"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, November 04, 2008

Cuti


Baru-baru ini boss berkata:
hujung tahun semua tidak boleh cuti
Cuti anda akan mengganggu
kelancaran perjalanan organisasi ini


Di awal-awal tahun dulu boss pernah berkata:
awal tahun ini kerja banyak bertimpa-timpa
semua orang kena sungguh-sungguh bekerja

cuti tidak dibenarkan

siapa yang hendak cuti banyak
jangan kerja di sini

pergi jual pisang goreng di bahu-bahu jalan


semasa pertengahan tahun aku masih ingat, boss juga berkata:
tuan-tuan tidak dibenarkan bercuti
ISO akan datang audit

jadi cuti semua dibekukan...


jadi...
aku bertanya pada diri...
bila kami boleh bercuti

benar kata abg misai,
kita ini hamba kerja
diperah hingga kering

namun di akhirnya
yang mendapat faedah...
hanya mereka yang disukainya....

No comments: