"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Sunday, October 17, 2010

BONus-bACA dAN fAHAMI....

Petikan Malaysia kini 22Sept 2010:
Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan.

civil servants government workers"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan.

"Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.

Petikan Malaysiakini 16 Okt 2010: 
Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.

Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.
Najib berkata memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.

"Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan...kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.

APA BARANG....
PRESIDEN CEUPACS HANYA SETAKAT  'MEMOHON' UNTUK BONUS DUA BULAN GAJI....
YANG LEBIH BAGUS 'WALAU BAGAIMANAPUN TERSERAH KEPADA KEBIJAKSANAAN KERAJAAN'....

PERKARA PERTAMA YANG BERMAIN DI KEPALA HOTAK AKU IALAH KENAPA CEUPACS HANYA 'MEMOHON' DAN BUKANNYA 'MENDESAK'

MAKA AKU RUJUKLAH KAMUS DEWAN

memohon:  meminta (lebih halus)
mendesak: meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh
KAH-KAH-KAH PATUTLAH KERAJAAN GUNAKAN 'KEBIJAKSANAANNYA'.....

KALAU ASYIK MEMOHON SAMPAI MAMPUS PUN KAKITANGAN AWAM TAK DAPAT BONUS.....








No comments: