"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Saturday, February 06, 2010

Mengada-Ngada...


SEBENARNYA DIORANG MINTA APA?
NAIK GAJI?

NAIK PANGKAT?
ATAU TUKAR KEMENTERIAN?

ATAU SAJA NAK MEMEKAK?

PESAN AKU SATU AJE KALAU NAK PAKAI TITTLE 'PENSYARAH' KENA LA BUAT RESEARCH A.K.A PENYELIDIKAN.....

KALAU TAK TAU BUAT PENYELIDIKAN BLAJAR CARA BUAT PENYELIDIKAN....

SEBAB TITTLE 'PENSYARAH' ITU SANGAT BESAR... KALAU MALAS BUAT PENYELIDIKAN (BANYAK ALASAN AKAN DIBERIKAN NANTI) KEMENTERIAN TUKAR AJE TITTLE JAWATAN DIORANG...

ATAU SUSAH-SUSAH TUKAR JE KEMENTERIAN .....


PADA AKU....


PENSYARAH TANPA RESEARCH STANDARD MCM 'MAT REMPIT TANPA MOTOR' ATAUPUN 'ARTIS TANPA ALBUM' ..

YANG HANYA PANDAI MEMEKAK TANPA ADA APA-APA BUKTI KESARJANAAN MEREKA...


INI PANDANGAN DAN PENDAPAT...


SIAPA-SIAPA BERHAK SETUJU DAN SIAPA-SIAPA BERHAK TIDAK SETUJU...


PETIKAN MSTARNEWS (6 FEB 2010)
Pensyarah Kolej Komuniti, Politeknik Berhadapan Masalah Lepas Tukar Kementerian

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti kini menghadapi pelbagai masalah termasuk kenaikan jawatan dan gred gaji selepas institusi pengajian tinggi itu diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sejak 2008.

Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng berkata sehubungan itu ada antara pensyarah mendakwa mereka lebih selesa berkhidmat ketika kedua-dua institusi itu berada di bawah Kementerian Pelajaran.

"Kriteria yang perlu bagi kenaikan pangkat walaupun bagi pensyarah kanan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun adalah sangat ketat kerana mereka terpaksa membuat penyelidikan, kursus dan temuduga.

"Jika ada kenaikan pangkat ia adalah secara kekal dan akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Presiden NUTP Hashim Adnan pula berkata tahap skim perkhidmatan kolej komuniti dan politeknik kini lebih rendah berbanding tingkatan enam, kolej matrikulasi dan institut perguruan.

"Skim perjawatan bagi institusi itu adalah daripada gred 44 ke atas sementara bagi pensyarah kolej komuniti dan politeknik gaji mereka adalah lebih rendah hanya daripada gred 29 hingga 41, justeru ia perlu diteliti semula oleh pihak kementerian," katanya.

Tambahnya selain kenaikan jawatan dan gred gaji terdapat masalah lain seperti kesukaran memohon cuti tahunan.

"Sebelum ini mereka hanya menikmati cuti semester bagaimanapun ia telah diubah menjadi cuti tahunan yang sukar untuk dipohon," katanya.

Hashim berkata perkara ini sudah pun diajukan kepada pihak kementerian berkaitan sejak dua tahun lalu.

"Kami telah membawa perkara ini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi tetapi selepas dua tahun ia masih belum dapat diselesaikan yang kemudiannya kami terpaksa dedahkan untuk membuka mata pihak tertentu," katanya.

Untuk rekod, sehingga kini jumlah pensyarah politeknik ialah seramai 6,406 dan kolej komuniti ialah 2,093 orang.- BERNAMA


No comments: