"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, March 26, 2010

hehehe

Tengku Muhammad Faris Tenang Biarpun Ada Cubaan Rampas Kuasa

KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra tenang dan mampu tersenyum walaupun dalam keadaan kemelut cubaan "merampas kuasa" melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan.

Baginda yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada 6 petang tadi dari Singapura, mampu melemparkan senyuman dan lambaian kepada rakyat dengan disambut pembesar Istana serta beberapa anggota exco Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.

Sewaktu berjalan menuju ke kenderaan rasminya, baginda dihampiri para wartawan yang ingin bertanyakan reaksi baginda mengenai pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud bahawa Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Hamzah telah mendakwa Sultan Kelantan melantik beliau sebagai Pemangku Raja yang baru menggantikan baginda berkuat kuasa serta merta.

Tengku Muhammad Faris Petra hanya sempat menjawab sambil berjalan: "Tokleh (tidak boleh),Tokleh (tidak boleh), nanti biar sudah. Ginilah kirim salam kat semua orang," katanya dengan tersenyum dan berlalu menaiki kenderaan baginda.

Laporan awal semalam menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta. Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama,Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berkata, pengumuman Wan Hashim semalam mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.

"Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu," katanya dalam sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, Tengku Abdul Aziz, abang kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

Mohd Aiseri berkata, oleh kerana Tengku Muhammad Faris Petra dilantik ekoran Sultan Kelantan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua, maka Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.

Pada sidang media yang sama, Ahmad berkata, pendirian kerajaan negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.

"Kita tetap dengan undang-undang dalam Perlembagaan. Apapun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan," katanya.

Beliau berkata, perkara itu tidak perlu lagi dibincangkan dan tidak perlu dilakukan pindaan perlembagaan serta tidak perlu diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.

Ahmad berkata, sebagai usaha kerajaan negeri menghentikan kemelut Istana, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Wan Hashim berhubung mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja. - BERNAMA



Tuesday, March 23, 2010

Bersedia...


Setuju atau tidak
suka atau tidak
perjalanan dan perjuangan
perlu diteruskan

apa halangan
apa dugaan
apa cabaran

masa tiap hari berlalu
lambat
leka
lesu
ia pasti berlalu sia-sia

bersedia
dengan ketabahan
kerana yang kebiasaan akan ditinggalkan
yang 'tidak biasa' akan diamalkan

lupakan dunia global
lupakan isu semasa

bersedia
bersedia
bersedia..
untuk hidup di dalam 'gua'....


Monday, March 22, 2010

SeSAL..


Yang lepas
tak pernah aku sesali...
Namun
yang sedang berlalu ini
Entah kenapa
Sering
Sesal dan pilu menyucuk hati.....

Tertangguh atau Sengaja Bertangguh ?



Banyaknya yang tak selesai

Bab 3 ada yang belum selesai

Bab 4 banyak yang belum selesai


Menunggu 2 penerbitan yang entah bila akan selesai agaknya....


3 yang utama masih tidak selesai

2 sudah bermula

1 hanya ada di minda...


Apa lagi beban?

Apa lagi alasan?


Tertangguh atau sengaja bertangguh?


Lihatlah wajahmu dicermin

adakah ia masih sama

Lihatlah wajahmu di air,

Retakkah ia atau sempurna..


Demi masa......

Sesunggunya manusia itu dalam kerugian......

Mac


Mac hanya ada 10 hari sahaja lagi....nampaknya aku gagal capai sasaran kali ini..pasti aku akan diterajang oleh mahaguru....

Senyum



Entah kenapa...sejak dapat bersembang dengan rakan lama di facebook aku sentiasa tersenyum..tersenyum..dan tersenyum....

Pada ada senyum itu tanda ‘kemenangan’ pada hari ini...

Esok belum tahu, cuma khuatir aku tak mampu senyum lagi...

Bulan Jun


Lambatnya menanti Jun...
Pelik juga.
Sebelum ini aku pernah juga kerja dengan agensi yang melaksanakan pembangunan.

Biasanya, setelah semua fasiliti dan utiliti seperti bekalan air, elektrik dan telefon mampu disedikan oleh pihak pembekal barulah satu-satu pembangunan itu dibenarkan untuk dilaksanakan.

Namun yang berlaku ini lain pulak senarionya...

Ramai dah duduk, ramai dah mohon namun perkhidmatan hanya dijadualkan berjalan pada bulan Jun...itupun kalau tiada apa-apa alasan dari pembekal....

Jun...lambatnya....macam hidup dalam gua batu lah gamaknya.....

Selesai


Syukur..segalanya telah selesai.Moga 11 hari yang berlalu itu hakikatnya membawa satu perubahan yang baik...InsyaAllah

Thursday, March 18, 2010

Mac...

baru hari ini dapat buka notebook
semak kerja yang lepas...
tarikh akhir aku update penulisan ialah pada 10 mac
hari ini dah 18 mac
means dah 8 hari tak buat apa2

hari ini juga tak buat apa-apa
lesa dan lupa apa yang sepatutnya aku buat

esok?

kena buat
bukan masa untuk jalan melambai-lambai
kerana mac sudah hampir ke hujungnya dan
kini aku sudah jauh dari sasaran....

Friday, March 12, 2010

bosan..

letih , penat, bosan, lesu dan tepu
semuanya datang bertimpa-timpa
sudah seminggu
masih juga tak berlalu..

habuk dan debu
tiap hari masuk ke hidung ku..

aku bosan

harap hanya lagi seminggu
untuk ku atur langkah yang baru....

Monday, March 08, 2010

Panas...


Ketika kepanasan ini..
ketika kepenatan akibat terkejar-kejar ini...
aku terbayang...
nyamannya kalau dapat minum 'ais krim soda' kedai Uncle Black.....

Terkejar-kejar..

Penat, letih, lesu
semuanya terkejar-kejar
masa amat mencemburui...
Mac sudah menjelang
kesibukan datang tanpa diundang

teringat kata 'bos kecil'
selesaikan yang terkejar-kejar itu dahulu
kemudian fokus pada yang sepatutnya...

terima kasih ....

Friday, March 05, 2010

Quote of The Day...

"Berjuang Sudah Pasti...Menyerah Tidak Sekali..."

Thursday, March 04, 2010

Kenapa Bro?

KENAPA BRO ?
(BUAT SAHABAT YANG PERNAH MENGHILANG SEDEKAD YANG LALU DAN KINI TIBA-TIBA MUNCUL MENCARIKU....)

Kenapa Bro?
Setelah sepuluh tahun kau hilang
hilang bersama janji
hilang bersama kenangan

hari ini kau muncul
memburu ku
di facebook

memburuku
di emel


dengan gaya yang mesra
Lantas...
meminta no telefon bimbit ku


kenapa bro
sebegini lama kau menghilang
tiba-tiba kau muncul
katamu kau mencariku di desa
kata mu kau hendak bertemu dengan ku

kenapa bro?
kau bikin aku keliru
sepuluh tahun kau hilang
tanpa ada apa-apa pesan
sedang sebelum itu
aku rakan mu

kita pernah sama-sama berjuang
pernah sama-sama dalam kesusahan
kala hidup di kota metropolitan itu...

kenapa hari ini kau muncul bro?
aku keliru
adakah kau jujur seperti sepuluh tahun yang lalu
(kala kau belum hilangkan diri)

atau
kau ada 'sesuatu' untukku?..

ah...kau bikin aku keliru bro
benar-benar kusut dan bercelaru...


Sahabat..

Sahabat,
Tingginya Langit..
Tinggi lagi ego mu

Dalamnya lautan
Dalam lagi ego di hati mu...

Sahabat...
kita hanya manusia...
usah kau lupa hakikat
bahawa manusia itu 'lemah' di sisiNya...

Monday, March 01, 2010

Mac


Januari dan februari telah berlalu
Mac kini muncul
moga konsistensi dipertingkatkan
ada yang hendak dicapai dalam bulan ini..

Tiada ruang untuk berduka
Tiada ruang untuk kecewa..