Sudah terlalu lama aku berjanji kepadanya untuk menyiarkan tulisannya, namun atas alasan tugasan aku tanguhkan. hari ini aku tunaikan janji. Moga dia akan terus membaca dan memikir....
Tajuk :G.I.M.(Gemuk Itu Menarik)
Penulis :Ida Rizyani & Talhah
Penerbit :PTS ONE TEEN
Tarikh Beli :28 Mei 2007
Tarikh Habis Baca :29 Mei 2007
Harga :RM 13.00
Tempat Beli :Pustaka Fajar (DBP Peringgit,Melaka)
Pengulas :rozie@zia_saleh
ULASAN:
Dia berasa sedih kerana badannya yang gemuk itu,dia tidak boleh berfesyen seperti orang lain. Segalanya berubah apabila seorang pelajar baru yang kacak bernama Faiz berminat menganggotai kumpulan“study group”yang diketuai oleh Najwa dan dianggotai oleh Khairul,Jamilah dan juga Hamidah yang merupakan anggota yang paling pandai kerana dari kelas tingkatan 4 Bijak.
Faiz seorang yang baik dan rajin walaupun dia mempunyai ramai peminat perempuan,dia tidak suka melayan perempuan tanpa sebab. Faiz juga seorang yang pemurah kerana telah menghadiahkan Najwa buku “Panduan Pemakanan Sihat”sempena hari lahirnya.Pada mulanya Najwa berasa amat marah kerana menyangka Faiz menyindirnya dengan menghadiahkannya buku itu.Setelah Jamilah menerangkan segalanya,baharulah dia tahu yang sebenarnya Faiz kasihan melihat dirinya diejek oleh sebilangan rakannya yang nakal dan mahu dia berdiet dengan cara yang betul.
Dalam diam diam,Najwa meminati Faiz tetapi tidak berani menyuarakan isi hatinya kepada Faiz kerana dia tahu tidak mungkin Faiz akan menerima seseorang yang gemuk seperti dia sedangkan ramai lagi perempuan yang cantik di luar sana.Najwa tekad untuk menguruskan badannya berpandukan buku yang dihadiahkan Faiz kepadanya.Dengan semangat yang kental,Najwa mengamalkan diet yang betul dan bersenam 3 kali seminggu. Akhirnya, Najwa berjaya menurunkan berat badannya.
Kini,Najwa telah mejadi cantik dan mempunyai bentuk tubuh yang langsing.Semua yang pernah mengejek dirinya dahulu,hampir tidak percaya akan perubahan fizikal dirinya.Najwa juga mempunyai peminat iaitu Abang Rushdi yang merupakan abang sepupu kepada Jamilah.Tetapi,Najwa tidak berminat dengan Abang Rushdi kerana dia hanya minat kepada Faiz.Suatu hari,rahsia Faiz terbongkar jua apabila dia menceritakan isi hatinya terhadap Najwa kepada Jamilah.Sebenarnya,Faiz sudah lama meminati Najwa Cuma,dia takut menyuarakan isi hatinya kepada Najwa.Jamilah berjanji,.dia tidak akan memberitahu perkara itu kepada Najwa.Suatu hari,berlaku perselisihan faham antara Faiz dan Najwa.
Faiz difitnah oleh Anita memburuk burukkan Nadia dihadapannya.Najwa berasa begitu sedih dan mempercayai fitnah itu.Najwa menceritakan segala cerita buruk yang didengarinya tentang Faiz kepada Jamilah.Tetapi, Jamilah tahu bahawa cerita itu adalah fitnah semata mata.Jamilah juga mengatakan yang Faiz itu seorang yang baik dan dia terpaksa memungkiri janjinya kepada Faiz dengan memberitahu Najwa perasaan Faiz terhadapnya demi mengembalikan kepercayaan Najwa terhadap Faiz.Najwa terkejut mendengar berita itu namun,jauh disudut hatinya dia gembira dan bersyukur kepada tuhan mendengar berita itu…..
No comments:
Post a Comment