"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, December 30, 2008

MoNoLoG !!


Tahun lepas (2007)
Insuran Honda EX RM 46.15 setahun

Tahun ini (2008)
Insuran Honda EX RM 86.40 setahun

Biasa insuran makin lama makin turun harga

kenapa dik?

SEMUA INSURANS DAH NAIK HARGA BANG
ADA YANG SAMPAI 85% TAHUN DEPAN NAIK LAGI BANG

(tahun depan hanya tinggal sehari saja lagi...)

TAHUN DEPAN,
KEMUNGKINAN
SEMUA KERETA YANG LEBIH 10 TAHUN

KENA BELI INSURANS 1ST PARTY

(dah naik dekat 85%, wajib beli 1st party pulak???)

malam di rumah
aku tengok televisyen
wajah pemimpin dengan muka senyum dan manis
dahi berkilat, bibir menuntum senyum

Ekonomi kita masih kukuh,
walau kemelesetan ekonomi global melanda,
namun kita sedaya upaya mengatasinya
kerajaan yakin
kita akan menangani krisis ekomoni ini dengan baik
rakyat mesti tingkatkan perpaduan
ubah gaya hidup


maka:

mak cik, pak Long, mak itam, pak andak, mak anjang
bertepuk tangan gemuruh
sambil berbangga pemimpin negara menjejakkan kaki ke kampung mereka


aku di depan kaca tv
masih beku
sambil tertanya

SAMPAI BILA KAMI HENDAK DIPERBODOHKAN ????

Aduhai...


Kata orang ekonomi sudah meleset
harga barang semua sudah naik
ikan naik harga
barang-barang kering naik harga
banyak barang naik harga

Kata kerajaan
ekonomi kita kukuh
mana mungkin kita alami kemelesetan yang teruk
barang semua kena turun harga
asas ekonomi kita kukuh
kita bukan seperti negara lain
yang mudah rapuh dan goyah dilanda gelombang kemelesetan ekonomi global

kata orang
(tapi kerajaan tak pernah kata):

banyak kilang dah tutup
beribu-ribu pekerja sudah dibuang kerja
beribu-ribu orang sudah mula sakit kepala (sekolah pula akan dibuka)
Interest bank dah mula naik
Jenayah pula makin melonjak
Duit pula semakin 'kecil'

kata siapa yang kita mahu percaya?

Sudah Seminggu !!!


Sudah seminggu menjadi mahasitua
Namun
masih tiada apa-apa perubahan

Tahun sudah mula berganti
Tahun Hijrah
Tahun Masihi

Umur pun makin bertambah
semuanya kena buat
dengan semangat, kekuatan, doa dan ketabahan
Pelayaran mesti diteruskan

Namun
bagaimana hendak bermula ???

Saturday, December 27, 2008

LU DIAM LA SAMY !!!


Hudud: Samy minta Anwar nyatakan pendirian
(petikan malaysiakini)

Dec 27, 08 4:17pm

Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu meminta pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung hasrat PAS untuk memperkenal hukum Hudud (Kanun Jenayah Syariah) di negara ini.

Katanya, Anwar, yang penasihat PKR, tidak sepatutnya berdiam diri dengan isu itu kerana kegagalannya menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan undang-undang itu boleh menimbulkan bantahan daripada masyarakat India di negara ini, lapor Bernama.

Katanya kini sudah timbul protes secara senyap di kalangan masyarakat India sejak Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata PAS tidak pernah melupakan matlamat mereka bagi melaksanakan undang-undang Hudud di negara ini.

"Anwar sepatutnya menjelaskan pendiriannya dan parti yang diwakilinya, terutama kepada bukan Islam yang menyokong pembangkang agar mereka dapat menilai dan membuat keputusan sama ada untuk terus menyokong pembangkang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samy Vellu berkata, dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, ramai kaum India yang membawa bendera PAS tetapi "adakah ini cara PAS dan parti pembangkang yang lain menghargai mereka".

Dengan perkembangan terbaru sekarang, kata Samy Vellu, Anwar sepatutnya memberi penjelasan berhubung isu itu kerana jika tidak ia akan membuktikan bahawa Anwar dan pembangkang hanya mempermain-mainkan orang ramai.

ALLO SAMY
APA LU PUNYA PROBLEM
INI HUDUD KALAU JALAN, HANYA ORANG ISLAM SAHAJA
LU ORANG HINDU
TAK ADA KENA MENGENA

KALAU HUDUD MAHU LAKSANA DALAM INI NEGARA
APA ORANG-ORANG INDIA MAU RISAU?

LU JANGAN KASI SEMUA ORANG PENING
JANGAN KASI EMUA ORANG MABUK
LU JANGAN CAKAP TAKDA PIKIR
LU JANGAN CAKAP SERUPA ORANG MABUK TODI

DEY SAMY
LU JANGAN GUNA ISU PERPADUAN LA

INI HUKUM ISLAM
BUKAN PASAL PERPADUAN

TAPI SAMY,
APA PASAL LU PUNYA KLIK (ITU ISLAM PUNYA ORANG DALAM UMNO TADA MARAH-MARAH SAMA LU)
GUA HERAN
INI CERITA TENTANG ISLAM
INI BUKAN CERITA PERPADUAN KAUM

GUA RASA,
LU PUNYA KAWAN2 DALAM SAMA PARTI (ITU DACING LA) SEMUA SUDAH BUTA
BUTA MATA DAN BUTA HATI
SUDA TARAK TAU APA ITU POLITIK, APA ITU PERPADUAN

PALING PETING SEMUA LU PUNYA KAWAN ADA DAPAT BENEFIT BILA LU KONDEM HUDUD...

AYO-AYO-AYO.....


Aku dan Kehilangan...


Sudah 30 tahun hayat mu

Sejak dari kecil

Aku mengenali mu

Dan kita membesar

Bersama-sama


Kita bersama

Melalui zaman indah kanak-kanak

Zaman manis persekolahan

Dan

Zaman gembira keremajaan


Kemudian,

Kau memilih haluan sendiri

Aku setuju

Mereka semua setuju

Itu mahu mu

Itu untuk kebaikan mu


Lalu,

Kalu harungi hidup

Bersama dia

Menempuh suka dan duka


Entah kenapa

Bencana datang jua menimpa

Kau ’sakit’ dan kami tahu asal puncanya


Saban hari aku panjatkan doa

Pada Yang Maha Esa

Mohon

Kau disembuhkanNya


Malam tadi,

Kau pergi juga

Meninggalkan semua

Meninggalkan dia-dia dan dia

Meninggalkan aku dan semua kenangan kita


Pergilah kau

Itu memang kemahuanmu


Dingin malam di hari ini

Aku masih memulihkan semangat

(setelah seharian aku kehilangannya)

Mohon ada Allah

Dengan doa dan harapan

Agar pemergian mu

Tidak menjejaskan semangat, perjuangan dan perjalananku


Juga

Tidak menjejaskan masa hadapan dia-dia yang kini semakin kabur....

Lepaskan Man..


Lepaskan anjing itu man,

Setelah 10 tahun dia kau pelihara

Setelah 10 tahun dia diam dalam jagaan mu


Kini,

Setelah 10 tahun

Dia mula liar kembali,

Liar seperti asal perlakuannya,

Menyalak-nyalak tak tentu hala

Kadang kala dia menyalak

Sangat kuat

Di tengah-tengah kesunyian malam


Lepaskan anjing itu man

Bukalah ikatan di lehernya

Buka pintu kandang seluas-luasnya

Biar dia ergi bebas

Bebas-bebas dan bebas

Kerana itu mahunya

Kerana itu salakannya

Pada engkau

Pada aku

Pada mereka


Lepaskan anjing itu man,

Aku tahu kau perit

Kau pedih dan kau juga sengsara



Namun man,

Anjing itu perlu kau lepaskan

Sebelum dia mula menggigit

(kini dia sudah mula menggigit)

Kau, aku dan semua


Lepaskan anjing itu man

Segera-segera-segera

Tuesday, December 23, 2008

....


Mengapa datang kecelaruan tika diri baru mula menjadi tenang???
Wallahuaam

Monday, December 22, 2008

'Mahasitua'

9.00 pagi- Taklimat Fakulti
11.00 pagi-Taklimat Jabatan
2.30 petang- Pendaftaran

mmmm kini rasmi aku seorang 'Mahasitua'. Walaupun sebelum ini ada hajat yang tidak kesampaian, namun aku yakin pasti ada hikmah di sebalik kejadian

Sepatutnya perkata ini berlaku lima (5) tahun yang lalu, namun atas pelbagai sebab hari ini ia baru jadi kenyataan

Langkah pertama sudah bermula, kini menanti langkah-langkah seterusnya. Adakah ia tempang, sumbang atau selancar larian 'Usain Bolt'..Wallahualam

Yang nyata, 90% atas usahaku sendiri

4.00 petang- 'Hamster' meluncur laju, pulang kenegri Utara bersama azam, semangat dan cita-cita. Moga masa yang ada akan dimanfaatkan sepenuhnya. Moga cita-cita yang diidamkan akan tercapai jua....InsyaAllah

I HAVE A DREAM


Apa nak Jadi

Dulu
tak kahwin,
kau nak kahwin

hari ini,
dah kahwin
kau sibuk nak bercerai...

apa nak jadi ???

aduhai....

Muka depan Utusan Malaysia (22 Dis 2008)

"CSI CARI PEMBUNUH NURIN"

Clip ini hanya sekadar hiasan sahaja:



Delko and Horatio stake out a park hoping to find a pedofile

Dalam akhbar yang sama, juga di bahagian muka depan, ruangan senyum Kambing (sila lihat foto):


entahlah...langsung tak faham...

Friday, December 19, 2008

Yang Mana Satu ??



Aduhai
Tak lama lagi pasti berhijrah
bila berhijrah
apa yang lama akan ditinggalkan (terpaksa ditinggalkan)

Bilik yang selesa, internet

Pening juga kepala

Tanpa internet, otak akan jadi dungu
Fikiran jadi tepu

Lalu perlu di pilih antara dua
kedua-duanya ada pro dan kontranya
namun satu perlu dipilih
untuk aku menerobos dunia tanpa sempadan ini

STREAMYX atau CELCOM BROADBAND ??

yang mana satu pilihan hati

Hijrah

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan...

Kehidupan pasti berubah
Perlu tabah
dalam menghadapi cabaran

moga ia berakhir dengan kejayaan

Apa Kata Anda

Foto: Sekadar GAmbar Hiasan


"Banyak betul masalh berlaku sekarang, cuaca tak menentu, krisis ekonomi, bencana alam"

kata sahabat aku (seorang ustaz):
"ini semua pembalasan Allah kerana manusia banyak membuat kerosakan dan dosa di muka bumi"
kata sahabat lain pula (seorang professor):
"mengikut Zaaba, persoalan tentang dosa dan pahala yang disematkan dalam fikiran merupakan racun yang di sebarkan ke seluruh tubuh..tentu ada alasan lain yang lebih realistik di sebalik kejadian ini"
APA PULA KATA ANDA????

Thursday, December 18, 2008

Al Fatihah Buat Nasir P Pamlee




Saya dengar berita pada hari semalam (17 Dis 2008) , Nasir P Ramlee, satu-satunya anak kandung seniman Agung Allayarham P Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada usia 55 tahun kerana sakit jantung.

Kematian memang perkara yang wajib bagi setiap yang bernyawa.

Kebetulan, sewaktu berita ini saya dengar, saya sedang membaca buku yang beliau tulis iaitu "Bapaku P Ramlee"

jadi, secara tidak langsung saya terbayangkan perjalanan hidup Nasir dan bapanya melalui kisah yang beliau tulis dalam bukunya

Kisah kehidupan awalnya, kisah remajanya dan lain-lain

Moga Allah Mencucuri rahmat ke atas rohnya
Al Fatihah

Wednesday, December 17, 2008

Kecoh-Kecoh


Kebelakangan ini, dalam media samada bercetak mahupun elektronik sibuk memaparkan kisah Angkasawan Negara (Dr Sheikh Muzafar) yang kononnya mengumpul kekayaan dari program ceramah dan motivasi yang beliau hadiri

Malah, ada yang menggagarkan beliau mengumpul lebih sejuta ringgit (RM 1 000 000 ) hasil dari program-program tersebut. malah menteri yang berkaitan , Dr Maximus Ongkili meminta Dr Sheikh Muzafar untuk memberi keterangan bela diri.

pada pandangan aku, apa nak kecoh-kecoh
baru satu juta dia kutip

Kerajaan habiskan RM 600 juta
rakyat bising
tapi kerajaan buat bodoh je

atau mungkin sebab dia tak share dengan kerajaan ke yang buat kerajaan marah?
siapa tahu

kerajaan berhabis 600 juta untuk dia melancong ke angkasa
dan buat eksperimen yang mengarut

dalam ertikata lain, kerajaan yang buatkan dia terkenal, jadi biarlah dia kutip hasil dari 'keterkenalannya' itu

lebih baik dia sebab dia benar-benar ke angkasa, sama ada sebagai pelancong atau saintis itu kisah lain
yang penting dia ke angkasa

dan dia tidak menipu

pandangan aku

dia lebih baik daripada Dr 'fraud' Fazley yang mengaut duit dari ceramah motivasinya sedangkan gelaran 'Dr' nya itu tak pernah beliau jelaskan

kesian budak-budak sekolah, habis tertipu dengan gelarannya, lebih kasihan, cikgu-cikgu sekolah yang menjemput fazley...(kasihan sebab 'tak berapa cerdik')

hahahahaha




Kenapa Bro ?


Aduhai bro..
kenapa selama ini bila aku beritahu kau tentang sukan
sering kau gelengkan kepala mu
sering kau sumbatkan telinga ku dengan beribu-ribu alasan
yang mewajarkan kau untuk tidak menyertai kami

hari ini
kenapa bro?
tiba-tiba kau bersurah tentang kepentingan bersukan

kenapa tiba-tiba
kau sibuk dengan aktiviti yang tidak pernah kau sertai sejak setahun lalu

kenapa bro?
kenapa bro?

Tuesday, December 16, 2008

Kata Orang...

Foto: Sekadar gambar Hiasan

kata orang:

"life is like playground, you have to play well, otherwise you loose the game"
ramai yang aku temui kata bahawa kejayaan yang mereka kecapi itu 99% berpunca dari usaha, hanya 1% sahaja daripada nasib mereka.

aku berfikir-fikir

perjalanan yang panjang ini akan bermula
adakah aku akan fokus kepada 99% itu
atau
hanya menyerah sahaja kepada yang berbaki 1% tersebut??

Friday, December 12, 2008

Demi Masa -Untuk Aku Yang Sering Lupa !!!

kebelakangan ini bait-bait dalam lagu ini terngiang-ngiang di telinga aku...
mungkin kerana mengenangkan perjalanan yang telah dilalui
juga yang bakal dilalui nanti...




Ingat lima perkara, sebelum lima perkara

SIHAT SEBELUM SAKIT,
MUDA SEBELUM TUA,
KAYA SEBELUM MISKIN,
LAPANG SEBELUM SEMPIT
HIDUP SEBELUM MATI.....



hari ini aku Alhamdulillah sihat,
esok lusa belum tahu lagi...

Tahun-tahun yang lepas aku muda...
Kini, aku mula meninggalkan usia muda tu

Mungkin aku tidak pernah menjadi kaya...
tapi Alhamdulillah aku ada kerja dan pendapatan
Esok- Lusa ??
Wallahualam

Sebelum ini ada masa banyak aku lapang...
(namun..bila difikirkan apa yang aku buat semasa masa lapang tersebut??)
namun hari ini
masa sempit dah tiba
masa lapang dah lama berlalu....

hari ini aku masih bernyawa di Bumi Allah ini...
esok-lusa wallahuam



20 Sahaja

20 memang tidak banyak
Pernah aku terbayang bahawa dalam masa Lapan jam, 20 ini akan selesai
tetapi
hakikatnya lain,
20 ini membuatkan kepala aku pusing selama hampir dua hari..

ada lagi 180 yang menanti...

Wallahualam

Yakin Boleh ...

Saya percaya pada keyakinan dan usaha..
siapa sangka, 12 tahun lalu saya pernah gagal (sebahagian) dari kursus
hari ini saya merupakan orang yang diamanahkan untuk 'memeriksa' kursus tersebut...

Monday, December 01, 2008

Jgn Kita Lupa

Catatan Perjalanan: Patin Muncung

Sedikit Informasi Tentang Ikan Patin:

Temerloh adalah lebih dikenali sebagai Bandar Ikan Patin. Nama Temerloh juga adalah sama nama dengan nama daerahnya. Temerloh terletak kira-kira 163 kaki dari paras laut dan mempunyai latitud 327 disebelah utara dan 102 26 di sebelah selatan. Ia terletak lebih kurang 130km dari Kuala Lumpur. Ianya terletak diantara petemuan Sungai Pahang dan juga Sungai Semantan. Ianya juga adalah terletak ditengah-tengah laluan Kuantan – Kuala Lumpur. Temerloh juga adalah Bandar kedua terbesar di Negeri Pahang Darul Makmur ini.

Ikan patin atau lebih dikenali Patin Sangkar atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi. Terdapat berbagai jenis patin seperti Patin Muncung, Patin Buah, Patin Lawang, Patin Mas (kacukan buah & patin muncung), Patin Juara dan sebagainya.

Seketul Ikan Patin Sangkar Masak Gulai Tempoyak adalah dijual dalam harga RM5 hingga RM9 seketul. Bagi seketul Ikan Patin Muncung, Patin Juara atau sebagainya jika dimasak gulai tempoyak, harganya boleh mencecah sehingga RM100 seketul. Ini kerana Ikan Patin Muncung, Patin Buah, Patin Juara sukar ditangkap kerana ianya banyak terdapat di Sungai Pahang. Harga pasaran bagi ikan tersebut adalah diantara RM50 hingga RM220 sekilogram. Oleh itu, jika anda ingin makan ikan Patin tanyalah terlebih dahulu sama ada ianya Ikan Patin Sangkar atau sebaliknya.

Maklumat lanjut tentang Temerloh dan Ikan Patinnya yang tersohor anda boleh klik di sini (http://www.patin.temerloh.net.my/news.php)



Petikan Utusan Online:
ARKIB : 19/09/2008

Dua ekor ikan patin berharga RM630

JERANTUT 18 Sept. - Seorang nelayan, Adenan Nipah, 54, dari Kampung Tempan dekat sini, memperoleh pendapatan berbaloi apabila dua ekor ikan patin muncung terkena jaring yang dipasang di Sungai Tembeling, berhampiran kampung itu pagi ini.


Kedua-dua ekor ikan patin seberat sembilan kilogram itu berjaya dijual dengan harga RM630 kepada pengusaha restoran sebuah resort di Kuala Tahan dekat sini hari ini.


Menurut Adenan, dia tidak menjangka jaring yang dipasangnya malam tadi berjaya memerangkap ikan patin muncung iaitu antara jenis patin yang termahal di pasaran.


''Mungkin ini rezeki bulan Ramadan. Sebelum ini saya jarang dapat menangkap ikan patin yang agak besar dan dari jenis seperti ini," katanya kepada Utusan Malaysia.


Bapa kepada sembilan orang anak itu berkata, dia amat berhati-hati ketika mengangkat jaring berkenaan bagi menggelakkan ikan yang berjaya ditangkapnya itu terlepas.


''Wang jualan ikan patin ini dapatlah saya menampung belanja keperluan membeli pakaian anak-anak dan buat kuih-muih untuk Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi," katanya yang telah menjadi nelayan sejak 40 tahun lalu.


Kata Adenan, isi ikan patin muncung sangat enak dimakan apabila dimasak asam tempoyak, iaitu makanan tradisional negeri Pahang khususnya ketika berbuka puasa.



Kalau dah namanya rezeki (setidak-tidaknya rezeki melihat ia ditangkap dan dijual secara 'live' )

Foto: Patin Muncung

Lokasi: Pekan Sehari, Temerloh
Tarikh: 30 November 2008
Masa: 8.30 am-9.30 am

Anda pernah tengok ikan patin?
Andah pernah merasai keenakannya?

Tanyalah pada orang Temerloh tentang patin tanyakan tentang rasanya.

Kemudian, jangan lupa tanyakan juga tentang patin jenis apa yang amat sukar ditemui (rare species) dan harganya sekali.

Tentu 'Patin Muncung' adalah jawapannya.

Jika patin yang diternak (lebih dikenali dengan mana patin sangkar berharga anggaran RM 10-12 se kg) patin muncung pula berharga lebih dari RM 200 sekg

Amacam?
ada berani??

Kata abg ikan di Pekan sehari (Temerloh), patin muncung mempunyai dua ciri yang berbeza dengan patin dari jenis lain iaitu:

1) Mulut yang lebih kecil
2) Mempunyai 2 urat janggut
3) Warnanya yang keemas-emasan (Perhatikan Foto di bawah dengan Teliti)

Foto: Ciri-Ciri Ketara Patin Muncung

Perbezaan ini memang amat ketara apabila kita mengamati patin muncung ini dengan teliti.

dari segi rasanya?

Kata orang ia lebih sedap (padan dengan harganya yang melebihi RM 200 sekg seperti yang diberitahu), namun hakikatnya belum 'standard' aku untuk merasanya, dapat tengok dan pegang pun sudah memadai kerana bukan semua orang berpeluang melihat patin jenis ini di depan mata...

Patin Muncung yang berjaya dinaikkan pada hari itu seberat 3 kg, setelah dibuang perut dan di bersihkan beratnya ialah 2.8 kg

Harganya seperti diberitahu kepada aku ialah RM 280 se kg. jadi harga jualan patin ini pada hari tersebut ialah RM 784.

Lebih mahal dari harga seekor kambing,
Lebih mahal dari harga dua bahagian Korban kelompok (Aidil Adha)


Foto: Patin Muncung Yang Sama (dalam bekas kemudian dipindahkan ke atas akhbar)

Inilah rezeki Allah
Rezeki ke atas tiap-tiap hambanya yang berusaha...

Aku yakin, abg yang menangkap patin ini bersyukur kepada Allah atas rezeki yang telah dikurniakanNya pada hari tersebut

Aku juga bersyukur pada Allah kerana melihat sejenis ikan yang amat jarang dapat dilihat alaupun oleh warga Temerloh sendiri.....


Foto: Dapat Pegang dan Bergambar Pun Jadilah...


Penghargaan buat Pak Anjang kerana tanpa Telefon bimbit berkameranya sudah pasti foto-foto ini tidak akan dapat dirakamkan....


Sebuah Pertanyaan....

Mengapa masih tidur kala gendang perang sudah mula dipalu???
Andai kau tetap dengan lenamu,
aku pasti celaka juga yang pasti menimpa...

Tuesday, November 25, 2008

Telanjanglah !!!

Dipetik dari Utusan Online 25 Nov 2008

Jangan 'telanjangkan' Wanita UMNO - Halimah

JOHOR BAHRU 24 Nov. - Semua pihak diminta tidak 'menelanjangkan' Pergerakan Wanita UMNO dengan menyebarkan keburukan dan fitnah terhadap Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi menghangatkan lagi pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.

Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, persaingan sengit itu nanti dikhuatiri mewujudkan golongan yang berkempen secara agresif termasuk mengutuk, mengaibkan dan menggunakan media massa bagi memastikan pemimpin yang disokong menang.

"Hentikanlah perangai buruk seperti itu sebaliknya pertandingan mestilah berasaskan keyakinan dan keikhlasan untuk memperjuangkan nasib Melayu," katanya yang juga Exco Wanita UMNO itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Halimah mengulas keputusan Rafidah yang merupakan Ketua Wanita UMNO dan juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar untuk mempertahankan jawatan itu selepas Naibnya, Shahrizat mengumumkan akan bertanding jawatan nombor satu sayap itu.

Halimah mendedahkan, golongan tersebut akan bertindak seolah-olah kumpulan pendesak yang memberi tekanan kepada Rafidah dan Shahrizat bagi menghangatkan lagi pertandingan hingga memalukan sayap wanita itu.

Justeru, katanya, perdebatan mengenai pertandingan itu perlu dihentikan kerana semua anggota dan perwakilan sayap sudah matang untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak bagi menerajui Wanita UMNO yang menjadi tulang belakang UMNO


Awwww...tak rela i. apa nie nak 'telanjang-telanjang' tak baik tau

mmmm

tapi ok gak kalau you all nak 'telanjang', 'kena telanjang' dan 'ditelanjangkan' kerana dapat juga kami tengok dan dengar semuanya walaupun kamu semua dah tahu yang pasti wujud dari 'telanjang-menelanjang' ini pastinya hodoh, busuk, jijik dan yang seangkatan dengannya...

oleh itu, 'telanjang' jangan tak 'telanjang'

Video Ehsan Malaysianews

Antara Dua Dekad

Foto: Sekadar Hiasan Sahaja

Nov 2008
Kata Adik Ipan pada umminya, dia hendak naik bas ke bandar esok kerana sepanjang usianya, dia tidak pernah menaiki bas untuk ke mana-mana.

Nov 1988
Aku kata pada kawan-kawan, hari ini sangat suka hati, kerana pagi ini aku akan menaiki kereta buat kali pertama untuk ke Air Terjun Sagil di Tangkak Johor....sebelum ini aku dan keluarga hanya menaiki bas untuk ke mana-mana

Apa pula kata anda ???

Monday, November 24, 2008

I Have A Dream

Dalam kehidupan seharian, kita menyasarkan pelbagai impian untuk kita capai. Ada yang berimpian untuk menjadi kaya, hidup bahagia, sihat sejahtera dan macam-macam.

Hakikatnya, bukan semua impian yang diinginkan itu boleh dicapai dengan mudah. Segalanya terhasil dari tekad dan usaha yang kuat. Namun demikian, tidak salah kita mempunyai impian, kerana impian tersebutlah yang akan memotivasikan kita untuk mencari seribu jalan untuk mencapainya....

Tetapkan impian anda dan berusahalah untuk mencapainya...InsyaAllah ia pasti milik kita..

Lagu ini mengingatkan saya kenangan 8 tahun lalu ketika masih mencari arah tujuan hidup. Saya dan rakan-rakan sama-sama nyanyikan lagu ini dengan harapan semangat yang membara akan muncul dan impian akan berjaya direalisasikan pada hari-hari mendatang. Itu kenangan silam.

Hari ini saya masih mempunyai impian untuk dicapai...cuma impian tersebut berbeza dengan impian yang saya tetapkan 8 tahun yang lalu.



I Have A Dream

I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail

I believe in angels
Something good in everything I see

I believe in angels
When I know the time is right for me
Ill cross the stream - I have a dream

I have a dream, a fantasy
To help me through reality
And my destination makes it worth the while
Pushing through the darkness still another mile

I believe in angels
Something good in everything I see

I believe in angels
When I know the time is right for me

Ill cross the stream - I have a dream
Ill cross the stream - I have a dream

I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything

If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail

I believe in angels
Something good in everything I see

I believe in angels
When I know the time is right for me

Ill cross the stream - I have a dream
Ill cross the stream - I have a dream


Impian Yang Tak Kesampaian..



"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari Rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir"
(Yusuf:87)

"...dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar"
(Al-Anfaal:46)

Friday, November 21, 2008

CSI Miami

Anda peminat siri Crime Scene Invertigation (CSI) ?

sebuah siri berbentuk penyiasatan jenayah yang pernah cuba ditiru oleh sebuah stesyen TV tempatan (tapi produk tempatan amat melucukan)

Ada 3 iaitu CSI Miami, CSI Vegas dan CSI New York

Setiap watak ada identiti yg tersendiri samada Horatio Caine (Miami), Mac Taylor (NY) mahupun Gil Grissom (Vegas)

Kalau anda peminat setia CSI Miami, minggu yang baru lepas (19 nov, Rabu di Astro AXN) adalah episod terakhir siri 6. Dalam episod ini horatio caine telah ditembak. Adakah beliau mati?

kerana tak sabar, aku cuba cari di internet dan inilah hasilnya...

sama-sama kita tonton:








mana bahagian seterusnya?
Korang semua carilah sendiri di internet
aku pun hanya dapat yang ini sahaja di youtube
selebihnya carilah guna torrent ke ares ke
pandai-pandailah

Wednesday, November 19, 2008

Kata Kambeng !!!

Lepas ni kita semua kerja overtime hahahahaha
masuk 6 pagi, balik selepas jam 12 malam
kenapa?
sebab nak dapat tol diskaun
kenapa pulak diskaun hanya selepas pukul 12 malam hingga 6 pagi??
tanya lah pak menteri
jangan hanya angguk-angguk dan geleng-geleng sahaja

Tuesday, November 18, 2008

Ini Jalan Yang Kau Pilih


Ini jalan yang kau pilih..
setelah sekian lama
kita semua gembira
tiba-tiba nekad kau dengan jalan ini

bukan sedikit air mata menitis

namun kau tetap engkau
mata telah buta
telinga telah tuli
hati telah keras
jiwa sudah kosong

kau lupa pada semua

apa sebenarnya yang kau cari?
apa sebenarnya yang kau mahu?

apa benar jalan dihadapan terang untuk mu?
atau...
ia jalan kecelakaan buatmu

pergilah
ini keputusan mu
pergilah ini mahu mu
kerana sudah aku tegaskan
ini jalan yang kau pilih...

Untuk Empat Minggu Ini

Wednesday, November 12, 2008

Kata Kambeng !!!




Apa jawapan anda?

Dalam era kapitalisme, zaman orang melayu sarapan pagi mencecah RM 50 seorang di Coffee House, di zaman orang Melayu gila nak kawin dengan Artis dengan hantaran berpuluh-puluh ribu ringgit, di zaman orang melayu yang sarapan pagi di KL, makan tengahari di Jakarta dan Dinner di Singapura,...ramai lagi Melayu yang berpendapatan bawah RM 1000.00. Walaupun dari segi hakikatnya ia di atas 'garis kemiskinan'. Namun relatifnya tidak. Cuba kita sama-sama bayangkan duduk di Kota Metropolitan Kuala Lumpur yang serba serbinya perlu dibayar dengan pendapatan sebegini...

nah...jurang kemiskinan makin melebar, Dasar untuk menyamaratakan pendapatan jelas hanya berjaya pada orang-orang tertentu sahaja...

Apa jawapan anda???

Wednesday, November 05, 2008

Berita Lucu Hari Ini..

Petikan dari Utusan Malaysia Online:

Papan tanda: GGMM saman kerajaan P. Pinang


PROTES... Sebahagian ahli Gabungan Graduan Melayu Muda mengadakan demonstrasi selepas saman difailkan terhadap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan kerajaan negeri berhubung isu papan tanda pelbagai bahasa di Georgetown, semalam.


PULAU PINANG 4 Nov. – Ahli Exco Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Nik Rizman Sapian hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung tindakannya meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memasang papan tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.


Nik Rizman yang juga seorang akauntan memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Sahrihan & Hamdan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.


Beliau yang bertindak sebagai plaintif menamakan MPPP sebagai defendan pertama manakala kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.


Nik Rizman menuntut deklarasi mahkamah bahawa tindakan defendan kedua meluluskan permohonan defendan pertama untuk memasang tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan Georgetown adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.


Beliau juga menuntut injunksi bagi menghalang defendan pertama atau wakilnya daripada memasang papan tanda tersebut.


Mengikut pernyataan tuntutan, Nik Rizman mendakwa sebagai seorang warganegara, beliau bertanggungjawab untuk memelihara dan mempertahankan setiap peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.


Dakwa plaintif, selepas membaca laporan akhbar, laman web dan blok mengenai perkara itu, beliau merasa amat terganggu dan tersinggung dengan permohonan yang dibuat oleh defendan pertama dan dengan keputusan yang dibuat oleh defendan kedua.


Kata plaintif, keputusan tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Plaintif pada 30 Oktober lalu telah menghantar notis tuntutan kepada defendan-defendan berkenaan menuntut agar membatalkan keputusan untuk memasang papan tanda tersebut.


Bagaimanapun, defendan-defendan didakwa telah mengabaikan tuntutan yang dibuat itu.


Sehubungan itu, plaintif menuntut supaya injunksi bagi menghalang defendan pertama atau wakilnya daripada memasang papan tanda berkenaan, selain kos dan lain-lain relif yang sesuai oleh mahkamah.


Sementara itu, Pengerusi GGMM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, gabungan yang terdiri daripada golongan profesional itu memfailkan saman kerana kerajaan Pulau Pinang seolah-olah tidak menghormati bahasa Melayu.


‘‘Selepas mengkaji dari semua aspek, kami mendapati peluang adalah sama rata. Justeru, tidak ada salahnya mencuba kerana ia lebih baik daripada hanya melaung-laungkan perasaan tidak puas hati tetapi tidak berbuat apa-apa,” katanya kepada pemberita.


Beliau berkata, tindakan mereka itu untuk menunjukkan bahawa perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan terutama membabitkan kaum Melayu tidak boleh sesekali dicabar.


Katanya, gabungan itu melambangkan bahawa golongan Melayu muda tidak akan berdiam diri dan akan mencabar sesiapa saja di mahkamah.


‘‘Inilah generasi Melayu baru yang akan mempertahankan hak yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Jadi, jangan sesekali mencabar kaum Melayu dan perlembagaan,” katanya.


Seramai 200 ahli GGMM dari beberapa negeri termasuk Johor, Perak dan Selangor berkumpul di Padang Kota Lama, sebelum berarak kira-kira 200 meter ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.