Bukan ini kali pertama aku bertanya
Namun jawapanmu setiap kali sama sahaja
‘mungkin rosak’
‘kami baru kena sambar petir’
Ini perpustakaaan
Gedung ilmu dan maklumat
Kalau di perpustakaan sendiri tiada WiFi
Dan pegawai nya pula sering beralasan
Takkan aku hendak ‘menyalak’ cari internet ‘line’ di tengah
Hey bodoh
Jangan
Dengan muka manis
Dengan bibir senyum
Momokkkan rakyat tentang talian ‘jalur lebar’
Yang kemudiannya hanya di empat kawasan
Yang aku kira sudah terlalu ‘lebar’ jalurnya
Ini perpustakaan gedung ilmu dan maklumat
Kalu itu pun kau tak mampu buat
Elok ubah saja nama mu
Dari perpustakaan ke pasar karat
Buat aku tidak bising lagi....
No comments:
Post a Comment