"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Saturday, September 30, 2006

Anda Diperhatikan

Foto: Sekadar Gambar Hiasan Sahaja

Lama sungguh tidak menonton TV, lebih-lebih lagi RTM 1. Semalam saya amat tertarik dengan satu iklan yang berbentuk kempen di RTM 1. Tentang pendatang asing. Slogannya "AWAS PENDATANG ASING, ANDA DIPERHATIKAN”

Saya akui dasar kita terhadap pendatang asing yang kini berjumlah hampir 10% daripada keseluruhan rakyat Malaysia itu seringkali berubah-ubah. Suatu ketika dulu kita amat tegas, manakala ada suatu ketika dahulu kita agak lunak melalui kempen ”Nasihat-Menasihati” terutamanya selepas bencana Tsunami melanda Indonesia pada 26 Disember 2004. .

Menurut Sabitha (1997:Dasar Awam di Malaysia) Dasar wujud dalam empat bentuk iaitu:

o Undang-Undang:untuk membentung atau mengurus sesuatu masalah
o Rancangan: Suatu bentuk dasar yang lebih terpeinci. Mempunyai matlamat dan objektif yang tersendiri. Berbeza dengan undang-undang, rancangan tidak mengandungi unsur-unsur
o Program: Untuk membendung satu-satu masalah terutamanya yang berkaitan dengan sosial. Biasanya bentuk awal sesuatu dasar
o Projek: Bentuk yang paling konkrit dan ia merupakan sebahagian dari program. Jangkamasannya lebih pendek dan ditentukan terlebih dahulu

Menurut Sabitha lagi, ada ketikanya sesuatu dasar wujud dalam keempat-empat bentuk ini, walaubagaimanapun tidak semua dasar sedemikian.

Apa yang dapat saya rumuskan di sini, iklan di TV yang saya tonton merupakan satu kempen yang berbentuk projek tentang isu pendatang asing.

Dalam iklan tersebut ditonjolkan bahawa semua agensi penguatkuasa di Malaysia berganding bahu untuk mengatasi isu pendatang asing ini. Itu memang tepat dan tidak dinafikan.

Cuma saya terfikir.....perlukah ia diterjemahkan dalam bentuk iklan??????

Pak Kebun: Tanya Akal Anda Yang Waras

No comments: