"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Sunday, October 31, 2010

Melayu Bonsai

Gua tak tau sama ada lu orang setuju atau tidak dengan tukar tiub (hishamuddin rais). Tapi pada gua seorang ex UM, tukar tiub adalah 'Living Legend'...

Gua tak cakap apa yang dia kata dan apa yang dia tulis semua betul di sini peranan otak kita untuk fikir....Mana yang kita setuju dan mana yang kita tidak...itu hak masing-masing...

Satu perkara yang gua tak nafikan ialah peranan Tukar Tiub yang mengajar kita untuk melihat 'the other side' dalam politik malaysia...

Lua orang setuju atau tak setuju itu lu orang punya pasal....Gua tak paksa untuk ikut apa yang gua kata...

Ini komentar Tular Tiub yang berspektif  'Melayu Yang Dibonsaikan'

(Ehsan Malaysiakini)

Friday, October 29, 2010

COOL

Walau siapa Mamat yang nyanyi lagu ini, gua respek atas tributenya pada Arwah P Ramlee

Sesat Di Kuala Lumpur

Serius Beb !!!!



Tuesday, October 26, 2010

KL

Ari ni gua stress.Gila punya stress. Semuanya akibat Kracjie & Morgan (1970) sample size table. Berpinau mata gua kira guna formula yang diberi. Sampai ke awal pagi , gua masih kantoi nak kira formula untuk sampling gua. Gua dapat satu excell...ada formula, masalahnya tak boleh copy and paste pulak. Kena lock dengan dia punya owner...

Gua sudah mabuk. Kata mr Mustache, kalau gua komputer gua ni dah 'crash'. Minggu lepas gua mabuk pasal kira 'Logarithm'..minggu ni gua kena kira sample size guna formula yang sepanjang hidup gua baru first time gua jumpa....

Gua memang bebal Math...sebab itulah gaji gua tak pernah sampai ke hari gaji yang mendatang. Sebab gua bebal math gua tak dapat masuk Matriks..sebab gua bebal math gua masuk tingkatan 6 dan merelakan muka gua kene lempang untuk setahun setengah yang berikutnya.

Ari ni gua mmenag crash..gua dah dapat jawapan tapi gua tak tau mana formulanya. Kalau jumpa mahaguru, kompon gua kena 'tiaw'

gua sakit ati..
gua nak buat something yang lain dari kerja harian gua
esok gua nak pegi KL
lama gua tak pergi KL. Lama gua tak lepak Pustaka Peringan P Ramlee, 
lama gua tak pergi National Library
lama gua tak pergi Balai Seni Lukis Negara

Sejak gua tinggalkan KL tahun 2003 gua tak pernah sampai tempat2 tu lagi, padahal satu ketika dulu itulah tempat gua lepak bawak diri sorang-sorang

Otak gua dah tepu
gau rasa tempat-tempat tu memanggil gua
gua rasa gua kena ziarah tempat-tempat tu semua
kena
kena
kena....

Gua niat dalam hati....esok gua nak pegi KL dan ziarah tempat-tempat ni. Memang gua tau, tempat-tempat ni tak akan menemukan gua dengan formula yang gua carik 
tapi...apalah yang ada di kawasan kejiranan gua ni?

dan tiba2 lagu Alleycats terngiang-ngiang di kepala gua...

Ya...Gua akan Ke KL esok.....
hahahahahahaha





Monday, October 25, 2010

Puisi..

Gua peminat Puisi
gua tak kira..sapa kata mat cikai macam gua tak boleh minat puisi
gua tak perlu senaraikan buku-buku puisi yang pernah gua baca
gua tak perlu namakan pemuisi yang gua minat..


Pada gua puisi itu abstrak
Pada gua puisi itu 'luahan'
ia datang dari jiwa
sama ada jiwa yang tenang
mahupun jiwa yang memberontak


pada gua kalau  minat puisi
tak peerlu nak heboh-heboh
pada gua kalau minat puisi 
tak payah nak pecah-pecahkan rekod
dan paling penting
pada gua kalau minat puisi
tak perlulah 'menyundal' sebegini rupa....


kalau pensyarah buat kerja-kerja yang macam ni
agak-agaknya macam mana student dia orang?

no wonder gua dengar
kat Tanjong Malim tali leher dan Iron adalah barangan yang palig 'top' 
hahahaha
hahahaha
hahahaha



1Malaysia Sejuta Puisi catat rekod
Oleh Nazmi Yaakub
bnews@bharian.com.my
2010/10/25

PEMBACA puisi 1Malaysia Sejuta Puisi bergambar kenangan di Perpustakaan Negara Malaysia, semalam.
PEMBACA puisi 1Malaysia Sejuta Puisi bergambar kenangan di Perpustakaan Negara Malaysia, semalam.
Inisiatif Perpustakaan Negara, UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records


KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) menerusi pembacaan rangkap puisi 1Malaysia terbanyak sempena acara 1Malaysia Sejuta Puisi di sini, semalam.
Pada acara itu, 360 pembaca puisi pelbagai bangsa di kalangan kakitangan PNM, pensyarah dan pelajar UPSI, penyair, selebriti serta pengguna perpustakaan membacakan 10,118 rangkap puisi moden dan tradisional selama 34 jam 36 saat tanpa henti bermula sejak 12 tengah malam Sabtu lalu. 

Sijil itu disampaikan pegawai MBR, Zulhairi Md Zain kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Rothiah Omar di majlis penutup 1Malaysia Sejuta Puisi, semalam.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Penasihat PNM, Datuk Dr Halim Shafie; Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz serta Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu UPSI, Prof Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin.

Terdahulu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pemimpin, cendikiawan, sasterawan, budayawan, teknokrat, pelajar dan orang ramai perlu menggembleng tenaga dan akal fikiran untuk membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu mengungkapkan semua bidang ilmu termasuk ekonomi, politik, sosial, sains dan teknologi.

Katanya, dengan peruntukan RM200 juta untuk membangunkan industri kreatif pada 2011, beliau yakin sedikit sebanyak dapat membantu penggiat seni puisi untuk menjalankan program dan aktiviti merakyatkan seni budaya warisan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
“Antaranya memindahkan lebih banyak karya puisi untuk dijadikan filem dan lagu serta menerbitkan buku antologi puisi,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Rothiah di majlis itu.

Sementara itu, Raslin berkata, PNM akan melanjutkan waktu operasinya sehingga jam 9 malam khususnya pada hujung minggu mulai tahun depan, sekiranya kajian yang akan dijalankan mendapati ia bakal mendapat sambutan pengguna perpustakaan.

Katanya, PNM pernah melanjutkan waktu operasinya selama tiga bulan pada 2004, tetapi tidak meneruskannya kerana kurang mendapat sambutan orang ramai berbanding kos yang ditanggung.

“Bagaimanapun, dengan kesedaran rakyat terhadap ilmu dan budaya membaca yang semakin tinggi, kami bersedia untuk melanjutkan waktu operasinya sekurang-kurangnya pada musim peperiksaan,” katanya pada sidang media selepas majlis itu. 

Saturday, October 23, 2010

InSPiRA

Cakap terus teranglah ...gua bukan anti kereta nasional...Walaupun gua tak nafikan yang seringkali pembeli Proton di Malaysia diperbodohkan dengan harga yang lebih mahal di pasaran tempatan berserta spec yang berbeza antara kereta proton yang dijual di Malaysia dengan yang di jula di luar terutamanya di Eropah. Terus terang cakap gua bukan sokong proton sebab gua terpedaya dengan PROPAGANDA semangat partiotik dan juga semangat beli barang buatan Malaysia. Pada gua pegi mampus dengan propaganda...kita ada akal boleh pikir ada hak boleh memilih...

Gua suka proton sebab itu saja yang gua mampu beli..thats all...bukan sebab lain...gua rakyat marhaen yang tak mampu beli kereta import kerana dasar kerajaan yang tak memungkinkan gua memiliki kereta import. Bukan saja kereta yang ori import tapi kereta jenama import yang kilangnya kat Alor Gajah Melaka pun gua tak mampu pakai...

Salah satu kereta import yang gua minat ialah Mitshibushi Lancer...Gua penah la tebalkan muka berlagak macam orang kaya ke show room di bangsar ..dapat gak la tgk dan duduk merasa Mutshibishi Lancer. Then , masa gua ikut boss ke klang, gua berpeluang duduk dalam Lancer Evo yang ada di show room...Pergh..terasa gua kaya...Tapi gua yakin...dengan kerja sekarang gua memburuh sampai mampus sekali pun gua takkan mampu beli lancer evo...harganya sendiri mencecah RM 180 k....pergh,,,,,

So..bila kedengaran PROTON punya WAJA replacement model ada iras Lancer gua rasa minat (walaupun gua yakin gua tak mampu nak beli) tapi minat bukan kena bayar. Minat bukan kena beli. Gua minat bukan semestinya gua dapat/...so gua intip2 lah info tentang benda ni dininternet...

Dari blog arenakereta.com gua nampak mmg mantap model ni. Then gua pun pernah terserempak kereta ni sedang di test drive di area Ulu Selangor....Gua tak buat komen tentang kualiti..tapi dari indo dan gamba yang dipaparkan di media dan internet pada gua kereta ini sesuai untuk mereka yang sporty...(walaupun dah tua mcm gua)...Apa-apa hal  kita sama2 menunggu pelancaran rasmi..dan yang nyata kalau minat kumpul2lah duit sbb gua rasa kalau harga dalam RM 95 K (highest spec) bayaran bulan konfirm RM seribu ke atas selama 9 tahun...

Korang mampu korang beli...gua rasa gua tak mampu..oleh itu gua tetap setia pada wira tua gua yang umurnya separuh dari umur gua..walaupun gua tak pakai proton baru (yang dikhabarkan guna enjic MIVEC) gua tetap ada MIVEC walaupun ia hanay sticker yang gua tampal di kiri dan kanan pintu kereta gua... Apa nak kira..gua tak mampu tapi minat...tak mampu dapat enjin MIVEC..dapat sticker MIVEC pun gua rasa dah ok hahaha

Mari kita share beberapa link tentant INSPIRA yang gua dapat kutip di you tube...

INI MITSHUBISHI LANCER..

YANG LAIN-LAIN INI SEMUANYA INSPIRA....



DAN LAST SKALI TENTANG HITLER DAN INSPIRA...
(pakat gelak ramai-ramai hahahaha)






ManDoM..




Hari ini gua mandom gila-gila. Entah kenapa? gua pun tak tahu. Mungkin sebab dalam hati pagi-pagi tadi gua dah niat dalam hati untuk bercuti bersama-sama dengan warga Melaka yang meraikan pengistiharan Melaka sebagai Bandaraya Maju. Mungkin....kerana gua dah niat hendak cuti...bermakna gua cuti everything..kerja masih berlambak. Dua projek yang sedang gua buat masih takde progress.Even projek yang patut submit 31 Okt ni pun gua tak sentuh apa-apa. 

Gua percaya..apa yang belaku ini semuanya sebab gua dah niat dalam hati....
bila duduk aje dekat meja kerja..muka gua pasti akan tersembam
abis tu pemutus kata gua layan kuey teow wak kat medan sama mr mustache..

Petang gua mandom lagi...Gua dah mula tanya hati. gua kena buat sesuatu yang bermanfaat untuk hari ini
Gua on komputer dan entah macam mana gua terjumpa satu player yang boleh download subtittle untuk movee yang di tonton as long kita ada internet connection

Jadi gua tahu...pasti malam ni gua akan buat sesuatu yang bermanfaat

RESERVOIR DOGS & KAANTE (hahahaha)

kepada anda yang tak pernah dengar KAANTE gua tak kisah. tapi kalau anda tak pernah tau apa itu RESERVOIR DOGS...gua rasa terkilan. Gua yakin anda mesti mat skema. Pakai tie, rambut belah tepi, kasut kilat....

KAANTE adalah remake RESERVOIR DOGS dalam versi hindustan. Kalau RESERVOIR DOGS tu durasinya lebih kurang 1jam 40 minit, KAANTE pulak dekat 2 jam setengah.

Pada gua kedua-duanya kool....sebab plot dan pengkisahan yang sama (remake la katakan) 

gua tak nak komen tentang perkara-perkara lain..tapi apa yang gua nak kaitkan ialah apa yang belaku dalam hidup kita dengan kisah kedua-sua movee ini.

DTA (Dont Trust Anybody) pada gua itu yang nak di tonjolkan...sebab mgkin kita rasa kita rapat, kita baik dengan somebody tapi belum pasti dia ada feel yang sama terhadap kita...

apa-apalah..pada gua gua dah lakukan something yang berfaedah hari hi..menonton kedua-duanya. Memang dah lama gua idamkan nak tonton dan akhirnya terealisasi bila gua dapat software ini (bsplayer) . korang taip la kat google kalau nak softwarenya

Kalau korang dah tengok kedua-dua (atau at least salah satu movee) dan pandangan korang tak sama dengan gua...itu korang punya pasal..sebab apa yang gua cakap adalah pandangan gua . Dan gua bukan ahli politik yang akan paksa orang untuk percaya apa yang dia percaya...

maka selepas menonton dalam jam 4.00 gua berjanji pada diri gua sendiri bahawa esok dan hujung minggu ini gua akan pulun settlekan kerja-kerja yang tertunggak tu.....

Thursday, October 21, 2010

Bajet 2011

Dengar lepas tu fikir...
sokong atau tak sokong itu hak masing2

Gua masih Non Partisan....
Tapi gua suka Part ni...

Suda Tukar Ka?

Petikan Malaysiakini 20 Okt 2010

'Kemuliaan Melayu bukan Ketuanan Melayu'
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil mencadangkan konsep 'Ketuanan Melayu' digantikan dengan 'Kemuliaan Melayu' yang kini lebih relevan kepada masyarakat itu.

“Ketuanan Melayu mungkin sesuai suatu ketika dulu. Tetapi jika kita lihat keadaan politik hari ini, konsep yang perlu dihidupkan semula adalah Kemuliaan Melayu,” katanya.

Berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Shahrizat berkata konsep berkenaan mampu membantu Umno mendapatkan semula keyakinan dan intergritinya daripada rakyat.

“Jika ditinjau dengan teliti, ciri-ciri kemuliaan Melayu yang membawa kepada kemerdekaan dan memacu BN ke arah pencapaiannya hari ini,” katanya.

Shahrizat juga mengajak ahli pergerakan itu untuk memperjuangkan peranan yang lebih bermakna di dalam parti dan kerajaan.

Katanya, beliau dan anggota exco Wanita akan memperjuang dan menyediakan ''prasarana'' dan ''lebuh raya'' untuk wanita melonjak ke satu tahap kepimpinan yang membanggakan.

Beliau juga mahu melihat ada anggota pergerakan itu yang dapat menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri, pengerusi perhubungan negeri dan jawatan-jawatan tinggi dalam parti.

"Ia akan dijadikan warisan saya untuk Wanita Umno keseluruhannya pada zaman serba moden dan progresif ini," katanya disambut tepukan gemuruh dari para perwakilan pergerakan itu.

Shahrizat berkata jika Wanita Umno sudah bersiap sedia, dan BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-13, beliau percaya perkara itu tidak mustahil boleh berlaku di era kepimpinan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri seorang yang berwawasan yang mampu dan berani untuk mengupayakan wanita.

Wednesday, October 20, 2010

AKhirnya Dia Kembali Pada PenciptaNya

Hakikatnya aku tak sangat mengenali dia. Usia antara kami sangat jauh berbeza.Seingat aku, semasa aku kanak-kanak dia telah jadi orang muda dewasa yang lepak-lepak dan isap rokok di pondok gunting rambut Long Seman di kampung aku. Selain itu apa yang aku ketahui tentang dia selain dari dia adalah seorang pekerja kolar biru , dia adalah athlet kebanggaan kampung kami...

Ya...dia benar-benar seorang athlet dan acara yang sering dia sertai adalah larian jarak jauh (marathon). Aku berani cakap kerana beberapa kali aku saksikan dia merentasi jalan kampung kami dalam acara marathon. Dan aku antara orang yang bersorak kuat padanya....Namanya pula pelbagai, ada memangilnya sebagai Ajis, kadangkala dia di panggil Cikgu malah ada juga yang memanggilnya sebagai Maikel...Aku jangkakan, mungkin Ajis@Azis adalah nama sebenarnya.

Dia adalah 'simbol kedamaian dan perpaduan' kampung aku seperti mana 'Si Kuntom" dalam filem 'Man Laksa'...tenang-tenang mengayuh basikal , tenang-tenang lepak kat kedai kopi, tenang-tenang menyedut puntung rokok tanpa risau tentang politik, perkauman, kroni, rasuah, gejala sosial dan lain-lain kurap masyarakat hari ini....

Seperti yang aku katakan, aku tidak sangat mengenali dia....Sewaktu usiaku meningkat dewasa aku mula lihat dia semakin tidak normal. Dia mula berjogging di tengah hari, membuat aksi akrobatik di tengah-tengah jalan raya  dan merayau tak tentu hala pada waktu malam....

Maka, masa berjalan aku pon berubah dari remaja menjadi kanak-kanak. Dari melihat orang melepak kepada menyertai orang melepak dari pakai baju putih (sekolah) hingga ke pakai baju kotor (baju kerja), merantau ke KL-pulang ke Negeri Bersejarah-merantau ke Negeri Utara dan sesekali pulang ke kampung..

Dia tetap seperti masa lalu, dan semenjak aku bekerja dia pantang lihat aku ada di kampung. pasti aku akan 'di paunya'. tapi apa nak kesah setakat singgit dua lagipun di bukannya penah buli aku masa aku kanak-kanak...

Setiap kali aku dipaunya aku akan membebel padanya supaya jangan beli rokok (aku boleh berlagak kerana aku dah berenti rokok)..dan dia adalah dia hanya jawab dengan 'emm' sahaja....

Kali akhir aku jumpanya adalah pada hari raya yang lalu. Dia tetap dia, yang pasti akan mengepau bila tau aku ada kat kampung dan aku tetap aku yang pasti akan membebel tentang rokok yang dia suka hisap. Namun kali ini dia agak berbeza, basikalnya dah tiada (dia hanya berjalan kaki) dan dari khabar orang-orang kampung dia mula mencuri kasut (mungkin di jual pada seseorang untuk beli rokok)....

Selepas Aidilfitri, aku terima SMS...yang berbunyi 'Pak Long..dak Ajis dah Meninggal semalam'

Aku terkejut dan aku tanyakan sedikit berita dari kampung...nyata...beliau benar-benar meninggal dunia. SMS dari Mat Hakim bukan SMS lawak pasca aidilfitri. Aku diberi tahu dia meninggal kerana serangan jantung dan dia meninggal semasa tidur...

Itulah secebis kisah seorang sahabat yang 'jauh tapi dekat' dengan aku...

Tulisan ini merupakan satu tribute buat dia..walaupun mungkin para pembaca tidak mengenali aku dan dia. Namun andai ada kelapangan sedekahkanlah Al Fatihah pada rohnya, moga di ditempatkan dikalangan hamba Allah yang Soleh.....

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." (Ali Imran: 102)



Sunday, October 17, 2010

KONVO

Minggu ini satu IPT yang dekat dengan kediaman gua sedang berkonvo
datang jugaklah gua untuk melihat pesta-pestaan yang berlangsung tu
bergambar (memakai jubah), lambung2 topi adalah kelaziman...

entah kenapa hati gua bercampur baur
macam-macam perkara bermain dalam perasaan gua
ada persoalan -bila agaknya gua akan konvo lagi
ada gembira- teringat suasana konvo yang pernah gua alami dulu
dan paling pedih perasaan gua ada rasa feeling-terkenangkan kisah konvo yang dah 10 tahun berlalu

Gua tau, awek yang ada dalam kisah gua itu takkan baca blog ini
dia pun dah tak jadi awek pun
anak dia dah tiga
dai pon dah bahagia bersama laki dan anak2 dia
gua pon takde niat nak kacau rumah tangga dia

tapi kata orang puteh..
'memory are forever'

oleh kerana gua manusia..(aisey bro..HULK pun ada feeling kat pompuan)
dan ini adalah blog gua
maka gua coretkanlah perasaan gua hari ni...

dan buat 'dia' yang penah sama-sama konvo dengan gua
gua harap lu bahagia bersama suami lu selamanya...




BONus-bACA dAN fAHAMI....

Petikan Malaysia kini 22Sept 2010:
Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan.

civil servants government workers"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan.

"Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.

Petikan Malaysiakini 16 Okt 2010: 
Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.

Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.
Najib berkata memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.

"Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan...kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.

APA BARANG....
PRESIDEN CEUPACS HANYA SETAKAT  'MEMOHON' UNTUK BONUS DUA BULAN GAJI....
YANG LEBIH BAGUS 'WALAU BAGAIMANAPUN TERSERAH KEPADA KEBIJAKSANAAN KERAJAAN'....

PERKARA PERTAMA YANG BERMAIN DI KEPALA HOTAK AKU IALAH KENAPA CEUPACS HANYA 'MEMOHON' DAN BUKANNYA 'MENDESAK'

MAKA AKU RUJUKLAH KAMUS DEWAN

memohon:  meminta (lebih halus)
mendesak: meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh
KAH-KAH-KAH PATUTLAH KERAJAAN GUNAKAN 'KEBIJAKSANAANNYA'.....

KALAU ASYIK MEMOHON SAMPAI MAMPUS PUN KAKITANGAN AWAM TAK DAPAT BONUS.....








Saturday, October 16, 2010

Sistem penilaian k'tangan awam PTK dimansuh

Petikan Malaysiakini:
"...sejak PTK diperkenalkan pada 2002, kakitangan lama memang sukar untuk mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PTK berbanding kakitangan muda.

Mengikut sistem PTK, mereka yang lulus tahap empat layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat dan anjakan gaji manakala lulus tahap tiga layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat.

Ramai kakitangan lama yang berpengalaman, sukar menikmati kenaikan pangkat disebabkan lulus tahap tiga dan terpaksa bersaing dengan mereka yang lulus cemerlang tahap empat."


Statement ni gua paling setuju...memang macam celaka PTK. kerja satu kumpulan, tugasan satu kumpulan, buat mcm nak mampus tapi markah tak sama....
gua pon heran macam mama PTK boleh jadi kayu ukur untuk kecemerlangan seseorang
gua study mcm nak mampus....baca buku sepanjang hari....
markah gua 3
paling mcm celaka
langsung takde perincian tentang markah2 lain
yang ada hanya keputusan sahaja 3
pigi dah...
gua amik upsr, srp, spm, stpm even  masa gua kat U dulu pun masa dapat slip exam ada tertera markah setiap papaer yang gua amik dan rumusan keputusannya sekali

ini setakat rumusan sahaja

pegi mampus sama PTK (gua rasa termasuklah barua yang menguruskannya)

pijol dan kawan2 yang kecoh2 buat part time boleh pulak dapat 4...
ini macam cemerlang ke?

gua bosan dgn PTK...serius..... 

Bajet 2011

Kata Najib...."Kita bukan saudagar Mimpi"
pegi mampus la lu....
ada aku heran?
baca dan analisis baik2 bajet tu...
siapakah sebenarnya yang masih di pujuk untuk 'mimpi'
dan siapa pula 'saudagarnya' ?

Wednesday, October 13, 2010

Apa Lagi?

Semuanya sudah tersedia
mengapa kerap abaikan masa
yang berlalu pasti tak kembali lagi
berpuluh buku dan artikel menanti untuk di hadam
soal selidik menanti untuk di sudahi
semuanya sudah tersedia
ada di hadapan mata
masa kian singkat, rapat dan padat
pasti sesal jika tak berubah...

Monday, October 11, 2010

Setelah Lama rehat...

Lamo kito tak jumpo....
ayat paling menusuk:
"cerito pun takdo guno
kito jadi mangso,
kerjo bagai nak gilo...
orang lain yang kayo....."