"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Saturday, September 30, 2006

Sembang Gusti: Kurt Angle Ke TNA


Bagi peminat gusti, ini mungkin satu kejutan. Tetapi itulah yang dikatakan persaingan. Jika WWE berjaya 'memanggil pulang" Jeff Hardy dari TNA untuk ke WWE semula disamping menghidupkan semula ECW dengan memunculkan Veteran ECW yang sering beraksi di TNA seperti Sabu kalu ini TNA membuat satu kejutan yang terhebat.
Setelah menggabungkan The James Gang (WWE: Billy Gun dan Road Dogg-The Generation X), juga Team 3D (WWE The Dudley Boys), Rhyno, Christian Cage, Sting kini satu kejutan yang besar.
Persaingan dan kejutan ini pasti menghangatkan lagi dunia gusti....
"Our ring is six sided but there is only one Angle"
Nashville, TN, September 24, 2006 – Total Nonstop Action (TNA) Wrestling announced today that Olympic gold medalist and pro wrestling megastar Kurt Angle has signed exclusively with the company. It was also announced that TNA iMPACT! will move to 9:00 PM ET/PT Thursdays on Spike TV starting November 16.
“This has been a huge week in our company’s history,” said Dixie Carter, president of TNA Entertainment, LLC. “The signing of Kurt Angle and the move of iMPACT! to 9 PM are both significant benchmarks in the growth of TNA. The history of pro wrestling is marked with events that change the landscape of the industry and I believe that this week will be viewed in that context.”
Angle, a 2-time NCAA Division I champion and a 3-time NCAA Division I All-American, capped off his illustrious amateur career by winning a gold medal in freestyle wrestling at the 1996 Olympics, competing with two cracked vertebrae, two herniated disks and four pulled muscles.
On November 14, 1999, Angle made his on-screen debut with the World Wrestling Federation. Since then, this 5-time WWE World Champion has held every major championship belt in WWF/E. He was inducted into the National Wrestling Hall of Fame in 2003.“Kurt is considered the greatest wrestler in professional wrestling,” added Carter.
“His in-ring ability is matched only by his leadership and attitude. We are thrilled Kurt is joining the TNA family and we look forward to a long, successful relationship.”“Being with TNA feels like I found my home,” Kurt Angle commented. “TNA will be the most watched show on cable TV – it’s just a matter of time. Thank you TNA for saving my career, my life and my desire to do what I love.”

Anda Diperhatikan

Foto: Sekadar Gambar Hiasan Sahaja

Lama sungguh tidak menonton TV, lebih-lebih lagi RTM 1. Semalam saya amat tertarik dengan satu iklan yang berbentuk kempen di RTM 1. Tentang pendatang asing. Slogannya "AWAS PENDATANG ASING, ANDA DIPERHATIKAN”

Saya akui dasar kita terhadap pendatang asing yang kini berjumlah hampir 10% daripada keseluruhan rakyat Malaysia itu seringkali berubah-ubah. Suatu ketika dulu kita amat tegas, manakala ada suatu ketika dahulu kita agak lunak melalui kempen ”Nasihat-Menasihati” terutamanya selepas bencana Tsunami melanda Indonesia pada 26 Disember 2004. .

Menurut Sabitha (1997:Dasar Awam di Malaysia) Dasar wujud dalam empat bentuk iaitu:

o Undang-Undang:untuk membentung atau mengurus sesuatu masalah
o Rancangan: Suatu bentuk dasar yang lebih terpeinci. Mempunyai matlamat dan objektif yang tersendiri. Berbeza dengan undang-undang, rancangan tidak mengandungi unsur-unsur
o Program: Untuk membendung satu-satu masalah terutamanya yang berkaitan dengan sosial. Biasanya bentuk awal sesuatu dasar
o Projek: Bentuk yang paling konkrit dan ia merupakan sebahagian dari program. Jangkamasannya lebih pendek dan ditentukan terlebih dahulu

Menurut Sabitha lagi, ada ketikanya sesuatu dasar wujud dalam keempat-empat bentuk ini, walaubagaimanapun tidak semua dasar sedemikian.

Apa yang dapat saya rumuskan di sini, iklan di TV yang saya tonton merupakan satu kempen yang berbentuk projek tentang isu pendatang asing.

Dalam iklan tersebut ditonjolkan bahawa semua agensi penguatkuasa di Malaysia berganding bahu untuk mengatasi isu pendatang asing ini. Itu memang tepat dan tidak dinafikan.

Cuma saya terfikir.....perlukah ia diterjemahkan dalam bentuk iklan??????

Pak Kebun: Tanya Akal Anda Yang Waras

Friday, September 29, 2006

Sejarah dan Kehidupan (Bahagian I)


(Foto: Enam Jilid Buku History Of Civilization Oleh Smith-Sekadar Gambar Hiasan)
Saya bukan individu yang mendapat didikan formal dalam bidang sejarah. Semasa pengajian saya di Menara Gading, saya tidak mengambil jurusan sejarah walaupun keputusan saya dalam peperiksaan yang melayakkan saya untuk ke Menara Gading agak baik subjek sejarahnya selain berada di fakulti yang menawarkan matapelajaran sejarah sebagai kursus utama.

Saya akui itu satu kesilapan yang agak besar dalam hidup saya. Maklumlah dalam usia awal 20an, saya masih tidak lagi mengetahui dengan jelas akan peranan sejarah dalam kehidupan kita. Walaubagaimanapun, saya masih berpeluang untuk belajar dan meneliti tentang sejarah kerana minat yang tinggi dalam bidang ini. Penelitian melalui pembacaan dan perbincangan dengan rakan-rakan yang ahli dalam bidang sejarah menjadikan minat saya dalam bidang ini semkin dikukuhkan.

Apa yang hendak saya tuliskan di sini ialah satu pengalaman yang saya lalui dan amat berkesan kepada saya terutamanya apabila dikaitakn dengan bidang sejarah itu sendiri.

Dalam satu kursus, seorang sahabat telah memberikan pengucapan awam yang tajuknya agak mudah dan ringkas berbanding dengan peserta-peserta lain. Tajuknya ialah ”Sejarah dan Tafsirannya”

Daripada pengucapannya, dapat saya rumuskan tiga (3) elemen utama yang masih belum diselesaikan sepenuhnya dalam bidang sejarah iaitu:

1) Salah Tafsiran Terhadap Sejarah
2) Penipuan Dalam Penulisan Sejarah
3) Sejarah dan Penjajahan

InsyaAllah..dalam penulisan saya yang akan datang, saya cuba huraikan ketiga-tiga elemen yang dinyatakan di atas dengan memberikan beberapa contoh yang agak releven. Saya amat berharap agar penulisan saya ini (Empat siri semuanya) sedikit sebanyak mamapu mengubah tafsiran kita yang seringkali persimis terhadap sejarah....

Wassalam

(Bersambung......)

Thursday, September 28, 2006

Naik Lagi dan Naik Lagilah....


Membaca berita ini mengingatkan saya pada satu pantun yang dibacakan oleh Professor saya semasa syarahan Perdananya:
Ramai orang membaca kitab,
tidak ramai pandai bersyair,
ramai orang pandai bercakap,
tidak ramai yang pandai berfikir....
Silakan membaca untuk kenalpasti dan analisis ketepatan pantun saya dengan berita ini...
Misteri krisis gula -- * Shafie: Bekalan kurang * Rafidah: Bekalan mencukupi

Oleh ROZAMAN ISMAIL dan RAJA LUVENA SHARIFUDDIN

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Kemelut bekalan gula di negara ini menimbulkan misteri dan jelas mengelirukan. Hari ini dua menteri yang ada hubung kait dengan hal gula ini memberikan kenyataan, tapi bercanggah.

Begini senarionya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal - yang bertanggungjawab dengan harga dan kawalan barangan berkata, gula memang kurang di pasaran.

“Saya cukup bimbang melihat masalah kekurangan gula dalam lawatan ke beberapa buah negeri beberapa bulan lalu,’’ tegasnya kepada para pemberita selepas mengadakan tinjauan ke pasar raya besar Carrefour di Putrajaya, hari ini.

Namun, beliau berjanji masalah gula akan selesai dua minggu lagi.

Ini kerana dua pengilang tempatan mendapat hak mengimport dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan membawa masuk 80,000 tan metrik gula mentah dari Brazil.

Tetapi begini pula jawapan menteri MITI, Datuk Seri Rafidah Aziz - yang bertanggungjawab dengan industri gula negara dan permit import bahan itu.

Katanya, negara sebenarnya tidak mengalami masalah ketiadaan gula. “Bekalan yang dikeluarkan lebih daripada mencukupi,’’ tegasnya.

Persoalannya, jika gula ada ke mana perginya?

Shafie yang mengaku rakyat sudah bosan dengan kemelut gula ini, menjawab:

“Kalau gula ada, kapal perang pun kita sanggup gunakan (untuk angkut) demi pastikan bekalan sampai dan mencukupi di pasaran.”

Rafidah memberi statistik mempertahankan alasannya itu dengan berkata:

‘‘Berbanding dengan penggunaan gula sebanyak 1 juta tan metrik oleh negara setiap tahun, para pengilang telah menghasilkan lebih daripada 979,000 tan metrik gula sehingga 15 September tahun ini.

‘‘Dalam masa tiga bulan akan datang, para pengilang dijangka mengeluarkan 291,000 tan metrik gula lagi dengan tambahan 200,000 tan metrik dihasilkan sebagai stok simpanan.’’

Jelas sekali, kata Rafidah angka-angka ini menunjukkan bahawa bekalan gula adalah jauh lebih mencukupi.

‘‘Namun, apa yang berlaku sekarang ialah kesukaran pengguna mendapatkan gula dan oleh itu, keempat-empat pengilang gula telah diarah mengambil tindakan serampang empat mata,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rafidah sebaliknya berpesan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya meningkatkan usaha penguatkuasaan supaya tidak lagi berlaku aktiviti penyeludupan dan simpanan gula.

‘‘Kita tahu bekalan gula mencukupi, jadi pengedaran bekalan gula perlu dipastikan berjalan lancar,’’ tegasnya.

Shafie pula berkata, pihaknya hanya menyelaras bekalan sedangkan MITI yang bertanggungjawab ke atas kilang yang mengeluarkan gula.

‘‘Saya tahu masyarakat di peringkat bawahan dah bosan mendengar, melihat masalah gula ini, dalam isu ini bukan kementerian saya sahaja yang bertanggungjawab,’’ ujarnya.

Memandangkan ada peningkatan dalam bekalan gula dan tanda-tanda menunjukkan pengilang mula mengotakan janji untuk menambah bekalan, Shafie berharap masalah kekurangan bekalan dapat diselesaikan dalam seminggu dua ini.

Menurutnya, MITI juga dalam mesyuarat Kabinet hari ini memberi jaminan dan kelulusan kepada dua buah kilang untuk membawa masuk kira-kira 80,000 tan gula mentah dari Brazil bagi menambah keupayaan pengeluaran gula agar memastikan ia mencukupi untuk musim perayaan tidak lama lagi.

Pada masa yang sama juga, katanya, beberapa kilang telah mula mempertingkatkan pengeluaran gula dalam lingkungan 10,000 tan metrik .

‘‘Saya dapati ada tambahan dari segi keupayaan pekilang, semalam contohnya kilang Malayan Sugar Manufacturing (MSM) dan Central Sugar Refinery (CSR) keluarkan 2,000 tan gula sehari dan ini merupakan satu rekod,” katanya lagi.

Pihak pengilang juga, kata Shafie lagi, bersetuju membekalkan kira-kira 500 tan gula ke beberapa pasar raya besar seperti Carrefour dan jumlah itu cukup untuk menampung keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.

Pengeluaran gula negara kini dikuasai empat kilang iaitu MSM, CSR, Gula Padang Terap (GPT) dan Kilang Gula Felda Perlis (KGFP).

Rafidah bagaimanapun memberikan beberapa langkah dan cadangan kepada masalah ini.

Pertama: Arahan agar pengeluar gula tidak mengeksport bahan itu bagi mengekalkan lebih banyak bekalan.

Kesemua pengilang tersebut, kata beliau, telah berjanji untuk mematuhi arahan itu.
Kedua: Kementerian telah memberi kebenaran kepada dua pengilang, iaitu MSM dan CSR, untuk mengimport gula mentah sebanyak 88,000 tan metrik dari Brazil dan Australia bagi pemprosesan dan pengedaran tempatan.

Kelulusan itu, jelas beliau, diberikan minggu lalu dan para pengilang itu akan berusaha mendapatkan bekalan tersebut dalam masa 12 hari hingga sebulan lagi.

Ketiga: MITI turut bersedia memberi kelulusan kepada dua pengilang yang lain sekiranya mereka memiliki keupayaan berbuat demikian.

Keempat: Para pengilang turut bersetuju mengeluarkan senarai pemborong gula di seluruh negara melalui akhbar dalam masa beberapa hari lagi agar pengguna yang sukar mendapatkan bekalan daripada peruncit boleh terus ke pemborong tersebut.

‘‘Kira-kira 600 pemborong dijangka disenaraikan,’’ katanya.

Kelima: Para pengilang turut berjanji kepada kerajaan bahawa mereka akan menghantar sendiri bekalan gula ke tempat-tempat yang dikatakan sukar mendapat bekalan.

‘‘Mereka berjanji akan bertanggungjawab menghantar terus ke tempat itu, sekiranya diberitahu di mana tempatnya, tanpa perlu melibatkan peruncit dan tanpa penglibatan sebarang kos tambahan.

‘‘Ini kerana, mereka berpendapat bekalan gula adalah lebih daripada mencukupi, mereka hendak tahu di mana punca masalahnya,’’ tegas beliau

Harga ayam naik lagi 40 sen

Oleh ZULKIFLI MANZOR

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Tidak sampai seminggu selepas menaikkan harga ayam 65 sen sekilogram, Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (PPPM) hari ini mengumumkan kenaikan harga ayam sehingga 40 sen lagi berkuat kuasa esok.

Alasan mewajarkan kenaikan itu ialah permintaan melebihi penawaran dan kenaikan itu masih lagi di bawah harga siling yang ditetapkan.

Pengerusi PPPM, Yap Kim Hwah berkata, langkah menaikkan harga ayam itu wajar memandangkan permintaannya yang meningkat dan ia dianggap perkara biasa dalam perniagaan.

“Para penternak mengalami kerugian berjuta-juta ringgit setiap bulan sepanjang tahun ini kerana harga pasaran yang gagal menampung kos pengeluaran.

“Kenaikan ini adalah bagi menampung kerugian penternak pada bulan-bulan sebelumnya,’’ katanya pada sidang akhbar bagi mengumum dan menerangkan punca kenaikan harga ayam itu.

Pada 20 September lalu, harga ayam telah dinaikkan sebanyak 65 sen.

Dengan kenaikan terbaru bermula esok, harga runcit bagi ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal naik 40 sen kepada RM6.05 sekilogram berbanding harga sekarang RM5.65.

Sementara harga runcit baru ayam siang beserta kaki, kepala dan hempedal pula ialah RM5.40 sekilogram dan sebelumnya RM5.05.

Kim Hwah berkata, harga runcit baru bagi ayam hidup ialah RM4.50 sekilogram berbanding RM4.20 sebelumnya dan harga ladang ayam hidup ialah RM3.50, berbanding RM3.20 sebelumnya.

“Harga pemborong untuk ayam siang dan ayam hidup pula, masing-masing akan meningkat kepada RM4.80 dan RM4.00 bagi setiap kilogram berbanding tujuh hari lepas iaitu RM4.45 dan RM3.79,’’ katanya.

