"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui" (Al Baqarah:216)
JOHOR BAHRU 24 Nov. - Semua pihak diminta tidak 'menelanjangkan' Pergerakan Wanita UMNO dengan menyebarkan keburukan dan fitnah terhadap Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi menghangatkan lagi pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.
Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, persaingan sengit itu nanti dikhuatiri mewujudkan golongan yang berkempen secara agresif termasuk mengutuk, mengaibkan dan menggunakan media massa bagi memastikan pemimpin yang disokong menang.
"Hentikanlah perangai buruk seperti itu sebaliknya pertandingan mestilah berasaskan keyakinan dan keikhlasan untuk memperjuangkan nasib Melayu," katanya yang juga Exco Wanita UMNO itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Halimah mengulas keputusan Rafidah yang merupakan Ketua Wanita UMNO dan juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar untuk mempertahankan jawatan itu selepas Naibnya, Shahrizat mengumumkan akan bertanding jawatan nombor satu sayap itu.
Halimah mendedahkan, golongan tersebut akan bertindak seolah-olah kumpulan pendesak yang memberi tekanan kepada Rafidah dan Shahrizat bagi menghangatkan lagi pertandingan hingga memalukan sayap wanita itu.
Justeru, katanya, perdebatan mengenai pertandingan itu perlu dihentikan kerana semua anggota dan perwakilan sayap sudah matang untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak bagi menerajui Wanita UMNO yang menjadi tulang belakang UMNO
Awwww...tak rela i. apa nie nak 'telanjang-telanjang' tak baik tau
mmmm
tapi ok gak kalau you all nak 'telanjang', 'kena telanjang' dan 'ditelanjangkan' kerana dapat juga kami tengok dan dengar semuanya walaupun kamu semua dah tahu yang pasti wujud dari 'telanjang-menelanjang' ini pastinya hodoh, busuk, jijik dan yang seangkatan dengannya...
Kata Adik Ipan pada umminya, dia hendak naik bas ke bandar esok kerana sepanjang usianya, dia tidak pernah menaiki bas untuk ke mana-mana.
Nov 1988
Aku kata pada kawan-kawan, hari ini sangat suka hati, kerana pagi ini aku akan menaiki kereta buat kali pertama untuk ke Air Terjun Sagil di Tangkak Johor....sebelum ini aku dan keluarga hanya menaiki bas untuk ke mana-mana
Dalam kehidupan seharian, kita menyasarkan pelbagai impian untuk kita capai. Ada yang berimpian untuk menjadi kaya, hidup bahagia, sihat sejahtera dan macam-macam.
Hakikatnya, bukan semua impian yang diinginkan itu boleh dicapai dengan mudah. Segalanya terhasil dari tekad dan usaha yang kuat. Namun demikian, tidak salah kita mempunyai impian, kerana impian tersebutlah yang akan memotivasikan kita untuk mencari seribu jalan untuk mencapainya....
Tetapkan impian anda dan berusahalah untuk mencapainya...InsyaAllah ia pasti milik kita..
Lagu ini mengingatkan saya kenangan 8 tahun lalu ketika masih mencari arah tujuan hidup. Saya dan rakan-rakan sama-sama nyanyikan lagu ini dengan harapan semangat yang membara akan muncul dan impian akan berjaya direalisasikan pada hari-hari mendatang. Itu kenangan silam.
Hari ini saya masih mempunyai impian untuk dicapai...cuma impian tersebut berbeza dengan impian yang saya tetapkan 8 tahun yang lalu.
I Have A Dream
I have a dream, a song to sing To help me cope with anything If you see the wonder of a fairy tale You can take the future even if you fail
I believe in angels Something good in everything I see
I believe in angels When I know the time is right for me Ill cross the stream - I have a dream
I have a dream, a fantasy To help me through reality And my destination makes it worth the while Pushing through the darkness still another mile
I believe in angels Something good in everything I see
I believe in angels When I know the time is right for me
Ill cross the stream - I have a dream Ill cross the stream - I have a dream
I have a dream, a song to sing To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale You can take the future even if you fail
I believe in angels Something good in everything I see
I believe in angels When I know the time is right for me
Ill cross the stream - I have a dream Ill cross the stream - I have a dream
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari Rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir" (Yusuf:87)
"...dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar" (Al-Anfaal:46)
Anda peminat siri Crime Scene Invertigation (CSI) ?
sebuah siri berbentuk penyiasatan jenayah yang pernah cuba ditiru oleh sebuah stesyen TV tempatan (tapi produk tempatan amat melucukan)
Ada 3 iaitu CSI Miami, CSI Vegas dan CSI New York
Setiap watak ada identiti yg tersendiri samada Horatio Caine (Miami), Mac Taylor (NY) mahupun Gil Grissom (Vegas)
Kalau anda peminat setia CSI Miami, minggu yang baru lepas (19 nov, Rabu di Astro AXN) adalah episod terakhir siri 6. Dalam episod ini horatio caine telah ditembak. Adakah beliau mati?
kerana tak sabar, aku cuba cari di internet dan inilah hasilnya...
sama-sama kita tonton:
mana bahagian seterusnya? Korang semua carilah sendiri di internet aku pun hanya dapat yang ini sahaja di youtube selebihnya carilah guna torrent ke ares ke pandai-pandailah
Lepas ni kita semua kerja overtime hahahahaha masuk 6 pagi, balik selepas jam 12 malam kenapa? sebab nak dapat tol diskaun kenapa pulak diskaun hanya selepas pukul 12 malam hingga 6 pagi?? tanya lah pak menteri jangan hanya angguk-angguk dan geleng-geleng sahaja
Dalam era kapitalisme, zaman orang melayu sarapan pagi mencecah RM 50 seorang di Coffee House, di zaman orang Melayu gila nak kawin dengan Artis dengan hantaran berpuluh-puluh ribu ringgit, di zaman orang melayu yang sarapan pagi di KL, makan tengahari di Jakarta dan Dinner di Singapura,...ramai lagi Melayu yang berpendapatan bawah RM 1000.00. Walaupun dari segi hakikatnya ia di atas 'garis kemiskinan'. Namun relatifnya tidak. Cuba kita sama-sama bayangkan duduk di Kota Metropolitan Kuala Lumpur yang serba serbinya perlu dibayar dengan pendapatan sebegini...
nah...jurang kemiskinan makin melebar, Dasar untuk menyamaratakan pendapatan jelas hanya berjaya pada orang-orang tertentu sahaja...
PROTES... Sebahagian ahli Gabungan Graduan Melayu Muda mengadakan demonstrasi selepas saman difailkan terhadap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan kerajaan negeri berhubung isu papan tanda pelbagai bahasa di Georgetown, semalam.
PULAU PINANG 4 Nov. – Ahli Exco Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Nik Rizman Sapian hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung tindakannya meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memasang papan tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.
Nik Rizman yang juga seorang akauntan memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Sahrihan & Hamdan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Beliau yang bertindak sebagai plaintif menamakan MPPP sebagai defendan pertama manakala kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.
Nik Rizman menuntut deklarasi mahkamah bahawa tindakan defendan kedua meluluskan permohonan defendan pertama untuk memasang tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan Georgetown adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga menuntut injunksi bagi menghalang defendan pertama atau wakilnya daripada memasang papan tanda tersebut.
Mengikut pernyataan tuntutan, Nik Rizman mendakwa sebagai seorang warganegara, beliau bertanggungjawab untuk memelihara dan mempertahankan setiap peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.
Dakwa plaintif, selepas membaca laporan akhbar, laman web dan blok mengenai perkara itu, beliau merasa amat terganggu dan tersinggung dengan permohonan yang dibuat oleh defendan pertama dan dengan keputusan yang dibuat oleh defendan kedua.
Kata plaintif, keputusan tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Plaintif pada 30 Oktober lalu telah menghantar notis tuntutan kepada defendan-defendan berkenaan menuntut agar membatalkan keputusan untuk memasang papan tanda tersebut.
Bagaimanapun, defendan-defendan didakwa telah mengabaikan tuntutan yang dibuat itu.
Sehubungan itu, plaintif menuntut supaya injunksi bagi menghalang defendan pertama atau wakilnya daripada memasang papan tanda berkenaan, selain kos dan lain-lain relif yang sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu, Pengerusi GGMM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, gabungan yang terdiri daripada golongan profesional itu memfailkan saman kerana kerajaan Pulau Pinang seolah-olah tidak menghormati bahasa Melayu.
