"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Sunday, January 20, 2008

10 Muharram dan Bubur Asyura

Foto: Menyediakan Bubur Asyura Secara Bergotong Royong (Sekadar gambar Hiasan)

Saya bukan pandai berbahas dalam konteks agama, oleh yang demikian saya petik pendapat Pensyarah Syariah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor, Mohammad Nidzam Abd. Kadir dari Utusan Malaysia (20 Jan 2008)

“Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam. Hakikatnya, bubur Asyura bukanlah satu amalan ibadah yang wajib. Ia hanya sekadar adat tradisi yang nampaknya tidak mempunyai apa-apa tegahan dalam agama. Cuma ada juga yang terlalu memperbesarkan bubur Asyura hingga seolah-olah ia satu perkara wajib pula,” kata Mohammad

Dalam Buletin Utama edisi 19 Jan 2008 jugu menunjukkan betapa meriahnya tradisi menyediakan bubur ini di sebuah negeri di utara Malaysia dan ia disertai oleh pelbagai bangsa. Ini satu bukti yang hebat bahawa rakyat Malaysia bersatu padu....

Namun ....berapa ramai yang tahu apa sebenarnya yang pernah berlaku pada 10 Muharram???

Saya yakin, ramai generasi muda tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku pada tarikh 10 Muharram selain dari aktiviti bergotong royong menyediakan bubur. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka yang lebih dewasa juga mungkin melupai peristiwa utama yang pernah berlaku pada tarikh 10 Muharram.

carian saya di Wikepedia menemui peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku pada 10 Muharram:

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

Tanyalah diri kita sendiri, adakah kira mengingati perkara-perkara ini???
atau kita lebih mengingati 10 Muharram kerana pada tarikh tersebut kita akan dapat nikmati keenakan bubur asyura...

Wallahualam

Wednesday, January 16, 2008

Cheh..Sampainya Hati...

Petang dan Malam sungguh membosan...menghadap komputer dan melayari internet
kerja berlambak..entah bila agaknya akan siap
Projek baru hanya jadi angan-angan , masih belum bermula

Terjumpa satu web: My Celebrity Look Alikes

Apa salahnya cuba nasib...
Tentu mcm Tom C
ruise (tidak-tidak mcm Bratt Pitt)


Result Yang Keluar:

59% Samuel L Jackson



54% Chris Tucker

tak puas hati...

Klik pada Try Another Photo...

Result Yang Keluar :


63% Carl Lewis.....

Hampeh...

Sampainyer hati....

baik aku balik Tengok TV....

Oh Telefon...



(Satu)
Kring-King

Elo
Esok hang free tak???
mmmm
Ganti aku meeting kul 10.00
mmmmmm

(Dua)
Kring-kring
Elo...
U boleh tolong i esok tak??
mmmmm
Gantikan i meeting esok jam 3.00 pm. I Ada emergency

Kalau asyik menggantikan orang, bila kerja aku sendiri nak siap???

Di telan mati mak
Di luah mati bapak
di simpan dalam hati
aku jugak yang sakit hati....

Hebat Betul Awak Sekarang Ye ...(ii)

Petikan Dari Utusan Malaysia (16 Jan 2008)

Dedah dada: Faizal Tahir didenda


Faizal Tahir.

PETALING JAYA 15 Jan. – Gara-gara membuka baju ketika menyanyi pada persembahan pentas yang disiarkan secara langsung menerusi 8TV pada Ahad lalu, Faizal Tahir didenda melakukan kerja-kerja amal dalam tempoh enam bulan mulai hari ini.

Menurut Pengurus Besar Penjenamaan Kumpulan 8TV, Airin Zainal, hukuman itu diputuskan oleh 8 Unit iaitu syarikat pengurusan di bawah 8TV yang menguruskan penyanyi itu bagi memberi pengajaran kepadanya.

Beliau berkata, 8TV memohon maaf atas perbuatan salah laku artisnya (Faizal Tahir) semasa konsert ulang tahun keempat Ahad lepas.

‘‘Kami terperanjat atas tindakan spontan Faizal itu hingga ia menimbulkan pelbagai reaksi dan menerima kritikan hebat daripada orang ramai.

‘‘Kami tidak memandang ringan perkara ini kerana ia juga melibatkan reputasi 8TV sebagai sebuah stesen TV bandar. Kami berharap insiden seperti itu tidak akan berulang lagi,’’ katanya pada sidang akhbar di Sri Pentas TV3, Bandar Utama di sini hari ini.

Ahad lalu, finalis rancangan realiti televisyen (TV), One In A Million itu menggemparkan rakyat Malaysia apabila dia bertindak membuka baju semasa mengadakan konsert ulang tahun keempat 8TV itu di Central Park Avenue di sini.

Malah, Faizal yang juga bapa kepada dua anak itu turut mengecat dadanya dengan huruf ‘S’ yang merujuk kepada superhero idolanya, Superman ataupun Smallville yang merupakan sebuah rancangan TV kegemarannya.

Sementara itu, Faizal secara peribadi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana aksinya yang keterlaluan itu sambil menafikan bahawa dia dipengaruhi arak dan dadah ketika mengadakan persembahan tersebut.

‘‘Saya bukan sahaja tidak dipengaruhi arak ataupun dadah pada persembahan itu, malah rakan-rakan sebaya saya juga tidak mempengaruhi saya berbuat demikian.

‘‘Saya berbuat begitu (membuka baju) kerana mahukan keseronokan tetapi saya salah perkiraan dan tidak pula mempertimbangkan tindakan saya itu dengan tepat.

‘‘Malah, saya juga tidak terfikir untuk merancang kontroversi (dengan cara membuka baju). Saya akui itu memang kesilapan saya,’’ ujarnya yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Mirwana.

Dia yang mengaku serik dengan aksinya itu, pernah mendapat kritikan pedas kerana melakukan aksi dan lagak liar ketika muncul secara langsung menerusi rancangan Muzik-Muzik peringkat separuh akhir baru-baru ini.

Selain para peminat, Faizal yang bernaung di bawah syarikat rakaman Monkey Bone Records tidak menafikan bapanya turut kecewa dan terkilan dengan insiden tersebut.

‘‘Bapa saya sendiri tidak menyangka saya akan membuka baju pada konsert itu. Beliau berasa kesal dan menasihati saya supaya mengambil insiden itu sebagai suatu pengajaran,’’ katanya.

Kata Pak Kebun:

Hebat betul awak sekarang ye...dulu bukan ke awak 'alim', nyanyi lagu nasyid... Sekarang setan gondol mana yang merasuk awak ye??? Mungkin awak terlau banyak tonmton TV awaknya, maklumlah kalau tak takkan sampai awak tulis huruf 'S' kat dada awak . Anak Pak Meon yang tak berapa betul kat kampung saya pun ada huruf S kat dadanya. Malah Anak Pak Lah Gigil pulak ada lukisan spider kat dadanya..semuanya nak jadi mcm superman dan spider man...lalu apa bezanya dengan awak??? Sama saja

Hebat betul awak sekarang ye, dah main bukak-bukak baju atas pentas pulak . Awak tiru kumpulan rock barat yek? Ye lah, tak bukak baju tak rock pulak yer...hebat-hebat

Hebat betul awak sekarang yer, sama macam kawan awak yang dulu kerja PDRM dulu. Bila dah kena mulalah buat muka insaf. Muka Sedih. Nasihat orang jangan buat benda mcm tu. . Bezanya awak tak kena ke mahkamah. Saya Yakin kalau awak kena ke mahkamah, tentu awak akan pergi tanah suci dulu, kemudian akan pakai songkok dan ketayap putih sebagai bukti bahawa awak dah insaf...kemudian bagi nasihat kat orang suapaya jangan buat macam awak..alah kawan awak (perempuan) yang terkangkang atas pentas kemudian pergi Umrah tue pun bagi nasihat yang sama macam awak juga...

Hebat betul awak ye...

Hebat juga kawan-kawan awak yang lain.....





Hebat Betul Awak Sekarang Ye ...


Petikan dari Utusan Malaysia (16 Jan 2008)

Ramli Yusuff didakwa lagi

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff yang mula dibicarakan atas dua tuduhan gagal mengisytiharkan harta hari ini didakwa atas satu lagi tuduhan tambahan.

Pegawai kanan polis itu didakwa tidak mendedahkan maklumat mengenai 20,000 unit saham miliknya di Telekom Malaysia Bhd. (Telekom).

Ramli, 55, yang memakai sut hitam dan bersongkok mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof.

Zabariah yang bertugas sebagai hakim Mahkamah Sesyen di Shah Alam, Selangor didatangkan ke Mahkamah Sesyen di sini khusus untuk mendengar perbicaraan kes membabitkan Ramli.

Bagi tuduhan ketiga itu, Ramli didakwa tidak mendedahkan maklumat mengenai jumlah saham Telekom miliknya dalam pernyataan bertulis secara bersumpah bertarikh 17 September tahun lalu di Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Putrajaya pada 17 September 2007.

Pada 1 November tahun lalu, Ramli didakwa atas dua tuduhan tidak mendedahkan maklumat berkenaan dua ruang pejabat bernilai lebih RM1 juta di Tingkat 4, Bangunan M1-B, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng di sini dan sejumlah 154,000 unit saham miliknya dalam syarikat hartanah Permaju Industries Sdn. Bhd. pada tempat dan tarikh yang sama.

Bagi ketiga-tiga tuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 32(2) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak melebihi RM100,000 jika disabitkan kesalahan.

Selain tiga tuduhan itu, Ramli turut menghadapi tuduhan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas dakwaan menyalahgunakan kedudukannya dengan menggunakan sebuah pesawat milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meninjau tanah milik syarikatnya di Sabah.

Ramli sebagai penjawat awam turut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas satu kes saman di bawah Seksyen 168 Kanun Keseksaan kerana melibatkan diri dalam perniagaan Kinsajaya Sdn. Bhd. sebagai pengarah syarikat itu pada 25 April tahun lalu.

Perbuatan itu bertentangan dengan Peraturan 5(1)(a), Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib (Pindaan 2002) yang mana dia boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Bagi kes saman ini, Zabariah menetapkan perbicaraan dijalankan mulai 14 hingga 18 April ini.

Hakim tersebut juga mengarahkan perbicaraan kes gagal mengisytiharkan harta diteruskan mengikut jadual meskipun peguam Datuk C. Vijaya Kumar memohon ditangguhkan sehingga Khamis ini berikutan peguam utama mewakili Ramli, Datuk Muhammad Shafee Abdullah tidak dapat hadir hari ini kerana cuti sakit.

Dalam perbicaraan hari ini, pihak pendakwaan telah memanggil Penguasa BPR, Fikri Abdul Rahim, 32, dari Ibu Pejabat BPR, Putrajaya sebagai saksi pendakwa pertama.

Fikri dalam keterangannya menyatakan, pada pukul 5.50 petang 17 Julai tahun lalu, beliau telah menyerahkan notis di bawah Seksyen 32(2) APR yang dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya kepada Ramli di Hotel Seri Pacific di ibu negara.

Notis tersebut adalah notis arahan yang menghendaki Ramli memberikan pernyataan bertulis secara bersumpah mengenai setiap harta alih atau tidak alih yang dimilikinya atau yang dia mempunyai kepentingan dan segala punca pendapatan serta perolehannya.

Katanya, penyerahan notis itu dibuat atas arahan Ketua Unit Siasatan Cawangan B, Penguasa Kanan BPR, Saiful Ezral Arifin.

Menurutnya, pada 6.25 petang 21 Ogos 2007, beliau sekali lagi menemui Ramli di Hotel Eastin, Damansara untuk menyerahkan lanjutan daripada notis pertama.

Saksi pendakwa kedua iaitu penyiasat di ibu pejabat BPR, Md. Asmawi Rithwan, 28, pula memberitahu, beliau telah diarahkan oleh Saiful yang merupakan pegawai penyiasat kes itu mengambil kenyataan bersumpah Ramli di pejabatnya di JSJK, Bukit Perdana pada 17 September 2007.

‘‘Semasa di pejabatnya, dia (Ramli) telah menyerahkan satu dokumen yang dikatakan sebagai pernyataan bersumpah dalam satu sampul surat yang bermetri,’’ katanya.

Pada 19 September pula, kata Md. Asmawi, beliau diarahkan pula oleh Saiful untuk mengambil beberapa dokumen lagi yang terkandung dalam empat buah kotak di pejabat Ramli.

Menurutnya, beberapa dokumen tambahan turut dihantar ke ibu pejabat BPR oleh Supritendan Adlan Ahmad pada 20 September tahun lalu.

Pegawai penyiasat ibu pejabat BPR, Azmi Ismail, 48, sebagai saksi pendakwa ketiga pula memberitahu, beliau telah membuat aduan kepada BPR pada 2 April 2007 berdasarkan satu laporan yang dikemukakan oleh Fikri.

Semasa pemeriksaan balas oleh Vijaya Kumar, Azmi memberitahu, semasa aduan itu dibuat, beliau belum lagi tahu apa kesalahan sebenar yang dilakukan oleh Ramli.

Pemeriksaan utama bagi kesemua saksi tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Razak Musa yang juga Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan BPR.

Beliau dibantu oleh tiga Timbalan Pendakwa Raya iaitu Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi, Zulqarnain Hassan dan Mohd. Sophian Zakaria.

Perbicaraan bersambung Khamis ini.


Komen Pak Kebun:
Hebat betul awak nie, sekarang dah pakai songkok pulak, mungkin sebelum nie awak tak insaf agaknya. Skarang?? Dah bertaubat kot? Maklumlah baru balik dari tanah suci...Mungkin diri awak juga juga sudah suci....Tahniah kerana berjaya menunnjukkan kepada semua bahawa awak sangat taat pada agama, ke tanah suci lagi....

Jika tak dituduh dengan rasuah apa mungkin awak akan menjadi 'warak' sebegini???? Wallahualam

Cuma..takkan hanya awak sahaja yang di tuduh???

Yang lain semuanya bersih agaknya??

Atau...yang lain 'dilihat' sebagai bersih ??

Tanya Sama Itu Hud-Hud......

Monday, January 14, 2008

Balada Burhan Di Kotaraya

Saya suka puisi ini.
Dipetik dari http://karyafansuri.blogspot.com/

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Tuhan
namaku Burhan,
munajat balada bahasaku ini mohon mereka dengarkan …

Warna-warni bahasa diraut,
dari bilah-bilah lidah kabilah Khalifah,
untuk membezakan insan dan haiwan,
bumbung bahasa inilah tempat kita bernaung,
dari bahang penindasan dan panas terik penjajahan,
saat hujan merdeka lebat mengairi tanah leluhur,
tetunas bangsa tumbuh menggalas amanah bahasa,
petualang penjajah lari dalam ribut amarah menggulung,
saat kesedaran bahasa bersemayam di hati kita,
kini wewenang kuasa tidak janjikan apa-apa,
untuk nyalakan obor keadilan dengan nafas bahasa …
Bangsa kita menggenggam segunung kuasa,
mampu merombak suasana yang lebih gemilang,
namun ada yang ghairah memilih celaka,
demi mengkhatam riwayat bangsanya esok lusa,
dengan hak berbahasa yang dinafikan,
untuk anak kecil bertatih bicara melaluinya.

Jiwa merdeka ungkaplah kata berani,
kerana mungkin yang tertinggal nanti,
adalah sisa-sisa dan puing-puing bahasa,
daripada runtuhan bangsa hari ini,
yang bertakhta di puncak kuasa,
mungkin bebas dari hukuman dosa,
mungkin lolos dari jaring hukuman kita,
mungkin juga sempat lari dari kumat-kamit
jampi mantera sumpah seranah menyala
yang membusung di hati kita,
kerana kita ini kononnya mudah lupa.

Anak yang lahir dari kekontangan hikmah,
ialah sekam berbusa membenih dari rahimmu,
hembus dan tiupkan azimat pengetahuan,
api sekam itu terus membara dan ternyala,
sendirinya nanti memegang panji janji dan obor bahasa.

Kepada yang terlontar di bumbung kuasa,
timbang sukat nafas bahasa yang kian nazak,
kerana segunung hati rakyat menyala merah,
di remang senja kiamat itu mereka berteriak!
"pekung bahasa bernanah itu berdarah kembali,
palingkan wajah ke lautan amarah jika berani,
jangan cuma mengukir kata memahat janji,
jantung hati kami dicicah lapah,
yang tinggal hanya luka di parut bahasa,
dirobek tangan rakus menggenggam akta."

Ledakkan api amarah di ruang terbuka,
biar terjulang keramat kata di angkasa kita,
biar diketahui rakyat dunia sejagat raya,
terbakarnya hutan rimba bahasa kita,
tak betah diredakan dalam kedinginan pujuk rayu,
oleh renjisan pidato kepuraan saban minggu.



Guntur pidato yang bergema dari langit keangkuhan,
telah hanguskan jutaan perasaan rumput kehijauan,
ayuh bicara dalam bahasa kayangan, biar seribu tahun guntur menjerit,
biar seribu tahun kilat menikam bumi, rumput tetap utuh dalam hijaunya,
biar berdentum guruh di langit, bumi tak hancur sebelum kiamat.

Jika hari ini kita mati,
maka dari darah mengalir basah,
jadikanlah dakwat merah,
dari ranting rangka yang patah,
kutiplah ia sebagai pena,
lakar sejarah, ukir sirah perjuangan bangsa,
demi menyawakan roh bahasa kali kedua.

Mari labuhkan derita bahasa ini ke dermaga jiwa,
atau kita lompati bumbung madrasah bahasa,
untuk menjerut kecongkakan di langit tua.

Tuhan,
namaku Burhan,
aku mungkin gagal menyampaikan pesan,
kepada yang pongah, ahmak dan keras kemahuan,
yang memajak gadai bahasanya bagaikan judi pertaruhan.

Sembang Buku: Ada Apa Dengan Buku

Ada Apa Dengan Buku
Shaharom TM Sulaiman & Suriati Shamsudin

Utusan Publication
RM 19.00


Nama Shahrom TM Sulaiaman memang amat sinonim dengan dunia perbukuan. Malah tidak keterlaluan jika beliau diibaratkan sebagai mentor bagi mereka yang ingin melibatkan secara serius dalam dunia perbukuan di Malaysia. Setelah buku berjudul "Keunggulan dan Keanehan Buku" buku yang berjudul "Ada Apa Dengan Buku" merupakan buku dalam genre yang sama ditulis oleh beliau.

Secara umumnya, masih mengikut format "Keunggulan dan Keanehan Buku" buku ini menghimpunkan sejumlah artikel yang ditulis oleh beliau yang berkaitan dengan dunia perbukuan.

Terlalu banyak artikel yang menarik dalam buku ini untuk diulas namun saya berpendapat antara yang boleh difikir dan direnung dengan mendalam ialah tulisan beliau tentang "Nasib Kampung Buku Malaysia".

Ya..agak aneh...malaysia mempunyai kadar literasi setinggi 88% namun kadar membaca rakyat malaysia agak rendah. Ini mungkin merupakan penyumbang utama kepada kemerosotan Kampung Buku, Langkawi (khabarnya telah ditutup) yang merupakan kampung buku pertama di malaysia dan antara yang tercantik didunia. Hairan teramat rasanya kerana Langkawi merupakan kawasan yang sentiada menjadi tumpuan pelancong samada dalam mahupun luar namun kampung buku yang ada seolah-olah diabaikan.

Menurut seorang sahabat, kampung buku langkawi telah dipindahkan di mlelaka.Saya prnah melawat kampung Buku, Melaka tahun lepas. Namun apa yang ada hanyalah sebuah bangunan yang mempunyai bahagian-bahagian tertentu dan menempatkan buku-buku tertentu. Tidak ubah seperti kedai buku yang biasa dilihat di merata Malaysia.

Berapa lama Kampung buku, Melaka akan bertahan?? Saya tidak pasti..namun saya tidak berjangka buruk..namun jika yang buruk hendak berlaku ia tetap akan berlaku.


Foto: Kampung Buku Melaka (Ayer Keroh)

Dalam buku ini juga, penulis turut memerihalkan tentang nasib buku ilmiah di malaysia. Sekali lagi saya berasa hairan. Kita ada berbelas-belas IPT di malaysia namun kadar keberjayaaan buku ilmiah masih boleh dipertikaikan. Adakah kerana buku kurang berkualiti? atau mahasiswa dan mahasiswi sendiri yang tidak minat membaca?? jika ini benar maka ternyatalah suara-suara lantang yang mengatakan bahawa graduan masa kini mempunyai ijazah tetapi tidak mampu berfikir.

Artis dan budaya membaca??? Ini mungkin tabiat rakyat malaysia yang ber'idola'kan artis hinggakn kempen membaca jga perlu artis sebagai pelarisnya. Walaupun artis bukanlah contoh terbaik untuk budaya sihat ini.

Secara keseluruhannya, semua artikel dalam buku perlu dibaca dengan tekun dan teliti bagi mendapat idea utama penulis.

Bagi anda yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia perbukuan, buku ini adalah permulaan yang terbaik buat anda.

Sembang Buku: Hikayat Abdullah

Hikayat Abdullah
PTS Publication
2007
RM 29.00

Tanyakan kepada anak-anak muda kita, siapakah Munshi Abdullah…saya yakin jawapan yang diperolehi tidak mungkin sama seperti apa yang kita inginkan. Mungkin mereka akan menjawan ia hanyalah nama sebuah sekolah yang ada di Malaysia ataupun setidak-tidaknya mungkin dijawab bahawa Munshi Abdullah itu adalah nama sebatang jalan utama di ibukota atau mungkin lebih parah lagi dijawab pula Munshi Abdullah ialah pemimpin sebuah parti politik di Malaysia.

Mungkin anda menyangka saya membuat lawak atau sekadar omongan kosong namun percayalah, tidak ramai anak muda di malaysia yang mengenali Munshi Abdullah apalagi membaca karya penulisannya.

Siapakah Munshi Abdullah??

Menurut Wikipedia:

Abdullah bin Abdul Kadir (1796–1854), also known as Munshi Abdullah, was a Malayan writer. He was born in Malacca and died in Jeddah, then part of the Ottoman Empire (it is now in Saudi Arabia).

The term Munshi means "teacher" or "educator". It is interesting to note that Munshi Abdullah was not a Malay but was of Indian origin. Because he was Muslim, the Malays would refer to him as a Jawi Peranakan or Jawi Pekan.

Munshi Abdullah followed his father's career path as a translator and teacher of colonial officials in the Malay Archipelago, mainly the British and the Dutch.

Abdullah was known as an ardent critic of the Malay political system of Kerajaan ("kingdom"). He argued that the system of the Kerajaan was detrimental to the Malay individual as it was an impediment to the social improvement of the Malays. The Malay Sultan was deemed as someone who was selfish with no concern towards his subjects to the extent they were treated like animals rather than humans.

The idea of modernity and striving for excellence amongst the Malay community stemmed from his ideas and stinging criticisms of the ancient Malay polity of the Kerajaan. Under the Kerajaan, the Malays were deprived of education and hence they were easily oppressed. Without education, they did not have the ability to question the injustice meted out to them and could not take the initiative to institute changes in order to improve their lives.

Although the condemnation may be exaggerated, Munshi Abdullah's allegations were not without basis. He is regarded by many to be the first Malayan journalist, taking Malay literature out of its preoccupation with folk-stories and legends into accurate historical descriptions.

Munshi Abdullah wrote the Hikayat Munshi Abdullah, which remains a reliable and accurate reference on early Malay history to this day.

Seingat saya ada tiga karya popular yang pernah dihasilkan oleh Munshi Abdullah sepanjang hayatnya iaitu Hikayat Abdullah, Kisah Pelayaran Abdullah dan Syair Singapura Terbakar.

Saya berasa amat bertuah kerana telah membaca salah sebuah karyanya iaitu “Hikayat Abdullah”

Amat tertarik bila membaca kata-kata di muka hadapan buku ini:

”Kata orang arif: Apabila engkau mendapat wang, belikan emas, jualkan emas itu, belikan intan, jualkan intan, belikan manikam, jualkan manikam, belikan ilmu”

Nah, kata-kata ini sahaja menggambarkan betapa beliau seorang yang amat mencintai ilmu. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau seorang yang terlalu rapat dengan penjajah namun setelah selesai membaca buku ini jelas terbukti bahawa rapatnya beliau dengan penjajah (pemerintah) bukan keranan harta atau kekayaan (sepertimana yang berlaku masa kini) tetapi semata-mata kerana ilmu yang ingin beliau timba dari golongan penjajah Belanda dan inggeris yang ternyata sudah amat maju dari segi ilmu dan pemikiran berbanding dengan masyarakat melayu pada ketika itu.

Membaca buku ini memperlihatkan keberanian Abdullah dalam menghancurkan taboo masyarakat melayu pada zaman tersebut terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan Raja dan Pemerintah. Beliau memperincikan perihal dan tindak tanduk raja-raja melayu yang amat menjelekkkan dalam bab ”Sultan Hussin Syah Singapura”.

Selain itu, dua lagi bab yang benar-benar menarik minat saya untuk membaca buku ini ialah kisah Runtuhnya Kota Melaka dan Kisah Awal Pembukaan Singapura.

Buku sebenarnya jika dibaca dengan teliti mampu membangkitkan kesedaran dan penghargaaan kita terhadap ilmu dan juga sejarah

Sesungguhnya Munshi Abdullah telah tiada, namun jasa dan sumbangannnya terhadap bangsa melayu patut terus di kenang hingga ke hari ini.

tahniah juga Kepada PTS Publication kerana menerbitkan semula karya ini dan saya berharap selepas ini kerya-karya klasik lain yang bernilai tinggi pada bangsa akan turut diterbitkan semula bagi tatapan generasi masa kini...

LAgi Ulasan buku ini di:

(http://warisjagat.wordpress.com/2007/07/10/ulasan-hikayat-abdullah/)

Sunday, January 13, 2008

Padan Muka Aku !!!


Kononnya kerana ini tahun baru maka blog aku pun kena baru
kononnya kerana ini tahun baru maka blog perlu ada pembaharuan
konon kerana tahun baru dan semangat yang berkobar-kobar
blog perlu di upgrade dengan landskap yang lebih menarik dan hebat

tetapi aku lupa
bahawa aku bodoh dalam hal ehwal siber
aku selalu lupa bahawa
aku sering menjahanamkan dari membaiki bila berkitan dengan hal ehwal siber
aku tidak pernah mengingati sejarah bahawa
aku sering jadi tikus yang membaiki labu

hari ini
padan muka aku
padan muka aku
padan muka aku....

segala aksesori yang aku hiaskan di blog ini dah hilang
malah yang amat menyakitkan hati ialah aku tak reti nak tambah yang baru...

gamaknya
inilah rupa blog aku yang baru

padan muka aku
padan muka aku
padan muka aku

Friday, January 04, 2008

Apa lagi Hindraf Mau???


Aku sebenarnya malas nak komen apa-apa tentang Hindraf

yang aku tahu mereka mendapat layanan 'yang istimewa' dari kerajaan

Hari ini berita mengatakan bahawa wakil Hindraf dan NGO2 India akan bertemu dengan Pak Lah untuk membincangkan nasib Kaum India

Aku amat Hairan, Dalam parti pemerintah sahaja mereka mempunyai beberapa parti politik

Tetapi kenapa sampai hari ini mereka tak puas hati dengan nasib mereka??

Sudah bagi peha hendak betis ?? kerajaan memang tidak ambil berat atau pemimpin mereka yang buat tidak endah ???

Sudahlah Dr Chua


Aku naik muak dengan kisah bekas menteri yang seorang nie
Sudahlah Chua...diam-diam duduk rumah
habiskan harta yang sempat kau kumpul

tak perlulah kau marah rakyat Malaysia
tak perlulah kau ungkit tentang jasa
tak perlulah kau ungkit tentang pengorbanan

yang nyata kau dah terkorban
terkorban kerana menjadi mangsa politik....

dulu yang tiada dibuat-buat macam ada
kau...memang nyata ada
lagipun...siapa lagi nak jadi model kondom yang dibekalkan kementerian kalau bukan orang nombor satunya

Sudahlah Chua...
diam-diam sudah

Thursday, December 27, 2007

Aku Hanya Mahu Ke Seberang !!


Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku hayati bersungguh-sungguh puisi karya Prof Hashim Yaacob ini....
makin aku baca makin kerap aku ulanginya...
Mungkin
ketika ini aku sedang bersedia
Bersedia untuk ke seberang ......

AKU HANYA MAHU KE SEBERANG

Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu

Layar bertingkat kapas gulung

tiangnya tegap kayu nibung

Panjinya kain suluk atma
bekas tangan tenunan
Sri di kamar waja.

Esok,
perahu akan ke air,
mengharung samudera,
meninggalkan pantai melawan ombak dan badai.

Perahuku kecil,
lautnya ganas.
Tenanglah laut,
kuala dan muara.

Ombak jangan gila melanda.

Tiuplah bayu pada layarku laju.
Dayung jangan patah
layar jangan rekah
tiang jangan rebah
Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang.


KARYA
Prof Dr Hashim Yaacob

Berita Baru Yang Menyesakkan


Aku tak pasti tentang hari-hari mendatang
Hari-hari yang berlalu amat menyesakkan

berita baru yang aku terima
dan aku dedikasikan lagu ini untuk peristiwa dari berita yang baru aku terima...

Blues Felda Blues
Ayahku kebingungan
Mencari kehidupan
Menanggung kesamaran

Matanya memerhati
Anaknya tak terbilang
Sekarang bagaimana

Putus kata sambung hidup di Felda
Kerja keras asal perut beralas
Kuat cita hantarku ke sekolah
Mengharapkan aku mahir berladang

Setelah ku berjaya
Mengenai pertanian
Berubah perasaan

Harapan dari ayah
Bukitkan kejayaan
Di tanah milik Tuhan

Tak mengerti budaya jiwa ini
Rasa malas untuk turun bertani

Ayah terus meningkat usianya
Blues Felda Blues siapa
Penggantinya

Ramli Sarip / Bob
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
1991 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd

Thursday, December 13, 2007

Bahalol 2


Pernah aku katakan dahulu
aku tidak suka marah-marah
aku tidak suka bising-bising

tetapi

semakin lama kau pendam
semakin panas perasaan
semakin bertambah tekanan
semakin bingung fikiran

entah kenapa agaknya keadaan semakin bingung
semakin habalol....
Mula-mula amaran tentang bilik
Kemudian arahan tentang laluan
kini arahan tentang kenderaan

apa punya bahalol ini

satu minggu 2-3 kali talian internet terputus
satu minggu 1-2 kali pendingin hawa tidak berfungsi

apa punya bahalol ini

satu minggu ramai yang menyalak tentang hendak jadi "Global Player"
satu minggu 2-3 meeting-hendak ubah itu, hendak ubah ini
akhirnya sama macam yang lama

apa punya bahalol ini

sokong membawa rebah
sudah terhantuk baru tengadah

apa punya bahalol ini

sekat semua kemudahan
internet sering ' COMPANY POLICY VIOLATION'

apa punya bahalol ini

cakap tanpa fikir
buat keputusan tanpa fikir
beri jawapan umpama orang tidak berfikir (atau memang tidak berfikir)

XPDC Huray! Huray! King El Mondoque

Dah lama sangat
Dah naik karat
Nak nak kiamat
Masih merempat
Masih melarat masih keparat

Mana maruah
Mana merdeka
Mana sakinah
Bukti satumu
Buktikan jitumu
Bukti tahu mu

Huray! Huray! King El Mondoque
Huray! Huray! King El Mondoque

Tafsir Tuan kami ni siapa Tikus parit tikus sawah Tikus sampah Tikus bukit tikus rimba tikus kota Dilahirkan hanya untuk dinista Uh... bukan ingkar Uh... nak derhaka



Tuesday, December 11, 2007

Bingung !!!


Kata Ketua Polis Negara:
Polis akan menggunakan peruntukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) jika ia memudaratkan keselamatan negara. Tambah beliau lagi polis tidak akan berlembut sebaliknya akan menangkap secepat mungkin lebih ramai pemimpin dan pengikut Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mengadakan perhimpunan haram di ibu negara 25 November lalu. (Sumber: Utusan Malaysia, 11 Dis 2007)

Kata Najib pula:
Rakyat diminta tidak cepat melatah sehingga terikut-ikut dengan rentak kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang menyatakan pendirian terbarunya bahawa kumpulan itu sebenarnya bermusuh dengan UMNO dan bukan orang Melayu. Orang Melayu tidak perlu menari-nari dengan ‘lagu’ yang cuba dimainkan oleh kumpulan tersebut kerana mereka bukannya mewakili masyarakat India negara ini secara keseluruhannya. (Sumber: Utusan Malaysia, 11 Dis 2007)

Dalam Masa Yang Sama:
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, ketua penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chang dan anggota majlis tertinggi PKR N.Gobalakrishnan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas beberapa pertuduhan kerana terbabit dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 10 Nov lalu (mstaronline) Para peguam di KL ditahan semalam (10 Dis 2007) kerana merayakan Hari Hak Asasi Sedunia. Selain itu, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu memberikan ikat jamin kepada dua orang ahli PAS dalam kes Peristiwa Berdarah Batu Burok, September lepas.

Dulu Dulu:
Beberapa rakyat Malaysia disyaki sebagai ahli KMM (mula-mula di sebut sebagai Kumpulan Mujahidin Malaysia, kemudia di tukar pulak dengan nama Kumpulan Militan Malaysia). Ditangkap atas alasan menggugat keselamatan Negara> Dalam TV pun tunjuk penangkapan kumpulan Al Maunah, ditangkap kerana menggugat keamanan negara

Di Melaka:
Penternak Babi buat rusuhan....(tak menggugat keselamatan negara)

Tak Berapa Lama Dahulu:
Kita berbangga berjaya hantar rakyat Malaysia melancong (angkasawan?) ke angkasa

Dalam masa Yang Sama:
Kita dipaparkan dengan kisah rakyat yang tak cukup makan di Malaysia
Selalu Kita Dengar dan Lihat:
Pak menteri kata kerajaan akan kawal kenaikan harga barang. Kita juga lihat Pak Menteri pergi pasar
tetapi...
harga barang naik juga
Kita menderita juga
Kata Aku:
Aku makin serabut....
Keselamatann negara kesejahteraan pemerintah?
Kesejahteraan rakyat atau pemerintah yang sejahtera?
Pemerintah jaga keselamatan negara?
Pemerintah tetapkan kesejahteraan rakyat
atau
pemerintah yang berhak mengatakan bahawa ini keselamatan negara
dan ini kesejahteraan rakyat

Lagi aku fikir lagi kabur dan serabut...
Bersamalah kita dalam kebingungan
Bersamalah kita dalam ketolollan