"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Saturday, February 28, 2009

TQ

PETIKAN DARI Malaysiakini

Kabinet tunda kenaikan tol di lima lebuhraya
Feb 27, 09 12:53pm

kemaskini 4:48pm Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed semalam.

Dalam sidang medianya sebentar tadi, Mohd Zin berkata berikutan itu, kenyataannya semalam mengenai kenaikan kadar tol tersebut, dibatalkan.

Katanya, kenaikan kadar tol itu ditangguhkan hingga akhir tahun ini ekoran reaksi negatif orang ramai serta keadaan ekonomi sekarang.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan.

Semalam kalangan wakil-wakil rakyat kerajaan mempertikaikan tindakan mendadak kementerian tersebut.

Semalam, Mohd Zin Mohamed mengumumkan kenaikan kadar tol - antara 0.68 sen/km hingga 50 sen - bagi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Bagaimanapun, di Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat atau sehingga akhir tahun ini seperti yang diumumkan oleh Mohd Zin.

Mohd Zin pada sidang akhbar di kementeriannya petang ini berkata kerajaan kan menangguhkan kenaikan kadar baru tol di lima lebuhraya berkenaan sehingga akhir tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata penangguhan kenaikan kadar tol itu akan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar RM500 juta, yang terdiri daripada ang pembayar cukai kepada syarikat konsensi kelima-lima lebuh raya itu.

Najib yang juga menteri kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan emberita mengenai perkara itu dalam sidang akhbar mengenai ekonomi negara di Kementerian Kewangan di Putraya.

Semalam, Mohd Zin mengumumkan kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

bullet button Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

bullet buttonLebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

bullet buttonLebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

bullet button Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

bullet buttonLebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

Friday, February 27, 2009

NAIK !!!!

DI PETIK DARI MALAYSIAKINI:

Feb 26, 09 11:42am

Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

bullet button Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

bullet buttonLebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

bullet buttonLebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

bullet button Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

bullet buttonLebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu.

"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.

Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.

Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.



Wednesday, February 25, 2009

Makin Tak Menjadi

"ChAoS!!"

Bila ada tiga rasanya dah mula lancar,
masuk berempat, mala jadi kacau..
kini
nak jadi berlima pulak...
lagi huru-hara

akhirnya nanti
kerja entah ke mana

dan masa makin pantas berlalu....

Friday, February 20, 2009

Rehat Sekejap..

Apa persamaan antara Brader Hilmi (ex-boyfriend Eli Wong) dengan 'Lelaki Kucing' ?
Kedua-duanya pandai 'ilmu ghaib' hingga 'mungkin' kena minta bantuan INTERPOL..


HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA

Dah Dua Bulan !!!


Masih macam siput....

Saturday, February 14, 2009

Internet

Kata penjual, kat mana ada line telefon bimbit, line internet ni juga akan lancar. Trtarik dengan harga dan memang sudah lama ingin memiliki beratus ringgit dibayar..namun bila telah dimiliki lain pulak halnya.Lembab tak terkata.nak marah pada siapa??? Pandai-pandailah guna...

Notebook

Ini bukan zaman batu, juga bukan zaman menulis atas papan batu, zaman mencurahkan idea atas mesin taip pun dah berlalu. Aku laluinya kira-kira 12 tahun yang lalu. Ini zaman moden, kata orang ini zaman global. Semua kerja di hujung jari. Jadi, apa lagi alasan yang diberi? Kalau dah tahu ia penting, kenapa masih buat banyak halangan??? Entahlah...

Bilik

Dalam bilik 7x 10 kaki inilah perjuangan ini diteruskan. Sudah tiada pilihan, sejak bilik selesa dan berhawa dingin diserahkan secara paksa-rela.


Kononnya atas alasan ’mengikut prosedur’. Bukankah prosedur itu dibuat untuk memudahkan kerja. Namun realitinya, prosedur dibuat bagi menonjolkan kuasa. Jika Bahagian A yang membuat prosedur maka bahagian inilah yang...berkuasa hinggakan orang lain tidak boleh mencabar..Ini karenah bodoh manusia gila kuasa..akhirnya benda mudah jadi susah.

Tuesday, February 10, 2009

Duduk Dalam Gua !!!

Hampir sebulan aku begini, duduk umpama dalam gua. Tiada komputer, tiada internet. Tidak dapat ikuti perkembangan luar yang berlaku melalui media alternatif. Hanya melalui media arus perdana sahaja

Aduhai, rasa kepala dan otak ini benar-benar beku. Selama ini apa yang belaku di luar dapat aku ikuti, namun selama hampir sebulan semuanya hilang.

macam-macam yang berlaku sepanjang tempoh ini, kisah projek penulisan yang tergendala dan terus tergendala, kisah birokrasi (pinjaman komputer) yang entah bilanya akan, kisah kejutan budaya yang menjadikan minda tepu, kisah 'penderhaka' dan macam-macam lagi...

hari ini, baru aku jumpa internet. Nak menulis dan berkongsi idea tia-tiba rasa tak mampu, akal sudah tepu, masa terus berlalu kalau leka dan khayal tiada siapa akan menyedarkan .