"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, December 27, 2007

Aku Hanya Mahu Ke Seberang !!


Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku hayati bersungguh-sungguh puisi karya Prof Hashim Yaacob ini....
makin aku baca makin kerap aku ulanginya...
Mungkin
ketika ini aku sedang bersedia
Bersedia untuk ke seberang ......

AKU HANYA MAHU KE SEBERANG

Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu

Layar bertingkat kapas gulung

tiangnya tegap kayu nibung

Panjinya kain suluk atma
bekas tangan tenunan
Sri di kamar waja.

Esok,
perahu akan ke air,
mengharung samudera,
meninggalkan pantai melawan ombak dan badai.

Perahuku kecil,
lautnya ganas.
Tenanglah laut,
kuala dan muara.

Ombak jangan gila melanda.

Tiuplah bayu pada layarku laju.
Dayung jangan patah
layar jangan rekah
tiang jangan rebah
Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang.


KARYA
Prof Dr Hashim Yaacob

Berita Baru Yang Menyesakkan


Aku tak pasti tentang hari-hari mendatang
Hari-hari yang berlalu amat menyesakkan

berita baru yang aku terima
dan aku dedikasikan lagu ini untuk peristiwa dari berita yang baru aku terima...

Blues Felda Blues
Ayahku kebingungan
Mencari kehidupan
Menanggung kesamaran

Matanya memerhati
Anaknya tak terbilang
Sekarang bagaimana

Putus kata sambung hidup di Felda
Kerja keras asal perut beralas
Kuat cita hantarku ke sekolah
Mengharapkan aku mahir berladang

Setelah ku berjaya
Mengenai pertanian
Berubah perasaan

Harapan dari ayah
Bukitkan kejayaan
Di tanah milik Tuhan

Tak mengerti budaya jiwa ini
Rasa malas untuk turun bertani

Ayah terus meningkat usianya
Blues Felda Blues siapa
Penggantinya

Ramli Sarip / Bob
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
1991 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd

Thursday, December 13, 2007

Bahalol 2


Pernah aku katakan dahulu
aku tidak suka marah-marah
aku tidak suka bising-bising

tetapi

semakin lama kau pendam
semakin panas perasaan
semakin bertambah tekanan
semakin bingung fikiran

entah kenapa agaknya keadaan semakin bingung
semakin habalol....
Mula-mula amaran tentang bilik
Kemudian arahan tentang laluan
kini arahan tentang kenderaan

apa punya bahalol ini

satu minggu 2-3 kali talian internet terputus
satu minggu 1-2 kali pendingin hawa tidak berfungsi

apa punya bahalol ini

satu minggu ramai yang menyalak tentang hendak jadi "Global Player"
satu minggu 2-3 meeting-hendak ubah itu, hendak ubah ini
akhirnya sama macam yang lama

apa punya bahalol ini

sokong membawa rebah
sudah terhantuk baru tengadah

apa punya bahalol ini

sekat semua kemudahan
internet sering ' COMPANY POLICY VIOLATION'

apa punya bahalol ini

cakap tanpa fikir
buat keputusan tanpa fikir
beri jawapan umpama orang tidak berfikir (atau memang tidak berfikir)

XPDC Huray! Huray! King El Mondoque

Dah lama sangat
Dah naik karat
Nak nak kiamat
Masih merempat
Masih melarat masih keparat

Mana maruah
Mana merdeka
Mana sakinah
Bukti satumu
Buktikan jitumu
Bukti tahu mu

Huray! Huray! King El Mondoque
Huray! Huray! King El Mondoque

Tafsir Tuan kami ni siapa Tikus parit tikus sawah Tikus sampah Tikus bukit tikus rimba tikus kota Dilahirkan hanya untuk dinista Uh... bukan ingkar Uh... nak derhaka



Tuesday, December 11, 2007

Bingung !!!


Kata Ketua Polis Negara:
Polis akan menggunakan peruntukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) jika ia memudaratkan keselamatan negara. Tambah beliau lagi polis tidak akan berlembut sebaliknya akan menangkap secepat mungkin lebih ramai pemimpin dan pengikut Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mengadakan perhimpunan haram di ibu negara 25 November lalu. (Sumber: Utusan Malaysia, 11 Dis 2007)

Kata Najib pula:
Rakyat diminta tidak cepat melatah sehingga terikut-ikut dengan rentak kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang menyatakan pendirian terbarunya bahawa kumpulan itu sebenarnya bermusuh dengan UMNO dan bukan orang Melayu. Orang Melayu tidak perlu menari-nari dengan ‘lagu’ yang cuba dimainkan oleh kumpulan tersebut kerana mereka bukannya mewakili masyarakat India negara ini secara keseluruhannya. (Sumber: Utusan Malaysia, 11 Dis 2007)

Dalam Masa Yang Sama:
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, ketua penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chang dan anggota majlis tertinggi PKR N.Gobalakrishnan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas beberapa pertuduhan kerana terbabit dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 10 Nov lalu (mstaronline) Para peguam di KL ditahan semalam (10 Dis 2007) kerana merayakan Hari Hak Asasi Sedunia. Selain itu, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu memberikan ikat jamin kepada dua orang ahli PAS dalam kes Peristiwa Berdarah Batu Burok, September lepas.

Dulu Dulu:
Beberapa rakyat Malaysia disyaki sebagai ahli KMM (mula-mula di sebut sebagai Kumpulan Mujahidin Malaysia, kemudia di tukar pulak dengan nama Kumpulan Militan Malaysia). Ditangkap atas alasan menggugat keselamatan Negara> Dalam TV pun tunjuk penangkapan kumpulan Al Maunah, ditangkap kerana menggugat keamanan negara

Di Melaka:
Penternak Babi buat rusuhan....(tak menggugat keselamatan negara)

Tak Berapa Lama Dahulu:
Kita berbangga berjaya hantar rakyat Malaysia melancong (angkasawan?) ke angkasa

Dalam masa Yang Sama:
Kita dipaparkan dengan kisah rakyat yang tak cukup makan di Malaysia
Selalu Kita Dengar dan Lihat:
Pak menteri kata kerajaan akan kawal kenaikan harga barang. Kita juga lihat Pak Menteri pergi pasar
tetapi...
harga barang naik juga
Kita menderita juga
Kata Aku:
Aku makin serabut....
Keselamatann negara kesejahteraan pemerintah?
Kesejahteraan rakyat atau pemerintah yang sejahtera?
Pemerintah jaga keselamatan negara?
Pemerintah tetapkan kesejahteraan rakyat
atau
pemerintah yang berhak mengatakan bahawa ini keselamatan negara
dan ini kesejahteraan rakyat

Lagi aku fikir lagi kabur dan serabut...
Bersamalah kita dalam kebingungan
Bersamalah kita dalam ketolollan





Bahalol (Buat Yang Mengerti)

bAhALoL- XPDC

Bingkai lagi hidup ini
Nak cari makan susah sangat
Mahu ronda kota raya
Lepak kejap pasar budaya

Dan toleh kanan toleh kiri
Nampak batang hidung sendiri

Banyak susah cari makan
Semuanya ada halangan
Orang buncit makan daging
Yang kurus makan ikan masin

Apa punya bahalol dia
Kasi orang pijak kepala

Orang putih sudah balik
Kini tinggal yang hitam putih
biar papa asal bergaya
Bukan musim bukan action

Tak tahu bertanya
Sesat jalan nanti meraba
Tepuk dada tanya selera
Tutup mata pekak telinga

TUTUP SANA-TUTUP SINI
BLOK SANA BLOK SINI
HALANG SANA-HALANG SINI
CAKAP MACAM HEBAT
CAKAP MEMANG MURAH

Tuesday, December 04, 2007

Ek Eleh.....


Aku sebenarnya malas nak membaca akhbar. Sebabnya apa yang akan berlaku ialah aku akan jadi marah dan terasan diperbodohkan dan sering melihat kebodohan yang ditonjolkan di akhbar..nasib baiklah apa yang aku baca ini percuma, kalaulah ia naskhah yang perlu dibeli nescaya aku akan menyeranah diri kerana telah membazirkan wang utnuk membeli benda yang tak berfaedah ketika pesta kenaikan harga yang amat menakutkan ini....

Anda semua bacalah sedutan berita ini...dan mungkin ada akan bersetuju kenapa saya rasa diperbodohkan dan melihat kebodohan...


Dipetik dari Mstar.com.my

Hisham: Jangan campur tangan pentadbiran negara kami
03-12-2007 06:09:37 PM

GENTING HIGHLANDS: Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demonstrasi jalanan yang diadakan di beberapa lokasi sejak kebelakangan ini bukan berlaku secara kebetulan tetapi dirancang dan didalangi oleh pembangkang.

Beliau berkata demonstrasi jalanan di Batu Buruk di Terengganu dan oleh Majlis Peguam di Putrajaya serta perhimpunan oleh kumpulan menamakan dirinya Bersih dan Hindraf di ibu kota bukan berlaku secara kebetulan.

"Jika benar Hindraf nak bela kedudukan masyarakat India, Majlis Peguam memperjuangkan kebebasan sistem kehakiman, bebaskan dulu diri mereka daripada agenda tersembunyi parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Nasional Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) di Institut Aminuddin Baki di sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Ketua Pemuda Umno, turut memberi amaran kepada pihak yang terbabit supaya tidak bermain dengan api dengan menimbulkan isu agama dan kaum di negara ini.

"Kepada mereka yang kononnya bersimpati dengan kaum India di sini, tolong jangan campur tangan urusan pentadbiran negara kami kerana kita tidak masuk campur urusan mereka," katanya ketika diminta mengulas mengenai keprihatinan masyarakat antarabangsa terhadap dakwaan Hindraf kononnya berlaku penghapusan etnik di Malaysia. BERNAMA