"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, September 16, 2008

Internet-Oh-Internet


Yahoo Mail Pun Chat Juga? (Sekadar Gambar Hiasan)

Kepada BOSS

Untuk pengetahuan boss, saya hantar surat ini adalah untuk menyuarakan ketidak puasan hati saya terhadap apa yang berlaku dengan sistem Internet kita

Untuk pengetahuan boss, sejak kebelakangan ini kami kuli-kuli di tempat keje ini merasakan amat tidak puas hati dengan apa yang telah berlaku terhadap sistem internet kita.

pada pandangan saya ia berlaku sisebabkan tiga perkara:
1) Server kita yang lebih murah dari tayar motor saya (bunga sotong)
2) Pengarah ICT yang tak berapa cerdik (asyik nak 'block' semua benda)
3) Boss sendiri yang kedekut pahit taik hidung masin

Saya suarakan pendapat ini kerana saya ikut pandangan Pak Lah
"bekerja bersama saya dan bukan bekerja untuk saya"
selain itu, Pak Lah juga ada ruangan warkah Buat PM, saya hantar ini lebih kurang macam tu jugaklah cuma ia Warkah Buat Boss

Saya mencadangkan bagi mengatasi masalah ini , kesemua (ketiga-tiga ) perkara yang saya sebutkan diatas eloklah dihumbankan ke dalam longkang termasuklah boss sekali.

Sekian Terima Kasih

Saturday, September 13, 2008

Sudahlah...

Migrasi: Diakibatkan oleh Faktor Tolak dan Tarik
Namun ada ketikanya ada faktor tolak tapi tidak pula wujud faktor tarik...
(Foto Sekadar gambar Hiasan)


Dua tahun lepas
kau sering ucapkan kepada kami
bahawa kau tidak akan lama di sini

Tahun lepas
dengan wajah yang bangga
kau umumkan kepada kami
bahawa kau telah ditawarkan untuk 'ke sana'

Minggu lepas
kau aku temui (dengan tidak sengaja)
sedang mengisi borang untuk 'ke sana'
(hairan juga..katamu 2 tahun lepas kau telah ditawarkan, mengapa perlu mengisi borang? mengapa pula mengisi pada minggu lepas?)

Tiga hari lepas
kau bersuara lantang
bahawa ini lah bulan-bulan terakhirmu di sini

namun kawan....
mengapa semalam
aku dapat berita
yang kau hanya bertukar jabatan
bukannya 'ke sana' seperti yang kau war-warkan bertahun-tahun dulu

aku tidak cemburu
namun
aku sekadar ingin bertanya...
kau tidak mahu pergi?
atau
kau sememangnya tidak pernah diterima 'di sana' ????

Bagai Tikus Membaiki Labu


Sejak akhir minggu ini aku rasa sangat pelik dalam pekerjaan
segala tugasan yang diberikan semuanya sangat aneh. Semuanya tak pernah aku pelajari sepanjang hayat aku.

KOGNITIF, BLOOM,SOLO,PSIKOMOTOR,AFEKTIF,LO bla-bla-bla-bla-bla

aku ambil analogi begini
seorang budak yang tidak ada apa2 kemahiran tentang enjin kereta tetapi diarahkan untuk membaiki enjin kenderaan yang rosak.

Apa akan jadi agaknya?

Mungkin ada yang berlatarbelakangkang 'motivasi' mengatakan anggap ini satu cabaran, ini peluang untuk belajar, belajar dari kesilapan

tapi harus di ingat ini bukannya masa untuk practice-apa yang pihak atasan mahu ialah hasildan hantar pada masa yang ditetapkan dan hasil tersebut ialah yang terbaik 'as an expexted'
-tiada apa-apa latihan lagi dan bukan masa untuk mencuba2...

hahahahahahaha

Oh ya..aku teringat pepatah melayu....Bagai tikus membaiki labu-Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.

Dengan analogi dan senario yang berlaku mungkin sedikit perubahan barangkali 'bagai tikus yang dipaksa membaiki labu'

nah...kalian sendiri tentu sudah maklum apa jawapannya ....
namun itulah yang berlaku
dan inilah realiti dunia pekerjaan...

Friday, September 12, 2008

Akhirnya Raja Petra Di 'ISA' kan

Petikan Mstar Online:
R
aja Petra ditahan di bawah ISA

12-09-2008 02:19:30 PM

KUALA LUMPUR: Pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) sebentar tadi.

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga buah akhbar tempatan berhubung dengan laporan mereka mengenai perkembangan politik semasa.

Tiga akhbar berkenaan adalah akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan.


Ha-ha-ha-ha....kuat dan busuk punya kentut


Baru Ku Tahu ....

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Aduhai kawan
Baru ku tahu
kita perlu bersarapan dengan boss
kita perlu dengan setiausaha boss
Untuk mendapat ganjaran dunia

Setelah
palitkan lumpur ke tubuh kami
musuh dalam selimut kami
gunting dalam lipatan kami
menikam dari belakang kami


Kau mendapat apa yang kau amat hajati

Pintu sudah terbuka kini
pergilah tinggalkan kami
dengan kerosakan ini.....

Wednesday, September 10, 2008

Hari Ini Dia Tegas !!!

We Are Malaysian (Sekadar Gambar Hiasan)

Hari ini dia tegas.
Tidak seperti hari-hari yang lalu
Dia seolah-olah marah

Maunya dia tidak marah, seorang 'orang kuatnya' telah beliau 'gantung' keahliannya selama tiga tahun dari parti
Dia marah kerana orang ramai sudah mula cakap tentang perkauman
Dia marah kerana rakyat dalam keajaan yang dia perintah seolah-olah mahu berpecah
dia maraha kerana ada orang guna isu perkauman untuk kepentingan politik

maka dia memberitahu, yang dia akan kenakan tindakan yang paling 'hebat' kepada sesiapa juga hamba rakyat yang cuba membangkitkan isu perkauman

Dia memang tegas hari ini
dia memang tegas hari ini
dia memang tegas hari ini

tapi...
aku rasa dia macam marah di hadapan cermin
apa yang dia marah hanya bayang-bayangnya sendiri

kerana siapa sebenarnya yang selalu cerita tentang isu perkauman???
aku rasa kita semua tahu
dia juga mungkin tahu
dan mungkin juga buat-buat tak tahu
atau
entah-entah dia memang benar-benar tidak tahu ???

kerana memang 'tidak tahu' itu fitrahnya....

Petikan Utusan Malaysia Online

Kerajaan akan bertindak tegas - PM

10/09/2008 10:18pm
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perdana Menteri berkata, ini berikutan situasi hubungan kaum yang semakin merosot hingga memungkinkan boleh berlakunya ketegangan.

Kata beliau, keputusan itu sejajar dengan ditetapkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini serta Jemaah Menteri yang telah membincangkan sama pagi tadi.

Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan

Saya Suka Dia...


Saya suka dia, walau apa sekalipun yang terjadi, dia tetap 'maintain'. Dia tetap tidak terkesan terhadap apa-apa sahaja yang berlaku.

Walau apapun pada pandangan orang, apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Namun dia tetap 'tenang'.

kata sesetengah orang dia bermotivasi tinggi
Kata setengah yang lain, dia tidak berpegang pada realiti

Akhbar Utusan Malaysia hari ini memetik kata-katanya:

BN tetap utuh - PM tolak tanggapan komponen parti pemerintah itu berpecah

nah..apa yang perlu kita semua risaukan
takperlu kita semua serabutkan fikiran

Sebenarnya tidak apa-apa yang mengejutkan
semuanya seperti biasa
sepeti hari-hari yang lalu

lalu,
apa perlu kita khuatirkan

Hey Brader,
Kita mesti terus hidup.....

Monday, September 08, 2008

Jom Melawat Sambil Belajar

Aku baca berita ini sambil gelak besar
Tak sangka la pulak aku ada jugak lawatan sambil belajar mcam aku sekolah dulu
aku dengar duit dah takde
tapi boleh pulak mlawat sambil belajar
bukan sikit
49 orang tu
kalau seorang kos RM 100
49 orang dah RM 4900
itu kalau RM 100/orang
kalau lebih ???

hahahahahahahahahahahahah

Belajar tentang pertanian

Apa-apapun aku ucapkan selamat melawat dan selamat belajar
apa yang akan semua tu belajar Wallahualam


49 ahli Parlimen BN berlepas ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar
08/09/2008 2:26pm

KUALA LUMPUR 8 Sept. — Seramai 49 anggota Parlimen Barisan Naisonal (BN) berlepas ke Taiwan hari ini bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, selain beliau sendiri, anggota rombongan terdiri daripada Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing, 10 anggota Parlimen Sabah, 12 anggota Parlimen Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung.

“Kami dijangka pulang ke Malaysia pada 17 atau 18 September ini,” katanya ketika dihubungi Bernama sejurus sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang di sini.

Ditanya mengapa Taiwan menjadi destinasi pilihan, Bung Mokhtar berkata, mereka berminat untuk menerokai teknologi baru bidang pertanian yang diamalkan di negara itu.

“Selain itu, ia dipilih kerana berdekatan dengan Malaysia,” katanya sambil menambah bahawa segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh anggota Parlimen yang terlibat.

Bung Mokhtar berkata, mereka berhasrat untuk mengadaptasikan segala pengetahuan yang diperoleh di Taiwan untuk membangunkan industri pertanian di kawasan Parlimen masing-masing.

Katanya, pihak berkuasa negara itu juga telah menyatakan persetujuan untuk membantu urusan lawatan ke tapak-tapak industri pertanian moden di sana.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan.

Bung Mokhtar juga menafikan tanggapan sesetengah pihak kononnya lawatan itu ada kaitan dengan usaha menghalang Pakatan Rakyat daripada menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 Sept ini

Malahan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat lepas menjelaskan bahawa program lawatan itu tidak perlu dikaitkan dengan penubuhan kerajaan oleh Pakatan Rakyat.

“Kalau mereka nak pergi, biarlah mereka pergi, apa nak hubung kaitkan dengan September 16. Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN,” kata Perdana Menteri.

— BERNAMA

Friday, September 05, 2008

Kelajuan Minggu Ini ...



Siput pun siputlah....
Lebih baik dari batu yang tak bergerak langsung

Minggu depan dan Minggu akan datang ???
Wallahualam ....

Kelajuan Minggu Lepas




Macam Batu !!!

Thursday, September 04, 2008

Jangan Jadi keldai


Semasa aku bersekolah dahulu, aku sering teringat tentang seorang guru yang sering menggunakan analogi keldai dalam kisah-kisahnya terhadap pelajar yang hanya tahu datang ke sekolah dengan beg berat kemudian pulang dari sekolah dengan beg yang berat tetapi tidak mendapat apa-apa manfaat daripada beg berat yang di sandangnya tiap-tiap hari

kata cikgu tersebut: "kamu semua jangan jadi keldai, kerana keldai hanya tau membawa pergi dan membawa pulang apa sahaja barangan yang di letakkan dibelakangnya dengan baik, namun keldai tidak pernah mengambil manfaat dari apa barangan yang diletakkan di belakangnya. malahan jika di tanya, keldai sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang dibawanya, apa yang di ketahuinya adalah ada benda yang berat dibelakangnya dan ia hanya tahu mmbawanya ke hulu-dan kehilir mengiku arahan tuannya".

Kisah yang dicerikan oleh cikgu aku itu sudah hampir 20 tahun barangkali. aku juga tidak pernah mepersoalkan dari mana asal usulnya cerita tersebut dan bagaimana cikgu tersebut bercakap dengan keldai

Namun, nilai moral yang dihidangkan amat tinggi....

Tambahan pula sejak kebelakangan ini, aku seringkali membawa pulang kerja ke umah dan pada keesokan harinya aku akan membawa kerja tersebut semula ke pejabat tanpa menyudahkan kerja tersebut malah membuka beg juga aku tidak pernah

Nah....sekarang aku bertanya pada diri sendiri...apakah analogi keldai yang cikgu tersebut surahkan semasa aku dalam kelas itu tertimpa ke muka aku???

Wallahualam....


Wednesday, September 03, 2008

Tahniah USM

USM dipilih universiti Apex

03/09/2008 3:53pm

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai universiti Apex.

Menterinya, Datuk Khaled Nordin berkata, USM dipilih selepas ia memenuhi ciri-ciri kualitatif dan kuantitatif yang ditetapkan. – Utusan.


SEMOGA SELEPAS INI AKAN TERUSLAH BERCAMBAH TRADISI KEILMUAN TANPA ADA APA-APA KEKANGAN POLITIK

BUAT SAHABAT2 DI USM SELAMAT MAJU JAYA SAYA UCAPKAN

Friday, August 29, 2008

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan Buat Semua pembaca yang beragama Islam
Moga Ramadhan kali ini memberi lebih makna kepada kita InsyaAllah

Sunday, August 24, 2008

Menanti 26 Ogos


Ada yang telah bersumpah
Ramai juga yang telah menyumpah

sumpah-sumpah tetap sumpah-sumpah
ramai yang dah mula jadi sumpah-sumpah

PM telah naik LRT dan Komuter
TPM juga dah buat akuan bersumpah

Petrol dan Diesel sudah turun harga
ada juga yang tersenyum
ramai lagi yang tersenyum sinis

Ada yang berjanji
ada juga yang tiba-tiba tunaikan janji (walaupun belum tiba masanya)

ada juga yang caci maki
ada juga yang kena raba punggung (nasib badan)

Kata satu pihak
Melayu perlu bersatu

Kata pihak lain
Rakyat Malaysia perlu bersatu

Kata satu pihak
Melayu sudah hilang kuasa

kata pihak yang lain
biarlah melayu yang korup itu hilang kuasa

kita sama-sama tunggu
kita sama-sama tunggu

apa akan berlaku pada 26 Ogos 2008 nanti
apa yang akan berlaku pasca 26 Ogos 2008 nanti

Namun aku percaya
Sebuah negara yang kuat
perlukan pembangkang yang hebat

persoalannya

Adakah pembangkang akan kekal jadi pembangkang?
atau sebaliknya bakal berlaku ?
Wallahualam

Sedikit Termotivasi


Alhamdulillah
Walaupun benci
saya lalui kursus yang amat membosankan itu

namun...
saya tetap bersyukur
dengan umur sebegini
mengikuti kursus yang sebegini
bila ketemu dengan sahabat-sahabat yang lebih muda
saya rasa sangat termotivasi
terima kasih