Kim Hwah berkata, penternak tidak menetapkan harga ayam sesuka hati, tetapi ia diputus berdasarkan suasana permintaan dan penawaran masa kini.

Menurutnya, keputusan menetapkan harga ayam dibuat melalui mesyuarat yang dipersetujui oleh semua penternak selain turut mengambil kira pandangan pemborong dan peruncit.

“Bekalan boleh ditentukan tapi permintaan tidak, kerana apabila bekalan banyak, harga akan turun dan apabila permintaan pula banyak, harga akan naik melebihi kos pengeluaran.

“Ia perkara biasa, kalau tidak mengikut trend, ramai penternak gulung tikar,’’ katanya.

Sementara itu, Perunding Eksekutif PPPM, Dr. Abd. Rahman Md. Saleh pula berkata, kerugian yang dialami oleh penternak sepanjang tahun ini menyebabkan mereka memutuskan untuk menaikkan lagi harga ayam.

“Penternak rugi lebih kurang RM1 juta hingga RM2 juta sebulan kerana sebelum ini harga ayam rendah ekoran permintaan tidak begitu tinggi dan bahan tersebut banyak di pasaran,’’ katanya.

Oleh itu, jelasnya, memandangkan tahap permintaan yang kini tinggi, penternak bercadang menaikkan harga ayam bagi mengimbangi kerugian sebelumnya.

Kementerian perlu campur tangan harga ayam naik mendadak

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu campur tangan bagi mengawal kenaikan harga ayam yang terlalu mendadak sehingga membebankan pengguna.

Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nor Nirwandy Mat Noor berkata, walaupun kenaikan terbaru sehingga 40 sen masih di bawah harga siling tetapi perlu ada satu mekanisme untuk mengelak kenaikan mendadak.

‘‘Dalam tempoh satu minggu harga ayam boleh naik 95 sen hingga mencecah harga siling maksimum dan ini akan memberi kesan yang besar kepada pengguna.

‘‘Kementerian sepatutnya mempunyai mekanisme kenaikan harga barang kawalan agar ia tidak terlalu mendadak,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pihak penternak memang sudah merancang mengguna kesempatan musim perayaan untuk mengaut keuntungan lebih tinggi.

Sehubungan itu katanya, kementerian perlu segera campur tangan bagi mengelak pengguna ditindas semata-mata kerana sifat tamak penternak dan peniaga.

Justeru katanya, satu langkah pengawalan perlu dilaksanakan dan jika perlu pihak kementerian boleh menurunkan harga siling bagi ayam untuk membantu pengguna.

Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) hari ini sekali lagi mengumumkan kenaikan harga ayam sehingga 40 sen bermula esok.

Kenaikan tersebut merupakan yang kedua dalam tempoh satu minggu selepas dinaikkan 65 sen berkuatkuasa 21 September lepas.

Dengan kenaikan itu, harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal kini ialah RM6.05 sekilogram manakala harga siling ditetapkan ialah RM6.70 sekilogram.

Sementara itu, Presiden Fomca, N. Marimuthu berkata, insiden terbaru ini menunjukkan kementerian terbabit tidak konsisten dalam menangani isu-isu kepenggunaan.

Kementerian katanya, perlu menetapkan syarat lebih ketat seperti memberi alasan munasabah berhubung sesuatu kenaikan harga bagi barang kawalan walaupun ia masih di paras harga siling.

‘‘Saya tahu pengguna juga sudah beranggapan kementerian tidak konsisten dalam menguatkuasakan harga barangan.

‘‘Kadang-kadang nampak tegas tapi kadang-kadang tunduk kepada kehendak peniaga sehingga boleh menaikkan harga begitu sahaja tanpa perlu melaporkan kepada kementerian,’’ katanya.
Menurutnya, dalam situasi sekarang, jelas menunjukkan bahawa peniaga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan daripada pengguna.

‘‘Apa saja krisis akhir sekali pengguna yang jadi mangsa. Sekarang harga ayam naik dua kali dalam satu minggu dan kementerian tidak boleh berdiam diri,’’ ujarnya.

