Berakhirnya Keadilan? -- BN menang majoriti lebih besar di Ijok
Oleh Samsor Junet dan Fauziah Arof
|
|
KUALA SELANGOR 28 April – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok - sekali gus menghancurkan impian Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya umum akan datang.
Ijok yang menjadi medan ujian itu telah menutup sama sekali jalan PKR.
Pilihan raya umum dijangka diadakan di antara suku pertama tahun depan dan sebelum tempoh Parlimen berakhir 2009.
Sepanjang kempen pilihan raya kecil itu, Anwar tidak banyak membantu calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebaliknya ghairah membawa isu-isu mengenai dirinya, isu nasional dan menghentam kepimpinan negara, khususnya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Strategi ‘memancing’ undi oleh PKR juga berkecai, apabila peratusan keluar mengundi di Ijok mencatatkan kadar tertinggi dalam mana-mana pilihan raya kecil, mahupun pilihan raya umum di negara ini. Lazimnya, kadar seperti ini akan memihak kepada parti kerajaan.
Sebanyak 10,049 orang atau 81.88 peratus daripada 12,272 pemilih keluar mengundi mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang ini.
Dalam keputusan pilihan raya kecil N.11 yang diumumkan malam ini, calon BN, K. Parthiban menewaskan calon PKR, Abdul Khalid dengan majoriti 1,850 undi.
Parthiban meraih 5,884 undi sementara Abdul Khalid memperoleh 4,034 undi dan 134 undi rosak.
Kemenangan BN diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Haris Kasim di pusat penjumlahan undi di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai di sini pada pukul 8.50 malam.
Ia disambut sorak gembira lebih 1,000 penyokong parti diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pilihan raya kecil DUN Ijok diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk K. Sivalingam di Chennai, India kerana sakit jantung pada 4 April lalu.
Pada pilihan raya 2004, BN memenangi DUN itu setelah calonnya, mendiang Datuk K. Sivalingam menewaskan calon PKR, Abdul Rahman Moharam dengan majoriti 1,649 undi.
Pengundi Ijok terdiri daripada 50.8 peratus pengundi Melayu (6,352 orang), 28.32 peratus pengundi India (3,369 pengundi) dan 20.9 peratus pengundi Cina (2,530 orang). Undi pos membabitkan 29 orang.
Daripada jumlah itu, 3,360 orang adalah pengundi muda di bawah 40 tahun.
Meraikan kemenangan calon BN itu selain Najib ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.
Turut sama Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting; Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
DUN Ijok merupakan pilihan raya kecil kelima negara selepas pilihan raya umum 2004 yang menyaksikan BN memenangi kesemua pilihan raya tersebut.
Sebelum ini, BN meraih kemenangan di Machap, Melaka pada 12 April lalu dengan majoriti 4,081 undi dan di Batu Talam, Pahang pada 28 Januari lalu dengan majoriti 5,857 undi.
(Petikan Mingguan Malaysia:29 April 2007)
TAHNIAH KEPADA PENGUNDI IJOK TERUTAMANYA YANG BERBANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM. AKU YAKIN ANDA SEMUA BERSOLAT JUMAAT BARU-BARU INI DAN TERPESONA DENGAN KHUTBAH YANG DIBACAKAN
TAHNIAH ORANG IJOK ANDA DAPAT JALAN BARU (TUNGGULAH 5 TAHUN LAGI UNTUK IA DI BAIKI)
TAHNIAH ORANG IJOK, ANDA DAPAT MESIN JAHIT BARU
TAHNIAH ORANG IJOK ANDA DAPAT WAKIL SEORANG CIKGU
TAHNIAH PETUGAS BN DI IJOK TENTU ANDA TERSENYUM LEBAR DENGAN POKET YANG KEMBUNG
TAHNIAH PARTI KEADILAN KERANA ANDA TETAP LAWAN WALAUPUN MATA DI TUTUP, KAKI DAN TANGAN DI IKAT
TAHNIAH MEDIA (tv, RADIA DAN AKHBAR) ANDA TELAH MEMBUAT LIPUTAN YANG SANGAT 'ADIL'
TAHNIAH PULUHAN PENGUNDI YANG BERUMUR LEBIH SERATUS TAHUN DI IJOK (SAMADA MASIH HIDP ATAU MATI AKU TAK PASTI) TETAPI IJOK MEMPUNYA JANGKA HAYAT PENDUDUK YANG TINGGI..NAH..INI TANDA PEMBANGUNAN !!!
TAHNIAH BUDAK KECIL UMUR 8-9 TAHUN YANG DAH LAYAK MENGUNDI
TAHNIAH KEPADA SEMUA
SEKURANG-KURANGNYA ANDA BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MASA HADAPAN ANDA...
DAN RAMAI YANG SENYUM DENGAN POKET YANG MELONDEH-LONDEH....
JUGA TAHNIAH KEPADA PAKLAH...INGAT...."APA DEPA BUAT SEKALIPUN BN TETAP MENANG"
MOGA ANDA LEBIH LENA SELEPAS INI
No comments:
Post a Comment