
Saya bukan orang Kelantan
Saya tidak pandai bertutur dalam dialek Kelantan
Malah boleh dibilang dengan jari jumlah kunjungan saya ke Negeri cik Siti Wan Kembang itu
Namun, saya meminati salah stu elemen warisan budaya (Cultural Heritage) dalam bentuk seni persembahan yang masih gagah menyonsong globalisasi iaitu ’Dikir Barat’
Penyanyi (Tukang Karut) yang paling saya minati ialah Halim Yazid
Beliau merupakan anak jati Kelantan dan kini berugas sebagai Pegawai Kebudayaan di Universiti Malaya.
Anda boleh bertanya kepada penggemar Dikir Barat siapa Halim Yazid ...serta latarbelakangnya..
Saya memang tidak mengenali beliau tetapi saya amat tertarik dan menghormati karya seni beliau
Ada pendapat mengatakan bahawa beliau merupakan ’pemula’ lagu-lagu dikir yang bercorak moden, malah anda boleh mendengar lagu ’Wind Of Change” yang dipopularkan oleh kumpulan Scorpian dalam irama dikir yang dinyanyikan oleh Halim
Saya tertarik dengan tema-tema yang beliau tonjolkan dalam lagu-lagunya, lagu lagu seperti Amy, Pesan Mak merupakan lagu-lagu yang penuh dengan nasihat yang menyedarkan tentang pentingnya ikatan kekeluargaan dalam kehidupan seharian.
Manakala lagu-lagu seperti Bangkit Asal 1 (Diri Ambo) dan Bangkit Asal 2 merupakan kisah suka-suka beliau mengharungi kehidapan dari alam kanak-kanak hingga ke dewasa. Ada juga diselitkan nilai-nilai murni tentang kasih ibu-bapa dalam kehidupan....malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa anda mampu menitiskan air mata sekiranya anda benar-benar menghayati lirik lagu ini
Lagu-lagu seperti Amy Nga Woh Setto serta Tupai penuh dengan kritikan-kritikan sinis dalam konteks kehidupan dan politik...
Lagu Adik-Adik USM antara lagu yang paling saya minat (Selain Bangkit Asal 1 dan 2), mungkin kerana melodi dan iramanya yang harmoni dan mendengar lagu ini seolah-merasakan bahawa beliau benar-benar ada kenagan di USM...
Dalam Album Beluai (Halim Yazid 1990-2005) beliau turut melagukan piusi Prof Dato Hasyim Yaacob yang berjudul ”Aku Hanya Mahu Ke Seberang” dalam bentuk dikir
Saya tegaskan bahawa saya tidak kenal dengan Halim Yazid dan paling penting beliau juga tidak mengenali saya. Oleh yang demikian, tiada elemen-elemen promosi atau apa-apa yang setara dengannya dalam blog ini. Apa yang saya tiluskan disisi ialah sekadar ingin berkongsi.
Berkongsi dan ingin memberi tahu bahawa daripada asyik melayan lagu-lagu syahdu yang membuai dan mengkhayalkan..apa salah sesekali dengar lagu-lagu dikir Halim Yazid yang kaya dengan nasihat....lagipun ia budaya dan budaya itu budaya Malaysia.....
Pak Kebun: Apa ada dengan seni??