(Al Baqarah:216)
Wednesday, September 01, 2010
INTERNET
Kita boleh lihat contoh di Malaysia...
ASTRO-satu monopoli, baca la mana-mana surat kabar dan lihat ruangan komen atau keluhan pengguna, pasti akan ditemui komen tentang astro..namun, apa yang astro lakukan? pegi mampus...tak layan...kenapa? sebab dia dominasi stesyen TV, pengguna tak ada pilihan..maka nak tak nak..(kerana bosan dgn TV percuma yang banyak propaganda) maka kita terpaksa tersukan langgan astro walaupun servisnya mmg macam celaka...
INTERNET- masih di dominasi oleh pihak Telekom Malaysia. Walaupun ada byk syarikat yang menawarkan pakerj wireless namun ia hanya 'valid' di kawasan2 tertentu sahaja terutamanya di kawasan yang ada 3G. Di Malaysia berapa banyak kawasan yang ada 3G?
oleh itu kita perlukan streamyx...
memandangkan ia masih didominasi oleh telekom maka servisnya memang macam sial
pengalaman aku lalui sangat memeritkan, daftar kemudian tunggu hingga tiang telefon di pasang
kemudian tunggu-tunggu-tunggu
dah menunggu selama lima bulan (daftar bulan april) aku ke pejabat Telekom dan di maklumkan bhawa borang pendaftaran aku hilang...begitu sahaja jawapannya...
apa aku boleh buat selain mencarut dalam hati (rasnaya puasa aku hanya lapar dan dahaga sahaja ari ini)
aku kena isi borang baru
dan sekali lagi mereka berjanji
dalam tempoh seminggu talian akan dipasang...
(cukuplah...dah ramai Melayu yang bodoh, aku tak mahu jadi bodoh dengan percaya kata-kata pemonopoli ini)
Friday, July 23, 2010
Kaya
namun..tak perlulah jadi 'desperado' hanya semata-mata ingin jadi kaya..
Tuesday, July 13, 2010
13 JULAI
Wednesday, June 02, 2010
JUN
namun aku masih menunggu janji TELEKOM yang aku yang tak akan tertunai..
Aku perlu terus ber blog
sebab ia terapi minda buat aku
cuma aku terfikir...
perlukah aku bina sebuah blog baru dengan indentiti baru selaras dengan pradigma aku yang serba baru?
atau....
teruskan saja berblog di sini
buat sedikit kemasan pada blog ini
tukar sedikit hiasan, link dan sebagainya...
Entahlah
Masih tiada keputusan lagi
Wednesday, May 19, 2010
PRA-Pembukaan
sahaja hendak ku lihat janji pihak berkuasa
apa benar akan ada talian internet di bulan jun ini?
lagi lama aku tidak mencatat
lagi sakit kepala ini
moga Jun ini tidak menjadi 'Janji Kosong'...
Friday, April 30, 2010
TUTUP SEKETIKA

BLOG INI AKU TUTUP
TUTUP UNTUK PENYELENGGARAAN
WALAUPUN DALAM KEPALA HOTAKKU TERLALU BAYAK BENDA YANG HENDAK DIKONGSI DALAM BLOG INI
AKU MASIH PERCAYA BAHAWA MENULIS ITU SATU TERAPI
NAMUN
ADA KETIKANYA IA MEMBAWA KEMARAHAN
TERUTAMANYA BILA MASA HENDAK AKU MASUKKAN ENTRI
TIADA CAPAIAN INTERNET YANG DIPEROLEHI
MEMANG CELAKA KEADAAN INI
AKU BUKAN DUDUK DALAM GUA
AKU DUDUK DI TAMAN PERUMAHAN
NAMUN...ANEHNYA
STREAMYX PUN TAK ADA (TIANG TELEFON PUN TIADA)
BROADBAND WIRELESS LAGI LAH TIADA
JADI
APA YANG MAMPU AKU LAKUKAN?
KINI
MASA BANYAK DIHABISKAN DI RUMAH
NAK TUNGGU JANJI KERAJAAN TENTANG JALUR LEBAR?
PEGI MAMPUS SAMA YANG BERJANJI...
AKU TIADA PILIHAN..
WALAU AKU CACI
WALAU AKU MAKI
AKU TETAP KENA TUNGGU...
TAPI
TAK TAHU SAMPAI BILA...
PENYELESAIANNYA
AKU TUTUP SEKETIKA BLOG INI
AKU TAK TAHU BERAPA PEMBACANYA
TAPI AKU IKHLAS NYATAKAN AKU TERPAKSA TUTUP
KERANA KEADAAN TAK MENGIZINKAN
DAN 'KEADAAN' ITU IALAH
KEGAGALANKAN UNTUK MENDAPAT CAPAIAN INTERNET DI SINI..
(MEMANG AMAT JELEK KERANA IA BERLAKU DI SINI, DI ZON LUARAN WILAYAH METROPOLITAN LANJUTAN LEMBAH KELANG)....
Thursday, April 15, 2010
Cukuplah ..
Enough bererti cukup
Pada aku cukuplah
Cukuplah semua masa yang dibazirkan
Cukuplah segala alasan yang diberi
Walau yang sudah pergi tak akan kembali lagi
Namun yang mendatang itu sudah pasti
Cukuplah semuanya
Memang ia tidak akan seperti masa lalu
Namun
Saki baki ketabahan
Sisa sisa keutuhan
Masih tetap ada
Ayuh
Teruskan
Hentikan yang ini
Mulakan yang baru
Kerana kalau tiada titik noktah
Kelak diri pasti menyesal nanti...
Kerana hidup ini
Bukan hanya untuk bersuka-suka sahaja...
Saturday, April 03, 2010
Perpustakaan Suluh Ilmu...
Bukan ini kali pertama aku bertanya
Namun jawapanmu setiap kali sama sahaja
‘mungkin rosak’
‘kami baru kena sambar petir’
Ini perpustakaaan
Gedung ilmu dan maklumat
Kalau di perpustakaan sendiri tiada WiFi
Dan pegawai nya pula sering beralasan
Takkan aku hendak ‘menyalak’ cari internet ‘line’ di tengah
Hey bodoh
Jangan
Dengan muka manis
Dengan bibir senyum
Momokkkan rakyat tentang talian ‘jalur lebar’
Yang kemudiannya hanya di empat kawasan
Yang aku kira sudah terlalu ‘lebar’ jalurnya
Ini perpustakaan gedung ilmu dan maklumat
Kalu itu pun kau tak mampu buat
Elok ubah saja nama mu
Dari perpustakaan ke pasar karat
Buat aku tidak bising lagi....
Hari
semakin perit
Semakin hari
semakin berat kaki melangkah
semakin hari semakin pedih hati menanggung rasa
semaki hari
semakin hilang cahaya
apakah akan berlaku pada esok???