"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, November 09, 2006

Aduhai Mat Said


Aduhai Mat Said
Tempoh hari kastam
Hari ini Penceramah (Agama) pulak

Rakyat masih keliru dengan isu kepimpinan dan rasuah (ingat Malasia 'naik' ke tangga 44 wpun Pak Lah perkenalkan Islam Hadhari hingga ke George Bush)
Rakyat masih keliru dengan isu Murtad yang menjadi-jadi
Rakyat amat terkejut dengan isu ”Tembak dan Bom’
Rakyat amat terkejut dengan isu ”Runtuhan Kuari”

Tiba-tiba....Mat Said muncul dengan isu penceramah agama yang ’demand’

Tapi Mat Said lupa (atau dia memang ’bodoh’?), bahawa
Penceramah juga manusia biasa, rakyat marhaen, yang tiada apa-apa

Turut terhimpit dengan ekonomi yang tenat hasil kenaikan pelbagai perkara (barangan, tarif air dan lain-lain)

Mat Said lupa bahawa orang-orang yang seumpama beliau sebenarnya lebih ’demand’

Kalau tidak takkan orang-orang macam beliau boleh ada macam-macam income, jadi pengerusi dan penasihat macam-macam aktiviti perniagaan, bole bina banglo macam istana, boleh beli Mercedes yang panjang berjela.....

Apa agaknya mahunya Mat Said ini????

Apa komen pengundi Jasin????


Pak Kebun: Bukan Orang Jasin

Wednesday, November 08, 2006

Kangkung@kangkong


Anda pernah makan kangkung???
Saya suka makan kangkung terutamanya bila buat mee segera

Kangkung ini sayur penipu,
Hebat di luar lompong batangnya,
Kena celur dengan air panas nescaya kecut ia keseluruhannya

Dalam dunia kehidupan seharian saya,
kangkung adalah kgelaran yang paling 'lekeh' bagi seseorang

Hebat diluar, tetapi bila diuji nyata kehebatannya palsu....

Kesian sahabat saya,
Berusaha bersungguh-sungguh memerah otak
Akhirnya hasilnya diambil oleh si 'kangkung'

Inilah realiti dunia
Kita sering tertipu dengan luaran
Sedangkan yang paling penting adalah apa yang ada di dalam

Pak Kebun: Hanya Mampu Bersimpati...

Kek RM 80


Anda pernah makan kek?
Berapakah harga kek yang paling mahal pernah anda makan?
Sahabat..kirim kek lapis dari Sarawak..(Seorang sahabat pulang beraya di sana)
Empat biji kek lapis Sarawak berharga RM 80



Nasib baik aku tak kirim
Kalau tak hingga hujung bulan nie melantak kek sahaja la gamaknya....

Sekeping Cakera Padat


Semalam ke **** **** ********
Ikut sahabat…
Beli sekeping Cakera Padat (CD)
Harganya RM 1750.00
Mahalnya......
Namun itulah kos yang kami terpaksa bayar atas nama 'DATA MENTAH'
untuk tujuan penyelidikan....

Thursday, November 02, 2006

Salam Buat Pak Lah




Selamat Ulangtahun Pemerintahan Yang Ke 3 Buat Pak Lah...

Harapan Pak Kebun:

Semoga rasuah terhapus (dihapuskan bersungguh-sungguh), Minyak tak naik lagi, Tol tak akan naik, harga barang tak naik, kos hidup takkan melambung, bilangan graduan menanggur dapat dikurangkan, Universiti sebagai kubu politik dapat dielakkan, cakap-cakap (janji-janji) kosong dalam politik dielakkan, Islam ditegakkan, Murtad dihapuskan, Liberal dalam agama dihapuskan, rakyat Malaysi hidup aman (jenayah dikurangkan, pendatang asing dihapuskan)ISA dan AUKU diteliti semula dan Malaysia kekal aman di bawah Rahmat Allah SWT

(Namun Aku Hanya Mampu Mengharap...)

Ketupat Segera???


Foto: Ini Bukan Ketupat Segera
Ketupat segera dalam plastik boleh akibat kanser

PULAU PINANG 1 Nov. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan bahawa ketupat segera yang dimasak di dalam plastik yang popular sebagai hidangan Hari Raya Aidilfitri boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser.

CAP mendakwa, beg plastik yang memiliki bahan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) digunakan untuk ketupat segera itu direbus selama sejam merembeskan bahan kimia beracun lain iaitu organik mudah terpeluap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan dan alam sekitar.

Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kajian oleh Institut Sains dan Teknologi Bahan Princeton di Amerika Syarikat pada Ogos lalu mendapati VOC daripada paip HDPE merembes ke dalam alam sekitar dan mencemarkan sumber air.

“Bagi ketupat dalam plastik, jumlah yang dirembeskan lebih banyak kerana ia dibiarkan terendam dalam air mendidih selama sejam dan secara langsung VOC telah terserap masuk ke dalam nasi.

“Sehubungan itu, CAP mendesak Kementerian Kesihatan mengharamkan penggunaan HDPE sebagai pembungkus makanan kerana Peraturan Makanan 1985 membenarkan penggunaan bahan itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di ibu pejabat CAP di sini hari ini. Hadir sama ialah pegawai penyelidik pertubuhan itu, Hatijah Hashim.

Ketupat segera kini menjadi pilihan sebahagian besar rakyat negara ini kerana ia mudah disediakan dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk memasak berbanding ketupat tradisional.

Terdapat beberapa jenama bahan makanan itu di pasaran dan permintaannya bertambah setiap kali menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Mohamed Idris menjelaskan, VOC sebenarnya adalah bahan beracun yang dikenal pasti sebagai sebatian yang mengganggu hormon, penyebab kanser dan bahan kimia endoktrin yang berupaya merendahkan jumlah sperma hingga ke tahap kemandulan.

Katanya, kehadiran VOC juga dikaitkan dengan peningkatan risiko asma di kalangan kanak- kanak dan pesakit kanser payu dara.

Jelasnya, pendedahan kepada kepekatan yang rendah sekali pun bahagian persejuta (bps), VOC diketahui meninggalkan kesan buruk kepada kesihatan awam dan alam sekitar.

“Penggunaan bahan-bahan HDPE ketika ini tidak terbatas kepada ketupat segera sahaja tetapi digunakan oleh penjaja untuk mengisi makanan dan minuman panas secara meluas,” ujarnya
.
(Sumber: Utusan Malaysia 2 November 2006)

Membaca keratan akhbar hari ini menyebabkan saya terkedu. Tambah-tambah pula di waktu sekarang, ketika ramai sahabat yang mengadakan rumah terbuka.
Membaca berita ini lantas membuatkan saya terfikir dan tertanya-tanya. Selamatkah semua makanan untuk dimakan?
Dulu kita kecoh dengan kes pewarna dan perasa makanan yang bakal mendatangkan kesan kepada pengguna. Baru-baru ini, isu botol air mineral. Kini kita didedahkan pula dengan isu pembukus makanan yang bakal bawa kesan terutamanya penyakit kanser kepada manusia.

Dalam masa yang sama kita terdedah dengan jerebu. Kita terdedah dan fenomena pemanasan global, pencemaran, kualiti udara yang merosot dan pelbagai isu yang membawa kesan pada kesihatan....

Apa agaknya yang selamat untuk kita ye??

Wednesday, November 01, 2006

Dugaan Ini Kecil Sahaja


Dua hari sebelum Hari Raya : Cermin kereta pecah
Hari Raya kedua: Bingkai cermin mata patah
Hari Raya ketujuh: Kemera digital rosak

Banyak sungguh dugaan kali ini....

Namun..apa sangatlah dugaan ini jika dibandingkan dengan yang dilalui oleh para Anbiya, sahabat dan pejuang-pejuang Islam....

“Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ketika musibah mereka berkata:”Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita kembali”
(Al-Baqarah:155)

Tuesday, October 31, 2006

Taklid Membuta Tuli



UMNO Bahagian Klang buat rayuan kekalkan Zakaria ahli majlis
Oleh Fauziah Arof dan Suhana Abdul Mutalib

KLANG 30 Okt. – Mesyuarat tergempar UMNO Bahagian Klang hari ini mengambil keputusan akan membuat rayuan untuk mengekalkan ketuanya, Datuk Zakaria Md. Deros sebagai ahli majlis, Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Setiausahanya, Ishak Mohd. Jonid berkata, mesyuarat yang turut disertai oleh wakil Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian itu sebulat suara bersetuju untuk menghantar rayuan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

“Kita menyokong penuh kepimpinan Zakaria dan akan sentiasa bersama beliau dalam isu yang beliau hadapi ini,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Bahagian Klang, Pandamaran di sini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Mazlynoor Abdul Latiff selama satu setengah jam. Zakaria tidak hadir.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan bahagian tersebut, Shohimi Shafie menyifatkan apa yang berlaku kepada Zakaria merupakan satu penganiayaan.

“Ini adalah mainan parti pembangkang untuk menjatuhkan beliau,” katanya.

Menurut Shohimi, kesalahan tidak membuat pelan pengubahsuaian rumah itu merupakan perkara yang tidak perlu diperbesarkan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar telah pun mengarahkan Zakaria melepaskan jawatan tersebut ekoran isu rumah banglonya dibina tanpa pelan pengubahsuaian di atas tanah kurnia milik isterinya, Datin Zizah Ngah.

Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga 8 November supaya Zakaria berbuat demikian

Sumber: Utusan Malaysia (31 Oktober 2006)

Foto : Dari Blog Roslan SMS
Membaca berita ini menyebabkan saya tergelak walaupun diri dihimpit dengan bebanan kerja yang amat mendesak. Saya terfikir, inikah senario sebenar politik di Malaysia. Yang jelas salah masih lagi dibela atas kepentingan-kepentingan tertentu. Pembangkang juga di'kambing hitamkan" sebagai punca kekecohan sedangkan mereka lupa bahawa rakyat memerhatikan semua.
Rakyat pasti memikirkan dari mana datangnya duit sebegitu banyak?
Bagaimana Anak dan Menantu beliau boleh dilantik sebagai ketua Pemuda dan Ketua Puteri Bahagian?
Bagaimana pula kesemuanya boleh dilantik jadi Ahli Majlis MPK (Majlis Perbandaran Klang)
Kebobrokan ini sebenarnya harus dikupas dengan teliti dan terpeinci.. Amalan melantik Ahli Majlis Bandaran di kalangan Mereka yang berjasa di kalangan masyarakat dengan kebenaran dan persetujuan parti yang memerintah dilihat tidak lagi telus.
Saya tidak mahu, mengulas dengan lebih terpeinci isu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini, namun saya sedang membuat satu penyelidikan kecil tentang realiti dan keberkesanan PBT di Malaysia.
Dalam Konteks Politik, apa yang berlaku di kalangan pengikut Dato Zakaria adalah amalan taklid membuta tuli yang tidak wajar diamalkan oleh masyarakat yang bertamadun. Walaupun sudah terang, namun mereka masih buta hati dan akal. Ini baru satu yang dibongkar (Walaupun ini hanya ’ikan kecil’)


Saya suka melihat reaksi orang politik dalam menangani masalah ini. Sama juga sepertimana dalam kes Tun Mahadhir vs Pak Lah. Semacam ada kecenderungan untuk taklid membuta tuli dikalangan pemimpin...

Namun..inilah realiti politik....’Seni yang mustahil”....

Pak Kebun: Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam (Petikan lagu Pak Pandir: Yang Remeh Temeh)

Dugaan Menjelang Aidilfitri


Foto ini dirakamkan dua hari sebelum menjelangnya Syawal 1427 Hijrah. Sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke Negeri Bersejarah. Entahlah..saya amat-amat berharap agar ada hikmah disebalik kejadiaan ini…Amin…

“Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ketika musibah mereka berkata:'Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita kembali'”
(Al-Baqarah:155)

Thursday, October 19, 2006

Kengerian Yang Tidak Dapat Dielakkan


Foto: Sekadar Gambar Hiasan Sahaja

Saya amat ngeri membaca berita dalam akhbar hari ini:


18 terbunuh hari pertama Ops Sikap XI

Oleh Khairul Azran Hussin

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kempennya bak mencurah air di daun keladi. Ini kerana pada hari pertama Ops Sikap XI bermula semalam ia sudah pun mencatatkan rekod apabila 18 kematian nahas jalan raya dilaporkan.

Rekod itu turut mengatasi jumlah kematian semasa operasi yang sama bermula tahun lalu. Pada musim perayaan Aidilfitri tahun lepas 15 kematian dicatatkan pada hari pertama operasi itu dilancarkan.

Ketua Trafik Bukit Aman, SAC II Nooryah Md. Anvar berkata, sembilan daripada mangsa yang meninggal dunia itu ialah penunggang motosikal dan dua orang pembonceng.

‘‘Lain-lain kematian melibatkan seorang pemandu kereta, penumpang lori (2), pemandu lori (1), pemandu kenderaan lain (1) dan dua pejalan kaki,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nooryah berkata, lapan daripada 18 kemalangan maut itu berlaku di jalan bandaran, lima di jalan Persekutuan, tiga di jalan negeri dan dua di jalan lain.
Saya membaca berita ini dengan perasaan bercampur baur. Sedih dan amat sedih. Pelbagai kempen telah dijalankan tetapi fenomena ini terus berlaku dari tahun ke tahun terutamnya menjelang hari-hari perayaan. Malaysia, negara yang aman. Namun dalam musim-musim perayaan, kadar kematian rakyatnya melebihi dengan kadar purata kematin harian di negara-negara yang dilanda perang seperti Iraq dan Afghanistan.

Di mana silap yang sebenar???

Pelbagai kempen telah dilaksanakan oleh kerajaan. Hinggalah ada steseyn petrol tertentu yang menyediakan minuman percuma kepada para pemandu-namun kemalangan terus juga meningkat.

Pihak Polis saban tahun bersungguh-sungguh mengatasi masalah ini. Cuti dibekukan. Bekerja hingga lewat malam dan kini menetapkan kadar hadlaju yang lebih rendah berbanding semasa- namun kemalangan masih terus meningkat

Dalam satu kursus yang berkaitan dengan pembangunan. Terutamanya bagi mengukur kesejateraan dan pembangunan saya mencadangkan kepada penceramah agar kadar kemalangan juga dilihat sebagai salah satu petunjuk kepada pembangunan. Iaitu walaupun, kadar pendapatan penduduk tinggi, namun jika kadar kemalangan juga tinggi, pembangunan yang seimbang masih belum tercapai. Dan itu hakikatnya di Malaysia.


Saya amat risau. Kemalangan menimbulkan pelbagai impak. Yang Maut tetap maut, yang parah mungkin akan pulih.

Tetapi yang ditinggalkan apa kesudahannya. Saban tahun kita tatap kisah anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan beraya dalam kedaifan. Jika ada pihak yang sudi mebantu, maka ringan sedikitlah beban mereka. Tetapi jika tiada bantuan???...Beban psikologi mereka yang ditinggalkan ini amat berat untuk ditanggung...

Saya yakin, majoriti kemalangan berpunca dari sikap manusia sendiri. Ia boleh dielakkan. Bersabar, kawal perasaan itu yang terbaik. InsyaAllah kita akan dapat menjauhi kemalangan..

Pak Kebun: Kempen di blog ini tidak ditaja....

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog ini
Maaf jika ada penulisan yang mengguris pembaca semua
Terima kasih atas sokongan pembaca
Saya akan mula bercuti pada hari Jumaat ( 20 Oktober 2006) dan mula bekerja semula pada 30 Oktober 2006
InsyaAllah blog ini akan beroperasi semula seminggu selepas hari raya
Salam Syawal buat semua

Wednesday, October 18, 2006

Jerebu Kehidupan


Jerebu di udara boleh terhapus dengan hujan
Namun...
Bagaimana dengan jerebu kehidupan??
Jika 'jerebu' ini tidak segera reda...
pasti .........................

Friday, October 06, 2006

Jerebu: Realiti Di Sini



Kedua-dua foto ini menunjukkan senario semasa jerebu di Negeri Utara.
Foto say ambil jam 6.15 petang (Waktu Malaysia)
Menurut seorang sahabat yang pakar dalam kajian persekitaran, bacaan IPU (Indeks Pencemaran udara di kawasan negeri tempat saya bekerja ini mencecah ke bacaan 82.
Untuk rujukan:
  • 0-51 dianggap kualiti udara pada tahap baik,
  • 51-100 sederhana
  • 101-200 tidak sihat
  • 201-300 sangat tidak sihat
  • 301-500 membahayakan kesihatan
  • lebih 500 keadaan darurat

Indonesiakah yang bersalah??

Atau ini balasan Allah kerana kemungkaran kita

Pak Kebun: Tanya Iman..

Thursday, October 05, 2006

Jerebu: Untuk Difikirkan


Dipetik dari Utusan Malaysia, 5 Oktober 2006

Keadaan jerebu semakin buruk

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Asap jerebu yang ditiup angin dari kebakaran hutan di Indonesia terus menyelubungi Malaysia hari ini dengan jarak penglihatan jatuh menjunam dan empat negeri mencatatkan mutu udara tidak sihat.

Putrajaya, pusat pentadbiran negara sehingga 5 petang ini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 187 atau tidak sihat.

Negeri lain yang mencatatkan indeks tidak sihat ialah Sarawak, Sabah dan Negeri Sembilan (lihat grafik).

Di Sarawak negeri yang paling teruk dilanda jerebu, terpaksa membatalkan dua penerbangan, tiga ditangguhkan dan satu lagi ditukarkan destinasi pendaratan sehingga petang tadi.

Perkhidmatan helikopter yang membawa ‘doktor udara’ ke kawasan-kawasan pedalaman negeri itu turut terjejas.

Keadaan itu turut menyebabkan IPU di beberapa kawasan di negeri itu dijangka mencecah tahap sangat tidak sihat atau lebih 200 IPU jika cuaca kering dan panas sekarang berterusan.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan berkata, beberapa kawasan telah pun mencatat bacaan IPU tidak sihat sejak beberapa hari lalu dan ia mungkin akan mencapai tahap sangat tidak sihat beberapa hari akan datang.

‘‘Jerebu mungkin akan bertambah buruk dengan jangkaan IPU mencecah lebih 200 jika hujan tidak turun dalam tempoh terdekat,’’ katanya di sini hari ini.

Laporan agensi berita Antara hari ini melaporkan jerebu di Sumatera dan Kalimantan masih teruk berikutan kegagalan bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebahagian besar hutan di kedua-dua kepulauan itu.

Di Riau, satelit telah mengesan sebanyak 570 titik panas di seluruh wilayah berkenaan manakala di Kalimantan Tengah jerebu tebal telah menyebabkan beberapa penerbangan tempatan terpaksa dibatalkan.

Mengulas lanjut, Chan berkata, kerajaan negeri akan melakukan operasi pembenihan awan dalam tempoh sehari dua lagi bagi membantu mengurangkan jerebu.

Kata beliau, pembenihan awan agak sukar dilakukan kerana kualiti udara yang sangat kering dan tidak begitu sesuai untuk menghasilkan hujan.

‘‘Bagaimanapun pihak kami akan tetap cuba untuk menghasilkan hujan,’’ katanya.

Sementara itu, Pengurus Malaysia Airports Berhad Sarawak, Mohd. Suhaimi Mubin berkata, sehingga pukul 2.30 petang ini, enam penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) terjejas berikutan kualiti udara yang semakin merosot.

Menurut beliau, tindakan itu diputuskan oleh Jabatan Penerbangan Awam selepas melihat laporan daripada Jabatan Kaji Cuaca pada hari ini.

‘‘Enam daripada lapan penerbangan terpaksa dijadualkan semula berikutan jerebu yang semakin serius dengan jarak penglihatan setakat 600 meter sahaja,’’ ujar beliau.

Bernama yang memetik pengarah DCA Sarawak, Huang Tiong Poh diberitahu, helikopter dilarang melakukan penerbangan mengikut Peraturan Penerbangan Visual sekiranya jarak penglihatan di bawah 1.5 kilometer.

‘‘Penerbangan melibatkan tentera atau perkhidmatan doktor terganggu disebabkan faktor keselamatan,’’ katanya.

Berikutan jarak penglihatan yang merosot iaitu hanya 700 meter direkodkan di Kuching setakat 12 tengah hari ini, beliau berkata pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Kuching turut dilencong ke Sibu.

Pesawat Boeing 737 dari Kuala Lumpur itu dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 1.30 tengah hari ini.

Semalam, pesawat Fokker 50 Fly Asian Xpress (Fax) dihalang mendarat di Mulu, yang terletak di kawasan tinggi, dan terpaksa berpatah balik ke Miri disebabkan masalah yang sama, katanya.
Di Kota Kinabalu, keadaan jerebu di Sabah tidak banyak berubah dengan Tawau masih mencatat IPU tidak sihat meskipun hujan lebat melanda kebanyakan kawasan malam tadi dan hari ini.

Daerah Tawau mencatat bacaan tertinggi berbanding daerah lain iaitu IPU 133 diikuti Keningau (80), Kota Kinabalu (78) dan Sandakan (70).

Jurucakap Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah berkata, daerah- daerah lain mencatat bacaan sederhana iaitu melepasi IPU 50.

Sekadar Mengingatkan

Ad Dukhan (Bererti asap) adalah surah yang ke 44 di dalam Al Quran. Ia dinamakan Ad Dukhan kerana mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW, bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat

(1) Haa Mim (2) Demi kitab Al Quran yang menjelaskan (3) Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan (4) Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah (5) (Iaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengurus rasul-rasul (6) Sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (7) Tuhan Yang Memelihara langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya, jika kamu adalah orang yang meyakini (8) Tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan (Dialah) Tuhan mu dan Tuhan bapa-bapamu yang dahulu (9) Tetapi mereka bermain-main dalam keraguan (10) Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata (11) Yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih

(Terjemahan Surah Ad Dukhan: 1-11)

Pak Kebun: Tidakkah Kamu Berfikir????

Lensa Pak Kebun: Kg Sungai Ruil


Lokasi: Kg Sungai Ruil, Cameron Highland
Info Tambahan: Kg Orang Asli dari Kaum Semai (Kelompok Melayu Deutro), Di kaki Gunung Brinchang dan majoritinya merupakan penganut Agama Islam
Persoalan: Cameron Highlang maju dan jadi tumpuan serta tarikan pelancong. Adakah mereka dipinggirkan dari pembangunan???? atau bersama-sama menikmati pembangunan????