaya dipujuk beberapa wakil media sebelum menunggu ketibaan pegawai Majlis Agama Islam Pahang (Maip).


Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Maip, Nik Ibrahim Nik Abdullah, berkata beliau akan memberi bimbingan dan kaunseling kepada keluarga terbabit dalam usaha memujuk mereka supaya membatalkan niat mahu menukar agama.


Menurutnya, pihaknya begitu terkejut apabila dimaklumkan kes berkenaan dan akan cuba membantu menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.


PERSOALAN:


BERAPA RAMAI YANG TERKESAN KETIKA MEMBACA BERITA INI?


BERAPA RAMAI PULA YANG MENGANGGAP INI SEKADAR BERITA YANG BIASA.?


MANA DIA ORANG YANG SERING MELAUNG DAN MENYALAK TENTANG MEMBELA NASIB RAKYAT?


SUDAH BERAPA LAMA KELUARGA INI MISKIN DAN DAIF?


APA PEMIMPIN YANG BERKAITAN BUAT? MANA DIA JKKK? KETUA KAMPUNG? BADAN-BADAN AMAL, ADUN, AHLI PARLIMEN ?


SANGGUPKAN DIBIARKAN KELUARGA INI MURTAD KERANA MISKIN DI SEBUAH NEGARA YANG PEMIMPINNYA SERING BERKATA SEBUAH NEGARA ISLAM DAN SEBUAH NEGARA YANG MAKMUR EKONOMINYA….


ADUHAI…ADUHAI…ADUHAI…

Wednesday, March 25, 2009

SAYA MARAH !!!


Beberapa hari ini saya amat marah.

Marah kerana pakej yang saya langgan tidak menyatakan yang saya tidak boleh ‘log-in’ ym, GMail dan blog saya .

Namun hakikatnya, puas saya cuba ‘log-in’ ketika di rumah mahupun di mana menggunakan pakej yang saya langgan .

Gagal.

Entah kenapa agaknya. Ada sahaja yang tidak kena.

Kerja jadi tergendala, segala urusan yang perlu 'log-in' hanya boleh saya buat di 'makmal pertapaan' (menggunakan server lain) yang kurang ‘privacynya’.

Saya marah..saya marah..saya marah…!!!

Tuesday, March 24, 2009

Aduhai Tok Ali


maka meraunglah penghulu Merlimau
maka meraunglah penghulu Semabok
maka meraunglah penghulu Lubok Cina...

tok ali oh tok ali....

maka kempunan la semua rakyat melaka hendak melhat tok ali jadi TPM....
itu resam politik....

menendang dan ditendang
cuma tersungkungkur, atau tertiarap ketika ditendang
pandai-pandailah kawal diri

Tribute To Mat Hakim


semuanya kini lengang,

tiada lagi anak-anak ayam yang dihambatnya ke reban,

tiada lagi riuh suaranya bercerita tentang tanam-tanamannya

tiada lagi jerit pekiknya mengayuh basikal di halaman

memang sudah ketentuan Allah nasibmu begini

mogakau akan jadi insan berguna

walaupun kini kau jauh dari mata kami semua...






Friday, March 20, 2009

Apa Khabar Tok Ali ??

Apa kaba Orang Melaka?
Apa kaba Tok Ali ???

Boss Baru

semasa boss lama, boleh guna bilik yang kosong...untuk siapkan kerja..cuma jumpa juruteknik dan dapatkan kunci
sekarang,
boss baru, semua kena dapat arahan dan kebenaran..
kerja mudah jadi susah...

Wednesday, March 11, 2009

Nasib Kita

Teman,
kita berjuang atas matlamat yang sama,
namun nasib kita berbeza ,
moga di akhir nanti ia akan tercapai juga...





Tuesday, March 10, 2009

Nasib Bahasaku dan Pejuangnya



usah bicara tentang ketuanan melayu dan kedaulatan bangsa melayu jika bahasa melayu sendiri kau pinggirkan...
aku makin terfikir...
mana dia raja-raja melayu yang penuh 'kedaulatan'
takkan diam sahaja....
takkan hanya 'kisah' dengan hal-hal politik sahaja???

Dan Hisyamuddin pun terus 'menyalak, agar isu ini jangan dibesar-besarkan. Mohon bersuara pada ruang yang ada dan menjawab dengan mudah bahawa demo in didalang pihak-pihak tertentu (Pembangkang)

apa-apa pun
Pak Samad (A Samad Said), Prof Dolah Hassan, Dr Hassan Ahmad tetap wira....

mmm...mana dia Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussien dan GAPENAnya ????

kita ada akal
sama-sama fikir....

