"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, May 05, 2011

Video Pilihan Minggu Ini...

Sama-Sama hayati
(Nota: ketawalah Kamu Sebelum Ketawa Itu Di Haramkan)


Wednesday, May 04, 2011

Mimpinya....

barangkali mimpinya bukan sebarangan
Jangan main main...
kerna...
dia adalah seorang 'pemikir'




Gua Petik dari : http://rubbertapperz.blogspot.com/

Tuesday, May 03, 2011

Ha... (Part II)

Gua Tak Mau kata apa...
KATA ORANG. ADA OTAK PANDAI ADA AKAL PAKAI
JANGAN MALAS BERFIKIR
NANTI JADI INSAN YANG DIPERBODOHKAN..

Petikan Mstarnews-2 Mei 2011

Musa Aman Terima Anugerah Profesor Kehormat 
 
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada Selasa menerima anugerah Profesor Kehormat daripada Kursk State Medical University (KSMU), salah sebuah universiti kerajaan yang paling berprestij di Rusia.

Musa menjadi penerima pertama anugerah seperti itu di Malaysia dan penerima ke-25 dari seluruh dunia sejak KSMU ditubuhkan kira-kira 78 tahun lepas.

KSMU, ditubuhkan pada 1935, adalah satu-satunya universiti perubatan di kalangan 47 universiti perubatan kerajaan yang lain di Rusia yang menggunakan bahasa perantaraan dalam bahasa Inggeris serta ijazahnya diiktiraf sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia sejak 2001.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Rektor KSMU Prof Victor Anatoiyevich Lazarenko di pejabatnya di Wisma Innoprise di sini hari ini, katanya anugerah KSMU itu sebagai satu penghargaan kepada beliau dan kerajaan Sabah.

Beliau berharap anugerah itu akan membantu mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara kerajaan Sabah dan KSMU khasnya dalam bidang perubatan dan kesihatan. Musa berkata kerajaan negeri lebih berminat untuk menghantar pelajarnya mengikuti kusus perubatan di KSMU kerana yurannya yang munasabah berbanding dengan universiti asing yang diiktiraf seperti di United Kingdom dan Australia.

"Yuran KSMU adalah munasabah dan ini adalah baik untuk kita kerana ini bermakna kita boleh menghantar lebih ramai pelajar mengambil kursus perubatan di sana," kata beliau.

Beliau berkata setakat ini 80 pelajar perubatan dari Sabah telah tamat mengikuti kursus berkenaan di KSMU dan kira-kira 150 lagi masih belajar di universiti berkenaan.

Katanya kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan untuk menghantar lebih ramai pelajar perubatan ke KSMU pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menambah bilangan doktor terlatih di Sabah.

Sementara itu, rektor berkenaan berkata anugerah Profesor Kehormat diberikan sebagai pengiktirafan pada wawasan Musa dalam kepimpinan, komitmen dan kesungguhannya menangani kekurangan doktor di Sabah.
Beliau berkata sejak 1994 bahasa pengantar untuk pelajar asing bidang perubatan adalah dalam bahasa Inggeris tetapi bahasa Rusia adalah diwajibkan.

Katanya setakat ini terdapat lebih 600 graduan Malaysia dari universiti itu.-BERNAMA

Monday, April 25, 2011

ha....

Gua sumpah...
Bukan gua saja...
gua rasa ramai lagi yang akan sumpah....dan menyumpah
gua tak tau ..pasti ia datang dari hati yang ikhlas
nyata...
belum seminggu gua sembang dengan 'wak' tentang kampus UUM di KL yang jadi semacam pusat tumpuan untuk 'menawarkan' pelbagai jenis ijazah pada artis....ari ni dah kluar paper
opsss....gua dengar dari wak...bukan saja Ahmad Idham...tapi Razak Mohaidenn pun sama juga
mungkin papaer esok atau minggu depan agaknya scoppnya

lain benda gua tak heran
sekadar nak tau
sapa 'supervisornya'
apa 'bidangnya'
juga apa 'epistimologi' yang jadi pegangannya

gua bukan apa
gua risau tambah malu
bila 'PhD' jadi satu barang yang tidak bernilai...
itu je
bukan buruk sangka...
kalau betul takpelah
cuma gua risau dan khawatir
takut-takut..banyak yang tak betul berbanding betul...
sama-sama kita tunggu...
mungkin Apek akan menyusul lepas ni...entah le...

PETIKAN MSTARNEWS
Idham Sambung Pengajian Peringkat PhD Di UUM
Idham menyerahkan borang kemasukan kepada Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak di Sintok.
 
PETALING JAYA: Walaupun sibuk dengan promosi filem terbaru arahan dan terbitannya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tetap menerima tawaran menyambung pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) bidang industri, yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).

Idham telah menyerahkan borang kemasukan kepada Naib Canselor universiti berkenaan, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak di kampus utama universiti itu di Sintok, Kedah, baru-baru ini.

Dengan penerimaan kemasukan ke sesi pembelajaran terbabit, Ahmad Idham, selaku penerbit, pengarah dan pelakon dijangka akan bergelar doktor PhD dalam tempoh minimum dua tahun lagi.

Bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, inisiatif beliau untuk melanjutkan pengajian peringkat PhD merupakan usahanya untuk mempertingkatkan industri perfileman tempatan.

“Akademik merupakan minat saya semenjak dahulu, bila mengetahui UUM ada menawarkan program PhD Industri, ia merupakan satu peluang yang harus direbut,” kata Idham.

“Saya berharap pemindahan kejayaan dalam industri perfileman tempatan ke dalam medium dan konteks akademik bakal menjana perspektif baru dalam menjayakan agenda membawa industri perfileman tempatan ke persada global.

“Saya juga berharap ia menjadi pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi dalam memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai permohonan Ahmad Idham yang memilih untuk menyambung pengajian di universiti berkenaan, Mohamed Mustafa berkata, ia akan memberikan input terbaik buat universiti juga industri perfileman tempatan.

PhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi.
Kursus PhD Industri ini mempunyai tempoh minimum selama dua tahun bagi setiap pelajar untuk melengkapkan pengajian mereka di bawah seliaan seorang penyelia yang dilantik oleh universiti.

“Ahmad Idham akan menghasilkan tesis PhD yang berasaskan bidang perfileman tempatan, terutamanya berkaitan permasalahan, cabaran juga bagaimana mengatasi halangan terbabit, dalam memastikan industri ini mampu berdaya saing dengan industri filem serantau dan global.

“Selain itu, dengan penghasilan tesis itu juga mampu dijadikan bahan rujuk dan kajian kes untuk pelopor-pelopor industri yang lain, selain membantu penggubal dasar dalam membantu untuk mempertingkatkan industri perfileman tempatan, “ ujar Mohamed Mustafa.

Sementara Penyelaras Program Akademik Khas Selebriti, UUM, Mohd Idzwan Yacob berkata, pemilihan Ahmad Idham, merupakan satu bentuk pemindahan kejayaannya dalam industri perfileman tempatan ke medium akademik yang mampu menjana pemikiran penuntut.

Selain itu, UUM juga turut menawarkan pengajian peringkat pra siswazah kepada selebriti tanahair di dalam bidang komunikasi, yang dijalankan di kampung cawangannya di Kuala Lumpur.

Saturday, April 23, 2011

Kasihan....


Kasihan blog saya
sudah lama saya abaikannya
dulu kerap juga saya mencatat sesuatu di ruangnya

sekarang
sebulan ..hendak catat satu artikel pun susah

kasihan blog saya
punyalah saya abaikannya
sehingga kata laluannya sendiri pun saya lupa
mujur tidak Pegawai yang datang meminta kata laluan saya
kalau tidak pasti naya saya

Kasihan blog saya
entah apa salah
entah apa silapnya
saya abaikan ia sedemikian rupa
menjadikannya bisu tanpa 'kata-kata'

Kasihan blog saya
'aksesori' dan 'hiasan' masih pesyen lama
'isi kandungan' tiada yang membina

lalu
saya tanya pada diri saya
andai saya tidak abaikan blog saya
andai saya hiaskannya secantiknya
andai saya coretkan catatan berfaedah
atau kisah perjalanan mahupun secebis pandangan
masih adakah yang mahu membaca?

jika tiada
kasihan pula
pada saya................


Tuesday, April 12, 2011

Sembang Gusti: 2 Shocking News

ama betul gua tak menulis
sebulan hanya 2-3 entri sahaja yang mampu gua tulis dalam blog cabuk ini. walaupun banyak yang hendak gua tulis namun gua berhenti dulu atas sebab2 tertentu
Ada komitmen lain yang lebih penting
yang lebih menjerihkan dan lebih menuntut komitment

namun pada gua, dua berita ini gua terpaksa tulis. Dua beria terbaru yang mengejutkan dalam dunia gusti. Bukan kisah untertaker pecah rekod 19-0 dalam wrestlemania bukan ..bukan kisah teh Miz kalahkan the rock bukan...itu semua telah ditetapkan telah dibnincang dan dirancang. Apa yang nak gua beritakan ialah berita yang tak dirancang. Sbb tu ga kata shocking moment.

Pertamanya: Edge Bersara dari Dunia gusti. 
Juara dunia 11 kali dan juara tag team serta lain2 kejuaraan di WWE mengumumkan bersara dari area gusti. Sejurus selepas berjaya kekalkan tittlenya semasa Wrestlemania. Mana ada org nak bersara masa kemuncak karier, namun ini adalah keperluan. 9 Tahun lepas lehernya pernah patah dan kali ini setelah didiagnos oleh Doktor beliau merasakan 'tidak merasa apa2 pada tangannya'.. Jadi dia dinasihatkan bersara lebih awal kerana jika tidak nasibnya boleh berakhir di kerusi roda sepertti The Dynamite Kid.



Gua sering cakap, gusti ini sports entertainment- siapa jadi juara, siapa jadi hell sapa jadi baby face semuanya di rancang atas capabality wrestler..namun hazard atau bahaya dalam dunia gusti adalah real...bagi gua Edge blah semasa kegemilanganny akan meninggalkan satu lagu legasi di WWE .

Kedua: Mat Cross aka M Dogg 20 tersinggir pada minggu kedua Tough Enough Season 5
Berita ni gua pasti korang pelik,. apa pulak yang gua carutkan ni. Sapa Matt Cross dan apa benda tu Tough Enough?
 Pada gua kalau lu orang tengok WWE Raw di Astro 811 every tuesday korang akan dengar promosi tentang Tough Enough. Ini rancangan realiti WWE untuk cari penggusti berbakat. Juara pertama tough enough ialah Maven kemudian beberapa juara lain seperti Nidia, Jackie, John Morrison dan The Miz. Daripada juara2 ini hanya Morrison dan MIz sahaja yang nampaknya berjaya jadi wrestler di WWE. 

12 peserta keseluruhannya dan salah seorang daripadanya ialah Matt Cross (M Dogg 20) a 9 years veteran in indy circiut. Beliau pernah memenangi pelbagai kejuaraan sama ada individu mahupun tag team di arena indy. Pada gua dia adalah seorang higy flyer yang baik, namun dalam tough enouh beliau tidak berjaya meyakinkan stone cold yang beliau adalah 'prospek' pada wwe. So beliau di keluarkan pada minggu ke dua. 


Pada gua seorang pemerhati gusti yang tak diikhtiraf dan seorang sosiologist yang tak abis belajar senario di dunia gusti sama dengan apa yang kita lalui dalam dunia nyata ada ketikanya kita seorang yang bagus dan cemerlang namun ada ketikanya bila diberi tanggungjawab yang besar dan penting kita gagal laksanakannya dengan baik, juga ada ketikanya kita seorang yang cemerlang dan berjaya namun atas sebab2 yang tak dapat diealkkan kejayaan dan kehebatan kita itu hanya semantara dan kita terpaksa meninggalkalkan legasi kita atas pelbagai alasan...

Sekian..
Jumpa lagi di 'sembang' yang lain...



Sunday, March 20, 2011

Melaka Negeri Maju

 Foto: Tandas (Foto Sebenar)
Jom 'Smackdown' beramai-ramai dalam tandas yang berharga RM 196 000 ini...hoorayyy...

DI petik dari Malaysiakini 20 Mac 2011:
MPHTJ pertahan kos tandas bertaraf 'banglo'
Sapiah Haron (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya) berkata kos sebenar bukanlah sebanyak RM199,800 - angka yang dianggap tidak masuk akal dan membazir.  Sapiah menjelaskan, kos berkenaan sebenarnya adalah RM196,000 dan ia adalah munasabah, malah 10 peratus lebih rendah daripada apa yang disasarkan. 

apa punya pembangkang
kecoh la
ini Melaka
negeri bermula segalanya
tambah pula melaka negeri maju
maka janganlah hairan dengan apa yang berlaku...

sebagai anak melaka
gua 'tak sabar'
'tak sabar' nak balik melaka
dan nak rasa kenikmatan 'smackdown' dalam tandas yang harganya lebih mahal dari rumah gua (yang gua ansuran selama 25 tahun).....

mari le ke melake be !



Tuesday, March 15, 2011

WhY GeoGRapHY MaTTer...

Tu la pasal...
Geografi jadik subjek tidak wajib
maka literasi geografi semakin merosot....
tahun 2005, Prof Harm De Blij telah menulis buku yg berjudul 'Why Geography Matter' dengan memberi justifikasi signifikan geografi kepada Amerika dengan mengaitkan tiga isu utama yang sedang berlaku iaitu Perubahan Cuaca, The Rise of China dan Terrorist Global.
De Blij berjaya memerihalkan bahawa sama ada sedar atau tidak Geografi (Literasinya) amat relevan dalam menghadapi ketiga-tiga ancamam/isu/threat tersebut....

Kat Malaysia pulak,
geografi dipandang sepi
ini adalah satu kesilapan yang besar
gua dalam proses mencerna idea untuk menulis sesuatu dengan tema yang sama seperti De Blij
akhirnya gua jumpa clip ini
kisah tsunami di jepun
kalaulah si pengulas blaja geografi..mungkin bukan sebegini ulasan beliau...
kesian.....

Thursday, March 03, 2011

Mandom, Angan dan 'Strong Style Wrestling'

Aduh....
Bengang sungguh kepala hotak gua
dari kisah politik pilihanraya
kisah liwat dan lelaki Y serta bulu dan tuala good morning
kisah 'abg kerbau' dengan novel sulong karyanya
kisah birokrasi dalam pengumpulan maklumat ...
Kisah analisis SPSS yang sampai sekarang gua masih bebal
kisah hierarki kefungsian dan sentraliti indeks yang masih gua tangguhkan
kisah 3 kertas kerja yang masih belum gua sudahkan
kisah 2 manuskrip buku yang masih gua saja tergendalakan
Jun pula semakin hampir

Semua buat gua mandom, kosong dan bengong
gua rasa macam ada 'vakum' dalam kepala otak gua
yang membawa gua jauh ke alam lain

gua terbayang kueh udang alor gajah
gua terbayang asam pedas claypot kota laksamana
gua terbayang sate dan cendol kg jawa
gua terbayang kari mamak longkang
gua terbayang ikan bakau crystal bay
gua terbayang ais krim soda dan sate kerang berkuah kacang hasil creation uncle Black

apa patut gua buat?
fuh....nasib baik gua hidup zaman moden di mana TV gua ada you tube
dalam kebahlolan ini gua layan Gusti Jepun

Kepada peminat gusti,
Gusti Jepun lain style dari gusti di USA
Gusti jepun lebih bersifat 'Strong Stye Wrestling'. Iaitu gaya gusti yang kurang teknik ariel, tetapi lebih kepada pukulan-pukulan padu dan kunci ala MMA....

Kalau korang ingat nama-nama seperti The Great Muta (NWA/WCW), Masato Tanaka (ECW), Tajiri (ECW/WWE) adalah beberapa orang penggusti jepun dengan gaya strong style  yang pernah mencipta nama di USA.

Walaupun macam tu, gusti jepun kini telah tervariasi dengan kedatangan penggusti2 dari luar, oleh yang demikian dapat juga kita lihat teknik gusti ariel di gusti jepun dengan beberapa nama popular seperti Jushin Thunder Liger dan Tiger Mask IV.

Tetapi sebagai peminat gusti, gua minat originaliti. 

Kalau gua tengok mexican wrestling gua prefer CMLL atau EMLL dengan gaya LUcha Libre, Kalau tengok American Wrestling gua suka tengok style NWA (era 80 dan awal 90 an) yang menggabung kan style 'mat tecnichian' dan 'free style wrestling' jadi bila tgk gusti jepun, gua fokus pada 'strong style' nya

Pada peminat gusti , ada beberapa Promotion yang mempopularkan gusti jepun seperti NJPW, AJPW, FMW, NOAH jgn lupa style jepun juga ada di USA yang dipopularkan oleh Dragon Gate USA (Promotion).

Kepada korang yang baru nak blaja jadi peminat gusti, gua cakap terus terang, strong style wrestling mmg kurang nilai entertainmentnya ...korang takkan jumpa 'the rock' dlm strong style kerana strong style lebih bersifat 'shoot' dan 'punishment'. 

Beberapa penggusti dari USA juga ada yang berjaya menyesuaikan diri dengan gaya strong style di jepun (biasanya penggusti ini tak diterima dengan baik di USA kerana gaya strongstyle nya) seperti Scott Norton, Giant Bernard (A Train-WWE) dan Machine Gun Karl Anderson...

Apapun...pada gua..tanyalah diri masing-masing apa 'style' wrestling yang korang minat....kalau tak minat tak payah tengok...
you tube pun free .....
Selamat Menonton...





Friday, February 25, 2011

Suppot Tok Ali..


