"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, May 29, 2008

Tiga Minggu Yang Memenatkan...


Tiga minggu yang amat meletihkan, mendengar pelbagai ceramah dan taklimat.
Mengganggu emosi.
Dibebani dengan pelbagai tugasan yang menjadikan minda semakin kaku

Tiga kejadian yang memeanjatkan.
Menghilangkan saki baki semangat yang ada.
Kata seorang sahabat. Ini adalah perjuangan.
Perjuangan mesti diteruskan.

Moga minggu-minggu mendatang tidak lagi memenatkan
Moga minggu-minggu mendatang tidak lagi membuatkan minda kaku
Moga minggu-minggu mendatang perjalanan dalam perjuangan ini dimudahkan..
InsyaAllah


Monday, May 26, 2008

Hairan...

Selama ini aku amat hairan. hairan bila kenangkan sejarah Apak. Kenapa Apak sanggup besarkan ketiga-tiga anak buahnya.

Aku amat hairan!!! selalunya kehairanan itu menjadi phobiabila senario yang berlaku pada masa kini membuktikan bahawa pengorbanan Apak terhadap anak-anakbuahnya selama ini hanya sia-sia.

Lalu aku berjanji dalam hati "Aku Tidak Mahu Mengulangi Sejarah Apak"

Hari ini aku hairan..kenapa...kenapa...dan kenapa... aku tidak boleh tidur bila dapat berita yang Mat Hakim patah kaki kerana dilanggar motorsikal sewaktu pulang dari mengaji petang tadi

Mungkinkah ini perasaan yang Apak rasai ketika membesarkan ketiga-tiga anak buahnya suatu ketika dahulu??? Wallahualam

Jarak Negeri Utara ini dengan Negeri Bersejarah (Rumah Mat Hakim) bukan juga dekat..namun Sabtu petang aku bergegas juga ke Melaka melihat keadaan Mat Hakim....

Foto Atas: Mat Hakim, Seminggu Sebelum Kemalangan

Foto: Kesian Mat Hakim

Foto: Mat Hakim Ditemani Ghayrell

Sudah Mati Sebenarnya....


Jika boleh dikatakan mati, aku kini mungkin sudah mati. Mati dalam ertikata yang berbeza. Jasad masih ada, Roh tetap kekal, namun...minda sudah lama tiada...Sudah mati hakikatnya.

Aku sendiri tidak sedar, samada ia dibunuh, aku yang mematikannya, mungkin juga aku tidak menjaganya bersungguh-sungguh hingga ia mati ..atau yang lebih parah...mungkin aku yang membunuhnya tanpa sedar.

Tidak kira apa metod kematian itu, tetapi yang nyata hari ini ia telah mati...mati...mati...dan mati...Apakah mungkin yang mati akan hidup kembali????

Apa Pula Nasib Pulau Pisang??

Pemandangan Pulau Pisang dari udara, terletak di perairan Johor, kira-kira 20 kilometer dari Pontian. Bulatan menunjukkan rumah api yang diurus oleh Singapura sebagaimana di Batu Putih. – Gambar FAIL

Petikan Utusan Online 26 Mei 2006

Bangunkan P. Pisang - Bagi menjamin status kedaulatan pulau milik Malaysia

PONTIAN 25 Mei – Kerajaan perlu segera merangka program untuk membangunkan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau tersebut berkekalan, selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut diminta mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura.

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkata, langkah itu penting kerana pulau tersebut mempunyai persamaan dari segi sejarah dengan Batu Putih.

Katanya, jika ia dibiarkan tanpa sebarang pembangunan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau negeri, ia dibimbangi boleh membawa kepada satu lagi tuntutan bertindih.

“Ini kerana Pulau Pisang kini menempatkan rumah api yang diuruskan oleh pemerintah Singapura seperti mana yang mereka jalankan ke atas Batu Putih sejak sekian lama,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perkumpulan Wanita (WI) Johor, di sini, semalam.

Oleh itu katanya, Kerajaan Pusat atau negeri perlu merangka pembangunan di Pulau Pisang sebagai mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Batu Putih yang kini menjadi milik republik itu.

“Cukuplah Singapura mempunyai hak ke atas Batu Putih dan menyerahkan sepenuhnya operasi rumah api di Pulau Pisang kepada Kerajaan Malaysia,” tegasnya.

Menurut beliau, Pulau Pisang yang mengandungi empat buah pulau kecil dengan keluasan 178.4 hektar jauh lebih besar daripada Batu Putih yang saiznya hanya 0.1 hektar.

“Mengambil pengalaman pahit orang Johor apabila Batu Putih menjadi milik mutlak Singapura, Pulau Pisang tidak sewajarnya menerima nasib yang sama apabila berlaku tuntutan pada suatu masa nanti.

“Justeru Kerajaan Pusat dan negeri perlu mencari jalan untuk membangunkannya supaya tiada lagi sebarang dakwaan mengenai pemilikannya pada masa depan,” katanya.

Tambah Ahmad, sebagai pulau yang terletak di kawasan Parlimen Pontian, banyak perkara yang boleh dilakukan supaya pulau tersebut ‘diaktifkan’ dan tidak hanya berfungsi sebagai rumah api seperti sekarang.

“Antaranya ialah pembinaan jeti yang dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia bagi memudahkan pelawat mendarat pada waktu surut serta bekalan elektrik dan air bersih,” ujarnya.

Sekarang ini hanya terdapat satu jeti di pulau itu yang dikendalikan oleh pihak Singapura untuk tujuan pengurusan rumah api tersebut.

Selain itu kata Ahmad, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) boleh mencadangkan Pulau Pisang sebagai Taman Negara seperti Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup.

Katanya, Pulau Pisang juga sesuai dijadikan tapak perkhemahan dengan syarat kemudahan awam seperti surau, tandas, bilik air dan sebagainya disediakan terlebih dahulu.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya amat pedih apabila keputusan ICJ mengenai Batu Putih banyak mengkhususkan kepada pemilikan rumah api.

“Bagi mengelakkan perkara seperti itu tidak berulang lagi, Pulau Pisang sewajarnya tidak dibiarkan tanpa ada satu program pembangunan yang menguntungkan Malaysia dan negeri Johor,” jelasnya.

Tambahnya, beliau juga telah melawat Pulau Pisang baru-baru ini dan sebelum itu, Pegawai Daerah Pontian, Mislan Karmani pernah melawat pulau tersebut bersama-sama ketua-ketua jabatan peringkat daerah.

Katanya, segala aspek pembangunan yang dicadang akan dikaji supaya mesra alam dan kepada nelayan yang berteduh daripada cuaca buruk dan sebagainya.

Jelas beliau, Pulau Pisang juga boleh dijadikan destinasi pelancongan bagi Pontian dengan adanya aktiviti serta kegiatan yang ditawarkan kepada orang ramai.

“Tetapi yang penting ialah soal pemilikannya kepada Malaysia dan negeri Johor, walaupun rumah api itu diuruskan oleh Singapura disebabkan faktor sejarah lampau,” jelas Ahmad.

Sunday, May 25, 2008

Lena Yang Panjang

Seharusnya Tidak Perlu Lena Lagi (Sekadar Gambar Hiasan)

Saya sering bertanya kepada diri saya, kenapa saya terlalu lama berhenti menulis...samada di blog ataupun dalam tugasan rasmi seharian

Lalu, seperti manusia lain saya cuba memberikan alasan yang saya fikirkan amat munasabah untuk merasionalkan tindakan saya

kerja yang banyak, kerja yang terlalu banyak, kerja yang terlampau banyak

Kadangkala saya fikir itu satu klise yang biasa untuk saya melepaskan diri dari cemuhan saya sendiri

Namun kadangkala saya rasa saya pada hakikatnya telah kehilangan sesuatu, kehilangan satu amalan yang dulunya sering saya amalkan. Saya terlalu malas untuk menulis atas alasan saya terlau banyak kerja walhal saya hanya memerlukan kadangkala tidak sampai 30 minit untuk mencoretkan sesuatu....

Saya sering juga menyalahkan keadaan namun saya sering lupa bahawa sayalah yang sepatutnya membetulkan keaadaan.... entahlah...

Beginilah...saya ibaratkan saya bangkit dari satu lena yang panjang barangkali dan saya berusaha untuk tidak lena sepanjang ini lagi...InsyaAllah

Wednesday, May 07, 2008

Buat Diriku Yang Sering Lupa !!!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),


2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;


3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -


4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -


5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.







Monday, May 05, 2008

Benarkah ???

Foto: Sekadar Gambar Hiasan???

Benarkah Melayu sudah tidak bersatu?
Benarkah Melayu sudah hilang daulatnya?

Kenapa sibuk sangat tentang melayu tidak bersatu terutama selepas Pilihanraya?

Adakah hanya menyokong satu parti politik yang TUNGGAL bermaksud Melayu bersatu???
Adakah menyokong parti politik lain dari parti yang TUNGGAL brmaksud Melayu sudah Tidak Besatu

Teruk sangatkah perpecahan Melayu?
Kritikal sangatkah perpecahan Melayu?

Siapa yang memecahbelahkan Melayu?
Penjajah???
Penjajah sudah lama berambus dari tanah Melayu?

kalau begitu siapa?
Melayu yang menjajah?
dan
Melayu juga yang terjajah

Tanya pada diri
siapa Melayu yang menjajah?
Buli jajahan makin longgar
Mereka mula menyalak

Melayu sudah tidak bersatu !!!
Melayu sudah tidak bersatu !!!
Melayu sudah tidak bersatu !!!