"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, February 25, 2011

Suppot Tok Ali..


Gua 'Suppot' Tok Ali
terutamanya bila dia cakap 'slang' Melaka
lama tak dengau Tok Ali cakap

(minit 4.53: paling kelakau...'dia simpan duit kat loyau')
Gua suka dialek Melaka 

Sunday, February 20, 2011

Negara Saya Makin Maju...

Kenapa?

Tak percaya ke negara 1Malaysia makin maju?
kalau cakap Menteri Perdana kita tak percaya
Cakap siapa lagi kita nak percaya?

Cakap pembangkang?
Pembangkang tu semua jahat
kerja mereka nak huru-harakan negara 1Malaysia yang maju, aman, makmur ni sahaja
Buat fitnah, derhaka pada sultan, tindas orang melayu itu semua kerja pembangkang tu...

Oleh itu jangan percaya cakap pembangkang
tambah-tambah Ketua Pembangkang
yang kerjanya asyik Meliwat

 Percayalah kepada Menteri Perdana 1Malaysia
 kerana dia sesungguhnya sangat jujur, ikhlas, komited dan bersungguh-sungguh untuk membangunkan 1Malaysia
Termasuk juga isterinya yang prihatin kepada kebajikan kanak-kanak
Sekian

alays

Tuesday, February 01, 2011

Sembang Gusti: Gusti dan Peminatnya

Ada bermacam jenis peminat gusti. Ada yang 'extreme' hingga melenting bila orang kata gusti itu enterteinment dan sekadar hiburan, ada storyline, ada campurtangan politik juga ada sedikit elemen2 yang tak logik. Peminat sebegini akan 'follow' setiap perkembangan gusti, mempunyai superstar idaman malah seringkali menerapkan elemen-elemen yang sering ditonton dalam gusti dalam kehidupan seharian seperti 'catch phrase'2 yang sering diucapkan oleh para penggusti...Golongan ini juga akan membeli apa saja yang related dengan gusti sama ada patung permainan, cd, dvd, baju dan sebagainya. aku tak pasti sama ada golongan sebegini wujud di Malaysia atau sebaliknya, namun golongan ini memenag wujud dalam dunia gusti...percayalah walaupun  bukan di Malaysia

Ada juga peminat yang jenis 'light'...iaitu tak kisah dengan gusti. Minat memang minat namun hanya minat pada gusti atau hanya penggusti tertentu sahaja. Peminat sebegini tidak kira apa yang berlaku dalam dunia gusti, apa sahaja perkembangan dalam dunia gusti tidak penting, yang penting gusti. Interview tak penting, storyline tak penting, chracter atau watak tidak penting, yang penting ada tumbuk tendang terajang ...Tak kiralah sama ada ia tahun lepas ataupun 10 tahun  lepas punya matches. Selain ini, peminat sebegini hanya tau beberapa penggusti sahaja seperti Hogan, Cena, Undertaker dan wadah gusti utama mereka ialah WWE. Pada pengamatan gua, ini adalah keleompok yang paling dominan dalam konteks peminat gusti Malaysia. Malah golongan sebegini juga sering tertanya-tanya bilakah akan munculnya semula The Rock dan Stone Cold dalam area gusti sedangkan bagi peminat yang 'exreme' persoalan-persoalan ini adalah karut -marut. 

Peminat kategori yang ketiga pada gua ialah yang 'macam gua'. Gua adalah peminat gusti yang hari2 bukak ewrestlingnews.com untuk tahu perkembangan dunia gusti. Gua juga  menjadikan persekutuan lain seperti INDY (ROH), TNA, CMLL, NJPW, AJPW dan wrestling klassik (NWA, AWA, WCCW, ECW, SMW dan lain-lain) sebagai santapan utama mata gua dan menjadikan WWE hanya sebagai alternatif sahaja.  

Gua menonton gusti bukan hanya sebab gusti, gua menonton gusti dari beberapa aspek dan yang paling gua minat ialah dari perspektif sejarah perkembangan gusti itu sendiri. Pada gua Wrestling adalah Popular Culture yang masih kekal hingga kini. Gua suka tengok dokumentary gusti berbanding dengan gusti itu sendiri. Pada gua 'nilai' gusti bukan hanya 'match' sahaja tetapi pelbagai seperti sejarah kewujudan satu-satu 'character'. sejarah permusuhan penggusti, sejarah sesebuah pertubuhan gusti dan sebagainya. Pada gua, gua kini lihat gusti lebih pada perspektif sosiologi...Gua tak tahu berapa ramai peminat gusti seumpama gua yang ada di Malaysia..namun bila bercakap tentang dunia gusti itulah gua......

*artikel ini adalah tribute terhadap empat keping DVD Gusti Collection -'lebih bersifat dokumentari' yang Gua beli petang tadi (Foto atas)...BACA: EMPAT  KEPING...bukan sekeping dua...

Sunday, January 23, 2011

Sembang Buku: Perihal Orang Melayu


Buku ini ditulis pada 1884 oleh Residen Perak pada ketika itu. Oleh yang demikian pemerhatian dan kisah yang beliau paparkan merujuk kepada Melayu Perak. Kalau tuan puan celik pada sejarah, tuan puan akn tahu bahawa kebanyakan residen yang dihantar oleh Inggeris ke Tanah Melayu pada ketika itu ialah terdiri dari golongan sarjana dan cendikiawan. Mereka bukan sahaja datang untuk memerintah, tetapi mereka juga datang untuk memahami, mendalami dan menganalisis gaya hidup bangsa yang mereka jajah agar mereka tahu mana lemah dan mana kuatnya bangsa tersebut.

Tuan2 tidak percaya? tuan2 bacalah Hikayat Abdullah dan cuba teliti apa yang ditulis oleh Munshi Abdullah terhadap Stamfford Raffles. Juga bacalah sejaha Indonesia. Lihatlah latar belakang dan peranan Snouck Hugronjae dalam penjajahan indonesia oleh belanda.

Kata Frank Swettenham, Orang melayu :
  • Bersifat baik hati, gerak geri sopan apabila berbicara
  • Tidak pernah menikus, tetapi dengan orang yang tidak dikenali agak pendiam dan curiga yang tidak ditunjukkan
  • Suka berbelanja, gemar meminjam wang tetapi lambat membayar
  • Petah berkata-kata dengan kiasan dan ibarat, suka berkelakar dan suka benar berjenaka
  • Mengambil tahu hal jiran tetangga dan suka bercerita tentang hal orang
  • Percaya kepada takdir juga kepada tahyul
  • Tidak pernah mabuk namun gemar berjudi dan bersabung ayam
  • Konservatif,muliakan adat resam takut kepada raja dan hormati pihak berkuasa
  • Pantang menerima penghinaan
  • Apabila maruah tercemar - akan menuntut bela
  • Semangat berpuak-puak yang tebal
  • Curiga terhadap semua jenis pembaharuan dan menentang apa-pembaharuan yang dipaksa 
Hari ini sudah hampir 127 tahun kisah ini ditulis. 
Adakah orang melayu masih seperti dahulu?

Dalam pengkajian tentang budaya, hakikatnya budaya manusia berubah selaras dengan perubahan persekitaran ini kerana terdapat hubungan yang kuat antara manusia dengan alam sekitar (man-environmental interaction). Jadi pandangan gua, pasti ada antara yang ditulis oleh beliau sudah tidak ada relevannya  pada masa kini. 

Justeru kita tidak perlu marah jika ada yang ditulis oleh Swettenham ini menyakitkan hati kita. Jangan jadi bodoh. Seperti penentang novel 'Interlok' yang pada gua tak sedar diri dan tak tahu membezakan perubahan 'ruang dan masa'. Gua malas nak cerita pasal interlok dan kebebalan penentangnya. Namun pada gua jika kita paham bahawa 'ruang dan masa' berubah namun catatan sejarah  tetap kekal maka kita tidak peru marah dan menjadi bebal.

Aisey...gua sudah melalut...
tapi pada gua..buku ni bagus jika tuan-tuan baca jika hendak mengetahui korpus pemikiran melayu dari perspektif seorang inggeris sepanjang akhir abad ke 19 yang lalu......

Jahat Betul Parti Pembangkang....

DIPETIK DARI UTUSAN ONLINE 23 JAN 2011:


Mereka tidak hormati sultan

PELANTIKAN Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor diakui sah oleh semua pihak. Namun kehadiran beliau tidak diterima barisan exco kerajaan negeri Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Polemik itu membawa kepada cadangan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri 1959 kononnya bagi mengembalikan kuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar dalam melantik SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
 
Semestinya cadangan pindaan tersebut menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit. Jika pelantikan Mohammed Khusrin sah di sisi undang-undang mengapa undang-undang sedia ada mesti dipinda.

Wartawan Mingguan Malaysia, LUQMAN HAZIQ ABDULLAH, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan jurugambar AHMAD ZAKKI JILAN sempat menemuramah Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, DATUK MOHAMMAD SATIM DIMAN untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan kerajaan negeri gabungan PKR, Pas dan DAP itu.
MINGGUAN: Apa sebenarnya muslihat Kerajaan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di sebalik isu Datuk Mohammed Khusrin Munawi sehingga perlu membawa kepada Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN)?

SATIM: Saya melihat dari segi ini, kerajaan negeri cuba meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar dengan alasan kononnya hendak mengembalikan kuasa sultan. Isu Mohammed Khusrin ini tiada kaitan langsung dengan kuasa sultan terhakis kerana baginda sendiri sudah menyatakan perkenan. Kita juga nak tanya kuasa sultan yang macam mana mereka hendak kembalikan? Kenapa tidak diperincikan?

Mereka sengaja memperalatkan isu ini untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar sahaja. Ini kerana jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tetap berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) walaupun DUN meluluskan usul tergempar. 

Sebenarnya tidak ada isu pun dalam pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK, semuanya dilakukan dengan mengikut prosedur yang sudah menjadi amalan sekian lama tetapi Kerajaan Negeri PKR menjadikan perkara ini sebagai modal politik mereka, sedangkan sudah jelas pelantikan SUK tertakluk kepada SPA.

Ini semua tidak lebih hanya political game bertujuan menguji institusi raja dan rakyat kerana saya difahamkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menubuhkan panel penilai bagi memilih SUK dan salah seorang calon akhir ialah Mohammed Khusrin. Maknanya, Menteri Besar sudah tahu sejak dari awal tetapi berbohong kepada rakyat kononnya beliau dibelakangkan.

Pada saya semua ini juga tidak lebih sebagai penghinaan kepada penjawat awam. Mereka menubuhkan panel tetapi pengerusinya Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim. Mengapa bukan SUK, sepatutnya jika betul tak berniat menghina serta merasakan pegawai kerajaan amat penting kepada kerajaan negeri, pengerusi panel itu mesti SUK.

Kenapa hanya Mohammed Khusrin dijadikan kambing hitam sedangkan sebelum ini langsung tiada masalah walaupun diwarisi dari zaman BN?

SATIM: Mereka cuma berpolitik selain cuba untuk mengalihkan pandangan rakyat kerana terlalu banyak janji-janji pilihan raya mereka dulu masih belum ditunaikan dan pada saya memang sukar pun untuk ditunaikan. Jadi mereka mengalihkan perhatian satu persatu dan terbaru Speaker pula mengisytiharkan DUN Pelabuhan Klang kosong, walhal ia sepatutnya dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hajat mereka bila semua ini dipolitikkan, rakyat akan melihat kepada isu itu dan dengan harapan mereka terlupa kepada janji-janji politik yang ditabur pada 2008 tetapi kita akan pastikan benda ini sentiasa disuarakan, kita akan terus bertanya dimana janji-janji pembangkang.

Memang Mohammed Khusrin dijadikan kambing hitam oleh kerajaan negeri bagi menutup kelemahan pentadbiran PKR dan orang suruhan yang menjadi alat untuk menjayakan niat jahat ini adalah tidak lain tidak bukan Abdul Khalid. Beliau hanyalah alat kepada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain dakwaan Datuk iaitu Abdul Khalid hanyalah alat kepada Anwar, sejauh mana kebenaran mengenai dakwaan yang mengatakan Menteri Besar dicucuk hidung oleh DAP?

SATIM: Saya rasa Abdul Khalid selaku Menteri Besar tiada kekuatan, dia hanya Menteri Besar yang ‘less power’ kerana secara kebiasaannya, kekuatan seorang Menteri Besar dia perlu ada kekuatan politik dulu, baru datang kepada organisasi tetapi beliau tiada kuasa dalam PKR Selangor.

Abdul Khalid bukan Pengerusi PKR Selangor, sebaliknya jawatan itu digenggam Azmin Ali. Di pusat pula Azmin juga Timbalan Presiden apatah lagi dengan kedudukan Penasihat Ekonomi Selangor yang dikelilingi oleh DAP sehingga akhirnya terperangkap dengan mainan DAP. Benar, Abdul Khalid bukan sahaja alat kepada Anwar tetapi juga boneka yang dicucuk hidung oleh DAP.

Apakah krisis DUN ini penanda aras kepada pembangkang bahawa apabila mereka mendapat kuasa dua pertiga, segala undang-undang termasuk kuasa raja-raja akan dipinda?

SATIM: Rakyat kena faham, setiap undang-undang sama ada di peringkat negeri mahu pun pusat boleh dipinda apabila ada kuasa dua pertiga. Mana-mana parti boleh buat sesuatu hati termasuk untuk menggugurkan apa sahaja. Di sinilah pentingnya rakyat kena berfikir, saya tidak boleh kata DAP tapi mana-mana yang dapat dua pertiga sama ada di DUN dan Parlimen, dia ada hak untuk gubal undang-undang ikut selera masing-masing.

Kalau keadaan ini tiada penyelesaian dan SUK berterusan dihalang menyertai mesyuarat kerajaan negeri, apa status setiap mesyuarat yang dilaksanakan?

SATIM: Sepatutnya mereka akurlah. Kalau tidak akur, itu pengkhianat yang amat besar kepada seluruh rakyat dan kakitangan awam. Tiada makna jika kita berterusan begini kerana ia tidak memberi faedah kepada sesiapa pun, sebaliknya yang susah adalah rakyat sendiri.

GUA LAHIR DI NEGERI YANG PERTAMA ADA SULTAN DI TANAH MELAYU.GUA LAHIR DI NEGERI YANG  KESULTANAN LENYAP. DALAM BAHASA MUDAH GUA LAHIR DALAM NEGERI YANG TIDAK ADA SULTAN...

BILA GUA BACA BERITA-BERITA TENTANG SULTAN DAN RAJA...KADANG KALA GUA HAIRAN DAN PENING...

RAMAI SANGAT YANG KATA RAKYAT SUDAH TIDAK HORMAT SULTAN..

TAPI...BILA GUA TANYA DIRI SENDIRI..'KENAPA PERLU?'
GUA JUGA YANG TIADA JAWAPAN UNTUK SOALAN ITU

ENTAHLAH GUA TAK PAHAM...MUNGKIN AGAKNYA GUA KENA BELAJAR SEJARAH

Friday, January 21, 2011

Tribute To P. P Ramlee: P. Ramlee Yang Saya Kenal



Sebenarnya, buku ini telah lama aku baca, namun entah kenapa rasa terlalu sibuk hingg tidak sempat untuk membuat ulasan ringkas dalam blog ini. Namun aku kuatkan semangat untuk catatkan sedikit pengalaman dan penegtahuan setelah membaca buku ini. Selesai menulis tentang ulasan buku ini, bermakna ada satu lagi buku yang aku masih terhutang iaiatu buku yang berjudul Orang Melayu tulisan Frank Swettenham. Selepas dari itu, aku kena fokus pada kerja yang semakin lama semakin menjerut leher ini.

Berbalik kepada buku ini. Dalam segmen Tribute To P. Ramlee ini adalah buku yang ketiga aku ulas selepas 'Sepanjang Riwayatku' dan 'Bapaku P Ramlee'. Jika bapaku P Ramlee ditulis oleh satu-satunya anak kandung P. Ramlee (Nasir), buku ini pula di tulis oleh satu-satunya anak murid P Ramlee iaitu Yusnor Efa. 

Siapa nama sebenar Yusnor Ef? Kenapa dia menjadi satu-satunya murid P Ramlee semuanya anda boleh dapat tahu dengan jelas melalui buku ini. Secara umumnya, buku ini merupakan satu kisah dan pengalaman peribadi beliausewaktu menjadi murid P ramlee dan semasa ada hayat P Ramlee. Pelbagai kenagan suka dan duka ada beliau coretkan dalam buku ini yang pada aku kenangan dan pengalaman yang unik ini sangat bermakna terutamanya bila ia melibatkan P Ramlee.

Beberapa perkara yang menarik seperti siapa sebenarnya Shaari dan Nurkiah yang menjadi ilham beliau dalam filem Masam-Masam Manis juga ada dikisahkan dalam buku ini. Namun antara yang pali aku lucu bila membaca bab P Ramlee menggunakan tandas di rumah Yusnor dan seterusnya membaiki kerosakan jamban tersebut yang digambarkan dengan dialog "Hari ini P Ramlee betulkan engkau punya jamban"...benar-benar mengusik hati aku bila mengenagkan insan Bernama P Ramlee.

Banyak lagi kisah suka dan duka dari perspekif beliau tentng P Ramlee dapat anda ketahui melalui buku ini. Namun sedikit trkilan kerana ada beberapa foto dan kisah dalam buku ini yang mempunyai persamaan (bertindan) dengan buku tulisan nasir. 

Akhirsekali, jika ditanya tentang rekomen, ini adalah buku yang paling aku rekomen kalau ada sesiapa yang nak tahu tentang serba sedikit kisah P Ramlee sebelum buku yang ditulis oleh Nasir dan buku 'Sepanjang Riwayatku'. Namun, ini hanay pandangan aku sahaja. Tak perlu ada 'butthurt' atau menjadikan isu.
Sekian...


Thursday, January 20, 2011

Teringat...

Gua digamit nostalgia bila dengar lagu ni
U6A2 Malacca High School (1996)
lonely, emptiness and inferiority complex...
Tika itu tiada siapa untuk mengadu
tika itu...hidup bagai layang-layang terputus tali

Lagu ini penuh memori
terkenang zaman itu
gua, ah chai, ah heng, ah boon, nyana, umapathy & karthi
(masa itu tiada kedengaran jeritan 1 Malaysia..tapi gua tetap hidup bersama bangsa lain)
ketika embun turun ke bumi
sama-sama menapak, menyusuri jalan Chan Koon Cheng, Jalan Banda Kaba, Jalan Merdeka dan akhirnya Jalan Tun Tan Cheng Lock ke destinasi Jalan Kota Laksamana
melayan teh o ais dan asam pedas di Pasar Borong Lama di tebing sungai Melaka

Lagu ini benar2 nostalgia
melodinya yang perlahan sering mengingatkan gua pada masa itu di dekad yang lalu
Akhirnya...
Gua berjaya jadi 'survival'
namun lagu ini tetap jadi memori...

Wednesday, January 19, 2011

Tribute To P. Ramlee: Bapaku P Ramlee


Memang banyak buku yang ditulis tentang P Ramlee. Namun inilah satu-satunya buku yang ditulis oleh anak beliau, Nasir. Nasir merupakan anak kandung P Ramlee hasil perkahwinan pertamanya dengan Junaidah. Berdasarkan pembacaan yang lain perkahwinan P Ramle yang seterusnya kedua (dengan Norizan) dan yang ketiga (dengan Saloma) tidak memperoleh cahaya mata...Menurut Nasir, anak2 P Ramlee yang lain adalah ank angkat semuanya, termasuklah Sazali.. (Wallahualam).

Pada saya membaca buku ini memberikan satu persepktif yang lain berbanding dengan buku-buku lain tentang P Ramlee, seperti kata nasir 'P. Ramlee adalah ayah saya, namun dalam masa yang sama dia juga adalah milik seluruh rakyat Malaysia'.

Pada yang tidak mengetahui, Nasir hanya rapat bersama P Ramlee semasa zaman kanak-kanaknya sahaja. Zaman akhir remajanya beliau 'berjauhan' dengan P Ramlee atas pelbagai sebab peribadi. Oleh yang demikian, buku ini banyak memerihalkan senario hubungannya dengan P Ramlee semasa beliau masih kanak-kanak dan meningkat Remaja.

Ada banyak perkara menarik yang dapat difahami tentang P Ramlee menurut pandangan nasir seperti kegemarannya menggunting rambut dan memasak serta kemampuannya bomoh yang seringkali diperkatakan orang ramai.

Di bab-bab awal, nasir memerihalkan tentang kehidupannya bersama bapanya di Singapura iaitu sewaktu zaman kegemilangan P Ramlee. Kehiduapannya bersama Norizan serta bersama Saloma...Maka muncullah watak-watak yang selama ini tidak kita ketahui yang rupa-rupanya memainkan peranan dalam kehidupan P Ramlee seperti Ramlee Kecik serta anak murid P Ramlee iaitu Yusnor Ef.

Buku ini saya baca dua kali. Pertamanya dalam tahun 2008 iaitu beberapa hari sebelum Nasir meninggal dan pada 2010 sempena Tribute To P Ramlee. Kepada anda yang minat terhadap P Ramlee, buku ini perlu anda baca....


Saturday, January 15, 2011

Apa Yang Aku Cari..


 Layar Keinsafan
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora



Selalu gua tertanya
apa yang gua masih cari
apa yang gua masih tiada
apa yang gua usahakan

kadang kala
ada ketika gua bertanya pada diri
inikah yang gua mahu?
inikah yang gua kejar?
inikah yang gua cari?

sering kali gua lupa
apa yang gua telah perolehi
apa yang gua nikmati
gua sering lupa bersyukur
sebab gua hanya melihat
apa yang gua belum perolehi
bukannya menginsafi apa yang telah gua perolehi...

Friday, January 07, 2011

Sembang Gusti: World Class ChampionShip Wrestling (WCCW)

Dalam keadaan kepala yang serabut 'ditimpa' skrip STPM, sempat juga aku layan dokumetari gusti ini:

1) The Triumph & Tragedy of WCCW (VCD)

2) Heroes of World Class (Youtube)

Dua dokumentari yang berkisar pada 'pokok' yang sama iaitu World Class Championshiop Wrestling (WCCW). Pada penggemar gusti yang biasa, mungkin mereka akan terkejud mendengar nama WCCW ini, namun bagi penggemar gusti yang 'hardcore' seperti aku ia adalah satu nama yang besar di era 1980 an. Di era gusti adalah gusti dan bukan entertainment. Di era gusti adalah real dan bukan penuh dengan storyline yang mengarut. Di era gusti yang penuh dengan pelbagai badan dengan pelbagai type of promotion dan bukannya dominasi konglomerat WWE.

Apa yang menariknya tentang WCCW ini? 

walaupun terdapat banyak yang mampu aku tulis, namun aku terpaksa simpan dahulu kerana perlu selesaikan tugasan yang lebih mendesak. 
Aku juga menantikan jika ada komen yang menunjukkan minat untuk aku teruskan perbincangan tentang WCCW ini...
jumpa lagi di lain masa...

Tuesday, December 28, 2010

Hutang !!


Gua penah kesahkan kepada ramai orang bahawa:
'kalau kau ingin diingati oleh sahabat mu, kau berhutang dan kemudian jangan bayar..nescaya sahabatmu akan mengingatimu walau berpuluh tahun kau tidak bertemu dengannya, selagi hutangnya masih belum kau langsaikan"

Bila berhutang..(dalam konteks pinjam duit kepada member) apa yang gua terbayang ialah 'berapakah nilai persahabatan yang sanggup si peminjam korbankan kerana wang yang dipinjam'

Ini bukan cakap lawak, ini kisah realiti. Member gua yang gua kenal sejak dari zaman belum ahkil baligh, yang sama2 isap rokok masa zaman skola, yang sama-sama berkongsi kisah hidup tiba2 menjauhkan diri dari gua semata-mata kerana pinjam duit dari gua. Bukan banyak, tak sampai seribu tapi dengan jumlah yang tak banyak itulah dia dah tukar  no hp dan tak pernah bertanya kabar tentang gua. Bila gua hantar sms dia akan tanya ni siapa?

Pada gua, gua takkan muflis kalau dia tak bayar hutang gua. Tapi gua rasa terkilan sebab nilai persahabatan gua dengan dia hanya bernilai kurang RM 1000 sahaja..

Minggu lepas, gua sudah sentap RM 1000 pun member lama juga
Hari ini, gua dapat satu call- nak pinjam RM 2000 pulak dari seorang lagi member lama

Diorang ni pon macam celaka, setau gua harta diorang melimpah2. Gua setakat pakai wira tahun 1995 aje..gua shopping kat bundle paling2 champion gua minum kopi mahal kat Secret Recipe..entah kenapa gua jugak yang jadik pertaruhan terakhir untuk pinjam duit...

Gua mmg takde duit sebanyak tu (RM 2000) tapi dalam baik gua terpikir ..(termasuklah yang tersentap RM 1000 tempoh hari)..agak-agak  berapa nilai persahabatan yang bakal terkorban kerana duit yang dipinjam ini...

Wallahualam...

Tuesday, December 21, 2010

Sembang Gusti: WWE Semakin Menjemukan (Part1)

Aku memang peminat gusti. Satu ketika dahulu aku addict dengan gusti. Minat ini bermula sejak aku kanak-kanak dan seterusnya berkembang ke zaman remaja dan hinggalah kini ke zaman dewasa. Medium menonton gusti bermula dari Tv, kemudian sewa tape di kedai-kedai video, CD, DVD dan akhir sekali di zaman teknologi ini ialah menonton gusti di Youtube serta download acara-acara gusti di web-web tertentu.

Aku pernha bincangkan dalam blog ini beberapa lama dahulu bahwa gusti adalah 'sports entertainment' iaitu gabungan antara hiburan dan sukan. Berbanding dengan masa lalu, gusti telah melalui evolusi yang sangat banyak. Aku tak payah banyak cerita, tuan-tuan bukak saja youtube dan lihat perbezaan antara gusti dahulu dan gusti sekarang.

Perbezaan? banyak-dari segi teknik dan taktik, dari segi startegi syarikat untuk menarik perhatian penonton semua ini bercampur baur dan berevolusi hinggalah ke hari ini dan akhirnya kita sering menonton gusti yang 90% hiburan dan 10% sukan. 

Pada era 1980 an hinnga akhir 1990 an gusti melalui era yang gemilang. ada yang memanggilnya sebagai 'attitude era' di mana setiap penggusti mempunyai 'attitude' yang tersendiri. Setiap 'tag team' ada attitude yang tersendiri, setiap manager 'ada  'attitude' yang tersendiri. Pada ketika itu, gusti tidak hanya di dominasi oleh WWE semata-mana maka, kerana itu setiap syarikat gusti berusaha untuk membuktikan mereka lebih  baik berbanding dengan syarikat yang lain.

Ketika ini, gusti hanya didominasi oleh WWE sahaja (lupakan TNA kerana pada aku ia masih company yang kecil, jangan kata Pay Per View, siaran Impactnya pun kita tak dapat tonton di Malaysia). Mungkin kerana tiada persaingan maka sejak akhir-akhir ini gusti (WWE) semakin membosankan. 

Pada pandangan aku, seorang mamat peminat gusti yang sering tercongok di depan tv menonton astro siaran 811 setiap hari selasa jam 10.00 pm ada beberapa perkara yang menjadi WWE semakin membosankan iaitu 
1) Story Line Yang Suck dan Tak Masuk Akal (juga Recycle)
2) Tag Team Yang Membosankan
3) Penggusti Tiada Attitude

Semua ini akan aku bincangkan di masa akan datang....
Jumpa lagi
Pak 'The Butcher' Kebun..

Baca dan Fahamkan (Kalau Tak Faham..Tak Tahulah...)

Di Petik dari Blog Tukartiub (20 Dis 2010):

A, B DAN C EKONOMI KITA

Harga gula dan harga bahan bakar minyak baru sahaja naik. Harga leterik akan naik tidak lama lagi. Malah seribu satu macam harga barang barang keperluan yang lain telah, akan dan sedang naik harga. Apa sahaja barangan konsumer yang bersangkutan dengan gula dan bahan bakar minyak petrolium pasti akan naik.

Orang ramai pasti ingin tahu apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Kenapa harga barang keperluan naik. Kenapa dahulu harga murah dan sekarang naik. Apa yang menyebabkan barang naik. Kenapa ianya naik pada ketika ini.

Untuk memahami semua persoalan ini kita wajib memahami sistem ekonomi kapitalis. Malaysia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Dalam dunia ini ada dua sistem ekonomi. Satu sistem ekonomi kapitalis dan satu lagi sistem ekonomi sosialis.

Sistem ekonomi kapitalis berpaksikan keuntungan maksima. Apa sahaja projek, dasar pembangunan atau kaji selidik yang dilakukan semuanya berkiblatkan keuntungan maksima. Kapitalisma tidak ada agama dan tidak ada bangsa. Di Saudi Arabia kapitalisma beragama Islam. Di Itali kapitalisma beragama Katholik. Di India kapitalsima beragama Hindu. Di China kapitalisma tidak beragama. Yang penting untuk kapitalisma ialah untung bukan agama atau bangsa.

Sistem sosialis berpaksikan kebajikan ramai. Keuntungan bukan jurupandu sosialisma. Pembangunan dibuat bukan untuk kroni atau untuk mencari untung tetapi untuk kebajikan umum. Dalam sistem ekonomi sosialis semua punca punca pengeluaran dan bahan keperluan asas untuk warga seperti air, udara, hospital, makanan, pengangkutan, leterik atau jalan raya dimiliki oleh kerajaan. Keuntungan tidak dijadikan juru ukur atau tangga kejayaan. Kesejahteraan awam diutamakan.

Sistem ekonomi kapitalis ini telah dipaksakan ke atas Malaysia. Pada satu ketika dahulu air, api, hospital , jalan raya, sistem penerbangan awam – semuanya milik rakyat. Hari ini satu demi satu harta orang ramai ini telah dijual kepada kaum pemodal yang kaya dan berduit. Penjualaan harta orang ramai kepada milik persendirian ini dinamakan penswastaan.

Dasar penswastaan ini adalah satu strateji kaum pemodal untuk menaklok dan menguasai punca punca ekonomi yang dimiliki oleh orang ramai. Cara mengambil alih harta orang ramai ini bukan satu pekara yang susah untuk dilakukan.

Kaum pemodal dan kaum kapitalis telah memberikan dana dan sokongan kepada ahli ahli politik. Kaum pemodal dan para kapitalis telah menaja ahli-ahli politik yang akan menyokong dasar penswastaan. Apabila parti dan ahli-ahli politik ini menang pilihanraya maka kerajaan baru ini terus memperkenalkan dasar penswastaan. Inilah caranya dasar penswastaan diperkenalkan di United Kingdom oleh Parti Konservatif Margaret Thatcher satelah mengalahkan Parti Buruh.

Di Malaysia agak berbeza - penswastaan diperkenal melalui Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru ini cuba melahirkan kaum kapitalis Melayu. Justeru banyak syarikat kerajaan - harta orang ramai - telah difaraidkan. Pada dasarnya difaraidkan kepada orang Melayu dan bumiputera. Tetapi akhirnya semuanya diambil alih oleh para cukong yang memiliki modal yang lebih ampuh.

Hari ini api leterik, gula, beras, minyak makan, tepong, jalan raya, universiti, hospital – yang pada satu ketika dahulu dikawal atau dimiliki oleh syarikat milik kerajaan kini telah sekali lagi diambil alih oleh kaum pemodal. Kalau dahulu perkhidmatan menjadi tulang belakang dan iman syarikat dan lembaga ini. Dengan penswastaan rukun iman kaum pemodal ialah keuntungan maksima. Khidmat yang diberikan wajib mendapat pulangan yang menguntungkan.

Justeru kerana itu satu demi satu barang-barang keperluan kita dinaikan harganya. Tuan empunya syarikat, tuan empunya kilang dan para pengedar tidak pernah mahu keuntungan mereka turun. Dalam masa yang sama kerajaan tidak lagi dapat berbuat apa apa kerana syarikat ini bukan lagi milik orang ramai. Untuk memedihkan cerita – para menteri dan kaum keluarga mereka juga memiliki saham dan kepentingan dalam syarikat ini.

Mereka yang membuat dasar penswastaan memiliki kepentingan dalam syarikat yang diswastakan. Malah perjanjian antara kerajaan yang menjualkan harta orang ramai ini masih menjadi rahsia. Apa yang kita diberitahu ialah syarikat syarikat ini berhak - kerana perjanjian – untuk menikkan harga mungkin setiap tahun atau mungkin setiap dua tahun. Kita tidak tahu kerana perjanjian ini masih satu rahsia dibawah Akta Rahsia Kerajaan.

Sistem ekonomi kapitalis negara kita ini juga berkait rapat dengan ekonomi kapitalis sedunia. Turun naik harga barangan di negara luar akan juga mempengaruhi harga barangan dalam negara kita. Ini kerana sistem ekonomi kita telah diikat. Cara kita diikat ialah melalui nilai ringgit yang diukur mengikut nilai dolar. Kita juga – malah seluruh dunia - dipaksa menggunakan dolar Amerika dalam hal jual beli minyak dan ekspot impot.

Pada ketika ini Amerika sedang berperang dengan rakyat Iraq, Afghanistan, Pakistan dan tidak lama lagi dengan rakyat Iran. Perang telah membawa musibah yang maha sangat ke atas ekonomi Amerika. Pada hari ini ekonomi Amerika dalam keadaan lintang pukang.

Ketika ini pengangguran ditahap paling tinggi dalam sejarah Amerika. Kilang-kilang banyak yang ditutup. Berpuluh puluh bank besar dan kecil jatuh muflis. Rumah-rumah banyak yang diambil kembali oleh bank kerana gagal membayar hutang pinjaman. Semakin ramai warga tidor dalam kereta atau merempat. Suasana zaman meleset tahun 1929 telah berulang sekali lagi di Amerika.

Kerajaan Amerika perlu mencari dana untuk menampung perbelanjaan perang. Perang di Iraq memerlukan satu bilion dolar sehari. Hakikatnya pada hari ini Amerika Syarikat telah lama jatuh bangkrap.

Justeru untuk mengapongkan Amerikan dari tenggelam, kerajaan Amerika telah meminjam duit dari Federal Reseve. Caranya cukup senang. Federal Reserve telah mencetak duit dan mengagihkan duit ini kepada kerajaan Amerika. Hutang pinjaman ini akan dibayar oleh warga Amerika. Dengan kekuatan bala tentera kuasaimperial Amerika telah memaksa negara negara kapitalis yang lain termasuk Malaysia untuk menggunakan dolar ini – dolar yang tidak memiliki apa-apa nilai. Selain dari nilai takut – takut digudam oleh bala tentera Amerika.

Perang yang berterusan ini masih tidak nampak pintu damai dan sedah memerosotkan nilai dolar. Apabila nilai dolar merosot maka barang yang kita ekspot bertambah murah. Dalam masa yang sama barang yang kita beli bertambah mahal. Minyak yang kita jual juga menjadi murah kerana kita dipaksa menjual dengan menggunakan dolar.

Semua pembekal - besi, beras, makanan, sayuran – malah apa sahaja yang kita impot dari luar - harganya akan dinaikkan untuk mengimbangi nilai dolar yang jatuh. Negara lain juga tidak mahu mata wang dan ekonomi negara mereka ditarik kebawah oleh kemorosotan nilai dolar. Laku mereka menaikkan harga barangan yang mereka ekspot. Akhirnya barang ini kita beli dengan harga yang semakin mahal.

Satu pekara yang sedang menjerut sistem kapitalis antarabangsa ialah kekurangan bahan bakar petrolium. Setiap hari bahan bakar ini semakin berkurangan. Bahan bakar ini adalah penjana tenaga yang maha penting dalam sistem kapitalis antrabangsa ini. Tanpa bahan bakar ini sistem kapitalis antrabangsa ini akan runtuh.

Apabila harga bahan bakar petrolium naik dipasaran antarabangsa maka tidak dapat tidak harga minyak dalam negara kita akan naik juga. Ini telah dan sedang kita lihat berlaku. Kenaikkan harga bahan bakar petrolium ini akan melibatkan asas ekonomi kapitalis. Tidak ada yang selamat dari bencana yang akan dibawa oleh kekurangan bekalan bahan bakar petrolium ini. Apabila bahan bakar petroilum kurang dipasaran dunia maka semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis akan menghadapi krisis yang maha besar.

Harus kita semua menerima hakikat bahawa bahan harga bakar petrolium ini akan terus naik dari hari ke hari. Ini kerana minyak makin berkurangan. Ini juga bermakna semua harga barangan yang kita lihat hari ini akan terus berubah menjadi lebih tinggi.

Kerajaan Najib Rosmah ketika ini telah mula menjalankan dasar untuk melupuskan subsidi. Ini adalah atas tekanan kaum pemodal tempatan dan antrabangsa. Mengikut hujah jahat kaum kapitalis harga barangan tidak perlu disubsidi kerana ini akan menempangkan pasaran. Untuk kaum kapitalis tuhan mereka ialah pasaran. Pasaran lah yang akan menentukan semua.

Kerajaan Najib Rosmah tidak ada pilihan. Najib sendiri dengan kes pembunuhan Altantuya sebagai latarbelakang tidak dapat melarikan diri dari tekanan Amerika. Dalam masa yang Najib juga memerlukan sokongan para cukong dari MCA. Para cukong kini telah mula bersuara untuk meminta kerajaan kurang memainkan peranan dalam percaturan ekonomi negara. Ini kerana para cukong dan kapitalis antarabanga mahu harta-harta rakyat yang masih dipegang oleh kerajaan dapat mereka bolot.

