"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, May 19, 2011

Nur Tuhan

Gua tujukan lagu ini untuk gua sendiri
yang sering keras kepada dan keras hati
yang sering terhijab dan sering lalai dalam menempuh hidup...

Untuk Gua yang sering lalai dan lupa.....

Wednesday, May 18, 2011

Video Pilihan Minggu Ini...

Pahlawan Jihad Malaysia...
(Gua tak tau benar atau tidak dia berjihad, tapi itu yg gua paham dari ucapan nya)

Nota: Sila jangan caci-maki gua sekiranya anda terasa membuang hampir 47 minit masa berharga anda untuk mendengar ucapan Penjihad ini....Gua tak paksa anda dengar, kalau anda tak nak dengar gua tak kisah, kalau anda dengar pun gua tak kisah..sebab ini blog gua, gua masukkan apa yang gua rasa gua nak masukkan.TQ

Ada JUgak Yang Tak Puas Hati....

Baru semalam gua tulis betapa gua rasa sesal sebab tak jadi guru
hari ini sudah ada keratan akhbar yang menyatakan bahawa manfaat yang kerajaan umumkan bukan untuk semua guru

apakah ini macam kes CEUPACS yang mana presiden bahalolnya hanya berjuang untuk kakitangan awam gred 40 ke bawah?


Gua rasa lebih kurang mcm tu lah sbb yang komplen banyak datang dari guru kecik, sedang yang mendapat banyak manfaat dari pengumuman ialah guru besar/pengetua/guru kanan...


so apa komen gua?
kalau ikut hati , mmg byak gua nak komen
tapi gua tak mahu komen 
pada gua apa yang penting ialah bersyukurlah sebab anda jadi guru...
kalo x puas hati sngat letak je jawtan..hahaha (gua pasti ramai yang marah dengan kenyataan gua)
babai.....

LEBIH 400 000 GURU BIASA KECEWA DIPINGGIRKAN
(malaysiakini.com 18/5/2011)
Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

lok yim pheng nutp sec gen 060905Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

education school science class 040405Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.
Ramai tak puas hati

Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

sekolah menengah high school girls uniform"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

the antidote article sarawak native logging school children 280409 01"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.

Tuesday, May 17, 2011

Gua Rasa Sesal

Gua rasa sesal
Kalaulah gua jadik cikgu
mungkin nasib gua lebih baik dari sekarang
mungkin gua boleh pencen pada Gred DG 54
atau paling tidak DG 52

Gua tak perlu perah otak teruk2
fikir tentang ontologi dan epistemologi
fikir tentng teori dan impilikasi dasar
gua tak perlu ber'ladang' dalam khutub khanah
gua tak perlu memerah otak dan keringat
untuk mencari penemuan, mencari ilmu baru dan menambah ilmu lama...

tapi apa gua bole kata
gua tak tahu apa akan jadi masa hadapan
dulu waktu sahabat ramai mohon guru gua sibuk sambung blaja
sekarang gua jugak ketinggalan..

apa pun gua ucap tahniah pada kerajaan yang sentiasa ada 'pembelaan' terhadap guru pada setiap hari guru
tahniah juga pada guru-guru sebab dapat pelbagai keistimewaan dari kerajaan
gua harap jangan jadi insan tak sedar diri sudah....
chowwww....

PM umum guru nikmati lima kaedah naik pangkat
(Malaysiakini.com)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

NONEDalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di Kuching, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

education high school girls 040405Najib berkata sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.
"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," kata Perdana Menteri.

Katanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.

NONEKaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya, katanya.

Beliau berkata pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Namun guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan, katanya.

Beliau berkata kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, katanya.

Beliau berkata manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan.

Najib berkata semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya.
- Bernama

Saturday, May 07, 2011

Sembang Gusti: 17 Tahun dan 5 Hari


Jika anda seorang wrestler, apakah matlamat anda?

pada gua, matlamat paling tinggi bagi seorang wrestler tentulah untuk menjadi 'World Heavyweight Champion'. Walaupun  ada tittle yang lain seperti TV Tittle, US Tittle, Light Heavyweight Tittle, Hardcore Tittle, European Tittle dan lain-lain namun kesemuanya masih rendah 'rank'nya berbanding dengan Heavyweight tittle. Biasanya Heavyweight tittle ini hanya disandang oleh seorang Main Eventer bagi satu-satu persekutuan gusti.

Dan sebut pasal persekutuan gusti, tentulah masa kini ramai yang mengatakan bahawa WWE adalah International Level dalam dunia gusti , oleh yg demikian tentulah Tittle Heavyweightnya lebih bernilai berbanding dengan persekutuan yang lain. 

Namun, adakah mudah untuk mencapai citat-cita tersebut (dalam konteks WWE)?

adakah dengan berbekalkan wrestling skills, mic skills, gimmick yang baik serta mampu 'draw' ramai penonton membuatkan anda boleh menjadi juara?

Pada gua, bagi WWE masa kini kesemua itu bukan penyebab.
Ramai yang bercakap tentang politik dalam gusti, dan paling kuat ialah dalam WWE.

Lalu timbul persoalan, kenapa ramai best wrestler ada di WWE?
jawapannya senang
'WWE gan give u Fat Money, compare to other federation'

Sebab itu Rock blah bila tau lakonan bawak lebih byk duit
sebab itu Kurt Angle blah ke WWE sbb cintanya pada gusti dan bukan sebab duit
Sebab itu Brock Lesnar blah ke MMA sebab dia lebih suka MMA walaupun incomenya lebih tinggi di WWE berbanding kini di UFC

Apa yang nak gua sembang kali ini ialah tentang nasib segelintir wrestler yg di underestimated oleh WWE hanya kerana tiada kekuatan politiking. 

Ini pernah berlaku pada Chris Benoit, yang menlalui pahit getir gusti selama berbelas tahun tetpai hanya sempat menjadi World Heavyweight Champion untuk tempoh yang singkat.

Manakala Randy Orton pula (generasi ke 3 di WWE) pula menjadi juara pada usianya yang ke 22 tahun.

Isnt it Ironic?

The Miz (Mike Mizanin) juga menjadi juara dalam tempoh yang singkat walaupun ramai yang mempertikaikan his wrestling ability. (Gua tak nafikan dia pernah ada di sirkit Indy, tapi hakikatnya dia bukan real indies wrestler seperti Brian Danielson-yang masih di underestimated di WWE)

Gua nak sembang pasal Christian (Christian Cage in TNA) . Member EDGE yang baru bersara. Nerbanding EDGE yang menjadi juara berkali-kali. Nasib Christian sangat Malang. Pada gua, dia ada personaliti, dia ada good mic skills dan dia ada pengikutnya yang tersendiri..namun dia antara penggusti yang paling di unterestimated di WWE ketika ini.

Setelah 17 tahun bergelumang dalam dunia gusti, beliau menjadi juara pada siri WWE Extreme Rules (1 Mei 2011) yang lalu. Namun, ia hanya bertahan selama 5 hari apabila ditewaskan oleh Randy Orton pada siri Smackdown (5 Mei 2011)

Pada gua ini satu story line yg sangat bengong..sama bengongnya dengan menukar imej Great Khali dari gergasi ganas kepada 'Punjabi Playboy'

Pada gua, apa yang belaku pada Christian ini adalah hanya kerana beliau tiada kekuakatn politiking sbb ramai yang tau bahawa Orton adalah sahabat baik Triple H...so ...bila anda member baik menantu boss ..paham2 ajelah...

Christian pernah menjadi Champion di TNA namun kembali ke WWE hanya sebab offer yg lebih tinggi di WWE, namun diperbodohkan pula di wwe sedang beliau pasti berada di puncak kemasyuran jika di TNA

Kalau anda dalam situasi begini, apa yang anda pilih?
Duit ???
atau Kegemilangan ??

tepuk dada ...tanya lah akal anda...

Bye....



Thursday, May 05, 2011

Video Pilihan Minggu Ini...

Sama-Sama hayati
(Nota: ketawalah Kamu Sebelum Ketawa Itu Di Haramkan)


Wednesday, May 04, 2011

Mimpinya....

barangkali mimpinya bukan sebarangan
Jangan main main...
kerna...
dia adalah seorang 'pemikir'




Gua Petik dari : http://rubbertapperz.blogspot.com/

Tuesday, May 03, 2011

Ha... (Part II)

Gua Tak Mau kata apa...
KATA ORANG. ADA OTAK PANDAI ADA AKAL PAKAI
JANGAN MALAS BERFIKIR
NANTI JADI INSAN YANG DIPERBODOHKAN..

Petikan Mstarnews-2 Mei 2011

Musa Aman Terima Anugerah Profesor Kehormat 
 
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada Selasa menerima anugerah Profesor Kehormat daripada Kursk State Medical University (KSMU), salah sebuah universiti kerajaan yang paling berprestij di Rusia.

Musa menjadi penerima pertama anugerah seperti itu di Malaysia dan penerima ke-25 dari seluruh dunia sejak KSMU ditubuhkan kira-kira 78 tahun lepas.

KSMU, ditubuhkan pada 1935, adalah satu-satunya universiti perubatan di kalangan 47 universiti perubatan kerajaan yang lain di Rusia yang menggunakan bahasa perantaraan dalam bahasa Inggeris serta ijazahnya diiktiraf sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia sejak 2001.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Rektor KSMU Prof Victor Anatoiyevich Lazarenko di pejabatnya di Wisma Innoprise di sini hari ini, katanya anugerah KSMU itu sebagai satu penghargaan kepada beliau dan kerajaan Sabah.

Beliau berharap anugerah itu akan membantu mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara kerajaan Sabah dan KSMU khasnya dalam bidang perubatan dan kesihatan. Musa berkata kerajaan negeri lebih berminat untuk menghantar pelajarnya mengikuti kusus perubatan di KSMU kerana yurannya yang munasabah berbanding dengan universiti asing yang diiktiraf seperti di United Kingdom dan Australia.

"Yuran KSMU adalah munasabah dan ini adalah baik untuk kita kerana ini bermakna kita boleh menghantar lebih ramai pelajar mengambil kursus perubatan di sana," kata beliau.

Beliau berkata setakat ini 80 pelajar perubatan dari Sabah telah tamat mengikuti kursus berkenaan di KSMU dan kira-kira 150 lagi masih belajar di universiti berkenaan.

Katanya kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan untuk menghantar lebih ramai pelajar perubatan ke KSMU pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menambah bilangan doktor terlatih di Sabah.

Sementara itu, rektor berkenaan berkata anugerah Profesor Kehormat diberikan sebagai pengiktirafan pada wawasan Musa dalam kepimpinan, komitmen dan kesungguhannya menangani kekurangan doktor di Sabah.
Beliau berkata sejak 1994 bahasa pengantar untuk pelajar asing bidang perubatan adalah dalam bahasa Inggeris tetapi bahasa Rusia adalah diwajibkan.

Katanya setakat ini terdapat lebih 600 graduan Malaysia dari universiti itu.-BERNAMA