"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Saturday, September 02, 2006

Menyepi Seketika


Saya memang minat menulis, ini kerana pekerjaan yang saya ceburi sejak hampir tujuh tahun yang sudah memerlukan kekuatan seorang penulis.
Saya akui bahawa menulis bukan kerja yang mudah, penyelidikan awal terhadap apa yang bakal ditulis pastinya melelahkan. Tambahan pula kebuntuan ide sewaktu menghadap komputer pastinya lebih memeritkan.
Sepanjang penulisan saya di blog ini sudah hampir 149 entri saya masukkan. Samaada berkisar tentang kehidupan, isu semasa mahupun sejarah. Saya mengaku bahawa tulisan saya tentang 'Jejak Nyemah Mulya" benar-benar memuaskan hati saya kerana penulisan itu disokong dengan penyelidikan dan penyembaraan yang agak teliti.
Saya akur bahawa saya bukan penulis sepenuh masa. Walaupun saya meminati bidang ini, namun kerja sebenar saya perlu diselesaikan terlebih dahulu. Saya sendiri tidak pasti entah apa dan di mana silapnya sejak kembali ke negeri Utara ini saya amat sibuk. Dibebani dengan pelbagai tugasan yang seringkali menduga ketabahan. Jiwa saya sering meronta untuk menulis namun saya akui bahawa saya perlu benar-benar bersedia sebelum menulis. Oleh yang demikian, sudah hampir sebulan, blog saya tidak di isi dengan entri-entri baru.
Yang terbaru, saya akan berkursus selama dua minggu, jadi pastinya blog ini akan sepi lagi....
Entahlah....tugasan demi tugasan memerlukan komitmen yang tinggi hingga saya terpaksa membelakangkan minat saya...
Saya terpaksa menyepikan diri seketika..insyaAllah...saya akan menulsi kembali jika beban yang ditanggung ini telah dikurangkan....
wassalam

3 comments:

hayad said...

rindu pd tulisan menjejak sejarah anda pak kebun,huhu

Anonymous said...

Pak Kebun,
jangan lah menyepi terlalu lama... masih ramai disini yang menanti entri terbaru... tahniah pak kebun, tulisan anda berjaya membuatkan saya tertarik, tertutama tentang nyemah..

Unknown said...

Pak Kebun,

Selamat berkursus. Kalau ada masa, tulislah. Menulis satu terapi, boleh hilangkan kemurungan.. :)