Monday, March 09, 2009

Penolakan !!!


Kata boss
"INI TERLALU UMUM, TIDAK FOKUS, PERMASALAHAN DAN POKOK PERBINCANGAN TIDAK JELAS. IA MASIH BELUM LAYAK UNTUK JADI SATU PENERBITAN"

Ini satu penolakan
perjalanan ini satu proses
kata sahabat, dalam melalui proses ini pelbagai penolakan akan dilalui

ini adalah penolakan yang pertama
yang kedua-ketiga dan seterusnya pasti akan menyusul

ini sebuah proses. Pesan sahabat, ikut sahaja proses itu...


Friday, March 06, 2009

...

Segalanya semakin kabur, serabut dan akhirnya kusut...
apa yang dimahukan?
apa yang diusahakan?
apa benar yang dimahukan itu yang diusahakan?

lihatlah wajahmu di air, apakah ia masih sama?
lihatlah wajahmu di cermin, retakkah ia atau sempurna??

segalanya makin kosong...


Wednesday, March 04, 2009

John Jenin




ha-ha-ha
harap jangan jadi macam 'John Jenin' sudahlah...

Tiga Minggu Yang Kabur !!!


Kata boss:
"Mantapkan dulu permasalahan kajian, kerana dari permasalahan baru boleh wujud persoalan kajian . Bila dah mantap permasalahan dan persoalan baru bentuk matlamat dan objektif kerana matlamat dan objektif itu akan menyelesaikan permasalahan dan menjawab persoalan"
Kata aku:
"faham-faham"
Sebenarnya hanya faham apa yang boss katakan tapi masih tak dapat laksanakan apa yang boss katakan.....

dan tiga minggu pun berlalu dengan pantas....

Sehari

Pagi-Minum pagi dengan sahabat mahasitua
Tengahari /Petang- Di Lab, sembang, internet, termenung cari ilham
Petang/Malam- Tgk Tv dan termenung
Tengah Malam- Teh sedap warung tomyam...

Sehari sudah berlalu dengan pantas, pasti takkan kembali lagi
Masa diberi bukannya lama, pejam-celik, pejam-celik dah masuk Mac 2009
tak lama lagi, pejam celik-pejam-celik akan masuk tiga tahun

apa hasil?

jangan tak ada hasil

kelak nanti menyesal badan, sebab hutang akan mengikat tengkuk dan pinggang hingga ke akhir hayat.....

Sunday, March 01, 2009

Kasihan !!!


Ibrahim Ali tidak mahu layan desakan letak jawatan MP

KOTA BAHARU: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan melayan sebarang provokasi pihak-pihak tertentu yang mendesak beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen.


Beliau mengakui sedar adanya desakan hebat dari PAS supaya beliau meletak jawatan ekoran kelantangannya bersuara menentang parti itu walaupun beliau bertanding di Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum yang lalu di atas tiket PAS.


"Walau apa yang mereka lakukan untuk memaksa saya letak jawatan, saya tidak akan layan kerana seseorang anggota parlimen tidak boleh bertanding semula sebelum tamat tempoh lima tahun mengosongkan kerusi yang dimenanginya," katanya.


"Jadi, tunggulah pilihan raya umum ke-13 nanti, saya akan bertanding semula bagi untuk membuktikan pengaruh sama ada masih diterima pengundi kawasan (Parlimen Pasir Mas) atau tidak," tambahnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada pada Majlis Penerangan Khas Kesetiaan dan Kedaulatan Raja anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini, hari ini.


Ibrahim berkata, adalah sesuatu yang aneh apabila PAS bertindak meminta beliau meletak jawatan semata-mata kerana beliau menyuarakan pandangan di tempattempat terbuka termasuk di Parlimen.


"Prinsip saya sejak dari dulu lagi, suka menyuarakan pandangan dan menentang segala kemungkaran sama ada dalam mana-mana parti sekalipun," katanya. BERNAMA



KASIHAN...

KASIHAN PADA PENGUNDI

KASIHAN PADA MEREKA YANG MEMBENARKAN DI MENGGUNAKAN 'LAMBANG'

KASIHAN JUGA PADA DIA

TERLOMPAT-LOMPAT TAKUT HILANG KUASA...

INI KISAH POLITIK,

SIAPA PANDAI DIA BERJAYA

SIAPA LURUS SERING 'DIPIJAK'


INI KISAH POLITIK

SIAPA MAHU HILANG KUASA

BUKANKAN SEMUA MAHU MENJADI "RAJA"..


INI KISAH POLITIK

KISAH DUNIA....