"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, December 15, 2009

aduhaiiii


Sial datang dalam pelbagai kaedah...
baru hati nak rasa tenang...percutian bertukar jadi sial
penginapan yang macam sial (Perak Riverside Resort-Resort Kuala Kangsar)
nak tambah sial lagi....
bertemu pulak dengan 'si jutawan'...
apa punya majal
apa punya sial....

Friday, December 11, 2009

hahahaha

Petikan malaysiakini 11 Dis 2009

PM saran kod etika blog
Dis 11, 09 11:26am
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sentiasa mengatakan media baru atau Internet memainkan peranan penting kepada masa depan politik dan sivil rakyat negara ini.

Perdana menteri berkata medium itu penting bagi kebenaran didedahkan melalui laporan yang bertanggungjawab.

"Oleh sebab itu saya amat berminat bila mendapati ada satu Kod Etika Penulis Blog yang mungkin boleh diterima pakai oleh para penerbit," kata beliau dalam blognya www.1malaysia.com.my semalam.

Disiarkan dalam laman berita internet, garis panduan untuk penulis blog itu didasarkan kepada kod etika Persatuan Wartawan Profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Berikut adalah beberapa petikan bahawa penulis blog hendaklah:

- Jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor dan menginterpretasi maklumat,
- Jangan sekali-sekali menciplak,
- Mengenal pasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan,
- Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut,
- Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta,
- Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera,
- Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi,
- Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog,
- Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi,
- Mematuhi piawaian yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.

Najib berkata beliau mendapati piawaian seperti itu amat penting ke arah membina satu dialog yang dihormati serta produktif dan akan berusaha untuk patuh kepada piawaian itu sedapat mungkin. BERNAMA

Wednesday, December 09, 2009

Kenapa Nak Balik???

Petikan Mstar Online (9 Dis 2009):


SETELAH 12 tahun meniggalkan negara kerana mengikut kekasih hati yang berasal dari Lombok, kini suaminya Nurzuliyani Alias, 29 (empat, kiri) bergambar dengan kedua ibu-bapanya di Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di sini,semalam. Turut hadir (kiri) Adun Hulu Besut Nawi Mohammad dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Datuk Muhd Khairun Aseh (dua, kiri).-Foto BERNAMA



Dah hampir sebotol 'Unicough' dah aku togok
Berbiji-biji 'paracetamol 500 mg' dah ku telan
hampir sebotol 'madu tualang' (200 ml) aku minum
dah berbiji-bijik 'Vit C 1000 mg' aku telan...

tapi kau tak pergi-pergi
kenapa kau datang?
waktu ini waktu kritikal

terlebih duriankah?
terkena hujankah?
terlebih aiskah?

atau

kolestrol makin bertambah?
antibodi makan lemah?
metabolisme makin merosot?

kenapa kau datang?
tika aku sedang kejar 'dateline'
tika 'setahun' makin hampir
tika 'janji' hendak cepat-cepat aku tunaikan
tika 'Skrip' yang beratus-ratus bakal berlonggok datang?

aduhai...
inilah namanya
sudah tersepit baru tengadah
sudah ditendang baru terngaga

selalu lupa...
masa yang lepas takkan kembali
masa yang tenang sering di siasiakan..

kini
tanggunglah bala
tanggunglah bencana...
semuanya datang menimpa kepala...

dan....
insomnia mula datang merengek...
manja.......







Monday, December 07, 2009

Baik atau Bahalol?

PETIKAN HARIAN METRO-7 DIS 2009

MTUC cadang pengampunan pekerja asing tanpa izin

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini memohon kerajaan untuk mengisytiharkan pengampunan bagi membolehkan sejumlah 2.1 pekerja asing tanpa izin meninggalkan negara ini.

Naib Presidennya A. Balasubramaniam berkata langkah ini merupakan kaedah terbaik bagi mengurangkan bilangan pekerja asing di negara ini.

Beliau berkata program pengampunan terakhir pada 1 Julai 2004 hingga Februari 2005 amat berjaya dengan 230,000 pekerja tanpa izin pulang ke negara masing-masing secara sukarela.

Beliau berkata, MTUC menerima ratusan permohonan daripada pekerja seumpamanya terutamanya mereka yang tempoh visa tamat dan berhasrat pulang ke negara asal mereka.

Menurut beliau, kos untuk mendapatkan dokumen berkenaan agak tinggi dan pekerja berkenaan tidak mampu.

Katanya pekerja perlu membayar sejumlah RM2,000 untuk mendapat dokumen berkenaan, meliputi denda RM300 kerana tinggal melebihi tempoh, RM600 untuk tiket penerbangan dan RM1,100 bagi pemprosesan permohonan menerusi agen khusus. - Bernama

APA PUNYA BAHALOL KITA....
KASI ORANG PIJAK KEPALA....
(BAHALOL-XPDC)

Friday, December 04, 2009

Apa Cerita Tat ???

BUAT TATAPAN SEMUA....
Saya ada beberapa pandangan pro dan kontar tentang 'tauliah'..namun kali ini saya benar-benar setuju bila mana JAIS tidak memberikan tauliah kepada seseorang yang tiada latarbelakang agama yang cukup untuk mengajar agama.

Mujurlah JAIS tegaskan hal ini, kalau tak 'mungkin' ada rakan yang dapat A1 dalam Subjek Pengajian Islam dalam SPM belasan tahun lepas akan mengajar agama semata-mata kerana populariti...

kawan...takkan hanya pakai songkok putih dan nyanyi lahgu nasyid sudah layak digelar 'ustaz' dan ada lesen besar untuk bercerama di mana?

Fikir-fikirkan...

Tak layak ajar agama

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.my


PUTRAJAYA: Penceramah muda yang juga bekas penyanyi rock, Akhil Hayy tidak layak berceramah dan mentarbiah orang lain berdasarkan latar belakang agama yang cetek selain hanya mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata.

Bukan itu saja, penceramah yang pernah menjadi pengacara sebuah rancangan ilmiah di televisyen itu juga tidak pernah diberikan sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kenyataan itu dikeluarkan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang mengakui berdasarkan maklumat, bekas penyanyi kumpulan rock terbabit tidak mempunyai latar belakang agama bagi melayakkannya memberikan ceramah agama.

Tanpa berselindung, beliau berkata, penceramah muda terbabit juga pernah ditahan kerana tidak memiliki kebenaran bagi menyampaikan ceramah tetapi tidak didakwa dan dibebaskan.

“Apa yang kami ketahui, dia (Akhil) pandai bercakap seperti penceramah lain tetapi tidak memiliki latar belakang agama yang sepatutnya dimiliki seorang penceramah agama.

“Bagaimanapun, kami tidak menafikan pengaruh artis membolehkan orang ramai tertarik dan gemar hadir bagi mendengar ceramahnya yang sebelum ini tidak ketinggalan melampiaskan kata-kata sindiran terhadap orang lain,” katanya, semalam.

Malah, katanya, selepas ditahan Jais kerana berceramah tanpa kebenaran, Jais tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada penyanyi rock terbabit.

Menurutnya, sepanjang pengetahuan, Akhil tidak memilik latar belakang agama walaupun pernah memberikan ceramah agama selepas meninggalkan dunia artis.

“Apa yang kami bimbang, penceramah yang tidak memiliki pengetahuan agama sepatutnya tetapi berlagak bijak berceramah yang boleh menjurus kepada mengelirukan masyarakat yang menjadi pendengar.

“Kami tidak mahu penceramah yang hanya pandai cakap tetapi tidak ada pengetahuan agama dan apa yang paling membimbangkan mereka menggunakan logik akal dalam ceramah mereka,” katanya.

Tanpa berselindung, Mohamed Khusrin, berkata Selangor bukan tempat bagi penceramah terbabit, lebih-lebih lagi selepas masalah rumah tangga dengan bekas isterinya menjadi isu sebelum ini.

Menurutnya, kelemahan menangani isu peribadi itu juga boleh dilihat sebagai kelemahan yang tidak sepatutnya ada bagi seorang yang mahu bergelar penceramah yang sepatutnya menjaga tata susila mereka yang memiliki ilmu agama yang syumul.

“Bagi saya, kita sudah mengetahui latar belakang agama Akhil dan sudah pasti kita tidak akan membenarkan penceramah muda (Akhil) ini mengadakan ceramah di negeri ini.

“Bukan itu saja, Akhil juga tidak pernah memohon sebarang kebenaran untuk berceramah bagi membolehkan siasatan lebih terperinci terhadap pengetahuan dan ilmu agama yang dimiliki,” katanya.

Mengulas lanjut isu itu, Mohamed Khusrin berkata, tidak ada guna memberikan kebenaran kepada penceramah termasuk Akhil yang hanya pandai bercakap jika ia lebih kepada untuk mengaibkan orang lain.

Menurutnya, seorang penceramah perlu mempunyai sifat terpuji dan tidak mengaibkan orang lain dalam ceramah dan bagi Akhil yang perlu juga melihat peranannya yang menyindir masyarakat artis yang pernah disertai satu ketika dulu.

“Alasan itu (tidak mengaibkan orang lain) adalah antara peraturan yang perlu dipatuhi jika ingin memperoleh kebenaran berceramah di negeri ini.

“Kami tidak mahu sebahagian besar daripada ceramah yang diberikan lebih kepada mengutuk dan mengaibkan orang lain sehingga mengabaikan ilmu yang sepatutnya diperoleh mereka yang menjadi pendengar,” katanya.

Tanpa menidakkan hak untuk Akhil dan penceramah lain berceramah, Mohamed Khusrin, berkata setiap penceramah perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk memiliki bukti kemampuan dan kemahiran ilmu agama yang dimiliki.

Menurutnya, Jais akan memastikan ada bukti seperti sijil atau kelulusan dalam bidang agama dimiliki mereka yang berhasrat berceramah di negeri itu bagi mengelak timbul masalah yang tidak dijangkakan termasuk membawa unsur yang bertentangan amalan umat Islam di negara ini.

“Kami juga mempunyai cara tersendiri bagi mengenal pasti sama ada seseorang pemohon itu memiliki ilmu agama yang sepatutnya bagi melayakkan mereka menyampaikan ceramah agama.

“Begitu juga pendekatan tertentu dilakukan bagi mengesan sama ada mereka (pemohon) menjadi pengamal sesuatu pegangan yang tidak dibenarkan di negara ini,” katanya.

Menurutnya, saringan teliti itu bagi memastikan tidak ada penceramah ‘mata duitan’ yang mahu menjadikan kawasan di negeri itu sebagai ‘lubuk’ bagi mengaut keuntungan mudah mereka.






Thursday, December 03, 2009

Sebuah Titipan..


Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar


Kata ustaz yang berceramah:
"ada dua golongan manusia, satu golongan, semakin di uji Allah..semakin kuat ketaqwaan mereka pada Allah, manakala golongan kedua pula, semakin diuji Allah..semakin kurang ketaqwaan mereka kepada Allah..."

justeru sambung Ustaz, hendaklah kita berada dalam kelompok yang pertama kerana ia akan menjamin kebahagiaan kita di dunia dan akhirat....

Balik rumah...aku cermin muka dan tanya iman....lantas memohon...Ya Allah tempatkanlah aku dalam kelompok yang pertama itu....tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Rahmat MU...Amin...


Poorah...


Dalam entri saya sebelum ni asaya ada muatkan kisah Namewee yang memaki hamun TNB kerana tiada elektrik di kawasannya....
Namewee tentu ada alasan atas tindakannnya...

saya rasa..kalau Namewee berada di tempat saya sekarang ini pasti juga dia akan memaki hamun TNB berkali-kali

apa tidaknya...sudah dua kali dalam tempah 5 jam elektrik terputus...malah yang paling molek...pada ketika ini sangat lama untuk menunggu ada bekalan letrik semula (hampir jam 1 am)
mungkin abang-abang TNB sedang lena..maklumlah hujan ..sejuk....

yang pasti kerja aku pasti terbengkalai buat kali ke dua kerana bateri note book hanya ada masa 15 minit sahaja lagi

Tuesday, December 01, 2009

Terima Kasih...

Subsidi gula mungkin dimansuh?
Dis 1, 09 4:37pm
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi.

"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.

"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.

Katanya, faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan antaranya kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.

Selain itu, katanya, ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini.

Terdahulu, Presiden CAP SM Mohamed Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini. BERNAMA

Sunday, November 15, 2009

.....



Majlis Kahwin
Bertandang
Hadiah
Cuti Sekolah
Perayaan
Family Day
Semua ini pasti menyusahkan hidup aku tak lama lagi..
Life Sucks...

Wednesday, November 11, 2009

Kenapa?


Dua tiga hari ini semuanya serba tak menjadi
ada sahaja halangan yang menyekat perancangan
mental
fizikal
semuanya jadi lemah

entah kenapa
di kala masa yang makin menghimpit
semuanya datang mengganggu

apa silap
apa salah

tika semua yang dirancang berjalan lancar
tiba-tiba ia terhenti untuk masa yang lama

apa yang menghantui?
apa yang mengganggu?

perjalanan ini masih panjang
dan
sesungguhnya memang tiada masa hendak berduka....

Sunday, November 08, 2009

Terkenang CM

Buat CM....
Aku tau kau tak baca blog aku..tambahan kau pun tak tahu kewujudan blog aku..
apa apun ucapan ini tetap untuk kau...
berlatih-selalu....hahaha




ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA (AXLS)


Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri

Saturday, November 07, 2009

Quote of The Day

Foto: Berarak Mendung, Adakah Hujan atau Terang yang Bakal Menjelang Nanti?? Wallahualam


'Perhubungan pelajar dengan penyelia di peringkat pengajian PhD sangat berbeza dengan peringkat-peringkat pengajian yang lain.
Hubungan itu tersangat minimum. Mereka akan membantu, tetapi bukanlah sampai ke tahap seolah-olah mereka pula yang sedang belajar.
Proses pencarian ilmu seratus peratus (100%) terletak di tangan pelajar.
Penyelia akan menunjuk arah dan membimbing supaya pelajarnya tidak tergelincir. Jika kita berasa ditinggal dan tidak dipedulikan oleh penyelia, maka kita amat bertanggungjawab menghampiri mereka'
(Prof Dr Syed Noh)

Wednesday, November 04, 2009

Masihkah anda ingat?

masihkan anda ingat dengan 'apek' ini
yang satu ketika membangkitkan kemarahan ramai rakyat dan pemimpin dengan lagu 'negarakuku' nya..

mak pemimpin kita yang bermuka manis dan berotak kosong memaafkan kesilapannya atas dasar barangkali 'dia masih muda' dan beri peluang untuk dia melalui hidup dengan lebih baik

barangkali juga atas nama 'keharmonian dan perpaduan kaum' yang sangat menggelikan telinga maka dia di maafkan ....

kita..mudah lupa...dan kita juga banyak perkara yang harus difikirkan. apa jadi pada 'apek' ini itu bukan masalah kita
mungkin dia telah insaf barangkali...

namun kini dia muncul lagi....
saksikan video clipnya...




apa respon kita?
benarkah tindakannya?
kalau tidak benar ada maaf lagikah untuk dia?
apa komen abang2 TNB?







Sunday, November 01, 2009

Pening aku Kawan...


pening aku dengan kau kawan
adakalanya kau seolah-olah pemikir tersohor
tapi
selalunya kau lebih umpama kutu di jalanan

pening aku dengan kau kawan
ada ketika kau berlagak seolah-olah kau dewasa yang matang dan terbuka
namun
selalunya lagakmu bagai kanak-kanak yang belum kering hingusnya..

kau hanya rapat
kau hanya dekat
dengan orang yang kau lihat ada kredibiliti
dan ketika itu
kau akan hujahkan apa yang kau baca
surahkan apa yang minda kau telah cerna

namun kawan..
semuanya untuk apa?
menonjolkan dirimu jua
lupakah kau kawan
dirimu siapa?
pijakmu di mana?
adakah akan jejak awan bila kau melompat?

pening aku dengan kau kawan
aku tak mahu pening lagi
duduk lah kau dengan dunia mu..
tumpanglah kau pada siapa-siapa yang 'percaya' pada mu...