Atas nama perjuangan ini
Aku akan terus berkorban
Biar akhirn5a..ia membawa duka
Bicara Pak Kebun
KoMenTar, BuKU daN CeTuSan RaSa (Marah-MaraH)...
"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)
(Al Baqarah:216)
Friday, August 09, 2013
Monday, May 20, 2013
Politic
Berpolitiklah dengan akal dan bukn emosi
Kerna jika berdsarkan emosi..pasti matamu akan buta
Mem e2zakan kebenaran dan kepalsuan
Kerna jika berdsarkan emosi..pasti matamu akan buta
Mem e2zakan kebenaran dan kepalsuan
Tuesday, May 07, 2013
Berblog Semula
InsyaAllah ...gua akan berblog semula
ini semua gua buat atas paksaan hati
atas desakan jiwa
hati dan jiwa gua rusuh bila gua tidak menulis
pemikiran gua 'mandul' bila gua tidak menulis
diri gua malas menelaah bahan bacaan bila gua tidak menulis
lalu...
setelah bertahun gua menyemak dan menyesakkan diri dengan dunia 'orang lain'
menyibuk dan menyesakkan otak dengan hal 'orang lain'
gua rasa dah tiba masa untuk gua kembali
buat kali yang entah ke berapa
cuba meneleku buku dan makalah
cuba menulis tentang idea dan gagasan
mungkin juga tentang jiwa dan perasaan
gua tak pasti
sama ada gua boleh menulis seperti masa lalu atau tidak
terus terang 'deria' gua sudah sangat tumpul
idea gua sangat malap
entah kenapa gua paksa diri untuk cuba menulis
gua tahu blog ini tiada pembaca
tapi apa gua peduli
sebab gua menulis untuk gua
wassalam
ini semua gua buat atas paksaan hati
atas desakan jiwa
hati dan jiwa gua rusuh bila gua tidak menulis
pemikiran gua 'mandul' bila gua tidak menulis
diri gua malas menelaah bahan bacaan bila gua tidak menulis
lalu...
setelah bertahun gua menyemak dan menyesakkan diri dengan dunia 'orang lain'
menyibuk dan menyesakkan otak dengan hal 'orang lain'
gua rasa dah tiba masa untuk gua kembali
buat kali yang entah ke berapa
cuba meneleku buku dan makalah
cuba menulis tentang idea dan gagasan
mungkin juga tentang jiwa dan perasaan
gua tak pasti
sama ada gua boleh menulis seperti masa lalu atau tidak
terus terang 'deria' gua sudah sangat tumpul
idea gua sangat malap
entah kenapa gua paksa diri untuk cuba menulis
gua tahu blog ini tiada pembaca
tapi apa gua peduli
sebab gua menulis untuk gua
wassalam
Tuesday, April 09, 2013
Mesti Mula Semula
its time to start again
reborn
reincarnation
mulakan semula
sebuah semangat yang hilang
sebuah kekuatan yang hilang
tulis-tulis dan tulis
insyaAllah
reborn
reincarnation
mulakan semula
sebuah semangat yang hilang
sebuah kekuatan yang hilang
tulis-tulis dan tulis
insyaAllah
Monday, June 25, 2012
Sunday, June 17, 2012
Pelancongan Di Malaysia Makin Maju...(kahkahkah)
Dari MstarOnline
Sabtu Jun 16, 2012
Panda Gergasi Akan Jadi Tarikan Pelancongan Malaysia
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng
Yen Yen percaya dua ekor beruang panda gergasi yang dipinjamkan kepada
Malaysia oleh China akan menjadi produk tarikan pelancongan utama negara
ini. Beliau berkata binatang berkenaan akan memberi tarikan besar kepada
industri pelancongan terutama sekali bagi kempen 'Cuti-cuti Satu
Malaysia' yang dijangka ramai yang akan datang untuk melihat kehidupan
sebenar panda yang comel itu.
"Kedua, saya menjangka kemasukan ramai pelancong dari negara-negara
lain terutama Singapura dan Indonesia yang ingin melihat panda di
Malaysia. Barisan menunggu adalah panjang, banyak negara seperti dari kalangan
Asean mahukan panda, China sangat memilih pihak yang mereka mahu
pinjamkan panda, dan saya percaya ini menunjukkan betapa bermaknanya
hubungan baik yang terjalin di antara Malaysia dengan China dengan
meminjamkan sepasang panda itu kepada kita," katanya.
Ng bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran 'Festival
Minda Malaysia Kelapan' oleh Pergerakan Literasi Mental Malaysia (MMLM)
di Kampus Utama Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) di sini, Sabtu.
Mengenai urusan penjagaan panda berkenaan, menteri itu berkata ia akan
dikendalikan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli dengan
kerjasama pakar-pakar terpilih dari China. Ia bukan oleh badan bukan kerajaan (NG) dan tidak juga oleh
Kementerian Pelancongan. Ia akan mendapat sokongan saintifik yang baik
jika diberikan kepada kementerian berkenaan (Alam Sekitar dan Sumber
Asli).
"Segala aspek mengenai penjagaan panda ini akan lebih selesa, tetapi
juga berharap pasangan panda itu akan dapat melahirkan anak," katanya.
"Adalah menjadi tanggungjawab sekiranya anak panda dilahirkan ia akan
dijaga dengan baik. Bukan sahaja di sini tetapi di mana sahaja di dunia
jika panda dipinjamkan, anak binatang tersebut mesti dihantar balik ke
pusat pemeliharaannya di China," kata Ng.
Pada Khamis lepas, China telah mengambil keputusan meminjamkan dua
ekor beruang panda kepada Malaysia sebagai usaha mengukuhkan lagi
hubungan diplomatik selama 38 tahun antara kedua-dua buah negara. Permohonan memindah pinjam binatang berkenaan dibuat oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakan sejawatannya dari China,
Wen Jiabao semasa kunjungan Najib ke Nanning pada bulan April. Mengenai festival tersebut, Ng berkata ia menolong mengwujudkan bakat
terutama di kalangan golongan muda ke arah kreativiti dan sikap
inovasi.
Sementara itu, di LENGGONG, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Taman Wetland, Putrajaya, dipilih
sebagai lokasi untuk menempatkan pasangan panda berkenaan. Bercakap kepada pemberita selepas program gotong royong komuniti
1Malaysia bersama peserta Program Latihan Khidmat Negara, di Kampung
Sauk, beliau berkata Taman Wetland adalah tempat paling sesuai selain ia
mudah dilawati orang ramai. Semalam, kerajaan Malaysia memeterai perjanjian dengan Persatuan
Pemeliharaan Hidupan Liar China (CWCA) untuk meminjamkan panda gergasi
itu kepada Malaysia selama 10 tahun. -BERNAMA
Kata Orang...
Bila Tak Bercakap..nampak macam bodoh....
Akhirnya...
bila bercakap...memang sah bodoh...
Kahkahkahkah.......
ApapoNTakBoleH !!!...
dari Mstarnews
Ahad Jun 17, 2012
KPT Serah Kepada UM Ambil Tindakan Kepada Pelajar
PASIR GUDANG: Kementerian Pengajian Tinggi
menyerahkan kepada Universiti Malaya untuk mengambil tindakan terhadap
pelajarnya yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau
difahamkan pelajar itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, kini digantung
pengajian kerana terlibat dalam Demonstrasi Mansuh Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) pada 14 April lepas.
"Sebagai pelajar, dia patut sensitif dan patut tahu suasana
persekitaran negara dan sebagainya... terpulang kepada universiti (untuk
ambil tindakan)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan
Borang Notis 5A kepada 75 penduduk Kampung Pasir Gudang Baru di sini,
Ahad.
Haziq dipercayai mempertikai tindakan Sultan Johor, yang murka
terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin
berhubung isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1, di laman sosial
Twitter miliknya pada 15 Jun lepas.
Pengajian pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Undang-undang itu digantung selama satu semester mulai September ini. BERNAMA
Masih Menunggu
Tuesday, June 12, 2012
Professor
Nota: Gua tidak marahkan sesiapa sewaktu gua tulis entry ini..
Bila ditanya pada gua tentang 'Professor'...
Jawapan gua senang
(kita lupakan dulu soal 'besarnya' gelaran ini)
pada gua ada dua jenis 'Professor'
1) 'Real' Professor
2) 'Reason' Professor
'Real' Professor- pada gua adalah prof yang sebenar. Yang sentiasa menulis, menyelidik dan istiqamah pada bidang-bidang pengkhususannya. Kita nak baca penulisannya pun banyak. Paling mudah Taip je di 'google' namanya...jika beliau banyak menulis, pasti akan ada timbul nama dan bahan penulisannya. Kemudian, dalam jurnal-jurnal juga sering kita ketemui penulisannya. Penulisannya sering jadi rujukan masyarakat tak kiralah pelajar mahupun orang awam. Ada antara penulisannya pula jadik 'kitab/artikel' wajib yang perlu dibaca oleh seseorang pelajar untuk memahami dan mendalai sesuatu bidang ilmu.
'Reason' Professor- ini adalah satu lagi jenis professor. 'Reason' ni pon ada dua jenis. Satu yang 'haram' dan satu yang 'halal'. Yang 'haram' ini sering kita jumpa di akhbar-akhbar. Menawarkan kursus-kursus 'psikik', motivasi, keusahawanan dan segala macam lagi...Dalam masa yang sama dia akan declare dapat tittle Proffessor dari pelbagai institut yang jika kita selidik dengan mendalam semuanya adalah pembohong semata-mata...gua malas nak labon tentang prof hancing jenis ni...lu baca paper dan lu akan jumpa berlambak-lambak prof jenis ini (Harus di ingat gelaran Prof hanya boleh diguna oleh mereka yang berkhidmat di Universiti sahaja-kecuali Prof Emiritius dan Prof Di Raja)
Jenis 'reason' yang kedua pula pada gua lebih bersifat 'halal'. Prof 'reason' ini dilantik secara sah oleh pihak universiti..namun perlantikan sebagai 'Professor' biasanya atas 'reason' tertentu. ada banyak kisah benar tentang 'Reason' Professor ini...gua hanya tulis setakat yang gua teringat sahaja. Ada yang jadik Prof sebab dia pandai main golf, ada juga sebab dia baik dengan VC atau TNC (A) sesebuah Universiti (paling best ada yang hanya pencen Prof Madya-tapi bila sambung kontrak di Universiti lain dapat pulak tittle 'Prof'), ada yang jd Prof sebab selalu keluar media dan paling ketara kecederungannya untuk menghentam pihak 'di sebelah sana' (sedang kan dia bukan pula pakar sosiologi, sains politik mahupun hubungan antarabangsa), Ada jadik Prof sebab dalam masa yang sama di dilantik ke jawatan tertinggi Universiti (contoh..asalnya hanya Prof Madya..tapi tiba2 dia dilantik jadik TNC..maka Universiti lantik juga dia jadik Prof)..itu belum kira yang jadi prof sebab bergiat cergas dalam politik kejaraan dan sebagainya...
'Reason Professor' ini biasanya tidak dikenali walaupun oleh mereka dalam bidang yang sama. dia hanya bersifat jaguh kampung sahaja. Biasanya hanya budak-budak degree sahaja yang anggap mereka hebat. Namun di peringkat lebih tinggi bila dicari hasil penulisannya untuk jadi rujukan...hampeh...biasanya tiada...jika ada pun jarang-jarang, atau mungkin bersifat sebagai 'editor' sahaja, jika artikel pula mungkin bersifat 'tumpangan' sahaja ....
Pada gua..respek bukan atas ebab paksaan
bukan atas gelaran
kalau lu layak ..u 'deserve' jadi Professor
Kalau lu tak layak..lu tetap tak layak
ini zaman siber, orang boleh 'trace' apa yang lu tulis dan lu buat sehingga lu dapat tittle Professor
So...pada yang baca blog gua ini....lu orang pandai-pandai la analisis sama ada professor yang lu respek tu adalah 'real' Professor ataupun hanyalah ''Reason' Professor yang bezanya antara langit dengan bumi...
Gua tau akan ada yang berbulu kat gua...
tapi gua pedulik apa...
gua tulis apa yang ada dalam hati dan kepala gua
kalau lu orang tak setuju itu hak lu orang...
Chow....
Sunday, June 10, 2012
SelamaT TinggaL 3 1/2 Tahun
Lama benar gua berhenti tulis blog
sebab paling utama ialah sepanjang 3 1/2 tahun ini, gua hanya hidup dengan diri gua sahaja
most of my life adalah tentang gua dan perjuangan gua
gua abaikan dunia luar, kisah politik, budaya, idea dan lain-lain hanya gua cerap dan tidak gua luahkan dalam blog gua seperti sebelumnya.
Kini temph 3 1/2 tahun hanya tinggal 11 hari sahaja
bermakna
gua kena normal semula
menghadap dunia sebenar setelah bergelumang dengan dunia 'impian'
11 hari lagi gua kena jadi warga kerja
yang memburuh setiap hari bagi menyelesaikan hutang2 dalam meneruskan hidup
11 hari lagi gua akan memburuh semula untuk tempoh 25 tahun lagi
jika panjang umur gua pencen pada umur 60 (ikut perkiraan masa kini)
pendek umur gua akan mati dalam perkhdmatan
25 tahun lagi tempoh yang panjang
ajal dan maut itu kuasa Allah
gua tak mahu fikir apa yang bakal gua tempuh untuk tempuh 25 tahun nanti,,
namun..gua nak nyatakan apa yang gua akan tinggalkan dalam 11 hari lagi
11 hari lagi selamat tinggal lah pakaian 'formal' gua
iaitu baju 'cap ayam' yang sering gua pakai dalam mana-mana majlis hatta konferens sekalipun (dengan dicover oleh jacket hijau tua..)
lepas ni gua dah kena pakai kemeja
selamat tinggal juga pada dua helai seluar jeans gua....yang masih berbaki dan lusuh warnanya
masih gua mampu pakai walaupun terpaksa menarik nafas panjang sebelum mngenakan kancingnya
(nyata 3 1/2 tahun) menyuburklan lemak2 di perut gua...nota: gua mesti diet)
lepas ni gua dah kena pakai slacks
selamat tinggal juga pada sliper croc (ciplak) yang gua sentiada pakai kalau ke mana2
(biasa gua beli pukal 3-4 pasang sekali)
lepas ni gua kena pakai kasut ..entah kulit entah bukan kulit
namun nyata ia bukan spesis mcm 'crocs '
menghadapi hari-hari terakhir ini
menyebabkan gua bersyukur panjang
atas segala keseoronokan dan ujian yang gua lalui sepanjang 3 1/2 tahun ini
tiada lagi tempoh yang seseronok ini
dan syukur...gua capai apa yang gua cari dalam tempoh ini
namun gua mula bertanya diri
adakah 3 1/2 tahun yang gua harungi ini cukup untuk memenuhkan dada dan minda bagi gua harungi 25 tahun yang mendatang sebagai kaum pekerja?
Wallahualam....
gua akan cuba....
Friday, June 08, 2012
Yang Pandir
Beza pandai dengan orang bahlol ialah kedua-duanya ada otak tetapi orang bahlol tak tau menggunakan otaknya....
nak marah kawan-kawan...
nak tegur nanti kecik hati....
lantak lah....
nak marah kawan-kawan...
nak tegur nanti kecik hati....
lantak lah....
Friday, May 25, 2012
Tonggeng...Yeahhhhh...
Nasib baiklah bodoh itu bukan penyakit berjangkit
walaupun begitu ia tetap boleh tersebar atas pelbagai alasan..
Jaga diri lu dan keluarga lu orang dari wabak bodoh yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini....
Thursday, May 24, 2012
Lama BetuL
Lama betul gua tak menulis. Bukan sebab tidak ada idea
bukan sebab tidak ada kesempatan...tetapi semuanya kerana sepanjang masa gua 'berhibernasi' ini kehidupan gua hanya lah tentang diri gua semata-mata
Gua abaikan dunia luar
gua abaikan apa yang gua benci
gua abaikan apa yang gua minat
gua abaikan apa yang gua pandang
Hidup gua hanya gua..gua..gua dan gua semata-mata
itulah punca utama gua menyepikan diri dan blog ini bisu
selama hampir 3 1/2 tahun gua hidup dengan diri gua
kini syukurlah
banyak yang sudah selesai
kini...gua sedang mencari 'the other side of diri gua' yang 'hilang'
gua kena banyak membaca semula
banyak menonton semula
banyak berfikir tentang pelbagai benda semula
kena kritis semula...
InsyaAllah...
gua akan menulis semula
apa yang gua akan tulis?
gua sendiri tak tau
mungkin apa-apa saja yang gua rasa patut gua luahkan
barangkali ada ilmu, barangkali ada kritik, barangkali ada benci
gua akan cuba menulis semula seperti dahulu
Gua akan cuba dapakan kembali
'the other side of gua' yang diabaikan dahulu
insyaAllah....
Subscribe to:
Posts (Atom)