Gua 'Suppot' Tok Ali
terutamanya bila dia cakap 'slang' Melaka
lama tak dengau Tok Ali cakap

(minit 4.53: paling kelakau...'dia simpan duit kat loyau')
Gua suka dialek Melaka 

Sunday, February 20, 2011

Negara Saya Makin Maju...

Kenapa?

Tak percaya ke negara 1Malaysia makin maju?
kalau cakap Menteri Perdana kita tak percaya
Cakap siapa lagi kita nak percaya?

Cakap pembangkang?
Pembangkang tu semua jahat
kerja mereka nak huru-harakan negara 1Malaysia yang maju, aman, makmur ni sahaja
Buat fitnah, derhaka pada sultan, tindas orang melayu itu semua kerja pembangkang tu...

Oleh itu jangan percaya cakap pembangkang
tambah-tambah Ketua Pembangkang
yang kerjanya asyik Meliwat

 Percayalah kepada Menteri Perdana 1Malaysia
 kerana dia sesungguhnya sangat jujur, ikhlas, komited dan bersungguh-sungguh untuk membangunkan 1Malaysia
Termasuk juga isterinya yang prihatin kepada kebajikan kanak-kanak
Sekian

alays

Tuesday, February 01, 2011

Sembang Gusti: Gusti dan Peminatnya

Ada bermacam jenis peminat gusti. Ada yang 'extreme' hingga melenting bila orang kata gusti itu enterteinment dan sekadar hiburan, ada storyline, ada campurtangan politik juga ada sedikit elemen2 yang tak logik. Peminat sebegini akan 'follow' setiap perkembangan gusti, mempunyai superstar idaman malah seringkali menerapkan elemen-elemen yang sering ditonton dalam gusti dalam kehidupan seharian seperti 'catch phrase'2 yang sering diucapkan oleh para penggusti...Golongan ini juga akan membeli apa saja yang related dengan gusti sama ada patung permainan, cd, dvd, baju dan sebagainya. aku tak pasti sama ada golongan sebegini wujud di Malaysia atau sebaliknya, namun golongan ini memenag wujud dalam dunia gusti...percayalah walaupun  bukan di Malaysia

Ada juga peminat yang jenis 'light'...iaitu tak kisah dengan gusti. Minat memang minat namun hanya minat pada gusti atau hanya penggusti tertentu sahaja. Peminat sebegini tidak kira apa yang berlaku dalam dunia gusti, apa sahaja perkembangan dalam dunia gusti tidak penting, yang penting gusti. Interview tak penting, storyline tak penting, chracter atau watak tidak penting, yang penting ada tumbuk tendang terajang ...Tak kiralah sama ada ia tahun lepas ataupun 10 tahun  lepas punya matches. Selain ini, peminat sebegini hanya tau beberapa penggusti sahaja seperti Hogan, Cena, Undertaker dan wadah gusti utama mereka ialah WWE. Pada pengamatan gua, ini adalah keleompok yang paling dominan dalam konteks peminat gusti Malaysia. Malah golongan sebegini juga sering tertanya-tanya bilakah akan munculnya semula The Rock dan Stone Cold dalam area gusti sedangkan bagi peminat yang 'exreme' persoalan-persoalan ini adalah karut -marut. 

Peminat kategori yang ketiga pada gua ialah yang 'macam gua'. Gua adalah peminat gusti yang hari2 bukak ewrestlingnews.com untuk tahu perkembangan dunia gusti. Gua juga  menjadikan persekutuan lain seperti INDY (ROH), TNA, CMLL, NJPW, AJPW dan wrestling klassik (NWA, AWA, WCCW, ECW, SMW dan lain-lain) sebagai santapan utama mata gua dan menjadikan WWE hanya sebagai alternatif sahaja.  

Gua menonton gusti bukan hanya sebab gusti, gua menonton gusti dari beberapa aspek dan yang paling gua minat ialah dari perspektif sejarah perkembangan gusti itu sendiri. Pada gua Wrestling adalah Popular Culture yang masih kekal hingga kini. Gua suka tengok dokumentary gusti berbanding dengan gusti itu sendiri. Pada gua 'nilai' gusti bukan hanya 'match' sahaja tetapi pelbagai seperti sejarah kewujudan satu-satu 'character'. sejarah permusuhan penggusti, sejarah sesebuah pertubuhan gusti dan sebagainya. Pada gua, gua kini lihat gusti lebih pada perspektif sosiologi...Gua tak tahu berapa ramai peminat gusti seumpama gua yang ada di Malaysia..namun bila bercakap tentang dunia gusti itulah gua......

*artikel ini adalah tribute terhadap empat keping DVD Gusti Collection -'lebih bersifat dokumentari' yang Gua beli petang tadi (Foto atas)...BACA: EMPAT  KEPING...bukan sekeping dua...

Sunday, January 23, 2011

Sembang Buku: Perihal Orang Melayu


Buku ini ditulis pada 1884 oleh Residen Perak pada ketika itu. Oleh yang demikian pemerhatian dan kisah yang beliau paparkan merujuk kepada Melayu Perak. Kalau tuan puan celik pada sejarah, tuan puan akn tahu bahawa kebanyakan residen yang dihantar oleh Inggeris ke Tanah Melayu pada ketika itu ialah terdiri dari golongan sarjana dan cendikiawan. Mereka bukan sahaja datang untuk memerintah, tetapi mereka juga datang untuk memahami, mendalami dan menganalisis gaya hidup bangsa yang mereka jajah agar mereka tahu mana lemah dan mana kuatnya bangsa tersebut.

Tuan2 tidak percaya? tuan2 bacalah Hikayat Abdullah dan cuba teliti apa yang ditulis oleh Munshi Abdullah terhadap Stamfford Raffles. Juga bacalah sejaha Indonesia. Lihatlah latar belakang dan peranan Snouck Hugronjae dalam penjajahan indonesia oleh belanda.

Kata Frank Swettenham, Orang melayu :
  • Bersifat baik hati, gerak geri sopan apabila berbicara
  • Tidak pernah menikus, tetapi dengan orang yang tidak dikenali agak pendiam dan curiga yang tidak ditunjukkan
  • Suka berbelanja, gemar meminjam wang tetapi lambat membayar
  • Petah berkata-kata dengan kiasan dan ibarat, suka berkelakar dan suka benar berjenaka
  • Mengambil tahu hal jiran tetangga dan suka bercerita tentang hal orang
  • Percaya kepada takdir juga kepada tahyul
  • Tidak pernah mabuk namun gemar berjudi dan bersabung ayam
  • Konservatif,muliakan adat resam takut kepada raja dan hormati pihak berkuasa
  • Pantang menerima penghinaan
  • Apabila maruah tercemar - akan menuntut bela
  • Semangat berpuak-puak yang tebal
  • Curiga terhadap semua jenis pembaharuan dan menentang apa-pembaharuan yang dipaksa 
Hari ini sudah hampir 127 tahun kisah ini ditulis. 
Adakah orang melayu masih seperti dahulu?

Dalam pengkajian tentang budaya, hakikatnya budaya manusia berubah selaras dengan perubahan persekitaran ini kerana terdapat hubungan yang kuat antara manusia dengan alam sekitar (man-environmental interaction). Jadi pandangan gua, pasti ada antara yang ditulis oleh beliau sudah tidak ada relevannya  pada masa kini. 

Justeru kita tidak perlu marah jika ada yang ditulis oleh Swettenham ini menyakitkan hati kita. Jangan jadi bodoh. Seperti penentang novel 'Interlok' yang pada gua tak sedar diri dan tak tahu membezakan perubahan 'ruang dan masa'. Gua malas nak cerita pasal interlok dan kebebalan penentangnya. Namun pada gua jika kita paham bahawa 'ruang dan masa' berubah namun catatan sejarah  tetap kekal maka kita tidak peru marah dan menjadi bebal.

Aisey...gua sudah melalut...
tapi pada gua..buku ni bagus jika tuan-tuan baca jika hendak mengetahui korpus pemikiran melayu dari perspektif seorang inggeris sepanjang akhir abad ke 19 yang lalu......

Jahat Betul Parti Pembangkang....

DIPETIK DARI UTUSAN ONLINE 23 JAN 2011:


Mereka tidak hormati sultan

PELANTIKAN Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor diakui sah oleh semua pihak. Namun kehadiran beliau tidak diterima barisan exco kerajaan negeri Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Polemik itu membawa kepada cadangan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri 1959 kononnya bagi mengembalikan kuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar dalam melantik SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
 
Semestinya cadangan pindaan tersebut menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit. Jika pelantikan Mohammed Khusrin sah di sisi undang-undang mengapa undang-undang sedia ada mesti dipinda.

Wartawan Mingguan Malaysia, LUQMAN HAZIQ ABDULLAH, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan jurugambar AHMAD ZAKKI JILAN sempat menemuramah Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, DATUK MOHAMMAD SATIM DIMAN untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan kerajaan negeri gabungan PKR, Pas dan DAP itu.
MINGGUAN: Apa sebenarnya muslihat Kerajaan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di sebalik isu Datuk Mohammed Khusrin Munawi sehingga perlu membawa kepada Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN)?

SATIM: Saya melihat dari segi ini, kerajaan negeri cuba meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar dengan alasan kononnya hendak mengembalikan kuasa sultan. Isu Mohammed Khusrin ini tiada kaitan langsung dengan kuasa sultan terhakis kerana baginda sendiri sudah menyatakan perkenan. Kita juga nak tanya kuasa sultan yang macam mana mereka hendak kembalikan? Kenapa tidak diperincikan?

Mereka sengaja memperalatkan isu ini untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar sahaja. Ini kerana jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tetap berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) walaupun DUN meluluskan usul tergempar. 

Sebenarnya tidak ada isu pun dalam pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK, semuanya dilakukan dengan mengikut prosedur yang sudah menjadi amalan sekian lama tetapi Kerajaan Negeri PKR menjadikan perkara ini sebagai modal politik mereka, sedangkan sudah jelas pelantikan SUK tertakluk kepada SPA.

Ini semua tidak lebih hanya political game bertujuan menguji institusi raja dan rakyat kerana saya difahamkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menubuhkan panel penilai bagi memilih SUK dan salah seorang calon akhir ialah Mohammed Khusrin. Maknanya, Menteri Besar sudah tahu sejak dari awal tetapi berbohong kepada rakyat kononnya beliau dibelakangkan.

Pada saya semua ini juga tidak lebih sebagai penghinaan kepada penjawat awam. Mereka menubuhkan panel tetapi pengerusinya Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim. Mengapa bukan SUK, sepatutnya jika betul tak berniat menghina serta merasakan pegawai kerajaan amat penting kepada kerajaan negeri, pengerusi panel itu mesti SUK.

Kenapa hanya Mohammed Khusrin dijadikan kambing hitam sedangkan sebelum ini langsung tiada masalah walaupun diwarisi dari zaman BN?

SATIM: Mereka cuma berpolitik selain cuba untuk mengalihkan pandangan rakyat kerana terlalu banyak janji-janji pilihan raya mereka dulu masih belum ditunaikan dan pada saya memang sukar pun untuk ditunaikan. Jadi mereka mengalihkan perhatian satu persatu dan terbaru Speaker pula mengisytiharkan DUN Pelabuhan Klang kosong, walhal ia sepatutnya dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hajat mereka bila semua ini dipolitikkan, rakyat akan melihat kepada isu itu dan dengan harapan mereka terlupa kepada janji-janji politik yang ditabur pada 2008 tetapi kita akan pastikan benda ini sentiasa disuarakan, kita akan terus bertanya dimana janji-janji pembangkang.

Memang Mohammed Khusrin dijadikan kambing hitam oleh kerajaan negeri bagi menutup kelemahan pentadbiran PKR dan orang suruhan yang menjadi alat untuk menjayakan niat jahat ini adalah tidak lain tidak bukan Abdul Khalid. Beliau hanyalah alat kepada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain dakwaan Datuk iaitu Abdul Khalid hanyalah alat kepada Anwar, sejauh mana kebenaran mengenai dakwaan yang mengatakan Menteri Besar dicucuk hidung oleh DAP?

SATIM: Saya rasa Abdul Khalid selaku Menteri Besar tiada kekuatan, dia hanya Menteri Besar yang ‘less power’ kerana secara kebiasaannya, kekuatan seorang Menteri Besar dia perlu ada kekuatan politik dulu, baru datang kepada organisasi tetapi beliau tiada kuasa dalam PKR Selangor.

Abdul Khalid bukan Pengerusi PKR Selangor, sebaliknya jawatan itu digenggam Azmin Ali. Di pusat pula Azmin juga Timbalan Presiden apatah lagi dengan kedudukan Penasihat Ekonomi Selangor yang dikelilingi oleh DAP sehingga akhirnya terperangkap dengan mainan DAP. Benar, Abdul Khalid bukan sahaja alat kepada Anwar tetapi juga boneka yang dicucuk hidung oleh DAP.

Apakah krisis DUN ini penanda aras kepada pembangkang bahawa apabila mereka mendapat kuasa dua pertiga, segala undang-undang termasuk kuasa raja-raja akan dipinda?

SATIM: Rakyat kena faham, setiap undang-undang sama ada di peringkat negeri mahu pun pusat boleh dipinda apabila ada kuasa dua pertiga. Mana-mana parti boleh buat sesuatu hati termasuk untuk menggugurkan apa sahaja. Di sinilah pentingnya rakyat kena berfikir, saya tidak boleh kata DAP tapi mana-mana yang dapat dua pertiga sama ada di DUN dan Parlimen, dia ada hak untuk gubal undang-undang ikut selera masing-masing.

