Hampir sebulan aku begini, duduk umpama dalam gua. Tiada komputer, tiada internet. Tidak dapat ikuti perkembangan luar yang berlaku melalui media alternatif. Hanya melalui media arus perdana sahaja
Aduhai, rasa kepala dan otak ini benar-benar beku. Selama ini apa yang belaku di luar dapat aku ikuti, namun selama hampir sebulan semuanya hilang.
macam-macam yang berlaku sepanjang tempoh ini, kisah projek penulisan yang tergendala dan terus tergendala, kisah birokrasi (pinjaman komputer) yang entah bilanya akan, kisah kejutan budaya yang menjadikan minda tepu, kisah 'penderhaka' dan macam-macam lagi...
hari ini, baru aku jumpa internet. Nak menulis dan berkongsi idea tia-tiba rasa tak mampu, akal sudah tepu, masa terus berlalu kalau leka dan khayal tiada siapa akan menyedarkan .
No comments:
Post a Comment