Yakinlah dalam masa yang terdekat lebih banyak barang akan dinaikan harga. Lebih banyak subsidi akan ditarik kembali. Rakyat Malaysia hanya ada satu pilihan mengubah kerajaan yang ada sekarang atau terus terperangkap dalam saistem ekonomi yang menindas.(TT)

Monday, December 20, 2010

Tinggal Hanya Setahun




Pantas sungguh masa berlalu, diam tak diam sudah dua tahun aku menjadi mahasitua. Kini hanya tinggal setahun lagi sebelum aku 'dipanggil' semula untuk menjalankan tugasan lama. Setahun yang berbaki...Dua tahun sudah di lalui. Rasanya patut aku bermuhasabah diri tentang dua tahun yang telah aku lalui untuk dijadikan ikhtibar bagi setahun yang mendatang ini.

Dua tahun yang dilalui...apa yang dah aku lakukan? 
Ini satu soalan yang sangat membunuh 'nafsu' untuk berleka-leka kerana jika dijawab dengan jujur, masih banyak yang tidak sempurna, malah, Carta Gantt yang dikemukakan sebelum bercuti pun hilang entah kemana. Progress? lagi teruk?

Tak perlu didedahkan dan dikongsi. hanya sekadar memberitahu bahawa ia adalah sempadan dan bukannya teladan.

Dua tahun hakikatnya aku hilang dalam pencarian. Pencarian yang aku sendiri pun tak pasti. Semangat yang turun naik malah paling parah lebih banyak turun berbanding naik menjadikan tempoh dua tahun berlalu bagikan hembusan bayu yang damai dan menenangkan tanpa aku sedar bahawa setahun yang tinggal ini bakal menjadi ribut malah mungkin taufan

Ini adalah perjuangan diri sendiri. Segalanya aku sendiri. Aku menetang 'demon' sendiri. Tiada siapa yang campur dalam perjuangan ini. malah, jalan sangat terbentang. Bilik yang selesa, tanpa gangguan dari sesiapa, masa yang sangat banyak, bahan yang sangat banyak, capaian internet 24 jam...namun...rupanya demon yang ada sangat besar dan tak tertanggung.


Kini, tinggal setahun yang terakhir, atas apa saja perkataan, perjuangan-ketabahan-darah -sumpah -air mata aku perlu teruskan. Moga ia titik perubahan....

Malah aku juga bercita-cita selepas ini, mungkin penulisan aku di blog ini akan bersifat semi akademik (barangkali) yang akan menyentuh tentang apa yang telah dan sedang aku pelajari....Kini bukan masa untuk mengintai di tepi..tetapi masa untuk masuk dan menyelam...sama ada kan timbul atau mati kelemasan itu bukan lagi persoalan....yang paling penting ialah setahun yuang mendatang ini mesti dimanfaatkan sebaiknya..InsyaAllah...

Perkongsian Idea Tentang Keluarga


Saya pernah katakan dalam blog ini bahawa saya bukan seorang manusia yang percaya pada motivasi. Ini kerana pada pandangan saya, motivasi itu adalah satu bidang yang menukarkan air liur menjadi duit semata-mata atas nama membangkitkan semangat seseorang atau sekumpulan masyarakat. Setakat ini di Malaysia, mereka yang kononnya pakar motivasi datang dari pelbagai latarbelakang. Ada yang merupakan pendidik, ada ahli politik, ada artis malahan ada pula yang entah siapa-siapa yang munkin kita kenaali sebelum ini atas perkara lain tiba-tiba di isytiharkan sebagai 'pakar motivasi'

Oleh itu, pada saya ini semua hanyalah kapitalisme yang melihat ada peluang untuk membuat duit ..pada saya tak salah cuma saya tak percaya pada istilah 'pakar' itu sahaja...

Jadi, bila mana saya diminta oleh salah seorang urusetia hari keluarga untuk menyampaikan sebuah ceramah motivasi, saya serba salah. ..dan terpaksa menolak dengan baik. Saya nyatakan bahawa saya tak pandai bermotivasi malah saya langsung tidak percaya pada motivasi. Maka, saya usulkan sebuah ceramah/perbincangan yang bersifat semi-akademik yang memberi fokus dari aspek makro kemudiannya dilihat dari perspektif yang lebih mikro.

Maka, lahirlah sebuah tajuk yang diberi judul ' HUTAN DAN TEMPAYAN NENEK TUA DALAM METAFORA KELUARGA: SATU PERBINCANGAN RINGKAS'.

Perbincangan saya menonjolkan hutan dari perspektif yang makro sebelum di fokuskan kepada keluarga dari perspektif yang lebih mikro. Kepelbagaian, saling bergantungan dalah ciri utama sesebuah hutan dan itu juga ciri utama pada sebuah keluarga...lalu saya kaitkan jika sesebuah hutan yang besar-hebat dan gagah boleh musnah , sesebuah keluarga juga boleh menerima nasib yang sama. Punca kemusnahan hutan dan keluarga tentu sahaja berbeza, namun yang paling penting dan perlu diambil ikhtibar ialah implikasi dari kemusnahan itu dan akhir sekali saya selitkan kisah tempayan nenek tua (sebuah retak dan sebuah sempurna) sebagai rumusan bahawa semua ahli keluarga memainkan peranan tersendiri.
Seperti saya nyatakan awal tadi, ia bukan ceramah motivasi, ia hanya perbincangan dan perkongsian idea saya bersama audien. Saya tidak pasti sama ada apa yang saya sampaikan memberi impak kepada audien atau sebaliknya. Wallahualam, namun apa yang saya pasti saya di buru oleh seorang audien untuk mendapatkan salinan lembut (softcopy) ceramah ini...Pada saya jika ia ada manfaat harap sama-sama disebar dan di kongsikan..Wallahualam...