"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, January 03, 2006

Selamat Tinggal Negeri Bersejarah

Minggu lepas, Pak Kebun terima sepucuk surat yang dihantar dari sebuah Institusi yang sememangnya ditunggu-tunggu kehadirannya...surat yang menyatakan bahawa Pak Kebun telah diterima bekerja di sebuah Institusi Kerajaan di Utara tanah air. Alhamdulillah ..akhirnya detik ini tiba juga
Minggu lepas juga..notis di hantar bersama-sama surat cuti untuk Pak Kebun menghabiskan cuti yang berbaki sebelum mula bertugas di tempat baru.....Sebenarnya, cuti pun bukanlah bermaksud dapat berehat-rehat di rumah..banyak urusan yang perlu diselesaikan. Medical check, foto terbaru, Surat Sumpah dan borang-borang yang pelbagai jenis dan warna yang perlu dipenuhkan.
Isu yang paling besar yang memeningkan kepala Pak Kebun ialah "penginapan"..sehingga hari ini masih tak dapat lagi rumah untuk dijadikan penginapan.
Isu kos perpindahan tak perlu cerita lagi ..yang pasti akan memakan entah berapa ribu agaknya....
Namun..semuanya kena Pak Kebun teruskan kerana hakikatnya Pak kebun dah tak larat kerja kat sini lagi...
Tiga tahun lalu.. semasa mula-mula masuk firma ini, semangat memang membara..namun setelah hampir 3 tahun..tiada apa-apa peningkatan ..Pak Kebun perlu cari alternatif untuk keluar..
Sambung belajar adalah alasan yang terbaik..namun setelah tinjauan dibuat..tiada dana untuk melanjutkan pengajian sehingga RMK 9 (April 2006 ) nanti. dan dalam keadaan kalut dan serabut ini..Alhamdulillah, Allah bukakan pintu buat Pak Kebun. Kerjaya yang memang Pak kebun idamkan selama ini... Pak Kebun pernah bekerja dalam bidang yang sama selama 3 tahun (2000-2003) namun rezeki pendek..akibat pelbagai alasan...Pak Kebun dipinggirkan
Jika diimbas kembali, tahun 2003-2005, Pak kebun kembali ke Negeri Bersejarah dengan harapan agar ada kejayaan di sini.namun sekali lagi Pak Kebun Hampa....
Alhamdulillah 2006 memberikan sinar......Walaupun jika dikira dari segi Usia Pak Kebun agak lewat berbanding dengan sahabat lain yang berada di sana namun syukur pada Allah atas kurniaan ini..
Esok..adalah hari terakhir Pak Kebun di Firma ini...segala pahit manis akan tersimpan dalam lipatan kenangan....
Februari...insyaAllah Pak kebun akan bertugas di tempat baru..moga ada kejayaan di sana
Entah bila agaknya Pak Kebun akan dapat mencatat semula dalam blog ini....
Selamat Tinggal Negeri Besejarah..Selamat Tinggal Sahabat
Selamat Tinggal "Rumpai Laut", Selamat Tinggal "Kari Mamak Longkang"
wassalam

Rumpai Laut:Jamming Terakhir 2005

Pada 31 Disember 2005, Kumpulan Rumpai Laut sekali lagi jamming. Jamming kali ini ialah yang terakhir bagi tahun 2005.
Antara lagu yang dimainkan ialah "Takkan Melupakanmu" - Radja, "Teratai"-Ramli Sarip dan "Seroja"-Search.
Aku masih menjadi pengikut, cuma kali ni aku tak jadi pemuzik seperti tempoh hari...cuma sekadar penonton sahaja.
Malam ini juga, Ubi dengan rasminya menukar nama kumpulan "Rumpai Laut" kepada yang lebih komersial iaitu "Firus"
juga, diserikan dengan pertambahan anggota baru sebagai Vokalis iaitu "Kambeng"
Ini juga mungkin merupakan jamming terakhir aku bersama kumpulan ini kerana insyaAllah aku akan berpindah keluar dari Negeri Bersejarah ini dalam tempoh yang terdekat....
Tiada lagi "Rumpai Laut" ...juga tiada lagi "Kari Mamak Longkang"
'Kambeng" Vokalis kumpulan "Rumpai Laut"
(Bukan Foto Sebenar)

Siapa Orang Asing Itu Shahrizat?

Sukarnya pemerintah nak selesaikan isu peniagan di Petaling Street …..

Dalam Akhbar Utusan Malaysia (Sabtu 31 Disember 2005), Pemangku Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam kenyataan akhbarnya menyatakan bahawa melalui penyelidikan pihak Kementerian, golongan peniaga yang dikatakan “samseng” di kawasan Petaling Street ialah “Orang Asing”

Pak Kebun ada beberapa persoalan yang masih mampu dileraikan oleh kenyataan Shahrizat itu:
1)Siapa “Orang Asing” yang dimaksudkan dan apakah tindakan yang diambil oleh mereka?
2)Bila kajian dijalankan untuk mengenalpasti masalah tersebut kerana umum mengetahui isu ini telah lama berlaku Cuma bau dihebahkan sahaja

Walauapapun, itulah realiti pemimpin kita, sering cuba mengalihkan perhatian apabila timbul satu-satu isu. Macam-macam alasan yang dikeluarkan.. Sama macam isu-isu lain sebelum ini…..