"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, March 27, 2008

Saja Takde Keje

entah la...mungkin sebab terlalu malas dan tension dengan bilik yang pendingin hawanya tidak berfungsi ini, aku layari youtube ...

Ini adalah anatar clip yang lawak yang aku temui..
lawak bukannya pada clip
tetapi pada 'terjemahan' ayat yang dikatakan oleh responden....

kerja kerja juga
hati perlu juga gembira....


Akhirnya...

Akhirnya Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 27 Mac 2008 memutuskan bahawa Perhimpunan Agung UMNO yang dicadangkan pada 16 hingga 20 Disember 2008 diteruskan. Selain itu, yang amat menarik ialah:

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO boleh dicabar

27/03/2008 7:50pm
Dipetik dari Utusan Online

KUALA LUMPUR 27 Mac - Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan semua jawatan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dicabar dalam pemilihan parti yang akan datang jika ada pencalonan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malah berkata, beliau sendiri sedia untuk dicabar. - Utusan.

Sama-sama kita tunggu.....

"SAYA PANTANG DICABAR"

Wednesday, March 19, 2008

Why Pak Lah Why ???

Dipetik dari Utusan Online:

Sebab Rafidah tidak dilantik

PUTRAJAYA 18 Mac – Keputusan tidak menyenaraikan Datuk Seri Rafidah Aziz dalam barisan Kabinet yang diumumkan hari ini bertujuan memberi laluan kepada muka baru.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu seharusnya memberi ruang kepada orang lain untuk mengisi jawatan tersebut.

‘‘Saya tidak bincang mengapa, (tetapi) beliau juga perlu memberi laluan kepada orang baru,” katanya.

Abdullah ditanya pemberita mengapa Rafidah yang telah berkhidmat dalam kerajaan untuk tempoh yang lama tidak dilantik semula dalam barisan Kabinet yang diumumkan beliau di sini hari ini.

Rafidah, 65, menyertai Kabinet kerajaan sebagai Setiausaha Parlimen kepada Menteri Perusahaan Awam dari 1976 hingga 1977 sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan (April 1977 hingga 1980) dan Menteri Perusahaan Awam dari September 1980 hingga Mei 1987.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu mula menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 1987 sehingga jawatan itu diisi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam barisan Kabinet baru yang diumumkan hari ini.

Abdullah yang turut ditanya mengenai kedudukan Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis yang turut terkeluar daripada senarai Kabinet berkata: ‘‘Yang tidak masuk dalam senarai ini, saya tidak pertimbangkan. Saya pertimbangkan juga tapi lepas itu saya buat keputusan dan tidak payahlah saya terangkan keputusan itu.”

Ditanya tentang harapan kaum India yang mengharapkan dua jawatan menteri, Perdana Menteri berkata, beliau telah memperuntukkan jawatan Menteri Sumber Manusia kepada Datuk Dr. S. Subramaniam yang juga Setiausaha Agung MIC.

Selain itu, dua lagi pemimpin MIC iaitu Ketua Penerangan parti itu, Datuk M. Saravanan dan ahli jawatankuasa kerja pusat MIC, K. Devamany masing-masing dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

‘‘Kementerian Sumber Manusia adalah kementerian penting yang diberikan kepadanya. Saya percaya Kementerian Sumber Manusia akan membantu beliau memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan pengangguran dan juga mewujudkan peluang-peluang pekerjaan terutama di kawasan estet-estet,” katanya.

Menurut Abdullah, kementerian berkenaan juga diyakini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi kaum India di kawasan ladang getah dan kelapa sawit selain kampung-kampung baru.


Perdana Menteri berkata, ketika ini beliau tidak dapat menimbangkan pemberian dua jawatan menteri kepada kaum India dan ia telah dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang memahami perkara itu.

Why Pak Lah Why ???

Why Pak Lah Why ???

SESUNGGUHNYA TIDAK ADA APA YANG KEKAL DI DUNIA,
PANGKAT DAN HARTA HANYA PERHIASAN DAN BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA !!!



Tuesday, March 18, 2008

Faisal Oh Faisal

Dari Blog Faisal Tehrani:

Buku Panduan Penulisan Kreatif: Karya Nan Indah akan dilancarkan ketika Pesta Buku Antarabangsa KL awal April ini. Turut dijual 'Detektif Indigo Kembali' sequel ketiga Detektif Indigo

Detetif Indigo siri ke tiga akan muncul???

Faisal oh Faisal...
Teruskan usaha
Faisal oh Faisal
poketku pasti 'koyak'

Mana mungkin aku lepaskan siri ketiga ini.....
tetapi...
Tidakkah aku terlalu 'tua' untuk membaca novel remaja sebegini ????

Foto: Detektif Indigo (1 dan 2)



Senarai Penuh Menteri Malaysia

dipetik dari Mstar Online:

Senarai penuh Kabinet baru

18-03-2008 01:26:06 PM

PUTRAJAYA: Berikut senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad hari ini:

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)

Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr. S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh



SAYA MASIH BELUM SEMPAT MEMBUAT APA2 PENELITIAN MAHUPUN KOMEN
DESAKAN KERJA YANG AMAT MENDESAK PERLU DITANGANI DENGAN SEGERA...
APA KOMEN ANDA ????

Biar Ia Jadi Penutup !!!


Dah lama ia bermula
asalnya cuba-cuba
kemudian jadi tabiat..
namun jika tiada tidak jadi keperluan

berhenti lama....

namun,
tiba-tiba (?) ia bermula semula
tabiat lama

hari ini..
biarlah ia berakhir
tamatkan
bermula dengan ia
harap berakhir dengan ia
biarlah ini jadi yang penghabisan....
InsyaAllah

Kabinet Baru Malaysia

Foto: 'Bekerja dengan Saya': Retorik atau Realiti ????

dipetik dari Mstar Online:

Separuh Kabinet dianggotai muka baru, 7 menteri gugur
18-03-2008 03:16:40 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS

PUTRAJAYA: Tujuh bekas menteri termasuk Ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz yang merupakan antara menteri paling lama berkhidmat digugurkan daripada barisan Kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengandungai lebih separuh muka baru.

Jumlah anggota Kabinet baru yang diumumkan Abdullah Selasa sama dengan jumlah yang lalu, iaitu seramai 32 orang, walaupun Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri digabungkan dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang kini dinamakan Kementerian Dalam Negeri.

Selain Rafidah, bekas menteri lain yang digugurkan ialah Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Menteri Dalam Negeri), Datuk Abdullah Md Zin (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Azmi Khalid (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (Menteri Sains Teknologi dan Innovasi), Datuk Tengku Adnan Mansor (Menteri Pelancongan) dan bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Fong Chan Onn.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting yang memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Kabinet yang lalu telah dari awal menyatakan hasrat tidak akan menganggotai Kabinet kali ini, sementara Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang memegang jawatan Menteri Kerjaraya pula telah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Semua anggota Kabinet yang kalah pada pilihan raya umum yang lalu juga tidak dipilih semula, sebaliknya Abdullah melantik dua muka baru yang akan mengangkat sumpah menjadi senator pada petang Selasa -- peguam terkemuka Datuk Zaid Ibrahim dan bekas bekas ketua pegawai eksekutif Maybank Datuk Amirsham Abdul Aziz.

Kedua-dua mereka ini akan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Zaid bagi membantu usaha memperbaiki dan memperkukuhkan lagi sistem perundangan negara sementara Amirsham akan bertanggungjawab mengurus Unit Perancang Ekonomi.

Dua ahli Kabinet baru yang memeranjatkan banyak pihak apabila nama mereka diumumkan oleh Abdullah ialah bekas menteri besar Selangor Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang kini memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Datuk Shahrir Samad yang kembali ke Kabinet selepas 19 tahun. Beliau kini memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Muka baru lain ialah Setiausaha Agung MCA Datuk Ong Ka Chuan yang kini memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Setiausaha Agung MIC Datuk Dr S Subramaniam yang kini Menteri Sumber Manusia dan Datuk Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia dan Sukan.

Sementara itu, sembilan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen dinaikkan pangkat menjadi Menteri penuh dalam Kabinet baru Abdullah yang mencerminkan semangat perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional.