Kalau keadaan ini tiada penyelesaian dan SUK berterusan dihalang menyertai mesyuarat kerajaan negeri, apa status setiap mesyuarat yang dilaksanakan?

SATIM: Sepatutnya mereka akurlah. Kalau tidak akur, itu pengkhianat yang amat besar kepada seluruh rakyat dan kakitangan awam. Tiada makna jika kita berterusan begini kerana ia tidak memberi faedah kepada sesiapa pun, sebaliknya yang susah adalah rakyat sendiri.

GUA LAHIR DI NEGERI YANG PERTAMA ADA SULTAN DI TANAH MELAYU.GUA LAHIR DI NEGERI YANG  KESULTANAN LENYAP. DALAM BAHASA MUDAH GUA LAHIR DALAM NEGERI YANG TIDAK ADA SULTAN...

BILA GUA BACA BERITA-BERITA TENTANG SULTAN DAN RAJA...KADANG KALA GUA HAIRAN DAN PENING...

RAMAI SANGAT YANG KATA RAKYAT SUDAH TIDAK HORMAT SULTAN..

TAPI...BILA GUA TANYA DIRI SENDIRI..'KENAPA PERLU?'
GUA JUGA YANG TIADA JAWAPAN UNTUK SOALAN ITU

ENTAHLAH GUA TAK PAHAM...MUNGKIN AGAKNYA GUA KENA BELAJAR SEJARAH

Friday, January 21, 2011

Tribute To P. P Ramlee: P. Ramlee Yang Saya Kenal



Sebenarnya, buku ini telah lama aku baca, namun entah kenapa rasa terlalu sibuk hingg tidak sempat untuk membuat ulasan ringkas dalam blog ini. Namun aku kuatkan semangat untuk catatkan sedikit pengalaman dan penegtahuan setelah membaca buku ini. Selesai menulis tentang ulasan buku ini, bermakna ada satu lagi buku yang aku masih terhutang iaiatu buku yang berjudul Orang Melayu tulisan Frank Swettenham. Selepas dari itu, aku kena fokus pada kerja yang semakin lama semakin menjerut leher ini.

Berbalik kepada buku ini. Dalam segmen Tribute To P. Ramlee ini adalah buku yang ketiga aku ulas selepas 'Sepanjang Riwayatku' dan 'Bapaku P Ramlee'. Jika bapaku P Ramlee ditulis oleh satu-satunya anak kandung P. Ramlee (Nasir), buku ini pula di tulis oleh satu-satunya anak murid P Ramlee iaitu Yusnor Efa. 

Siapa nama sebenar Yusnor Ef? Kenapa dia menjadi satu-satunya murid P Ramlee semuanya anda boleh dapat tahu dengan jelas melalui buku ini. Secara umumnya, buku ini merupakan satu kisah dan pengalaman peribadi beliausewaktu menjadi murid P ramlee dan semasa ada hayat P Ramlee. Pelbagai kenagan suka dan duka ada beliau coretkan dalam buku ini yang pada aku kenangan dan pengalaman yang unik ini sangat bermakna terutamanya bila ia melibatkan P Ramlee.

Beberapa perkara yang menarik seperti siapa sebenarnya Shaari dan Nurkiah yang menjadi ilham beliau dalam filem Masam-Masam Manis juga ada dikisahkan dalam buku ini. Namun antara yang pali aku lucu bila membaca bab P Ramlee menggunakan tandas di rumah Yusnor dan seterusnya membaiki kerosakan jamban tersebut yang digambarkan dengan dialog "Hari ini P Ramlee betulkan engkau punya jamban"...benar-benar mengusik hati aku bila mengenagkan insan Bernama P Ramlee.

Banyak lagi kisah suka dan duka dari perspekif beliau tentng P Ramlee dapat anda ketahui melalui buku ini. Namun sedikit trkilan kerana ada beberapa foto dan kisah dalam buku ini yang mempunyai persamaan (bertindan) dengan buku tulisan nasir. 

Akhirsekali, jika ditanya tentang rekomen, ini adalah buku yang paling aku rekomen kalau ada sesiapa yang nak tahu tentang serba sedikit kisah P Ramlee sebelum buku yang ditulis oleh Nasir dan buku 'Sepanjang Riwayatku'. Namun, ini hanay pandangan aku sahaja. Tak perlu ada 'butthurt' atau menjadikan isu.
Sekian...