"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Sunday, April 29, 2007

KLIBF 2007


Entahlah..
banyak sangat halangan untuk ke KLIBF 2007 ini
Hari ini Alhamdulillah
Badak dah sedia
Abang Misai (harap tiada halangan)
Aku dah sedia

Persetankan beban kerja yang tak pernah habis
orang lain boleh balik tepat jam 5.00
Tapi aku melongo hingga lewat malam tak siapa peduli

Aku mesti pergi....
KLIBF tunggu......
aku akan datang 5 mei nanti...

namun....
poket ku kini sering bocor.....
mampukah aku 'menggila' di sana seperti masa lalu????

Wallahualam...

Ijok Oh Ijok-Dan Dolah Pun Terus Selesa !!

Berakhirnya Keadilan? -- BN menang majoriti lebih besar di Ijok

Oleh Samsor Junet dan Fauziah Arof


Najib Tun Razak, Dr. Mohamad Khir Toyo dan K. Parthiban (tengah) mengangkat tangan sejurus selepas kemenangan calon Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai, Selangor, semalam. – Gambar ASMARUDIN JAMALUDDIN.

KUALA SELANGOR 28 April – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok - sekali gus menghancurkan impian Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya umum akan datang.

Ijok yang menjadi medan ujian itu telah menutup sama sekali jalan PKR.

Pilihan raya umum dijangka diadakan di antara suku pertama tahun depan dan sebelum tempoh Parlimen berakhir 2009.

Sepanjang kempen pilihan raya kecil itu, Anwar tidak banyak membantu calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebaliknya ghairah membawa isu-isu mengenai dirinya, isu nasional dan menghentam kepimpinan negara, khususnya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Strategi ‘memancing’ undi oleh PKR juga berkecai, apabila peratusan keluar mengundi di Ijok mencatatkan kadar tertinggi dalam mana-mana pilihan raya kecil, mahupun pilihan raya umum di negara ini. Lazimnya, kadar seperti ini akan memihak kepada parti kerajaan.

Sebanyak 10,049 orang atau 81.88 peratus daripada 12,272 pemilih keluar mengundi mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang ini.

Dalam keputusan pilihan raya kecil N.11 yang diumumkan malam ini, calon BN, K. Parthiban menewaskan calon PKR, Abdul Khalid dengan majoriti 1,850 undi.

Parthiban meraih 5,884 undi sementara Abdul Khalid memperoleh 4,034 undi dan 134 undi rosak.

Kemenangan BN diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Haris Kasim di pusat penjumlahan undi di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai di sini pada pukul 8.50 malam.

Ia disambut sorak gembira lebih 1,000 penyokong parti diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pilihan raya kecil DUN Ijok diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk K. Sivalingam di Chennai, India kerana sakit jantung pada 4 April lalu.

Pada pilihan raya 2004, BN memenangi DUN itu setelah calonnya, mendiang Datuk K. Sivalingam menewaskan calon PKR, Abdul Rahman Moharam dengan majoriti 1,649 undi.

Pengundi Ijok terdiri daripada 50.8 peratus pengundi Melayu (6,352 orang), 28.32 peratus pengundi India (3,369 pengundi) dan 20.9 peratus pengundi Cina (2,530 orang). Undi pos membabitkan 29 orang.

Daripada jumlah itu, 3,360 orang adalah pengundi muda di bawah 40 tahun.

Meraikan kemenangan calon BN itu selain Najib ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Turut sama Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting; Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

DUN Ijok merupakan pilihan raya kecil kelima negara selepas pilihan raya umum 2004 yang menyaksikan BN memenangi kesemua pilihan raya tersebut.

Sebelum ini, BN meraih kemenangan di Machap, Melaka pada 12 April lalu dengan majoriti 4,081 undi dan di Batu Talam, Pahang pada 28 Januari lalu dengan majoriti 5,857 undi.

Pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir, Kelantan, 6 Disember 2006, BN menang dengan majoriti 134 undi dan begitu juga di DUN Kuala Berang, Terengganu pada 28 Ogos 2004 dengan majoriti undi 2,059

(Petikan Mingguan Malaysia:29 April 2007)



TAHNIAH KEPADA PENGUNDI IJOK TERUTAMANYA YANG BERBANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM. AKU YAKIN ANDA SEMUA BERSOLAT JUMAAT BARU-BARU INI DAN TERPESONA DENGAN KHUTBAH YANG DIBACAKAN



TAHNIAH ORANG IJOK ANDA DAPAT JALAN BARU (TUNGGULAH 5 TAHUN LAGI UNTUK IA DI BAIKI)


TAHNIAH ORANG IJOK, ANDA DAPAT MESIN JAHIT BARU



TAHNIAH ORANG IJOK ANDA DAPAT WAKIL SEORANG CIKGU



TAHNIAH PETUGAS BN DI IJOK TENTU ANDA TERSENYUM LEBAR DENGAN POKET YANG KEMBUNG



TAHNIAH PARTI KEADILAN KERANA ANDA TETAP LAWAN WALAUPUN MATA DI TUTUP, KAKI DAN TANGAN DI IKAT

TAHNIAH MEDIA (tv, RADIA DAN AKHBAR) ANDA TELAH MEMBUAT LIPUTAN YANG SANGAT 'ADIL'



TAHNIAH PULUHAN PENGUNDI YANG BERUMUR LEBIH SERATUS TAHUN DI IJOK (SAMADA MASIH HIDP ATAU MATI AKU TAK PASTI) TETAPI IJOK MEMPUNYA JANGKA HAYAT PENDUDUK YANG TINGGI..NAH..INI TANDA PEMBANGUNAN !!!



TAHNIAH BUDAK KECIL UMUR 8-9 TAHUN YANG DAH LAYAK MENGUNDI



TAHNIAH KEPADA SEMUA



SEKURANG-KURANGNYA ANDA BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MASA HADAPAN ANDA...



DAN RAMAI YANG SENYUM DENGAN POKET YANG MELONDEH-LONDEH....

JUGA TAHNIAH KEPADA PAKLAH...INGAT...."APA DEPA BUAT SEKALIPUN BN TETAP MENANG"



MOGA ANDA LEBIH LENA SELEPAS INI

Wednesday, April 25, 2007

Terbaru Di Ijok: Mesti Baca dan Klik !!!

Foto: Kempen Di Ijok (Sekeping Gambar Seribu Makna)

Saya terima satu link dari seorang sahabat (sila klik)
- http://daftarj.spr.gov.my/prayakecil_ijok.asp

Tuan-tuan boleh klik url tersebut dan masukkan no ic ini: 990518610029

apa yang keluar???? apa komen tuan-tuan ??? Bersihkah pilihanraya kita????? lepas ni berita apa pulak agaknya ye????

Pak_Kebun: Tidak Mengundi

Friday, April 20, 2007

Mungkinkah Internet Di Malaysia Akan Di Tapis ???


Dalam perkembangan teknologi digital telekomunikasi dan globalisasi, internet merupakan satu medium yang penting bagi warga global. Tidak kira dimana anda berada . Asalkan anda memenuhi syarat yang diperlukan (seperti ada network card, komputer dan line internet) maka anda boleh melayar dunia sepuasnya. Internet menjadikan dunia semakin kecil. The death of the distance.


Aku tidak mahu mengomel tentang internet dan sumbangannya dalam dunia global hari ini. Aku cuma mengemukan satu persoalan bahawa 'APAKAH ADA KEBARANGKALIAN INTERNET DI MALAYSIA AKN DI SEKAT???"


Kita sdia maklum sememangnya ada badan yang mengawal segala hal ehwal internet di Malaysia. Kita ada kementerian dan juga agensi tertentu.


Pada aku internet seharusnya bebas. Ia tidak perlu di sekat

Jika ada yang hendak melihat segala yang porno di internet biarkanlah.

Apa guna di sekat internet atas alasan porno sedang kita tidak melihat kebaikannya yang lebih baik jika dilayari secara berhemah


Isunya nya begini...

Kerana politik di alaysia amat busuk lagi membusukkan. Berita-berita benar yang aib dan jijik tentang pemerintah dan pemimpin tentulah sesuatu yang taboo di media arus perdana. Jadi apa alternatif pembaca ???


Masyarakat bukan bodoh

Bukan lembu yang boleh dicucuk hidung

Masyarakat mahukan kebenaran dan ketelusan

jadi apa alternatifnya???


Internetlah jawapannya...


Namun sejak akhir-akhir ini ramai pemimpin yang mula panas pungkok dengan internet. Ini kerana segala kebobbrokan mereka dideahkan di internet melalui laman web dan blog-blog tertentu.


Maka berpencak lah pemimpin Malaysia dengan pengendali laman web dan blog. Tuduhan dan tohmahan dibuat di arus perdana....hinggalah timbul sedas-desus bahawa kemungkinan pengendali laman wen (blogger) terutamanya perlu daftar dengan kerajaan


(begitu aneh keadaan ini, mereka menguasai segalanya..namun terlalu takut dengan blogger kecil yang cintakan kebenaran)


Isu kedua


Skim Cepat kaya

Siapa tak mahu kaya????

Orang yang dah kaya juga akan mahu lagi kaya

Menteri makan rasuah kerana mahu kaya

Ahli parlimen langgar undang-undang dan minta kastam tutup sebelah mata juga kerana ingin kaya


kekecohan bermula bila isu skim cepat kaya di internet (yang banyak tipu dari benar terbongkar)

Pengakuan demi pengakuan dari mereka yang tertipu (ATAU MEMILIH DIRI UNTUK TERTIPU...) di salak-salakkan di Media perdana


Kawan..

Ini zaman global

Memanglah penipuan juga semakin canggih

tetapi engkau yang gila nak kaya cepat sekarang terimalah nasib kau...


Maka tiba-tiba timbul persoalan bahawa adakah pihak yang mengawal tentang internet di malaysia. Ada jawapannya ialah JARING. dan sepertimana namanya ia boleh menyekat web-web yang tidak sepatiutnya (dan yang menggugat keharmonian kerajaan dan rakyat)


Cuma menurut pihak jaring..'kami tiada kuasa' (jika diberi kami boleh buat)


jadi......


adakah internet kita akan disekat kerana dua kes ini?????


Wallahualam



Pak Kebun: Fikir Guna Akal



Alahai Pilihanraya !!!

Foto: Sekadar Gambar Hiasan
Aku sebenarnya amat muak dengan scenario politik di Malaysia. Rasuah, julang keris, momok pembangunan, perkauman dan sebagainya menjadikan aku semakin mual. Tambahan pula sikap media yang tidak pernah adil kepada parti-parti politik lain selain parti memerintah.

Beberapa minggu lalu, pilihanraya kecil di satu Dewan undangan (DUN) di Melaka dan keputusannya seperti yang dijangka di menenagi oleh salah satu komponen parti pemerintah. Beberapa bulan yang lalu, di Pahang juga scenario yang sama berlaku. Kini, pemerhati politik menunggu-nunggu satu lagi pilihanraya di peringkat DUN iaitu di IJOK (Selangor)

Pemerintah lawan Pembangkang. Pemerintah diwakili oleh calon dari M.I.C (yang ternyata bukan beragama isalam sedang di kawasan tersebut 60% penduduknya Melayu yang beragama Islam) manakala Pembangkang pula dengan calon dari Perti Keadlan Rakyat.

Loceng perang telah berbunyi. Tanda kempen sudah bermula…

Hari ini, bakal perdana menteri UMNO ke 5 berapi-api menyalak di internet tentang kempen berbentuk keganasan yang dijalankan oleh pihak pembangkang. Maka semakin kuat salakan beliau yang menyalahkan bahawa pihak pembangkang yang memulakan keganasan dalam kempen kali ini. Ucapan beliau merupakan ‘highlight’ dalam bulletin utama (TV 3) hari jumaat (20 April 2007) (ingat beliau tiada apa2 jawatan dalam kerajaan tetapi beliau merupakan highlight utama…)

Beliau menyelar pembangkang kerana menyerang peribadi pemimpin (kerajaan) dalam kempen pilihanraya. Beliau mungkin lupa (atau saja-saja lupa) bahawa keperibadianlah yang membentuk jatidiriseorang pemimpon. Kalau pemimpin baik mustahil dia akan di tuduh dengan tuduhan rasuah (RM 5 juta) dan sebagainya….

Aku sebenarnya tiak suka membazirkan masa cuti aku dengan memikirkan apam yang di cakapkan oelh bakal perdana menteri tersebut. Tetapi jiwa aku sakit kalau aku tak luahkan di sini.

Buat orang IJOK..moga-moga anda bijak buat keputusan. Janji pembangunan semuanya gula-gula. Kena datang janji tersebut ketika ini sedangkan sewaktu mereka memerinta langsung tiada pembangunan ???

Anda lebih bijak…

Pak Kebun: Tidak Bijak Berjanji Palsu

Monday, April 16, 2007

Emosikah Aku ??


Sudah terlalu lama aku tidak membaca

Sudah terlalu lama kau tidak menulis,

Kedua-dua tabiat ini semacam semakin menjauhi aku

Kedua-dua tabiat ini merupakan ’remedy’ dalam kehidupan yang terlalu berkecamuk ketika ini..

Aku semakin jauh dari dunia penulisan yang aku minat

Ide memang terlalu banyak namun aku sering terhalang

Buku banyak yang dibeli

Namun sehingga kini aku tidak mampu ’menghadam’ semuanya...

Apa lagi hendak membuat ulasan di blog ini

Emosikah aku kali ini ???

Emosikah aku apabila mempersoalkan tentang sistem pemberian komputer kerana setelah lebih setahun aku di sini aku masih lagi tidak memperolehinya sedangkan semua tugasan yang dilambakkan memerlukan ia untuk diselesaikan...

Emosikah aku apabila mempersoalkan ’tempoh’ yang terlalu panjang untuk aku memperoleh tuntutan yang perbelanjaannya telah aku langsaikan dengan wang poket sendiri

Emosikah aku apabila membangkitkan tentang ’potongan-potongan sesuka hati’ bahagian kewangan terhadap tuntutan yang aku kemukakan?

Emosikah aku mempersoalkan tugasan-tugasan yang sentiasa berubah arahannya yang seringkali mengganggu perancangan untuk tugasan yang lain...

Emosikah aku mempersoalkan tentang arahan kerja dan tugasan yang sering di ’back date’ kan tarikhnya...

Aku bukan emosi...

Apa yang aku persoalkan itu semuanya ada kaitan dengan ’kepala’

Dan aku amat percaya dengan pepatah orang Cina bahawa

”Ikan Busuk Bermula Dari Kepala”

Sebab itu ada SN Shahnon Ahmad mengisahkan tentang ”Kepala” yang tidak betul dalam novel ”SHIT’ nya....

Aku tak mohon simpati....

Blog ini aku yang punya...

Suka Hati aku nak tulis apa....