Mereka ialah Datuk Douglas Unggah Embas (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan), Datuk Zahid Hamidi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ng Yen Yen (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Korporasi), Datuk Mohd Zain Mohamed (Menteri Kerjaraya) Datuk Shaziman Abu Mansor (Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi) Datuk Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Penerangan).

Abdullah sendiri hanya memegang dua portfolio dan tidak tiga seperti sebelumnya. Beliau hanya mengekalkan portfolio sebagai Menteri Kewangan dan melepaskan jawatan Menteri Dalam Negeri manakala Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Menteri Pertahanan.

Menteri yang kekal di portfolio lama ialah Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang kekal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri nor Mohamed Yakcop (Menteri Kewangan Kedua) Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Pelajaran), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Menteri Wilayah Persekutuan) dan Datuk Peter Chin Fah Kui (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi).

Menteri yang bertukar poftfolio pula ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar yang kini Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Dr Rais Yatim kini Menteri Luar, Datuk Mohd Shafie Apdal Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Datuk Seri Azalina Othman Said Menteri Pelancongan.

Pergerakan Wanita Umno tidak mempunyai sebarang wakil dalam Kabinet baru setelah Rafidah digugurkan sementara timbalan beliau Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sebelum ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kalah di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu.

Selain Pergerakan Wanita Umno, Parti Progresif Rakyat (PPP) juga tidak diwakili setelah Presidennya Datuk M Keyveas kalah di Taiping.

Abdullah berkata, senarai Kabinet baru ini telahpun diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pagi Selasa dan ia terdiri daripada anggota-anggota yang telahpun disiasat latar belakang mereka bagi memastikan mereka bersih daripada tuduhan sebarang tuduhan rasuah dan jenayah.

"Saya yakin senarai anggota baru ini mampu melaksanakan agenda kerajaan dengan baik dan berkesan," katanya.

Ditanya mengenai bekas menteri seperti Rafidah dan Jamaluddin Jarjis yang nama mereka digugurkan, Abdullah berkata beliau tidak perlu memberi sebarang penjelasan.

"Saya telah buat keputusan. Saya tidak perlu menjelaskannya kerana ia adalah hak dan kuasa Perdana Menteri," katanya.

Ditanya lagi mengenai pengguguran Rafidah, Abdullah berkata beliau tidak melantiknya semula kerana mahu orang baru mengambil alih daripada Ketua Pergerakan Wanita Umno itu.



Sunday, March 16, 2008

Wartawan Biarlah Berprinsip

Entahlah...seminggu kebelakangan ini aku rasa tak tergamak nak baca akhbar media perdana
Memang selama ini aku tidak membaca akhbar-akhbar ini...namun ada ketikanya aku baca juga untuk mengetahui berita-berita terkini yang disajikan
Entah...
kebelakangan ini aku tengok wartawan akhbar arus perdana semakin hari semakin buksuk tulisan mereka
makin aku baca makin memualkan

Mungkin itu cara hidup mereka agaknya
benarlah kata seorang sahabat bahawa kerja sebagai wartawan ini jika tidak berprinsip...maka diri akan dilihat sebagai sehina-hina manusia...

Apa komen anda??

Monday, March 10, 2008

Sembang Politik: SMS Lucu

Saya terima satu SMS yang lucu. Ia berbunyi begini:

KEPADA SESIAPA YANG TERJUMPA SEORANG RAKYAT SELANGOR,
BERAMBUT PUTIH,
BERKULIT LICIN,
BERHIDUNG MANCUNG,
BERKETURUNAN JAWA,
AGAK RENDAH
DAN

GEMAR MEMEGANG PENYAPU.
SILA HUBUNGI BALAI POLIS BERHAMPIRAN KERANA KUNCI PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR ADA PADA ORANG INI.



Sembang Politik: Rumusan

Foto-Foto di kutip dari internet:






Semua sudah maklum dengan keputusan PRU ke 12
Keputusan yang tidak dijangkakan oleh Barisan Nasional
Bagi Alternatif pula ia bukan sesuatu yangmemeranjatkan

Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan melalui majoriti Mudah
140 buah kerusi perlimen
Kebanyakannya disumbangkan oleh Negeri seperi Melaka, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak

Hari ini Pak Lah kata dia tidak akan letak jawatan
Dia tidak tertekan dengan keputusan PRU 12
Di telah work 'DAMN' Hard..itu yang diucapkannya

Yang lain-lain
Najib, Muhidin, Hisyamuddin
Tetap teguh di belakang pak lah

Samy Vellu dan Sothianathan, Veerasingam dan lain-lain Orang kanan MIC tumpas
itu suara rakyat

Pas kekal di Kelantan
Pas juga membentuk kerajaan di Perak dan Kedah
Alhamdulillah Allah tetap tunaikan janji
Doa orang-orang yang dizalimi pasti dimakbulkanNya

DAP bentuk kerajaan di Pulau Pinang
Pak Lah tetap tidak tertekan

Dalam TV ada komen-komen rakyat
satu komen yang paling menarik minat saya
kata individu tersebut
"kita beri peluang pembangkang dan tengok apa yang bakal diubah, jika kita tidak setuju kita ubah semua pada PRU yang akan datang"
individu sebegini amat matang

Manakala kata seorang tua pula
"ini semua undi orang muda, depa sokong pembangkang..kami orang-orang tua...paham-paham sajalah....." sambil tergelak

Orang tua sebegini wujud di banyak negeri seperti melaka dan Johor
amat terhutang budi dengan BN
takut hendak tukar kerajaan
derhaka kat mereka
tak kenang budi jika tak undi kerajaan

Orang muda pula lain
bukan tidak kenang budi
bukan derhaka
kami hanya ngin perubahan
kita cuba satu penggal dahulu

Di kawasan 'urban'
Alternatif amat dominan (kecuali Johor)
Shahrizat tumbang ditangan Nurul Izzah
Tian Cha Menang Batu
Dr Lo Lo menang di Titiwangsa
Aziz Shamsudin tersungkur di Shah Alam
Cuma Zulhasnan sahaja menang di Setiawangsa
itupun kata seorang rakan kerana undi pos sahaja sudah menjangkau 12 000

Di kawasan-kawasan lain
Fuziah Salleh menang di Kuantan
Ustaz Taib menewaskan Ketua Mat Rempit di Baling
Zainudin Maidin tumpas di Sungai Petani

Tengku Adnan kekal di Putrajaya
Mungkin pengundi di Putrajaya
tidak percaya dengan Slogan "UNDI ANDA ADALAH RAHSIA"

Di TV banyak forum2 membinangkan tentang pilihanraya
analisis pilihanraya
yang ampu masih terus ampu
ada juga yang sudah nampak liberal kritikannya

Ada penganalisis kata
pengundi mengundi ikut perasaan
ada juga kata pengundi ingin menunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat bukan tunggul

Rumusannya 4 faktor Utama:
1) Kenaikan kos hidup
2) Rasuah yang Melampau
3) Kepimpinan yang lemah (terutamanya Pak Lah sendiri)
4) Faktor Anwar Ibrahim

Dalam analisis tiada yang berani ulas tentang isu anwar
najib kata anwar tak relevan
UMNO kata anwar tak relevan
Dolah kata dia tak takut Anwar

aku tak tahu
pada aku anwar tetap ada peranan
dia muncul pada masa yang amat tepat

Rakyat tertanya2 tentang isu
anwar jelaskan isu
anwar juga kemukakan persoalan2 tertentu
dan...
tiada sesiapa dari BN yang merani menjawab Anwar
jika ada hanya salak-salak kecil sahaja

Khairy ajak anwar berdebat (ajak-ajak ayam sahaja)
Najib kata dia tak layan anwar
Namu ada siapa yang berani jawab persoalan-persoalan anwar ?
Rasuah, kenaikan harga barang, salah guna kuasa dll

TIADA
TIADA
TIADA

Mungkin BN fikir malaysia masih umpama tahun 50 an
yang tidak mampu berfikir matang
yang percaya dengan propaganda murahan
Lalu rakyat dilonggokkan dengan propaganda yang menghentam Alternatif

kata azmin ali, senjata makan tuan
propaganda yang melampau menjadikan rakyat bersimpati pada alternatif
aku bersetuju

Di Melaka
Hajat Lanh (Penulis di harakah dan Siasah) untuk melihat 'anak sulung' PAS di Melaka tidak kesampaian
BN masih kukuh di Melaka

P137 Bukit Katil
Walaupun umum tahu bahawa Mat Sirat Abu bukan calon yang mesra rakyat dan sombong
namun
undi tetap memihak kepadanya
rakyat melaka terhutang budi dengan BN
Rakyat Melaka takut derhaka terhadap BN..

