"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, June 20, 2008

Hamba Abdi

Saya tujukan lagu ini kepada kawan-kawan
yang rasakan hidupnya senasib dengan saya....
Inilah kita sebenarnya....
layan....


Jadi Macam Kerbau !!!


Mula-mula janji
1 jam RM 100
Kerja sudah lama selesai
Katanya
1 jam hanya RM 50
brader,
ini takde kena mengena dengan ekonomi negara yang merosot
kerja ini telah kami sudahkan setahun yang lalu

Semasa mengarahkan tiada sebarang surat lantikan
Bila membuat tuntutan surat lantikan pula diminta

Apa sudah jadi?

Tempat ini bukannya besar..

Hari ini teringat kata-kata orang tua
malah semakin aku rasa tidak puas hati
semakin kuat kata-kata ini terngiang-ngiang di telinga aku:

JANGAN JADI MACAM KERBAU SEHARIAN PENAT DI BENDANG KUCING JUGA YANG KEKENYANGAN DI ATAS BANTAL EMPUK..

tambah aku pula

Sudahlah penat-penat di bendang
Sampai masa akan disembelih juga


Persoalannya,
sudah
atau
belum ????



Allah s.w.t. berfirman:

“Tiada suatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. DanAllah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(QS. At Taghobun 11)

Thursday, June 19, 2008

Hey Brader Kita Mesti Terus Hidup !!!

Sama-sama kita dengarkan...
(dengar+hayati+fikirkan)

adakah kita sekarang seperti OSman Tikus ????

Balada Osman Tikus,
lagu dan Lirik oleh Mohamad MN

Hey brother!
Bukan aku nak mengada-ngada
Tapi kau tahu aku pun...
Punya rasa

Ha-ha-ha-haru
Tak peduli aku tetap aku
Tak peduli apa katamu
Orang boleh kaya dengan menipu

Hey brother! bagaimana aku...

Kau nak halang aku
Halang mereka dulu
Tiada undang-undang
Dalam hutan batu

Ha-ha-ha-haru

Aku akan lari kalau kena kejar
Siapa yang bijak jadi orang besar
Jangan kau sedih, jangan gusar

Hey brother! kita mesti terus hidup

Ha-ha-ha-haru

Hey aku hidup tanpa subsidi
Tak tahu besok hidup atau mati
Jangan sedih, jangan gusar

Hey brother! kita mesti terus hidup

Ha-ha-ha-Haru

Kredit kepada QURSANYproductions di Youtube.com



Menang-Menang ???

Apa saja yang berlaku dia cakap menang-menang
Kalah dalam perebutan Pulau Batu Putih
Dia kata menang-menang

Minyak naik harga dia kata menang-menang
bagi duit cover kereta dan motor
Dia kata menang-menang

Harga barang naik
Dia kata menang-menang

Gaji dua kali sebulan
Dia kata memang-menang

Rakyat kena berubah
kita tidak memang-menang

Menang-menang
Menang-kalah
Kalah-Kalah
Kalah Menang

Sendiri maHu ingat

Aku lirik lagu M. Nasir yang dinyanyikan dalam filem Kembara Seniman Jalanan (Lagu Balada Osman Tikus)

"HEY BRADER, KITA MESTI TERUS HIDUP....."

Tahniah YB Mahfuz
Kredit untuk
ramadhan84 di Youtube

Clip 1/3


Clip 1/2


Clip 2/3

Wednesday, June 18, 2008

Apa Khabar Mat Hakim ???


Foto (Atas) Mat Hakim (Bawah) Mat Hakim dan Adik Ain Sewaktu Dalam Gondola Menyusuri Sungai Melaka

Rasanya dah hampir sebulan
Mat Hakim dilanggar kenderaan
Rasanya dah hampir sebulan
Kaki Mat Hakim bersimen
Rasanya dah hampir sebulan
Mat Hakim terkurung dalam rumah dan direntap kebebasan

Sekolah telah di buka dua minggu
Mat Hakim masih belum sembuh
Mat Hakim khabarnya sudah boleh berjalan menggunakan 'topang'

Khabarnya,
hujung bulan ini Mat Hakim akan di bawa ke hospital sekali lagi
Doktor akan semak keadaannya untuk memastikan di benar-benar sudah sembuh
Jika sudah sembuh InsyaAllah kakinya tidak disimen lagi
Namun
andaikata masih belum sembuh
kakinya akan di simen sekali lagi...

Mat Hakim akan terbatas pergerakannya lagi,
Mat Hakim tidak akan ke sekolah lagi,
Mat Hakim tidak mampu pergi mengaji lagi

Moga Mat Hakim segera sembuh
InsyaAllah

Dan ta'atlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar..(Al-Anfal: 46)

Monday, June 16, 2008

Mari Kita Berpesta !!!

Pagi tadi boss panggil,
katanya kita kena berjimat cermat
Elektrik kena jimat
Lampu-lampu kena padam
Air Cond kena off
Kertas kena jimat
Jangan bawak kereta ke tempat kerja

Tahniah Boss
Ku lihat kau pon macam Pak Lah
Cakap mcm taik

Sebelum ini siapa yang membazir???
Kami ke Kamu???

Semalam aku ke Pasar Malam
Pesta-pesta-pesta
Mari kita berpesta
Nasi Ayam RM 4.00
Kebab RM 3.00
Kuih - RM 0.40 (sebiji)
Nasik Campur (Mencecah)- RM 5.00

Mari kita berpesta
Mari kita berjimat

Jangan Makan Nasi
Jangan Guna Petrol
Jangan Guna Elektrik

Kita ramai-ramai duduk dalam Gua
Jadi 'Perak Man'
Back To Nature

Pergi Kerja jalan kaki
Waktu makan kita makan ubi
atau makan aje rumput (itukan lebih jimat)

Kita kena ubah cara hidup
ubah cara hidup
ubah cara hidup

sebelum ubah kita kena berpesta
Pesta naik harga
Pesta naik harga
Pesta naik harga

(Clip ehsan malaysianews@youtube)


Wednesday, June 11, 2008

Lagu 'Meletup' Minggu Ini

Secara tiba-tiba lagu ini muncul dan memintas segala lagu yang berada dalam carta popular muzik tanah air... sama-sama kita tonton....

(ps: hawau kau ali mamak...)


Bersemuka Dengan Media

Sememangnya saya dah terlalu lama tidak menonton rancangan-rancangan di RTM. Bukan kerana sombong tetapi saya tidak larat untuk berulang alik ke tandas kerana majoriti rancangan yang disiarkan di RTM akan menyebabkan perut saya berasa mual.

Namun demikian saya tidak juga menafikan bahawa beberapa rancangan yang disiarkan di RTM memberikan manafaat. Walaupun begitu ia boleh dibilang dengan jari. Antara rancangan yang agak bermanfaat pada ketika ini di RTM ialah siaran Bersemuka Bersama Media.

Dalam rancangan ini biasanya Menteri yang bertanggung jawab dalam satu2 portfolio akan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh ahli panel. Saya suka, saya suka, saya suka

Saya suka kerana bila menonton siaran ini saya terkenangkan satu rangkap pepatah orang-orang tua yang telah diubah oleh entah siapa iatu:

Siakap Senohong ,
Gelama Ikan Duri,

Bercakap Bohong,
Lama-Lama Jadi Menteri...


Saya pulak dengan gatal mulut menambah,

Kalau makan kari,
Nanti lambat dapat jodoh,

Wahai Menteri,
Kami semua bukan bodoh.....


Jadi sama-sama kita tonton...
(Clip ihsan BukanLaguSetuju di Youtube)

Part 1


Part 2


Part 3


Part 4


Part 5


Part 6


Thursday, June 05, 2008

Malaysia Ku Terbilang...


Dalam kehangatan kenaikan harga minyak ini, saya terima satu emel yang saya rasa amat relevan untuk kita sama-sama renungkan.

Tak perlulah kita diperbodohkan lagi oleh dakyah-dakyah dalam media arus perdana.

Untuk membuat perbandingan kita seharusnya adil....

sama-sama kita renungkan...

Our "piggy brain" govt always compared our petrol to non oil-producing countries like Singapore and Thailand but got no balls to do the comparison with other oril producing countries like below. Check for yourself:
UAE - RM1.19/litre
Eygpt - RM1.03/litre
Bahrain - RM0.87/litre

Qatar - RM0.68/litre

Kuwait - RM0.67/litre
Saudi Arabia - RM0.38/litre
Iran
- RM0.35/litre
Brunei - RM1.10/litre
Nigeria - RM0.32/litre
Turkmenistan - RM0.25/litre
Venezuela - RM0.16/litre

MALAYSIA - RM2.70/litre

Malaysia Ku Gemilang....

Tepung Naik,
Beras Naik,
Tarif Elektrik Naik...
Inflasi Naik...
Minyak sawit Naik

Hey Brader,
kita mesti terus hidup.....



Clip Ihsan hanief.blogspot.com