"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, November 04, 2008

TPM Dari Melaka !!!

Foto: Lambaian Mesra Bakal TPM

Dari Utusan Malaysia Online:

Timbalan dijangka 3 penjuru

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Pertandingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO kemungkinan besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, jika aliran pencalonan kini diambil kira, maka UMNO bakal menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah, tiga calon bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti itu.

Beliau berkata, secara tradisi, jawatan Timbalan Presiden kerap ditandingi oleh dua calon sahaja.

"Kebarangkalian untuk pertandingan tiga penjuru adalah sangat tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Setakat ini, Muhyiddin telah pun mendapat 79 pencalonan dan menjadi calon pertama melepasi kuota 39 pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan itu.

Seorang lagi Naib Presiden iaitu Mohd. Ali dan Muhammad yang juga Ketua Penerangan UMNO, walaupun belum melepasi kuota, tetapi sudah hampir ke arah itu.

Mohd. Ali sehingga semalam menerima pencalonan terkumpul sebanyak 32 manakala Muhammad pula menerima 30 pencalonan.

Pada masa ini, masih berbaki 49 bahagian lagi yang belum bersidang.

Shamsul berkata, antara dua calon yang belum melepasi kuota yang diperlukan, Mohd. Ali dilihat mempunyai lebih banyak peluang.

Beliau berkata, Ketua Menteri Melaka itu dengan latar belakang dalam persatuan belia mempunyai kelebihan kerana kebanyakan ahli belia era beliau kini menjadi pemimpin dalam UMNO.

"Beliau juga sejak dua penggal pemilihan memperlihatkan dirinya mendapat antara undi yang terbanyak semasa pemilihan UMNO," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, Muhammad juga mempunyai kelebihan apabila dilihat sebagai seorang yang banyak pengalaman dan sejarah membuktikan beliau tetap menjadi pilihan ahli walaupun pernah berhadapan dengan masalah mahkamah di Australia.

"Selepas kes itu pun, beliau terpilih menjadi Naib Presiden, ini memperlihatkan beliau tetap menjadi pilihan ahli UMNO," katanya.

Muhyiddin pula jelas beliau menjadi pilihan kerana berani bersuara dalam parti termasuk mencadangkan agar peralihan kuasa 2010 dipercepatkan.

Beliau berkata, walaupun jika berlaku pertandingan tiga penjuru, tidak ada jaminan calon yang mendapat pencalonan tertinggi kelak bakal dipilih perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

''Tempoh kempen yang panjang kali ini boleh mengubah banyak perkara dan saya meramalkan akan berlaku pertandingan sengit bagi jawatan Timbalan Presiden,'' katanya


Apa nasib Tok Ali agaknya???


Saya berpendapat, memandangkan masih 49 bahagian lagi yang masih belum bersidang, Tok Ali mempunya prospek yang baik untuk mecapai kuota pencalonan. Sehingga kini, beliau telah memperoleh sejumlah 32 pencalonan dan hanya perlu meraih 7 lagi pencalonan untuk layak bertanding ke jawatan TPM.



Walaupun ada yang mengatakan bahawa Tok Ali bukan merupakn calon 'pilihan' namun 'politic is the art of possible'. Segalanya berkemungkinan. Mungkin pencalonannya hanya sekadar cukup kuota, tetapi di hari pengundian siapa tahu?



Walaupun Pak Lah ada menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyokong mana-mana calon (Seperti mana yang dilakukan oleh Samy Vellu dalam MIC iaitu ada calon pilihan Presiden dan ada calon bukan pilihan Presiden) tetapi sehingga ke hari ini, Tok Ali dilihat masih 'main selamat'. Tidak kedengaran apa-apa suara kritikan darinya tentang kepincangan kepimpinan Pak Lah berbanding apa Muhidin yang amat 'vokal' mengkritik Pak Lah.



Saya tahu, Tok Ali tidak mempunyai 'P.R' yang baik. Beliau dilihat lebih sebagai pemimpin 'kampung' yang mana bila berbahasa melayu ramai orang melayu tak berapa faham dan bila berbahasa inggeris pula langsung orang tak faham, namun saya yakin bahawa dalam politik segalanya berkemungkinan.



Saya bukan penyokong Tok Ali, tapi apa salahnya jika ada seorang TPM yang berasal dari Melaka...walaupun dia belum tentu menunjukkan prestasi yang baik.. namun mungkin setengah juta rakyat Melaka termasuklah aku dan abg Misai boleh berbangga bahawa TPM Malaysia adalah orang Melaka..



hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha




Pencalonan Terkini UMNO

* 3 November jam 12.00 tengah malam tadi

Timbalan Presiden (39)

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (79)

2. Datuk Seri Mohd Ali Rustam (32)

3. Tan Sri Mohammad Mohd. Taib (30)

4. Shahrir Abdul Samad (1)

Masih 49 bahagian lagi yang belum bersidang.


No comments: