"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, November 04, 2008

Politik Wang ?

Petikan dari KLpos

Hukuman tegas terhadap pengamal politik wang- Mubarak

03 Nov 2008 2:24PM Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan menggesa Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan lebih drastik termasuk memecat mana-mana pemimpin atau anggota parti yang terlibat dengan politik wang bagi menyelamatkan Umno daripada kehancuran.

"Apabila hancurnya Umno, maka dengan sendirinya kuasa politik Melayu akan lenyap dari bumi Malaysia," kata bendaharinya Datuk Abdul Rahman Sulaiman kepada Bernama di sini, Isnin.

Abdul Rahman, yang juga bekas Anggota Parlimen Parit Buntar, berkata tindakan seperti itu selaras dengan fasa 20.9 perlembagaan parti yang memperuntukkan hukuman iaitu diberi amaran, penggantungan hak dalam parti dan larangan bertanding untuk sebarang jawatan dalam parti atau mana-mana pilihan raya.

Katanya mesyuarat khas jawatankyasa Mubarak Wilayah Persekutuan pada minggu lepas bersetuju bahawa usaha memerangi rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran tata etika parti hendaklah diteruskan secara lebih gigih dan proaktif.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail baru-baru ini mengakui gejala politik wang sukar dibendung kerana ia sudah berakar umbi dalam parti.

Abdul Rahman berkata jawatankuasa Mubarak Wilayah Persekutuan merayu supaya anggota Lembaga Disiplin Umno terus berusaha dan tidak berputus asa dalam usaha membanteras gejala itu.

Beliau juga mencadangkan agar Umno menggunakan apa jua cara lain yang boleh difikirkan untuk membantu Lembaga Disiplin melicinkan tugas mereka, termasuk mendapatkan kerjasama daripada Badan Pencegah Rasuah, Polis Diraja Malaysia atau agensi penguatkuasa yang lain.

"Jika ini (tindakan berat) dilakukan, kita yakin ia dapat menakutkan mereka yang mempunyai kecenderungan untuk membabitkan diri dalam rasuah politik dan seterusnya membantu Lembaga Disiplin memperbaiki imej parti daripada terus tercalar," kata Abdul Rahman./BERNAMA


Calon A kata "Jangan Amalkan Politik Wang!!"
Calon B kata "Kita Mesti Hapuskan Politik Wang!!"
Calon C pula kata "Politik Wang Akan Mmusnahkan Parti dan Bangsa Kita "

Aku tertanya-tanya...siapa sebenarnya yang amalkan politik wang?
kalau bukan mereka bertiga ???
Mungkin monyet-monyet di hutan ???
atau kambing-kambing di kandang agaknya.....

Ah...persetankan politikus itu.....

No comments: