"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, August 08, 2007

Hari Hari Macam Ni


Hari-hari macam nie

Datang kerja Aircond tidak berfungsi
Internet pula lembab teramat jika ada 'block sana-block sini'

Macammana nak ke tahap global???
tapi sering menyalak hendak ke tahap itu
ramai pula yang atas banyak bercakap dan mengarah dan turun padang untuk bekerja...
"Belalang Jadi Helang" itu sudah jadi kebiasaan
"Sokong Membawa Rebah" mungkin itu yang diamalkan
mungkin juga "Kaduk Naik Junjung"

atau amalan konsep

"Kepimpinan Melalui Teladan"

malah mungkin juga

'Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari"


seperti kata Abang Misai
"Hamba Kerja"

kalau "Hamba Duit" mungkin tak mengapa sebab sekurang-kurangnya banyak duit..
tetapi bila hamba kerja..semua yang dibuat serba tak kena....

jadilah "umpama anjing menyalak bukit"
bukit takkan runtuh

Seperti Si Luncai...yang terjun dengan labu-labunya Biarkan-biarkan-biarkan

atau perlu jadi enau dalam belukar..yang melepaskan pucuk masing-masing?

Mana yang boleh buat sahaja
jangan fikir banyak-banyak
sebab akhir nanti kita juga yang sakit kepala...

sedang mereka tersenyum lebat memukul bola golf di padang 18 lubang...

Kak Tipah


Sekadar Gambar Hiasan

Kak Tipah bukan orang besar di kampung aku
dia bukan pemimpin
dia hanya seorang wanita yang tidak pernah bersuami

dia bukan kaitangan kerajaan
dia hanya seorang pekerja industri
ya pekerja industri dan telah berpuluh-puluh tahun dia mengabdikan dirinya dalam sektor tersebut

Sebagai seorang bujang beliau mungkin tidak terasa (atau mungkin tidak prihatin) dengan apa yang berlaku

Teringat aku bila seorang jiran menyarakan tentang kenaikan harga

Kak Tipah dengan bangga menjawab:

"Barang nak naik, naik lah aku tak kisah, asalkan jangan perang sudah"

inilah minda Kak Tipah
dia berfikir dengan pendekatan yang amat mudah
aku yakin ramai yang sependapat dengannya
namun kepada yang tidak sependapat dengan beliau mungkin tidak berpuas hati...

tetapi ingatlah
bahawa hakikatnya ini minda Melayu
Minda yang tunduk dengan apa yan dibuat oleh pemerintah
minda yang tidak di canai
dan sering menganggap mudah sesuatu perkara atas alasan asalkan perkara lain yang lebih teruk tidak berlaku...

aku sekadar berfikir...
adakah kerana hanya membantah kenaikan harga barang
negara boleh di serang????

Fikir-fikirkan...

Monday, August 06, 2007

Segera !!!


Semua orang suka yang segera
pantas dan mudah

namun semua orang maklum bahawa yang segera itu banyak keburukannya

itu dalam konteks makanan

macam mana dengan cikgu segera???

Maksud aku yang belajar tak sampai setahun dan praktikum entah berapa minggu tiba-tiba jadi cikgu untuk sehingga sampai usia persaraan

Aku tak pasti
cuma mungkin pihak2 yang berkaitan boleh buat kajian samada cikgu-cikgu yang sering menimbulkan pelbagai karenah adalah cikgu segera atau sebaliknya

aku takut
anadaikata yang segera selalu buat hal
tetapi yang tulen sering dipandang serong

Wallahualam

-aku hanya tukang kebun-

NickName


Macam-macam nama gelaran ada...
kalau dalam gusti ia untuk menunjukkan kehebatan seseorang penggusti

di Malaysia juga macam-macam orang ada macam-macam nama gelaran
aku tak pedulik tentang en, tuan mahupun nama gelaran dari tempat asal spt johor, kelantan dsb

aku tahu takde statistik yang jelas tentang bilangan artis di malaysia
tetapi berdasarkan nama gelaran aku tahu ada banyak
nak membuktikan bahawa terlalu banyak artis di negara kita maka dia diletakkan dengan nama program yang di muncul oleh itu tak hairanlah ada artis kita yang namanya berakhir dengan AF, One In A Million, Gang Starz dan lain-lain

lawak sungguh....

Dia Dah Marah..


Sahabat
dia dah marah
dia dah beri amaran
katanya kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan
katanya lagi sekiranya tidak hargai kemerdekaan
mengalir air mata darah sekalipun belum tentu kita dapat kebebasan lagi

aku pelik
pelik
pelik

kebebasan bersuara????

Friday, August 03, 2007

Kerja Angkut Sampah: Otak Macam Sampah


Pagi: Tong sampah bertutup kemas dan ada sampah di dalamnya
Petang: Tong tergolek, tutp entah ke mana, sampah telah dikutip...

Tak tau nak kata

Mungkin pekerjaan mempengaruhi otak agaknya...

Tuesday, July 31, 2007

Aku Keliru


Sahabat
aku bengang hari ini
pening dan serabut
Kenapa masyarakat kita jadi begini ???

Kempen membaca perlu ada artis
pesta buku perlu ada artis
Perayaan merdeka juga perlu ada artis
Kempen anti dadah juga panggil artis

Yang terbaru

Derma- "Dapur Untuk Darfur"
juga perlukan artis....

apa sudah jadi sahabat ???

Inikah Tuhan Alaf baru???

Aku masih terlau bengong untuk berfikir...

Dia Yang Serba Tak Tahu..

Sekadar Gambar Hiasan


Sahabat...
Kau tanyalah apa saja kepadanya...
isu murtad, mahupun hal bonus..
jawapannya amat mudah
hanya tiga perkataan..
"Saya Tidak Tahu"

lalu apa reaksi kita sahabat???

Usah kita fikir...
baik kita ikut contohnya'
balik dan tidur.....

Bicara Buku-G.I.M

Sudah terlalu lama aku berjanji kepadanya untuk menyiarkan tulisannya, namun atas alasan tugasan aku tanguhkan. hari ini aku tunaikan janji. Moga dia akan terus membaca dan memikir....

Tajuk :G.I.M.(Gemuk Itu Menarik)

Penulis :Ida Rizyani & Talhah

Penerbit :PTS ONE TEEN

Tarikh Beli :28 Mei 2007

Tarikh Habis Baca :29 Mei 2007

Harga :RM 13.00

Tempat Beli :Pustaka Fajar (DBP Peringgit,Melaka)

Pengulas :rozie@zia_saleh


ULASAN:

Buku ini mengisahkan tentang kegigihan dan kesabaran seorang remaja gemuk yang bernama Najwa dalam menempuhi liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri.Oleh kerana bentuk fizikalnya yang gemuk,dia sering diejek oleh sebilangan rakannya yang tidak senang akan kehadirannya.Najwa mempunyai seorang adik yang bernama Nadia. Najwa seorang yang tidak mudah berputus asa kerana telah berjaya memenangi pertandingan lari dalam guni walaupun ramai yang mengejek dan tidak percaya akan kelebihan dirinya itu.Namun,sahabatnya Azlin,memberi motivasi kepada dirinya untuk tidak berputus asa. Akhirnya,Najwa membuktikan kepada Shahrul yang selalu mengejeknya bahawa dia juga boleh berjaya dalam pertandingan itu walaupun berbadan gemuk.Najwa berasa amat kecewa apabila ada sebilangan orang yang memperkecilkan dirinya yang gemuk itu.

Dia berasa sedih kerana badannya yang gemuk itu,dia tidak boleh berfesyen seperti orang lain. Segalanya berubah apabila seorang pelajar baru yang kacak bernama Faiz berminat menganggotai kumpulan“study group”yang diketuai oleh Najwa dan dianggotai oleh Khairul,Jamilah dan juga Hamidah yang merupakan anggota yang paling pandai kerana dari kelas tingkatan 4 Bijak.

Faiz seorang yang baik dan rajin walaupun dia mempunyai ramai peminat perempuan,dia tidak suka melayan perempuan tanpa sebab. Faiz juga seorang yang pemurah kerana telah menghadiahkan Najwa buku “Panduan Pemakanan Sihat”sempena hari lahirnya.Pada mulanya Najwa berasa amat marah kerana menyangka Faiz menyindirnya dengan menghadiahkannya buku itu.Setelah Jamilah menerangkan segalanya,baharulah dia tahu yang sebenarnya Faiz kasihan melihat dirinya diejek oleh sebilangan rakannya yang nakal dan mahu dia berdiet dengan cara yang betul.

Dalam diam diam,Najwa meminati Faiz tetapi tidak berani menyuarakan isi hatinya kepada Faiz kerana dia tahu tidak mungkin Faiz akan menerima seseorang yang gemuk seperti dia sedangkan ramai lagi perempuan yang cantik di luar sana.Najwa tekad untuk menguruskan badannya berpandukan buku yang dihadiahkan Faiz kepadanya.Dengan semangat yang kental,Najwa mengamalkan diet yang betul dan bersenam 3 kali seminggu. Akhirnya, Najwa berjaya menurunkan berat badannya.

Kini,Najwa telah mejadi cantik dan mempunyai bentuk tubuh yang langsing.Semua yang pernah mengejek dirinya dahulu,hampir tidak percaya akan perubahan fizikal dirinya.Najwa juga mempunyai peminat iaitu Abang Rushdi yang merupakan abang sepupu kepada Jamilah.Tetapi,Najwa tidak berminat dengan Abang Rushdi kerana dia hanya minat kepada Faiz.Suatu hari,rahsia Faiz terbongkar jua apabila dia menceritakan isi hatinya terhadap Najwa kepada Jamilah.Sebenarnya,Faiz sudah lama meminati Najwa Cuma,dia takut menyuarakan isi hatinya kepada Najwa.Jamilah berjanji,.dia tidak akan memberitahu perkara itu kepada Najwa.Suatu hari,berlaku perselisihan faham antara Faiz dan Najwa.

Faiz difitnah oleh Anita memburuk burukkan Nadia dihadapannya.Najwa berasa begitu sedih dan mempercayai fitnah itu.Najwa menceritakan segala cerita buruk yang didengarinya tentang Faiz kepada Jamilah.Tetapi, Jamilah tahu bahawa cerita itu adalah fitnah semata mata.Jamilah juga mengatakan yang Faiz itu seorang yang baik dan dia terpaksa memungkiri janjinya kepada Faiz dengan memberitahu Najwa perasaan Faiz terhadapnya demi mengembalikan kepercayaan Najwa terhadap Faiz.Najwa terkejut mendengar berita itu namun,jauh disudut hatinya dia gembira dan bersyukur kepada tuhan mendengar berita itu…..

Monday, July 30, 2007

Iraq Juara-Kita ???


Dipetik Dari Utusan Malaysia (30 Julai 2007):

Pemain dan pegawai pasukan Iraq meraikan kejayaan mereka menjuarai Piala Asia selepas menewaskan Arab Saudi 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, malam tadi.

Aku terfikir- dalam keadaan huru hara rupa-rupanya pasukan Iraq masih mampu muncul sebagai Jura Piala Asia

Pasukan kita pula Bagaimana???

Mungkin pemain-pemain Iraq berjuang atas nama Negara
pemain-main kita????

Wallahualam....

pada pendapat aku..tak perlulah kisa susah-susah fikir pasal bosa sepak negara, cuba-cubalah cebur sukan lain mana tahu boleh berjaya...lagipun Mat rempit pun dah pandai buat terjun payung...manalah tau ada sukan baru yang boleh tonjolkan diorang kot-kot lah.....

Sahabat-Di sini Banyak Keldai !!!


Sahabat

Sebenarnya aku tidak mahu marah-marah lagi

Aku tidak mahu heboh-heboh lagi

Aku tidak mahu kecoh-kecoh lagi


Namun mana mungkin aku bisa tutup mulut

Jika sang keldai masih begini..

Kita diarahkan berbari dan melupai tugas tradisi

Kita diarahkan mengemaskini dokumen yang langsung tidak menyumbang pada perkembangan minda

Kita diarahkan masuk ke kandang keldai semana-mata untuk mendengar dia berkata-kata


Sahabat

Mana mungkin aku tidak marah

Jika mesin angkat kerap sangat rosaknya

Mesin salinan kerap minta dibaiki

Internet kita pula banyak sangat sekatannya

Malah sahabat,

Kau juga alami kehebatan ini

Pendingin hawa menjadikan kita kepanasan bukannya kedinginan

Kita juga dikenankan dengan pelbagai syarat

yang semuanya karut semata-mata

dan..tidak cukup dengan itu

Atas tuduhan kita bekerja sama seperti sehari mereka bekerja

Kita dilambakkan dengan kerja-kerja bodoh yang sepatutnya dibuat mereka


Sahabat

Benarkah mereka ini umpama kata pepatah

“Sokong Membawa Rebah”…


Sahabat…(seperti kata XPDC)

Bersamalah kita..

Dalam kebingunangan…

Bukan hitam

Bukan terang……

Aku tidak marah sahabat

Sekadar berkata-kata

Kerana itu sahaja yang aku mampu…..

Guru Oh Guru

Sebenarnya aku telalu kusut jika hendak memikirkan tentang satu kelompok yang merasakan mereka ‘terlalu istimewa’ dalam masyarakat Malaysia. Kelompok tersebut ialah “GURU”. Aku bukan insan yang tidak bersyukur dengan jasa-jasa guru malah apa aku hari ini sedikit sebanyak dicorakkan oleh bekas guru aku masa sekolah dahulu.

Bermula dari isu tidak mahu bekerja pada hujung minggu,

Tuntutan gaji yang lebih tinggi dari penjawat awam yang lain,

Kenaikan pangkat dang red hanya kerana mereka melanjutkan pelajaran di Universiti,

Isu elaun yang terlalu tinggi untuk berkhidmat di luar Bandar,

Isu tidak mahu berpindah ke kawasan yang diarahkan atas alasan keluarga

Dan macam-macam lagi yang terlalu banyak untuk dinyatakan


Kini isu guru perlukan kursus tambahan-lanjutan dari beberapa isu seperti merotan dan memukul pelajar

Aku selalu berfikiran positif untuk merasionalkan tindakan guru guru sebegini

Namun kadangkala aku rasakan mereka ini terlalu banyak lemak

Tambahan pula persatuan yang kuat di belakang mereka sentiasa menyokokng kebanyakan tindakan dan tuntutan mereka


Entahlah…

Masa memilih profesyen perguruan

Semua akan kata berkhidmat untuk Negara

Tapi bila timbul isu\nampak gayanya Negara di belakang yang paling tinggi untuk membela nasib mereka kerana kononnya kerajaan kurang membela nasib mereka

Aku sekadar bertanya

Apa lagi profesyen yang ada kenaikan secara ‘time based’ selain guru??

Rupa-rupanya manusia memang tak pernah cukup….

Kursus??

Banyak lagi yang lebih penting selain membazirkan duit menyediakan kursus kerana aku yakin jika mereka masih bersikap pesimis pasti berpuluh-puluh kursus pun tidak membawa apa kejayaan kecuali pembaziran semata-mata….

Monday, July 23, 2007

Pakai Otak La !!!


Minggu lepas Lif rosak- Hingga hari ini masih tak di baiki
Seminggu sekurang-kurangnya sekali pasti jadi begini

Pendingin Hawa- hanya boleh berfungsi 2-3 hari seminggu
bila di tanya jawabnya itu urusan kontraktor

Internet pula???
Kerap tiada dari ada
malah wujud pula 'kasta'
'di sana' capaiannya tinggi
'di sini' tak tercapai sahaja

Wireless???
duduk menghadap baru dapat
tutup pintu sedang jarak hanya beberapa meter
mampus hidup kembali pun kau takkan dapat rasa wireless

Semalam hujan lebat
atap bocor
tanya yang bertanggungjawab
katanya 'hari tu tak bocor'
kepala hotak kau...
hari tu tak hujan memanglah kau nampak tak bocor sebab tiada air yang mengalir dari bumbung

Hari ini
Peralatan kerja rosak
satu notis ditampal
"HArap Maaf Alat Bantuan Tidak BerfungSi Sepenuhnya"
Takkan tak fikir bahawa sekarang sibuk
dan dah tau bila tarikh akan sibuk
kenapa tak selesaikan awal awal???

Aku bukan marah

Tetapi terfikir

Kenapa jadi begini???

Apa mungkin 'lembu' yang ada di atas sana agaknya???


Atau si buncit yang hanya duduk mengira-ngira kenaikan gaji

Sambil memikir berapa banyak ‘halangan ‘ yang nak dibuat lagi

Dan juga berapa banyak yang nak di ‘sapu’ lagi


Kalau macam ini

Usahla “Menyalak” tentang Globalisasi, Modal Insan ataupun World Class

Lebih baik semua duduk, ketawa atau seeloknya lena

Sambil aku masih bertanya

Ke mana haluan kapal ini agaknya ???

Aku Menulis Lagi !!!


Aku pernah bercadang untuk berhenti menulis
Agar aku dapat hidup tenang dan tenang
tanpa perlu berkonflik dengan diri dan sesiapa

Rupa-rupanya
mebisu jadikan aku semakin parah
beban yang terpikul perlu aku coretkan
kebobrokan yang berlaku aku x mampu simpan

InsyaAllah aku akan lebih berdisiplin
tetapi...
aku hanya mampu merancang

Thursday, June 28, 2007

Setelah Puas Mencuba


Setelah berminggu-minggu aku puas mencuba
Namun aku akui bahawa aku tewas...
Himpitan masa jadikan aku terlalu resah
Resah kerana tidak dapat menambahkan info terkini
Sedang ide pula melimpah ruah

Kembara buku sudah ke episod yang ke VII
Sembang Gusti-pula penuh dengan tragedi

Namun semua itu terperam
Di sini di daerah yang suram dan kelam...

Dahulu
Suatu ketika
aku pernah mengimpikan indah-indah
rupanya yang indah itu sebenarnya bahang dan resah

aku terpaksa tutup sementara blog ini...
sehingga bila???
aku sendiri tidak tahu masanya...

Wallahualam...

Salam Rindu:

Pak Kebun