Komen-komen pemimpin BN disiarkan di TV
Hisyamuddin, Muhiddin Yasin, Adnan yakkob ..
ada sedikit sinar keinsafan

Rafidah Aziz???
tidak
dia marahkan pengundi
marahkan pengundi yang undi pembangkang
katanya
"kononnya pengundi nak perubahan..."
dia masih memperlecehkan pengundi
Dia iron lady
dia menang di kuala kangsar
malah Ahmad Atory Hussain kata dia perform dalam tugasnya
Mugkin Ahmad Atory lupa bahawa Rafidah bertanding di Kuala Kuala Kangsar
Less urban
dan rakyat di sana
terhutang budi dengan BN
takut derhaka dengan BN

Walau apa sahaja yang berlaku
PRU 12 telah Tamat
Nasib baik ada Sarawak (BN menang 30 drp 31)
Sabah (BN menang 24 drp 25)
Johor (BN menag 25 drp 26)
dan Melaka (BN menang 5 drp 6)

mungkin di PRU ke 13
paklah boleh letakkan hulubalang2nya di empat negeri ini kerana jaminan kemenangan ada di sana

apapun
kita harap Alternatif dapat menjalankan tugas sebaik mungkin
Jangan sia-siakan amanah rakyat
Rakyat sudah sedia berubah
Barisan Alternatif perlu merubah

InsyaAllah

Thursday, March 06, 2008

Sembang Politik: Clip Lawak

Macam-macam cara berkempen...
Mahathir membuka peluang seluas-luasnya untuk teknologi maklumat dan telekomunikasi berkembang di Malaysia, akhirnya beliau dihentam terem melalui medium tersebut pada pilihanraya yang ke 10 lalu

Kali ini???

Dunia semakin global
rakyat makin terdedah dengan Internet

Bilamana media massa utama sudah ketara ketidakadilannya
maka Internet menjadi medium masyarakat moden untuk menyalurkan pendapat, pandangan dan meluahkan ketidakpuashatian masing-masing

Saya suka melayari laman youtube
macam-macam ada dalam youtube
dalam konteks politik (kempen) ada pelbagai clip yang boleh ditonton
ceramah, fitnah dan juga lawak jenaka

lawak jenaka???

anda tontonlah sendiri....


Smbang Politik: Selamat Mengundi

Semalam beban sudah selesai
Hari ini aku pasti Half day
Balik mengundi...
Tunaikan kewajipan




Nice Clip by:
QURSANYproductions

Monday, March 03, 2008

P137-Bukit Katil (Moneyfesto)


Aku perlu jujur kali ini
aku tidak mahu membohong pengundi
aku perlu bersikap sangat jujur

Seperti Pak Lah yang ingin mencari Al-Ghazali
Seperti Najib yang mengaku tidak mengenali Altantuya
Seperti Khairy yang mengaku meniaga untuk jadi kaya
Seperti Aziz ketua mat rempit yang mengaku ada ijazah dari Universiti di US
Seperti Chua Soi Lek yang mengaku ehem-ehem

Aku jujur
mengaku bahawa
Moneyfesto aku untuk pilihanraya kali ini ialah
"AKU INGIN KAYA"

Agenda Rakyat???

Mana ada..
yang penting aku kaya
keluarga aku kaya
kroni aku kaya...

Agenda rakyat???
Nak PRU yang ke 13 nanti aku fikir la

ok buat masa sekarang aku sibuk nak agih2kan gula, tepung, kain batik dan pelikat pada rakyat

ambillah kain, ambillah gula....

Undilah PAK KEBUN
Calon PUNDAK
P137 Parlimen Bukit Katil