‘‘Selepas mengkaji dari semua aspek, kami mendapati peluang adalah sama rata. Justeru, tidak ada salahnya mencuba kerana ia lebih baik daripada hanya melaung-laungkan perasaan tidak puas hati tetapi tidak berbuat apa-apa,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, tindakan mereka itu untuk menunjukkan bahawa perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan terutama membabitkan kaum Melayu tidak boleh sesekali dicabar.
Katanya, gabungan itu melambangkan bahawa golongan Melayu muda tidak akan berdiam diri dan akan mencabar sesiapa saja di mahkamah.
‘‘Inilah generasi Melayu baru yang akan mempertahankan hak yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Jadi, jangan sesekali mencabar kaum Melayu dan perlembagaan,” katanya.
Seramai 200 ahli GGMM dari beberapa negeri termasuk Johor, Perak dan Selangor berkumpul di Padang Kota Lama, sebelum berarak kira-kira 200 meter ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Pertandingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO kemungkinan besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.
Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, jika aliran pencalonan kini diambil kira, maka UMNO bakal menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah, tiga calon bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti itu.
Beliau berkata, secara tradisi, jawatan Timbalan Presiden kerap ditandingi oleh dua calon sahaja.
"Kebarangkalian untuk pertandingan tiga penjuru adalah sangat tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Setakat ini, Muhyiddin telah pun mendapat 79 pencalonan dan menjadi calon pertama melepasi kuota 39 pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan itu.
Seorang lagi Naib Presiden iaitu Mohd. Ali dan Muhammad yang juga Ketua Penerangan UMNO, walaupun belum melepasi kuota, tetapi sudah hampir ke arah itu.
Mohd. Ali sehingga semalam menerima pencalonan terkumpul sebanyak 32 manakala Muhammad pula menerima 30 pencalonan.
Pada masa ini, masih berbaki 49 bahagian lagi yang belum bersidang.
Shamsul berkata, antara dua calon yang belum melepasi kuota yang diperlukan, Mohd. Ali dilihat mempunyai lebih banyak peluang.
Beliau berkata, Ketua Menteri Melaka itu dengan latar belakang dalam persatuan belia mempunyai kelebihan kerana kebanyakan ahli belia era beliau kini menjadi pemimpin dalam UMNO.
"Beliau juga sejak dua penggal pemilihan memperlihatkan dirinya mendapat antara undi yang terbanyak semasa pemilihan UMNO," katanya.
Bagaimanapun kata beliau, Muhammad juga mempunyai kelebihan apabila dilihat sebagai seorang yang banyak pengalaman dan sejarah membuktikan beliau tetap menjadi pilihan ahli walaupun pernah berhadapan dengan masalah mahkamah di Australia.
"Selepas kes itu pun, beliau terpilih menjadi Naib Presiden, ini memperlihatkan beliau tetap menjadi pilihan ahli UMNO," katanya.
Muhyiddin pula jelas beliau menjadi pilihan kerana berani bersuara dalam parti termasuk mencadangkan agar peralihan kuasa 2010 dipercepatkan.
Beliau berkata, walaupun jika berlaku pertandingan tiga penjuru, tidak ada jaminan calon yang mendapat pencalonan tertinggi kelak bakal dipilih perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.
''Tempoh kempen yang panjang kali ini boleh mengubah banyak perkara dan saya meramalkan akan berlaku pertandingan sengit bagi jawatan Timbalan Presiden,'' katanya
Apa nasib Tok Ali agaknya???
Saya berpendapat, memandangkan masih 49 bahagian lagi yang masih belum bersidang, Tok Ali mempunya prospek yang baik untuk mecapai kuota pencalonan. Sehingga kini, beliau telah memperoleh sejumlah 32 pencalonan dan hanya perlu meraih 7 lagi pencalonan untuk layak bertanding ke jawatan TPM.
Walaupun ada yang mengatakan bahawa Tok Ali bukan merupakn calon 'pilihan' namun 'politic is the art of possible'. Segalanya berkemungkinan. Mungkin pencalonannya hanya sekadar cukup kuota, tetapi di hari pengundian siapa tahu?
Walaupun Pak Lah ada menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyokong mana-mana calon (Seperti mana yang dilakukan oleh Samy Vellu dalam MIC iaitu ada calon pilihan Presiden dan ada calon bukan pilihan Presiden) tetapi sehingga ke hari ini, Tok Ali dilihat masih 'main selamat'. Tidak kedengaran apa-apa suara kritikan darinya tentang kepincangan kepimpinan Pak Lah berbanding apa Muhidin yang amat 'vokal' mengkritik Pak Lah.
Saya tahu, Tok Ali tidak mempunyai 'P.R' yang baik. Beliau dilihat lebih sebagai pemimpin 'kampung' yang mana bila berbahasa melayu ramai orang melayu tak berapa faham dan bila berbahasa inggeris pula langsung orang tak faham, namun saya yakin bahawa dalam politik segalanya berkemungkinan.
Saya bukan penyokong Tok Ali, tapi apa salahnya jika ada seorang TPM yang berasal dari Melaka...walaupun dia belum tentu menunjukkan prestasi yang baik.. namun mungkin setengah juta rakyat Melaka termasuklah aku dan abg Misai boleh berbangga bahawa TPM Malaysia adalah orang Melaka..
Baru-baru ini boss berkata: hujung tahun semua tidak boleh cuti Cuti anda akan mengganggu kelancaran perjalanan organisasi ini
Di awal-awal tahun dulu boss pernah berkata: awal tahun ini kerja banyak bertimpa-timpa semua orang kena sungguh-sungguh bekerja cuti tidak dibenarkan siapa yang hendak cuti banyak jangan kerja di sini pergi jual pisang goreng di bahu-bahu jalan
semasa pertengahan tahun aku masih ingat, boss juga berkata: tuan-tuan tidak dibenarkan bercuti ISO akan datang audit jadi cuti semua dibekukan...
jadi... aku bertanya pada diri... bila kami boleh bercuti
benar kata abg misai, kita ini hamba kerja diperah hingga kering
namun di akhirnya yang mendapat faedah... hanya mereka yang disukainya....
Hukuman tegas terhadap pengamal politik wang- Mubarak
03 Nov 2008 2:24PMMajlis Bekas-bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan menggesa Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan lebih drastik termasuk memecat mana-mana pemimpin atau anggota parti yang terlibat dengan politik wang bagi menyelamatkan Umno daripada kehancuran.
"Apabila hancurnya Umno, maka dengan sendirinya kuasa politik Melayu akan lenyap dari bumi Malaysia," kata bendaharinya Datuk Abdul Rahman Sulaiman kepada Bernama di sini, Isnin.
Abdul Rahman, yang juga bekas Anggota Parlimen Parit Buntar, berkata tindakan seperti itu selaras dengan fasa 20.9 perlembagaan parti yang memperuntukkan hukuman iaitu diberi amaran, penggantungan hak dalam parti dan larangan bertanding untuk sebarang jawatan dalam parti atau mana-mana pilihan raya.
Katanya mesyuarat khas jawatankyasa Mubarak Wilayah Persekutuan pada minggu lepas bersetuju bahawa usaha memerangi rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran tata etika parti hendaklah diteruskan secara lebih gigih dan proaktif.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail baru-baru ini mengakui gejala politik wang sukar dibendung kerana ia sudah berakar umbi dalam parti.
Abdul Rahman berkata jawatankuasa Mubarak Wilayah Persekutuan merayu supaya anggota Lembaga Disiplin Umno terus berusaha dan tidak berputus asa dalam usaha membanteras gejala itu.
Beliau juga mencadangkan agar Umno menggunakan apa jua cara lain yang boleh difikirkan untuk membantu Lembaga Disiplin melicinkan tugas mereka, termasuk mendapatkan kerjasama daripada Badan Pencegah Rasuah, Polis Diraja Malaysia atau agensi penguatkuasa yang lain.
"Jika ini (tindakan berat) dilakukan, kita yakin ia dapat menakutkan mereka yang mempunyai kecenderungan untuk membabitkan diri dalam rasuah politik dan seterusnya membantu Lembaga Disiplin memperbaiki imej parti daripada terus tercalar," kata Abdul Rahman./BERNAMA
Calon A kata "Jangan Amalkan Politik Wang!!" Calon B kata "Kita Mesti Hapuskan Politik Wang!!" Calon C pula kata "Politik Wang Akan Mmusnahkan Parti dan Bangsa Kita "
Aku tertanya-tanya...siapa sebenarnya yang amalkan politik wang? kalau bukan mereka bertiga ??? Mungkin monyet-monyet di hutan ??? atau kambing-kambing di kandang agaknya.....
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar.
Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa.
‘‘Kita mendapati wujud pematuhan kepada prosedur yang ditetapkan dan diguna pakai di peringkat antarabangsa. Ia juga mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara negara ini dan Amerika Syarikat,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di bangunan Parlimen di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Pengerusi PAC dari DAP, Dr. Tan Seng Giew.
Mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari melibatkan sesi taklimat daripada pegawai tertinggi Kementerian Pertahanan mengenai aspek penilaian teknikal dan Kementerian Kewangan berhubung penilaian kos.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusan kerajaan untuk menangguhkan pembelian helikopter itu sebagai langkah berjimat cermat berikutan krisis kewangan dunia.
Azmi menjelaskan, sebelum ini sebanyak tiga syarikat telah disenarai pendek dalam tender berkenaan yang masing-masing pada harga RM1.262 bilion, RM1.604 bilion dan RM2.442 bilion.
‘‘Kementerian Kewangan telah membuat perakuan untuk memilih Eurocopter pada harga RM1.604 bilion walaupun terdapat sebuah syarikat lain yang menawar kos lebih rendah.
‘‘Ini kerana pengalaman kita mendapati wujud peraturan ketat oleh negara syarikat itu berasal sekiranya kita ingin menaik taraf helikopter yang dibeli,” katanya.
Bagaimanapun, kata beliau, skop penilaian oleh PAC hanya melibatkan harga yang ditawar ketika tender dan tidak dapat mencadangkan harga terbaik yang sepatutnya dibeli berdasarkan perbandingan dengan negara lain kerana pakej Eurocopter mempunyai harga berbeza mengikut keperluan tentera negara terbabit.
Dalam pada itu, Azmi berkata, PAC kurang senang kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan.
‘‘Kita juga mengambil berat akan hakikat bahawa jika dilewatkan pembelian Eurocopter, harga yang ditetapkan dalam tender hanya dapat dipertahankan sehingga Februari 2009. Selepas itu rundingan harga baru perlu dilakukan,” katanya.
Menurut beliau, PAC juga memandang serius tentang kelewatan untuk mendapatkan helikopter baru kerana ia akan menyebabkan Nuri yang telah berusia 42 tahun terpaksa diguna sehingga tahun 2015.
‘‘Kerajaan perlu mengambil kira kebimbangan rakyat berikutan 10 buah Nuri telah terhempas dan mengorbankan 95 orang.
‘‘Walaupun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membuat perakuan Nuri boleh dipakai sehingga 20 tahun lagi, kita berpendapat perlu dilakukan proses naik taraf bagi membolehkan ia beroperasi pada waktu malam dan mempunyai sistem pemanduan automatik ketika operasi menyelamat,” ujarnya.
Bagi menjamin tidak wujud sebarang kelemahan daripada segi penilaian teknikal, tambahnya, PAC telah mendapat perakuan Kementerian Pertahanan dan TUDM untuk mewujudkan pangkalan data yang merekodkan masalah yang timbul dalam pembelian terdahulu termasuk pesawat pejuang Skyhawk dan kereta perisai Scorpion sebagai rujukan.
Kata beliau, pihaknya juga mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan panel penilai bebas di semua kementerian untuk memantau segala pembelian yang besar dan menggunakan wang banyak supaya rakyat berasa yakin bahawa segala perolehan dibuat dengan telus.
Menurut Azmi, PAC juga membuat keputusan untuk terus memantau proses pembelian Eurocopter kerana ia adalah kes berprofil tinggi dan akan memanggil balik pegawai berkenaan jika wujud isu-isu baru yang berbangkit.
‘‘Jika kerajaan membuat keputusan untuk membelinya, maka PAC mencadangkan kepada pihak TUDM supaya diadakan pemeriksaan rapi sebelum menerima helikopter yang sudah siap,” ujarnya.
Mengenai nilai RM1.604 bilion itu berbeza daripada jumlah terbaru yang diumumkan oleh Abdullah iaitu RM1.607 bilion pada minggu lalu, beliau menjelaskan, angka yang disebut Perdana Menteri adalah termasuk kos penghantaran helikopter tersebut.