Harga tauge naik 10 sen di Pulau Pinang
BUTTERWORTH 27 Sept. – Sebanyak 10 pengeluar utama tauge di Pulau Pinang akan menaikkan harga runcit tauge sebanyak 10 sen bagi setiap 600 gram atau sekati berkuat kuasa 5 Oktober ini.

Langkah itu terpaksa diambil berikutan kenaikan harga kacang hitam di pasaran antarabangsa.
Jurucakap Jawatankuasa Pengeluar-Pengeluar Tauge negeri, Vinn Tan berkata, kenaikan harga bahan mentah itu menjadikan harga tauge naik daripada 48 sen ke 58 sen bagi setiap 600 gram.
“Harga kacang hitam yang merupakan bahan mentah membuat tauge naik sebanyak 72 peratus di pasaran iaitu dari RM130 ke RM180 seguni sejak tiga bulan lepas.

“Kalau kami tidak menaikkan harga runcit tauge, kami akan mekerugian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Vinn berkata, walaupun menyedari bahawa tauge banyak digunakan pada bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali, namun kenaikan itu dijangka tidak membebankan pengguna.

Menurutnya, ia adalah kenaikan kedua selepas harga bahan itu dinaikkan pertama kali pada tahun lepas berikutan kenaikan harga kacang hitam dan diesel.

Katanya, pengeluar tauge menghadapi masalah mendapatkan bahan mentah kerana terpaksa bergantung ke pada Myanmar selepas India yang merupakan pembekal kacang hitam terbesar dunia menghentikan eksport bahan itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia 26 Oktober 2006

Ada mata pandang,
Ada telinga dengar,
Ada mulut diam...
Ada tangan garu
Ada kaki goyang....

Jika kita marah..kita dikatakan rakyat yang tak tahu bersyukur.....

Jika kita bising-bising sekalipun Kapitalis tetap juga untung....
Kita buat macam menegur kanak-kanak sahaja...jika mereka mamanjat pokok...diarahkan turun pasti tak turun...

Tetapi jika diminta supaya naik lebih tinggi...mungkin mereka akan turun...

Oleh itu....

Naiklah harga gula
Naiklah harga ayam
Naiklah harga cili
Naiklah harga tauge

Naik juga darah dan kemarahan kita.....


Pak Kebun: Kebun ku kini dah kering

Wednesday, September 27, 2006

Apa Agaknya Selepas CD, Gula, Ayam dan Cili?



Beberapa bulan lalu, kita digemparkan dengan krisis gula….
Maka kecohlah rakyat di negara tercinta ini mencari gula di merata tempat
Di kedai-kedai runcit..gula kehabisan stok
Di pasar raya gula dihadkan pembeliannya
Maka...kerana dihadkan gula
Kita bisa lihat kanak-kanak berusia 5-12 tahun beratur di kaunter pembelian untuk membeli gula
(Kenapa?? Tanyalah akal)

Kemudian...
Kerajaan mula berkempen
Kempen pada rakyat supaya kurangkan gula dalam makanan
Dikeluarkan segala fakta yang menakutkan tentang gula...
Obesiti, karies gigi, kencing manis dan lain-lain
(Hairan..semasa krisis gula tidak berlaku kurang pula kempen sebegini)

Kini dah berbulan-bulan krisis gula berlaku
Penyelesaian masih tiada
(Padahal bukan ada beribu-ribu kilang gula di Malaysia)

Unjuran ekonomi negara baik
Kita mungkin akan capai tahap 7% setahun..melebihi unjuran ekonomi dunia

Bajet 2007
Adalah keuntungan pada rakyat
Tol tak naik
Rokok naik harga
Kakitangan awam bonus sebulan gaji (atau maksimum RM 1500)

Minggu lepas...
Ramadhan menampakkan wajahnya
Sehari sebelum Ramadhan
Ayam naik harga
Sehari selepas Ramadhan
Cili merah naik harga

Bukan salah kami kata peniaga
Bukan kehendak kami kata pemborong
Bukan kemahuan kami kata pembekal


Kos makin naik
Bekalan tak cukup

Tak mengapa...
Kenaikan tak membebankan rakyat
Masih di bawah harga syiling (yang masih rendah)
Kita akan buat penguatkuassan
Kita akan pantau


Hairan...
Kenapa kita sering tunduk dengan alasan kapitalis?
JM Keynes dalam teori ekonominya The General Theory of Employment, Interest and Money (1935–36)
Tidak pernah bersetuju dengan kapitalis kerana kapitalais yang dibiarkan tanpa kawalan akan mewujudkan monopoli....
(rupa-rupanya dia dah sedar beratus tahun dahulu...)


Mula-mula dulu isu Kaset dan Cakera Padat (CD & VCD)
Lepas tu isu gula
Kini Ayam dan cili

Lepas ni apa pula agaknya????

Bangau oh bangau...

Tanya sama itu hud-hud
Nang-boti-nang
Kui-Boti-Kui.....


Komen: Aku hanya seorang Pak Kebun

Tuesday, September 26, 2006

Fikir-Fikir


Jika kita beli rambutan,
Seringkali kita tolak jika diberikan tangkainya,

Jika kita beli kelapa,
Pasti kita tolak andai kelapa diberi dengan tangkainya,

Jika kita beli mangga,
Pasti kita tidak mahu jika mangga diberi bersama-sama tangkainya,

Tetapi....

Kenapa
Jika kita beli kurma....
Kita suka yang ada tangkainya
(walaupun harganya lebih mahal)

entahla....

Monday, September 25, 2006

Salam Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan,
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna....
Puasa itu amalan
Sebagaimana yang diperintahkan...

Terlalu banyak rahmat dan keberkatan di bulan ini

Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.

Ya Allah, terimalah amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampunkan umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini. Kami sedar sabda Rasulmu bahawa mereka yang gembira menyambut Ramadhan, Engkau haramkan dari api neraka. Oleh itu kami memohon sepenuh hati semoga kami juga Engkau jauhkan dari azab neraka.
Amin
InsyaAllah saya akan cuba peruntukkan masa untuk terus menulis dan semoga Ramadhan akan memberi kekuatan dan keberkatan....

Saturday, September 02, 2006

Menyepi Seketika


Saya memang minat menulis, ini kerana pekerjaan yang saya ceburi sejak hampir tujuh tahun yang sudah memerlukan kekuatan seorang penulis.
Saya akui bahawa menulis bukan kerja yang mudah, penyelidikan awal terhadap apa yang bakal ditulis pastinya melelahkan. Tambahan pula kebuntuan ide sewaktu menghadap komputer pastinya lebih memeritkan.
Sepanjang penulisan saya di blog ini sudah hampir 149 entri saya masukkan. Samaada berkisar tentang kehidupan, isu semasa mahupun sejarah. Saya mengaku bahawa tulisan saya tentang 'Jejak Nyemah Mulya" benar-benar memuaskan hati saya kerana penulisan itu disokong dengan penyelidikan dan penyembaraan yang agak teliti.
Saya akur bahawa saya bukan penulis sepenuh masa. Walaupun saya meminati bidang ini, namun kerja sebenar saya perlu diselesaikan terlebih dahulu. Saya sendiri tidak pasti entah apa dan di mana silapnya sejak kembali ke negeri Utara ini saya amat sibuk. Dibebani dengan pelbagai tugasan yang seringkali menduga ketabahan. Jiwa saya sering meronta untuk menulis namun saya akui bahawa saya perlu benar-benar bersedia sebelum menulis. Oleh yang demikian, sudah hampir sebulan, blog saya tidak di isi dengan entri-entri baru.
Yang terbaru, saya akan berkursus selama dua minggu, jadi pastinya blog ini akan sepi lagi....
Entahlah....tugasan demi tugasan memerlukan komitmen yang tinggi hingga saya terpaksa membelakangkan minat saya...
Saya terpaksa menyepikan diri seketika..insyaAllah...saya akan menulsi kembali jika beban yang ditanggung ini telah dikurangkan....
wassalam